Tuesday, March 17, 2015

Student Mummy



Hari ini rasa nak update blog setelah berbulan-bulan tak update. Setiap kali nak update, ada sahaja halangan, sama ada tulis sekerat jalan, biasalah tu. Sekarang ini sedang struggle nak habiskan PhD dengan sangat cemerlang, sejujurnya buat PhD sangat menguji kesabaran dan ketabahan. Biasalah ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah, kadang-kadang rasa kenapa aku buat PhD? Ergh..Perasaan yang kadang-kadang berbolak balik bila tengah down, tapi satu sahaja untuk pujuk hati, dah nak sampai penghujung, habiskan jer lah. Overthinking! Tapi bila results best dan progress tengah cantik, rasa seronok betul. Masa itu rasa, I'm at the right path. So far, enjoy dan tak sabar nak habiskan.

Mengenai pregnancy, sekarang sudah 30 minggu. Rasa sekejap betul pregnant ini. So far, Alhamdulillah semua sihat, mummy sihat, baby sihat. Cuma hari itu masa scan 20 minggu Doctor kata, placenta agak bawah, tapi terlalu awal nak buat apa-apa conclusion, kalau 36 minggu still low placenta, kena caesarian. Kami tak kisah mana-mana option, asalkan yang terbaik dan baby sihat serta selamat. Allah dah beri macam-macam rezeki, kalau Allah kata, itu yang terbaik, kami terima. Kalau boleh bersalin normal, Alhamdulillah. Positif. Lagi pun, tak nak tergolong dalam mak-mak yang terlalu paranoid, mesti bersalin normal, mesti breastfeed, mesti itu, mesti ini. Macam satu kesalahan besar pulak kalau langgar semua itu, kadang-kadang mak-mak itu ada sebab masing-masing.

Dalam kepala ini ada dua benda sahaja, iaitu PhD dan anak. Kalau tak buat kerja-kerja PhD, akan settlekan hal-hal berkaitan anak, baca buku parenting, shopping barang baby. Saya memang enjoy dengan dua benda ini.

Saya ingat bila dah lega sikit kerja-kerja ini, nak start sharing mengenai ilmu parenting yang saya dapat dari parenting support group and melalui pembacaan. InsyaALLAH.

Read More

Sunday, November 30, 2014

Double certificate: Birth and DPhil certificate in 2015




Semalam saya dan suami menghabiskan masa di London, melepaskan hasrat mengidam nak makan makanan melayu. Anything for baby and mummy katanya. Malam tadi saya berfikir, hebatnya nikmat Allah, beri kami macam-macam rezeki. Saya mengimbas kembali perjalanan kami sejak beberapa tahun perkahwinan kami, yang berusia genap 4 tahun 25th December 2014 ini. 

Apabila mendapat berita yang kami bakal menimang cahaya mata, pada mulanya saya agak nervous. "Am i ready?". Melahirkan dan mendidik seorang manusia bukan boleh cincai-cincai. Bukan macam menduduki peperiksaan, baca buku, insyaALLAH berjaya. tetapi ianya satu yang subjektif. 

Saya mula membaca buku-buku berkenaan dengan parenting, mula mendapatkan konsultansi dari mereka yang pakar. Jawapan agak subjektif tetapi terasa tetap sama. Anak ini ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Bagaimana saya mahu mencorak kan. Setiap hari sebelum saya ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran, saya usap perut dan berpesan kepada dia "Baby, kita kena study today, behave ok". Allah beri rezeki ini, tapi kita kena berkorban sikit.

Doakan kami supaya berjaya dunia akhirat, dilapangkan dada, dimurahkan rezeki. InsyaALLAH.

InsyaALLAH my baby will see you soon next year! :)


Future Dr Mummy Rye
University of Oxford, United Kingdom

Read More

Wednesday, November 5, 2014

Minda Bawah Sedar



Sejak bulan lepas sudah mula meninggalkan kerja-kerja makmal, maksudnya lebih banyak masa duduk depan computer. Sambil buat computational dan writing, sambil main facebook. Scroll down facebook, tengok perkembangan rakan-rakan. Hah! bunyi macam busy body, tapi dah tertengok. Eh. Mana yang saya suka baca, saya like, yang tak suka baca, hide kan. No complaint. 

Bila orang share mengenai rezeki mereka, "Eh anak dia dah 3", "Eh dia dah habis PhD", mulalah tengok pada diri sendiri, "Apa yang saya ada?". Kalau cakap dengan Arshad, mesti dia reply, "buat apa nak risau, setiap orang ada rezeki masing-masing, yang penting kita ni usaha yang terbaik". 
Sejak bulan lepas, kami menerima perkhabaran yang menggembirakan tapi agak mendebarkan. Dalam banyak-banyak waktu, bulan dan waktu ini yang dipilih. Perfect timing sebenarnya. Perancangan Allah itu cantik, yang memang tidak mampu langsung di lakukan oleh tangan manusia. Tak sabar nak kongsikan sebenarnya, tetapi tunggu sikit masa lagi, InsyaALLAH.

Antara perkara yang banyak disebut-sebut selama ini, satu-satu berlaku. Serious. Hampir semua yang banyak di fikirkan dan diperkatakan selama ini, satu-satu menjadi kenyataan. Kesimpulannya, sentiasa bersangka baik, kata-kata itu doa. Saya rasa ini berkait dengan satu theory, iaitu minda bawah sedar. Google sikit. 


Raihan Musa
Read More

Friday, August 22, 2014

6 Lessons Learned by Age 26 by Raihanmusa


Percutian ke Switzerland sempena hari jadi ke 26

Bulan ini adalah bulan kelahiran saya, tahun ini agak mendebarkan kerana tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum 'dateline' untuk pelbagai perkara berakhir tahun hadapan. Tahun depan yang mana saya rasakan banyak perubahan akan berlaku dengan izin Allah. Setiap malam sebelum tidur, menjadi kebiasaan saya dan suami akan brainstorm mengenai matlamat kami secara bersahaja. Rasa tua betul bila dah tak tergolong dalam kategori 25 tahun ke bawah. Dah tak boleh claim discounts, tidak mengapa, student card ada lagi! 

Sejak saya memulakan hidup di Oxford, banyak perkara yang saya belajar. Kebanyakan mereka adalah orang-orang hebat. Banyak mengubah kehidupan dan cara berfikir. Selama beberapa tahun disini banyak mematangkan diri.

Saya sangat enjoy sepanjang kehidupan 20an saya. Bak kata pepatah, "Work Hard, Pray Hard, Play Hard". Sepanjang umur 26 tahun ini, 6 perkara penting yang saya belajar adalah:

1. Make friends

2. Build up networking

3. Have your own 'brand'

4. Achieve something significant

5. Dream Big and have a good plan for the future

6. Explore the world, travel!

Ok, All the best to all! Doakan saya dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat. Amiin. :)


Raihan Musa
Oxford, UK

Read More

Monday, May 5, 2014

Lesson from Prague

Baru-baru ini saya pergi bercuti di Prague sempena Easter Holiday. Prague sebuah daerah yang kecil dan sarat dengan sejarah. Orangnya peramah dan suasana di sana sangat tenang. Setiap term (semester) memang saya dan suami perlu sekejap dari Oxford, menghirup 'udara' luar, refresh minda. Setiap term sangat sarat dengan kerja-kerja, kerja-kerja PhD saya, husband pulak sibuk dengan syarikat beliau, dalam masa yang sama bekerja dengan Oxford Uni dan juga sibuk dengan design majalahnya. 

Boleh kata, ini adalah pelaburan untuk akan datang lagipun apa lagi yang perlu dilakukan selain 'bekerja' untuk menjadi manusia yang berguna. Kalau pensyarah beri assignment, mungkin 'last minute' boleh pun boleh siapkan. Tapi soal kehidupan, rugilah kalau tunggu waktu-waktu akhir baru hendak bersungguh-sungguh. Tak kan dah tua pun masih begini, rutin yang sama, kehidupan yang sama. 
Apabila memikirkan, perjalanan PhD ini hampir sampai ke penghujung (InsyaALLAH, doakan yer), rasa risau, rasa nervous, rasa seperti tidak bersedia untuk pulang berkhidmat. Realitinya, apabila saya pulang ke Malaysia nanti, keadaannya mungkin sedikit berbeza, saya bukan lagi pelajar yang bulan-bulan tunjuk supervisor report experiment etc. Bila pulang nanti, saya perlu jadi lebih independent.




Teringat satu kisah semasa kami di Prague, seorang lelaki yang agak berumur, jalan terbongkok-bongkok datang ke arah saya sambil menunjukkan hasil 'kraftangan' beliau kepada saya. Masa itu saya dihadapan Prague Astronomical Clock sedang menunggu suami yang sedang membeli minuman. Lelaki itu datang kepada saya, cuba bercakap, tetapi tutur katanya sangat tidak jelas, saya rasa dia memang mempunya masalah komunikasi (bisu) tapi masih lagi cuba mengeluarkan suara sambil tersengih untuk menjual barangan beliau. Dalam fikiran saya, "orang macam ini pun mampu bekerja..". Kebetulan suami tidak bersama saya, saya tiada simpan wang tunai di tangan. Ikut hati nak beli semua. Satu dalam 70 korun. Saya senyum dan tunjuk bahasa isyarat, yang saya tiada duit. Hampa. Dia sempat senyum kepada saya dan berlalu pergi. Bila husband datang kepada saya kembali, saya suruh husband kejar lelaki tersebut, pergi beli barang dia. Dia tersengih-sengih sambil menerima wang bayaran kami. Bila melalui keadaan macam ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat nak majukan diri supaya boleh beri manfaat dan peluang dekat orang lain. Kadang-kadang tak semua orang dapat peluang macam kita dapat, bukan sebab dia tak usaha.

Sebelum saya habiskan entry ini, macam biasa, saya nak minta semua doakan kami supaya urusan kami dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat.


Raihanmusa
Oxford, UK
10.59pm , 5 Mei 2014
Read More