Thursday, June 30, 2011

Fellowship Universiti



InsyaALLAH saya akan ke UK di bawah program fellowship UIAM and under scholarship KPT. Cara saya dapat might be different from others. Begini ceritanya, saya berbual dengan seorang wanita, beliau sangat friendly. Masa tu kat career fair, saya just borak kosong dengan beliau, niat saya bukannya nak cari keje, just temankan orang. By that time, saya dah secure placement di UK (first ranking university) but takder scholarship. Rupanya beliau adalah antara orang besar di UIA.MTetiba beliau offer for fellowship program by verbal (mouth), a week later terus dipanggil jumper rector (Vice Chancellor) for interview. Masa tu saya cakap, saya akan attend interview UTM, so terus dier sambar. After interview, terus offer fellowship program nih. Pantasss!

Fellowship program nih adalah sejenis program untuk mengprepare bakal pensyarah kat universiti berkaitan. Mereka akan appoint untuk jadi tutor, hantar gi belajar, then after habis belajar, akan jadi pensyarah di universiti terbabit. Jadi tutor dapat gaji, at the same time, dapat scholarship. Saya pilih untuk apply fellowship program sebab mau untung. Haha. Dapat full gaji, dapat scholarship. Hidup mesti mau untung. hehe. Ini kira win-win situation, sepanjang kita belajar, mereka bayar gaji and habis belajar,kita kene keje dengan dier. Kirenyer macam universiti tu cop kita jadi pensyarah mereka nanti.

Cara nak apply nyer adalah melalui banyak cara. Ada yang melalui Human Resource, ada yang melalui fakulti. So, bende nih kene explore. Sometimes, universiti tak iklankan pon jawatan kekosongan tutor. Selalunya permohonannya dibuka sepanjang tahun. Interview dijalankan bila ada kekosongan. Apa yang perlu dilakukan adalah, isi borang and hantar jer.Haa gi google borang nyer. Dont malas-malas hah..


One thing anda kene consider, jawatan tutor ada, tapi takder kuota untuk biasiswa sambung belajar. Ini payah, boleh jadi masalah. Setiap universiti memang ada kuota biasiswa untuk hantar staff sambung belajar. Universiti tak boleh simply hantar berapa ramai yang mereka suka gi sambung belajar. Kalau queue panjang sangat, makin lama jadi tutor. Tutor takdo naik pangkat, bukan macam keje company.Kene sambung belajar, baru naik gred. Paham tak? I try to make it simple. Semua tutor kene sambung belajar, sometimes boleh amek masa bertahun gak nak 'queue'. So, saya yang tak tau malu nih akan terus email dekan terlibat untuk tanya secara details tentang kekosongan tutor with available kuota biasiswa. Selalunya universiti yang baru-baru memang banyak kuota untuk hantar staff (tutor) gi belajar.

Apa-apa pun, kene usaha,jadi tutor nih bukan semestinya results kene first class, but its about how you sell yourself masa interview and how you grab the chance. Kebanyakan tutor masa meeting UIA, boleh kater 10% jer first class student. Your first class certificate nih just a bonus.


Ok, if any, do contact me here raihan0908@yahoo.com.


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
8.00 am at Cozy Room with fan




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Saya baru lps interview fellowship utk utem pagi td,hrp2 dpt la fellowship ni..saya skrang tgh buat phd kt utm.

    Nk tnya brp elaun skim fellowship ni bagi utk student phd? Kalau pegi attachment oversea, fellowship ni leh support x?

    ReplyDelete
  3. nak tnya.. nak jadi tutor kt mane2 u.. nak apply kena ada sekurang2nya mster ke?? or ada degree pon dah boleh apply?? saya sngt buntu skrg... kalo boleh tolong bgtaw saya.. pada emel ohmiex@gmail.com...

    ReplyDelete
  4. Thanks for this entry. i am interested in being a tutor since i do not have a master degree. can i contact u? my email is zura_rahman@yahoo.com

    ReplyDelete