Sunday, July 31, 2011

Ramadhan ku..


Today adalah 1 Ramadhan, permulaan Ramadhan saya cukup cantik. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah puasa Ramadhan bersama suami semestinya inilah yang pertama kalinya sejak berkahwin. Memang indah. Tahajud bersama, sahur bersama dan berbuka bersama. Alhamdulillah.

Malam tadi, kami meng-set kan target masing-masing untuk ramadhan kali ini, entah lah, semacam best pulak rasanya, Semacam bersemangat ramadhan kali ini. Semoga semangat ini berkekalan. InsyaALLAH.


Oh yer,today saya ada satu urusan penting untuk dilakukan, tolong doakan segalanya berjalan lancar dan berjaya boleh? Thanks.

Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya,InsyaALLAH.. Selamat berpuasa kepada semua. =)



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at 7.22am at PIL' house

1 comments:

Thursday, July 28, 2011

Emak's Birthday



Esok bersamaan 30 Julai adalah hari kelahiran emak saya. Kalau birthday sesiapa dalam keluarga, memang kami ingat. Ayah lagi best, sometimes beliau wish tepat jam 12, feel orang muda-muda gitu. Hehe. Kawan-kawan mak dah sambut birthday mak rabu lepas, sambut awal kiranya.

So, esok kami plan nak buat birthday celebration yang digabungkan dengan farewell party. So hari nih nak marinate bbq and mengerjakan cheese cake. ^__^

Menghabiskan sisa-sia terakhir di Malaysia memang agak touching, nanti bila dah balik Malaysia, keadaan pasti dah tak sama, memasing dah ada anak, mungkin emi dah kawen. aik? Imal mungkin dah jadi laki macho and dah tak asyik mengendeng-ngendeng kat kakak-kakak nyer.

Perubahan dalam hidup yang kita patut terima. Korang pernah rasa macam tu tak?


Regards,

Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at 9.11am at PIL's House


0 comments:

Wednesday, July 27, 2011

Indah


"Kahwin ini tidak mudah, yang pasti cukup indah"

to be continue at..

visit : http://www.cikrye.com



Regards,
Datin-wanna-be Raihan Musa







6 comments:

Politeknik, Matrikulasi, STPM, Diploma


Ini saya repost balik dari entry blog lama.


Last 2 days, saya terjah blog Fatin Liyana, entry mengenai hala tuju lepasan SPM. Actually, ini bergantung kat masing-masing. Setiap pilihan tu ada kebaikan dan keburukan. Meh la cerita satu-satu.


1 - Politeknik
- My sis in law mengajar di Politeknik Shah Alam. As she said, politeknik fokus kepada teknikal part and skill. Banyak course yang di offer oleh Politeknik. Bidang akaun, setiausaha, kejuruteraan dan lain-lain. Now, most of the politeknik, offer diploma course. Bagusnya politeknik nih, dier ajar banyak teknikal part which are sangat useful masa keje. But, di politeknik, most of the lecturer tak der PhD, which kalo ko yang genius nak tanya lagi banyak tu, mungkin terhad. But still, lecturer mereka sekarang ada Master and kalo yang takder, disuruh sambung. After buat diploma, sambung la degree kat university pulak. Takda hal lah.


2. Diploma
- Kalo yang dah tahu nak amek bidang apa, dah pasti, amek la diploma. Kalo dah amek diploma, jangan gatal-gatal pulak, tak minat la course yang diamek. Pastu nak tukar, kononnya dari Diploma Kejuruteraan Kimia ke Ukur Bahan. Ini ko cari pasal. Buang masa tu. Sebab, diploma and Politeknik nih almost 2-3 years, so, kalo nak start balik tu, take time kan? Macam member eden yang kuar matrik and masuk diploma program cakap, diploma nih relak sikit, sikit jer, as compared to matrikulasi. Kalo nak amek diploma nih, kene betul-betul pasti nak amek bidang apa, what u want to be in future.


3. Matrikulasi SATU TAHUN
- Ini memang isu hot, nak kata buangan macam kejam sangat. hehe. Masa zaman saya, ada matrikulasi setahun dan dua tahun. Tatau now ada lagi ker tak. Kat matrikulasi tu, dari straight A's sampai la 3-4 A's ada kat matrikulasi. Matrikulasi SATU TAHUN nih pemilihan dier lagi strict dari diploma, sebab 1 A memang susah nak masuk matrik, but diploma still boleh. Saya berada di matrikulasi, memang stress sikit sebab banyak bende nak cover but enjoy. Disebabkan kesibukan itu, eden tak buat aktiviti lagho sangat. Tambah-tambah duduk kat Kuala Pilah sana. Orang kata, matrikulasi suka tendang orang, sebenarnyer sama jer kat mana-mana pon, kalo ko malas, results hancusss, sapa nak kan? So, isu tendang-menendang nih bukan untuk matrikulasi jer. Diploma pon sama, kalo tak bagus, tendang lah.



4. Foundation - Asasi
Most of the asasi program adalah dua tahun, kecuali Asasi Sains Universiti Malaya iaitu setahun. Asasi UM nih lebey kurang macam matrikulasi, yang membezakan adalah pensyarahnya (sesetengah berkelulusan PhD). Masa tu, yang glamor adalah Asasi UIAM, Asasi perubatan, asasi Law . My friend dier buat Asasi di UIAM selama setahun, sebab english dier power giler and results dier tip top. But, most of the Asasi UIA students, memang 2 tahun buat Asasi. Silibus core subject sains nyer lebey kurang macam Matrikulasi KPM, but belajar dalam tempoh 2 tahun with additional subject such as Arabic Language etc. Maybe sebab tu kot it took longer time.

5. STPM
Ini yang betul-betul kental boleh lah. STPM susah, saper yang score STPM boleh pergi jauh. I met one guy yang dapat straight A's STPM. Then, further study di National Singapore University under scholarship Asean. Now, keje di Microsoft. Memang hebat tabik spring kaw kaw kaw. Nak amek STPM, jiwa kene kental, kene study hard.. Masa kat university dulu, eden kagum dengan budak STPM. Sebab kebanyakan daripada mereka memang scorer and bab theory memang hebat. Ada yang segan sebab amek STPM, but u should be proud.

6. Maktab Perguruan
Kalo jiwa jadi pendidik, pergi la jadi cikgu. Saya dulu teringin nak jadi cikgu, tapi Institut Perguruan tak nak kat eden. Tapi sekarang, akan jadi pensyarah dalam beberapa tahun lagi.

7. Overseas JPA/ MARA
Ini kene pilih betul-betul. Jangan sebab nak gi negara orang and boleh gebang-gebang kat orang kampung. So, anda pilih nak gi overseas. Kalo dapat bidang yang disukai memang bersyukur lah. Tapi kalo dapat bidang yang ko pon tak suker and tak power but itu jer yang layak. Better hentikan lah niat itu. You'll suffer. Seriussss.. Kalo layak and berminat, pergilah overseas. You can broaden your horizon.

8. Ekspres MARA
Masa zaman degree dulu di UTM, ramai jugak budak ekspress MARA dari MRSM Kagum gila sebab umur 18 tengah buat degree. Yang bagusnya program nih, ko boleh abis degree cepat. Tapi kene keje kuat sikit la, buat foundation pon tak sampai 6 bulan, pastu terus buat degree. So, what do u expect? For sure, dari segi ilmu theory and praktikal tak sebanyak budak matrikulasi and STPM yang masuk course yang sama. But, if you can survive, surely u can attain good results Contohnya macam Syafiq Elias, Wawi, Saufi Rosmi, mereka nih budak Ekspress MARA yang score First Class Degree.

9. Private College/University
First thing yang akan terjah dalam ingatan adalah MAHAL. Tak dapat dinafikan memang mahal. Akak nak cakap nih, kalo sajer-sajer nak masuk Private College/University tanpa alasan kukuh, baik lupakan jer. Contohnya, dah dapat offer Medic Universiti Malaya, pastu tak nak masuk UM, then gi private College dalam Malaysia. Memang tak bijak yer tindakan ini. But, kalo bidang yang kita nak tak dapat, tetiba dapat plak bidang pelik-pelik. Boleh lah pergi Private College. Berkorban duet untuk masa depan adalah pelaburan yang tidak ternilai. =) . Kalo saje-sajer nak gi private college sebab nak JAGA STANDARD, baik sedekahkan duet tu kat umah anak yatim. Nak pilih private college pon ada caranya, jangan la pilih sebarangan college. Kene check dulu stability dier, jangan plak tengah syok-syok ko belajar, tetiba private college tu tutup sebab bankrup. Parah. parah..




Untuk SPM leavers, dont worry too much, kalo tatau nak jadi apa pada masa depan, pergi la tanya minta pendapat orang, pendapat eden pon boleh. haha. Contohnya kalo betul-betul nak jadi doctor, usahakan untuk jadi doctor, kalo tak layak, jangan terus jump to apa-apa bidang. Member lain dapat Asasi Perubatan, dapat buat medic overseas, jangan ingat kamu takder peluang. Kamu boleh pergi matrikulasi, pulun habis-habisan and mohon la buat medic. Jangan terus terjah ke bidang yang popular yang ko sendiri tak minat and tak power. iyer tak?

Kalo lepasan SPM yang tak dapat bidang yang dier betul-betul minat. Jangan risau sangat, Allah dah plan sesuatu untuk kita and perjalanan kita mungkin sedikit berbeza. Perjalanan saya macam nih, abis SPM saya gi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, then buat degree di UTM Skudai. Tak ada yang special pon. Time tu jeles giler member-member buat degree overseas. But, itu semua memotivasikan saya untuk ke luar negara. Bila habis degree, saya ditawarkan Fast Track PhD ke dua universiti luar negara di UK (Oxford Uni dan Cambridge Uni), alhamdulillah dapat with scholarship lagi. Bila dah settle segala urusan, InsyaALLAH akan fly. Dalam masa yang sama, dapat offer fellowship, that mean after abes PhD, kene jadi pensyarah universiti. Perancangan ALLAH tu cantik, yang penting kene usaha, redha dan tawakal..

Kegagalan saya lagi banyak dari Kejayaan, tapi saya puas dengan apa yang saya dapat sekarang.

Dah, cukup? Panjang sangat entry nihhh.. Chill..=))


4 comments:

Tuesday, July 26, 2011

Potluck Party

Alhamdulillah, today hari Rabu, macam seronok pulak pagi ini setelah tido dengan lena dalam keadaan gembira. So, bila bangun tido, rasa fresh, rasa seronok. Saya berniat untuk mencari 'ingredients' untuk modified baju and tudung raya saya serta adik-adik. Saya suka benda-benda yang 'meletop', 'meriah' and sweet. Awak pula? Pernah dulu, raya form 2, saya jahit tulang belut kat neck baju kurung. Masa tu baru jer belajar kat sekolah, subjek Kemahiran Hidup. Now dah lupa. hehe.

Semalan, saya ke Potluck party, Potluck party ini kita bertanding periuk sapa paling bertuah. Eh tak, acah jer. Potluck party nih, satu party di mana masing-masing bawa makanan masing-masing. Gitu lah yer. Saya bawa bihun, cream puff dan air anggur. Majoriti yang datang tu semua bujang-bujang belaka, saya yang dah kawen. Baru nak terasa matang, but mereka lagi matang when they speak their words! Majoriti yang datang adalah Dr yang study di Russia, Accountant dari UK dan juga Dr dari Ireland. Hebatnya hamba Allah. Sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya untuk jadi hebat seperti mereka. Alhamdulillah dapat berkumpul di suatu petang yang penuh rahmat. InsyaALLAH.

Banyak cerita dikongsi, banya ilmu yang dapat. Sudah cara pemikiran mereka pasti berbeza. Siap solat berjemaah beramai-ramai di rumah saya, patutlah malam tadi sejuk jer rumah. hehe. Saya teruja. Berkenalan dengan rakan-rakan baru with different background. Makin terasa yang saya sedang meniti di suatu daerah baru. Ibarat baru pindah rumah dari Port Dickson ke Perlis. Eceyh. Hidup saya makin indah bila bertemu benda-benda baru, tidaklah plain semacam. Dari dulu sampai sekarang jumper orang sama, rutin sama, cerita sama. Tapi, kalo ngadap muka darling husband pasti tak bosan. Hehe. Itu special case.

Selepas saya di habis belajar di UTM, saya mula mengenal ramai orang, mula bergaul dengan mereka atas beberapa urusan. Berkomunikasi dengan setiap lapisan, pasti berbeza, bukan macam kita berkomunikasi dengan kawan. Topik perbualan juga pasti berlainan, bila berbual dengan penulis buku tak kan nak cerita pasal laki-beli-kete-baru dari awal sampai akhir. Bila berbual dengan mak cik cleaner, tak kan nak cerita pasal kimia. Syok sendiri jer la. Sesuatu yang kita kena adapt and know how to approach them.

Satu sikap orang kita adalah terlalu pemalu, err tapi tak bertempat. Tetiba jadi pemalu sampai tak keluar suara masa lecturer suruh present project paper kat depan, mak cik sebelah seat dalam bas ajak borak tapi kiter tetiba jadi bisu, member baru di satu majlis ajak chit chat kita sibuk dengan rumpun kita. These are something that always happened and we must change.

Malu berpada-pada kan? make friends, be smart and be friendly. Saya ingin berkongsi satu tafsiran ayat quran, kasi can laaa nak feeling ustajahhhh.hehe:


Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan.”.surah al-Hujuraat ayat 13

^__<

Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at 9.59 am at Cozy Room Port Dickson






2 comments:

Monday, July 25, 2011

Think Fast

Hari ini pagi Selasa, bangun pagi terus tolong mak buat cream puff and now sedang berblog. Sungguh frust bila tak dapat baca Al-Jazeera and CNN, internet slow semacam, loading pun lambat. Mak tengah memulakan operasi buat kuih raya,memang besar-besaran tahun ini, order pun boleh tahan. Semoga emak mencapai target! Siapa nak order boleh lah contact ini nombor, 0137319479. Mengenai penghantaran satu malaysia, bisa diatur. Itu boleh bincang. Memang terbaek dari ladang kuih-kuih ini. Saya nih hah asyik nak ulang alik gi tempat pemprosesan kuih emak, kaut kuih panas, masuk dalam mulut..


Lately, hati sedikit terkilan bila orang melengah-lengahkan kerja kita. Mula la saya nak menggunakan prinsip "Siapa lambat, dia tinggal". Satu kepantangan saya adalah 'orang yang sengaja lambat'. Saya tak boleh bekerja dengan orang lambat, lambat berfikir, lambat bergerak. Nanti saya jadi singa. 

Melihatkan cara seseorang berjalan dan makan menunjukkan etika and cara kerja beliau. Memang kata pepatah "Biar lambat asalkan selamat", cuba tukar sikit "Biar cepat tetap selamat". Masa bergerak pantas, banyak juga perkara bergerak pantas, kalo kita lambat, kita akan rugi. 

Ayah saya bekerja di Shell, betapa besarnya syarikat tersebut. Suatu hari ayah on call sebab hujan yang luar biasa  di Port Dickson dan pihak Shell takut air oxidation pond melimpah/pecah,akibatnya membanjiri kawasan perumahan terdekat. Dalam hal nih, kene think fast, kalo kata"Nanti, kita tengok dulu". Hah, karang kalo dah banjir, lagi nahas. Kita tengok jer la.

Masa zaman degree dulu, saya tak suka 'group discussion' lama-lama. Kalau nak buat 'group discussion' make sure dah state kan awal-awal bila start and bila habis. Sebab kita tidak dapat berfikir pantas kerana kita tak fokus and tidak menggunakan otak sebaik mungkin. Sambil berfikir, sambil berborak bergosip mencaras. 

Latih minda untuk fikir dengan cepat, cepat tapi selamat. How to think fast and sharp? 

1. Fokus 200%, 

2. Determination

Ok, ok, selamat maju jaya! doakan saya ok? =))



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at 9.47 am at Cozy Room

0 comments:

Tuesday, July 19, 2011

Bila kita perlu menerima..

Pagi ini cukup indah, sebab tido dengan lena dan dalam keadaan gembira. Kegembiraan ke Fraser's Hill belum hilang lagi. Malam tadi solat jemaah serta tahlil ringkas dengan keluarga mertua dan dinner nasi lemak ayam berempah madu resepi saya. Bersambung dengan hadiah 'cool blog' dari suami, then berbual dengan ipar duai, akhirnya sebelum tidur dapat satu email yang menggembirakan. Bersyukur. Alhamdulillah.Pagi ini goreng fetucini dan akhirnya online. Permulaan minggu yang cukup indah. InsyaALLAH.

Semasa results UPU dikeluarkan minggu lepas, saya sungguh teruja dan berdebar sebab adik saya juga menunggu keputusan UPU. Alhamdulillah, rezeki beliau di UTM dan bakal mengikut jejak langkah saya. InsyaALLAH. Pada hari tersebut, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang bakal mahasiswi cemerlang menyatakan kekecewaan beliau kerana tidak dapat pilihan pertama. Apabila kita harapkan sesuatu tetapi tidak kesampaian, pasti sedih.

Saya masih ingat lagi, semasa saya memohon untuk program perguruan, saya langsung tidak dipanggil interview. Beberapa kali saya mohon, masih lagi tidak dipanggil interview. Peliks. Pada waktu itu, saya sedih kerana saya cukup mahu menjadi seorang guru, tetapi kini, saya gembira kerana apa yang saya dapat sekarang adalah lebih baik. Alhamdulillah.

We never know until it happen

Ada yang dapat course yang pelik-pelik, course yang tak glamor la. Ada yang rasa rendah diri. Yer la, member-member lain amek medic, kejuruteraan. Kita pulak amek bidang sains sosial yang menyimpang dari apa yang dipelajari dahulu. Pemikiran kita perlu lebih terbuka. Contohnya, bidang pentadbiran and pengurusan hartanah, ada dua persepsi bila soalan ini diajukan:

"Eh, course apa tu? senang ker nak keje?"

"Wow, course buat duit tu.."

Anda yang maner? Mentaliti kita, melihat bidang sains sosial and sastera sebagai course lelong. Sedangkan bidang-bidang tersebut adalah sangat penting. Pergi la tengok bos-bos kat syarikat, kebanyakan daripada mereka daripada bidang apa? Tak da kajian pon yang sebut course glamor akan dapat gaji banyak and lebih kaya. Please, be broad-minded person .

Then, dapat pulak bidang menyimpang. Runsing. Tetiba kene belajar ekonomi pulak. Botak kepala aku hah. Anda semua bukan alien tak ada mind cell. Semua normal. Cuba tengok Ibnu Sina, dier bukan takat pandai perubatan jer, sastera and mathematics semua dier pandai. Zaman tu lagi susah, takder internet nyer, takder printer nak print nota, kondisi belajar pon tak selasa macam sekarang. So, work hard. InsyaALLAH you'll perform. Jangan lah nak bagi alasan sangat, lagi banyak alasan, lagi melemahkan kita.

Satu lagi perkara, bila kita perlu menerima apa sahaja yang ditawarkan walaupon bukan minat kita. Kalau nak bidang digemari kene universiti swasta, tapi mak ayah tak mampu pulak. Nak tak nak, kene terima. Kalau tak, nak belajar kat mana lagi. Orang pon tak masuk meminang. Poningg jugak. hehe. Dalam hal ini, ikhlaskan hati untuk belajar and buat yang terbaik. Habiskan degree yang satu nih, nanti dah keje, cukup duit kiter buat lagi satu degree yang kita nak,amacam? lets join the club? Saya rasa macam nak buat lagi satu PhD or master, still planning. Ramai yang menghadapi situasi ini, you are not alone. Redha, redha redha. Sabar juga. Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan redha.

Better you get something rather than NOTHING. iyo tak?



Bersyukur dengan apa yang ada. Adik-adik doakanlah akak yer, supaya akak dipermudahkan segala urusan. InsyaALLAH



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at 1.58am at PIL's House


5 comments:

Sunday, July 17, 2011

WHY Factor


Weekend lepas, kami sekeluarga ke Fraser's Hill untuk menenangkan fikiran bersama keluarga. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, setakat nak rehat-rehat memang best la. 

Ini gambar buah hati depan Private Bungalow SHELL,Fraser's Hill. Very nice scenery! loving it (Both)! 


Then, ayah kata nak visit my lil sister, Atikah di SMAP Labu. So, beramai-ramai ke sana. Berbual-bual mengenai banyak perkara. Seronok pulak rasa bila dapat berkumpul ramai-ramai. Bila berkumpul ramai-ramai nih, masing-masing akan ingatkan matlamat masing-masing. Semuanya perihal kejayaan masa depan. Kejayaan masa depan bukan tertumpu pada career sahaja, tetapi juga rumah tangga. Skema giler ayat den hah. ehehe..

The factor "WHY"

Saya ada seorang kakak sulung yang sangat sayur tetapi diligent. Sayur maksudnyer, sempoi and lurus. Hehe. Satu perkara yang beliau selalu ingatkan kami adalah:

"Buat elok-elok, jangan susahkan mak ayah"

Faktor 'ibu bapa' merupakan antara sebab kenapa kita perlu berusaha bersungguh. Sampai bila mahu 'bergantung' pada mak ayah. Masa kecik-kecik mak ayah belikan makan pakai, dah besar mak ayah yang bayar yuran and belanja universiti, masa kawen pakai duit mak ayah, beli kereta duet mak ayah, beli rumah duit mak ayah. Sampai bila mak ayah? Boleh dikatakan seluruh hidup mak ayah hanya berbakti kepada kita. Bila agaknyer kita mahu berbakti kepada mereka?  

Factor WHY adalah booster untuk saya terus hidup mencapai cita-cita, berkahwin dengan seseorang yang disenangi mak ayah, supaya mak ayah saya tidak risau dan dapat hidup dengan tenang hingga akhir hayat. Serta supaya mereka mereka rasakan bersyukur adanya kami. Supaya mereka rasakan 'kejayaan' membesarkan kami  dengan baik dan sempurna.

Ok bye, nak masak untuk lunch! weeehoo

Regards
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at 11.27am at PIL's House





0 comments:

Friday, July 15, 2011

Puasa VS Raya


Maaf, lately jarang pulak mengupdate blog, sibuk sikit dengan urusan sendiri. Lagipon last week saya sibuk shopping, berhari-hari tawaf shopping mall. Last-last pinggang dah cramp, memang full rest for a few days nih.

Next month dah start puasa, excited pulak rasa. First puasa sebagai suami isteri dan misi puasa kali ini lebih besar. InsyaALLAH. Mengenai persiapan raya, kali ini sudah di prepare lebih awal. Excited nauuu nak raya. Haha. Bukan apa, tahun ini dah tak nak bersesak-sesak beli baju raya letih nanti nak tarawikh malam. Lagipun dah puas sangat shopping. So sampai rasa tengok shopping mall pon takder perasaan.

Misi tahun nih, nak khatamkan quran dan memperbaiki diri sebaik mungkin. Selalunyer time puasa, baru nak khatamkan quran, time tu la sibuk dengan preparation raya. Last-last, lagi beberapa juzuk nak khatam, dah terbengkalai. Alamatnyer, lepas raya baru nak khatamkan. So, jom lah kita sama-sama upgrade kan ibadah and peribadi. InsyaALLAH.

Oh yer, sempena raya nanti, nak promosi sikit. Ini mak saya yang buat and memang every year tempahan banyak. So, kalau nak, kene buat advance booking. Or else, kalo nak jadi dealer, boleh email. raihan0908@yahoo.com
Chocolate Finger

Crunchy Cornflakes
Chocolate Chips

Chocolate Maringue.

Ini HOT ITEM, dari dulu sampai sekarang.


Mengenai 'sample', kalo berminat boleh la roger-roger. Tak kisah la berada di mana pun, Seremban, Johor, Melaka, Shah Alam, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan and banyak lagi. Semua kuih di atas adalah sedap, hanya kuih yang sedap dijual, kuih yang tak sedap hanya disimpan di dalam buku. aik aik. Itulah sebab nyer, hanya beberapa kuih yang dijual. Only HOT ITEMS.

0 comments:

Thursday, July 14, 2011

Semakan UPU 2011

Ini entry khas buat bakal penuntut universiti. InsyaALLAH. Mesti anda semua berdebar-debar kan? relax. relax. Malam nih gi solat hajat bebanyak. Ada beberapa cara nak check results UPU. Antaranya:

1) ONLINE – Boleh semak melalui no MYKAD anda..

Ministry of Higher Education (MOHE) http://upu.mohe.gov.my

Universiti Utara Malaysia (UUM) http://www.jpt.uum.edu.my

Universiti Teknology Malaysia (UTM) http://www.jpt.utm.my

*** Pastikan anda membuat pengesahan dalam masa 7 hari bekerja sekiranya anda mendapat tawaran ini.. dan mencetak surat tawaran daripada website tadi.**

2) SMS- Taip UPU [Jarak] RESULT [Jarak] NO KP dan hantar ke 15888

Contoh : UPU RESULT 890211232214



RESULTS UPM DAH KELUAR, BOLEH CHECK DISINI..

http://esmp.upm.edu.my/tawaran/index1.jsp


RESULTS UKM DAH KELUAR, BOLEH CHECK DISINI..




Ok adik-adik, all the best! ^__^


Regards,

Prof-Wanna-Be Raihan Musa

8.13 pm at PIL's House




2 comments:

Monday, July 11, 2011

English Language? Apa tu? (Part 2)


Merujuk kepada email di entry sebelum ini, dah tiba masanya untuk saya share Part Listening and Speaking. Saya sebagai budak sains, bukan budak TESL, berasa rendah diri untuk share. English saya dulu sangat worst, but step by step saya improve, cari private tutor untuk ajar dan google tips. Believe me, saya ada specific tutor for each component. Takperlah korbankan duit, invest pada something yang berguna dan bernilai. Buat apa nak berkira sangat kan.


Speaking

Masa zaman dulu-dulu, bila kiter cakap omputih, orang kata kita poyo. Bajet jer lebih. Tapi sekarang nih, kalo tak pandai cakap omputih, kita pula rasa malu. Saya belajar cakap omputih sesikit, mula dengan built up my confidence, then main cakap jer walaupon grammar tunggang langgang. Lantaklah direct translation ker aper. Lepas tu, saya start belajar cakap with proper sentences. Saya banyak berkomunikasi dengan orang UK. Pronounciation pon penting. Masa nih la saya mula belajar cakap dengan pronounciation and intonation yang betul. contohnya kita nak cakap..

"Can you pick my form?" (Boleh kamu ambil borang saya?)

Kalo kita tak bunyikan 'K' sound, mereka akan dengar kita cakap:

"Can you pig my form" (Boleh kamu babi borang saya?)

Tak pasal-pasal anda dituduh tak bersopan sebab mencarut. Hehe. Saya belajar speaking dengan beberapa cikgu English yang garang, neves mak aih. Ada sorang cikgu english saya, kalau saya gagap sikit, idea ilek kan, contohnyer ..

"The drawbacks of sports ..arr...err...waste our energy la..err..because...bla bla bla"

Memang kene sebijik la. "DONT PAUSEEE!! DONT MUMBLING!! DONT LA..LA..!! OPEN YOUR MOUTH!". Haha. Tapi bila ingat balik, itu semua learning process. But at the end of lesson, i can feel that i had improved a lot..Alhamdulillah..

Bagi saya, to improve your speaking skill, kiter kene dengar and cakap. While watching the movie,tengok gerak bibir actor or actress tu. Then, Cakap, cakap,cakap. Ok homework, try to differentiate the pronounciation of all there three words below:

THING

THINK

TING


Jangan pulak time nakmencarut jer pandai cakap omputih. hehe.

Listening

Selagi ko tak pekak, selagi tu ko boleh improve you listening skill. Bila time exam, time recording di'play'kan. Kadang-kadang ada orang bersin. Anda pon terkejut lalu hilang fokus, lalu rasa nak menyumpah kan? so masa praktis listening tu try to adapt with any situation. Try la buat listening test time adik tengah main-main.

Dulu, saya nih type-type dengar SINAR FM and layan Cerekarama TV3 jer. haha. Itulah english pon kayu jer, but sikit-sikit saya improve. Cara nak practice listening nih, gi tengok citer omputih bebanyak, layan lagu omputih and oso memacam lagi la. Suami saya memang terror english, i cannot deny that, mungkin beliau selalu layan citer omputih and radio omputih.

Masa nak IELTS hari tu, saya banyak dengar tape recording and gi cinema tengok citer omputih without looking at subtitle.

Kalo kita learn something just to sit for exam, kita just akan dapat lulus exam. But belajarlah for the sake of knowledge. InsyaALLAH you'll enjoy it. =D


Regards,

Prof-Wanna-Be Raihan Musa

10.55 at Bandar Sunway

1 comments:

Biasiswa YDP Agung


Lately, sangat jarang update blog, busy. Busy shopping, busy jaga rumah, busy jaga laki. Ehem. Ini ada satu pengumuman. Permohonan untuk biasiswa yang menjadi idaman saya dahulu, telah di buka. Sila mohon bagi yang berminat. Saya memang teringin nak pegang biasiswa ini suatu ketika dahulu sebab amount nya banyak. Tamak betul. But, saya dah ada biasiswa, so, bagi peluang orang lain. Iyer tak?

Introduction

Public Service Department has open invitations for qualified Malaysia citizen to apply for BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2011 to pursue Master Degree or PhD. Programme locally or abroad leading to Science & Technology, Economy or Law programme.

Number of Award

  • 6 for Master Degree programme
  • 6 for Ph.D. programme

Value of Scholarship

  • In Malaysia RM1,760.00 (Master Degree)/ RM 2,500 (Ph.D.)
  • Amerika Syarikat USD 1,923.00
  • United Kingdom £ 1,639.50
  • Australia AUD 2,070.00
  • New Zealand NZD 2,174.00

Eligibility Criteria

  • Malaysia citizens
  • Age not more than 30 years during application
  • Holds a recognized bachelor Degree/ Master Degree with a minimum of CGPA 3.75 or equivalent.
  • Active in co-curriculum activities
  • Preference will be given to those able to speak third international language.
  • Obtained a place at local universities or reputable universities abroad (Ivy League) in Science & Technology, Economy or Law programme.

Service Bond

The scholars are required to return to Malaysia upon completion of studies and to serve the Government for a minimum period of 5 years.

How To Apply

Please complete the application form (can download at portal www.jpa.gov.my or http://esilav2.jpa.gov.my ) and relevant certificates are to send to :Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaBahagian Pembangunan Modal InsanAras 5, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 PUTRAJAYA.(u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah menghubungi:Unit Penawaran Latihan Sebelum PerkhidmatanTelefon: 03-8885 3436 / 3892Faks: 03-8889 2172

Emel: esila@jpa.gov.my

Details of the scholarship can be found at www.jpa.gov.my or http://esilav2.jpa.gov.my

Closing date

The application will be opened from 11 July 2011 – 18 July 2011 only. Closing date of application is 30 july 2011.


Ok, selamat mencuba! Kalau dapat, jangan lupa share! =D


Regards,

Prof-Wanna-Be Raihan Musa

9.49pm at Bandar Sunway




0 comments:

Friday, July 8, 2011

BERSIH..What says you?

Sekarang jam 8.30 pagi, saya baru selesai menyiapkan sarapan untuk seisi rumah. Pagi Sabtu yang sangat tenang dan nyaman. Sekarang tengah follow up update semasa, Al Jazeera, CNN, utusan dan tak lupa Harian Metro.Hehe.

Pagi nih, facebook penuh dengan update BERSIH, saya kagum dengan semangat mereka, walaupon roadblock sana sini, but still gigih berhimpun. We should speak our mind. Mula-mula saya tak paham sangat, apa significant nyer BERSIH nih, just send your memorandum la, no need perhimpunan, but sometimes it doesnt work. Am i rite?

Speak Your Mind

Kita ada hak nak menyuarakan pendapat, kata negara demokrasi kan? kita juga ada hak menentang dan menyokong.


Continuous Action

Jangan setakat perhimpunan BERSIH hari ini, then esok semua 'tidur', senyap menyepi. Do some continuous action. If you want to improve the country, improve yourself first. So, today, kumpul semangat banyak-banyak. Pegang ekonomi, ekonomi nih main peranan sebenarnyer because you can pull down something. Pegang ilmu dan pendidikan, gerun dengan bangsa yang banyak ilmu. Paling penting, pegang SOLAT, jangan pulak, gara-gara perhimpunan BERSIH, time tu la nak bangun pukul 3 pagi gi Stadium, before nih Subuh tak pernah bangun pon. Perhimpunan BERSIH bukan sekadar nak ber'himpun' dan 'sorak' pada 9 Julai, do some continuous action.

InsyaALLAH you will succeed.




Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
9.36am at PIL's house



1 comments:

Wednesday, July 6, 2011

Api! Api!


Hari ini saya puasa sunat, syok pulak rasa puasa. Puasa untuk meraikan kegembiraan semalam. Alhamdulillah. Sometimes, kita kene bersabar sedikit untuk mencapai sesuatu. Do not give up and keep on trying. Walaupon ada lagi beberapa perkara yang diingini tidak diperolehi, tetapi, tetap bersyukur. Semoga ALLAh beri lagi rezeki yang lain. InsyaALLAH. Karang kalau Allah kasi semua, saya lupa diri pulak. Saya nih bukan mulia sangat. hehe

Ok move, ada satu video nak share. Nah,sila tengok..



Video nih cilok dari facebook ayah saya. Saya pernah berhadapan dengan situasi ini. Cuak mak enon aku hah. First thing, saya selamatkan muka, sia-sia jer karang dapat instant tanning. Just want to share with all of you. Oki doki dey.


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
9.27am at PIL's house with Adek

0 comments:

Tips masak-masak : Nasi Briyani


Dulu, saya selalu kater dah kawen nanti, nak upah bibik jer. Sebab masa tu pikir, syoknyer ada bibik, semua diorang buatkan. Siap bercita-cita ada 3-4 bibik. Pemaleh daro nihh. Tapi bila dah kawen, saya rasa, bibik nih tak perlu pon buat masa sekarang. Semua den boleh buat sendiri ditambah dengan suami yang sangat helpful. Memang sangat helpful, bersyukur. Alhamdulillah.

Saya ada satu minat, saya minat masak. Believe this. Seronok kasi orang makan. Bila suami balik rumah tengok saya masak best-best, nanti beliau tanya:
"nak hadiah aper-aper tak, nak gi jenjalan ker?"

Lagi la rasa nak masak lagi, excited you. Lagipon saya agak cerewet bab makan-makan nih. Ayah saya kan rajin cari makanan sesedap. But now, dah slow down sebab darling husband dah put on weight. Hehe. Dulu tukar-tukar nota, but now tukar-tukar resepi. Tukar-tukar tips. Funny it is. But it is the reality. Dulu, asyik nak menyibuk hal orang, stalk sana sini, but now, baik google resepi.

credit to: Valentino.com

Ok move, nak share resepi Nasi Briyani. Ada la dalam beberapa kali dah buat. Saya ambil dari my resepi.net and modified sikit.

  • BAHAN ASAS :
  • Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
  • Rempah briyani (Saya suka BABAS)
  • Susu cair dan minyak sapi
  • Perwarna kuning
  • Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
  • BAHAN UTK KISAR :
  • Halia (besar ibu jari)
  • Bawang putih (9 biji)
  • Bawang merah (7biji)
  • BAHAN HIASAN :
  • Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
  2. Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
  3. Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
  4. Bila nasi da masak, titiskan pewarna

Resepi nyer lebih kurang jer dengan mana-mana resepi briyani. But nak share sikit tips:

@ Beras Basmathi tu seelok-eloknya direndam dalam 20-30 minit sebelum masak untuk dapatkan beras yang panjang secara gemilang bila masak nanti. But kalo pakai beras biasa, tak payah rendam.

@ Jangan letak terlalu banyak minyak sapi, konon nak jadi kan nasi berkilat. Sebab, kalo terlalu banyak minyak sapi, beras jadi tak lembut. Macam saya, saya ingatkan nak kasi nasi berkilat, so letak la minyak sapi banyak, nasi tak selembut biasa. Sedang-sedang jer, kolestrol tu kakk..

@ Pewarna tu dititiskan selepas nasi masak, kalo letak awal-awal, nanti colour nasi tak cantik

@ Akibat terlalu excited, jangan asyik nak kacau jer nasi tu. Hehe. Nanti nasi 'patah'. Istilah baru. =p



Regards,
Chef-Wanna-Be Raihan Musa
7.11PM at PIL's house with nobody





1 comments:

Tuesday, July 5, 2011

Postgraduate Overseas Programme



Sekarang 6.36am, baru selesai hantar suami ke muka pintu untuk mencari rezeki. Saya berniat untuk tidak tidur kembali dan bercita-cita untuk memasak mee goreng selepas ini. Bab makan terus tak ngantuk. Haha. Alhamdulillah, banyak feedback positive dengan kewujudan blog baru ini, seronok bila dapat membantu dan seronok juga bila orang hargai. Ada beberapa entry yang perlukan Part 2, but, saya kene cari feel dulu untuk menulis dari hati dan akal. Sedang draft beberapa entry antaranya, english, tips interview etc etc. Anyway, sesiapa yang ada tips interview di company, lets share with me. Jangan kemut-kemut hah!

Ok, back to the topic, ramai yang bertanya pasal ini. Saya share la, benda macam nih la patut di share, bukan sibuk share pasal laki ko baru beli kereta baru, gaji besar, ko baru dapat bonus 10 bulan gaji ker.Kalau tak ley nak tumpang sekaki, sesenyap jer, nanti orang rasa anoying. iyer? Dah, lari topik lagi, ok serius serius..


Apply untuk postgraduate study di luar negara saya boleh kategorikan sebagai rumit. Tak macam mohon dalam negara. Saya salah isi borang pon, borang tetap di proses. Ok, ini procedurenyer:

1. Cari Universiti

- Ini memang penting, cari universiti yang well established, ini kene buat homework sikit. Survey la bidang yang ditawarkan, research development and etc etc. Pergi jer dekat website universiti, mereka selalu update, idoklah bertahun tak update. Kalau bidang tu tip top kat Malaysia, buat apa nak further study di luar negara. Something you should consider.

2. Approach pensyarah

- Sama jer macam di local university, kene approach pensyarah yang digemari. Selidik dulu background mereka, ala..cari calon isteri boleh. Pasti la carik calon supervisor tak jadi masalah. Macam, saya, saya email beberapa orang pensyarah, alhamdulillah semua reply. Ada yang email nak dekat 10 pensyarah, tapi sorang pon tak reply. Ini kene pandai la nak approach. Talk to them nicely. Teknik meng-email pon kene betul, jangan pulak macam cakap dengan kawan. Contohnya, just bagi email berbunyi begini:

"Hi, i want to do master/phd program under your supervision. Is there any available places?"

Email secoet jer macam tu. Kau ingat kau DIVA?. Macam nak ajak member join group assignment. Macam nak approach aweks la, tak kan nak cakap macam nih:

"Hi, ko nak jadi awek aku tak? available tak?"

Kalo orang cakap camnih, konpem-konpem aku reject. Cakap la camnih:

"Hi, saya dah perhatikan awak lama dah, saya tengok awak baik, lemah lembut dan saya kagum dengan awak. ..bla bla bla.."

Dah kelaut den hah. Cara nak email supervisor nih, saya nak kasi homework sikit. Anda buat, then saya check, ok?

Lain hal nyer dengan taught course, tak perlu nak approach pensyarah. Taught course nih, masuk kelas, dengar lecture, amek exam.


3. Interview

- Ada yang kene interview, ada yang tak. Ada yang di interview sebelum isi application form ada yang selepas isi. Ini depends kepada mereka. Ini my case, saya di interview sebelum isi application form with their research group melalui skype. Walaupon masa tu saya di rumah (waktu malam), still saya make-up and set my bedroom like office. Tak kan nak berskype atas katil pakai baju kelawar. Lain pulak jadinyer. Position lain pulak yang aku dapat karang. Part nih kene la study sikit research mereka and how to merge your idea with them. Show them yang anda memang bright and excellent.

Kalau taught course pulak, selalunya tiada interview, tapi application form kene betul-betul strong.


4. Application form

- Selalunya kita akan isi online application form, mereka akan minta CV, personal statement etc etc. Ini boleh refer rakan-rakan saya. Ada application yang kene bayar processing fee, selalunya orang bayar guna VISA card.


5. Conditional Offer

- Then, kalau berjaya, baru dapat tawaran bersyarat. Maksudnyer, mereka akan tetapkan syarat, contohnyer, kene ambil English Test (IELTS, TOEFL etc etc) and dapatkan financial guarantee. Time nih la anda gi mohon biasiswa and amek English Test. So, tak semestinya kene ada biasiswa baru boleh mohon universiti. Dah dapat tawaran bersyarat, baru mohon biasiswa pon ok. Kadang-kadang universiti tersebut ada funding, apply la.


6. Unconditional Offer Letter

- Bila syarat dah dipenuhi, dah amek English Test and dah ada penaja. Kalau tak penuhi syarat, maksudnya tawaran itu dibatalkan. Barulah mereka akan issuekan tawaran tak bersyarat which is, mereka akan confirmkan yang anda dengan pastinya akan jadi part of them and akan issuekan surat VISA. Then, bila sampai masa, boleh challoo..

Memang procedure nyer agak rumit sikit, tapi itu semua pelajaran. Belajar dari pengalaman. Bezanya anda dengan orang lain. Apa salahnyer invest something for your future. Memang sekarang tak nampak lagi impaknya, but akan datang, InsyaALLAH kita akan bersyukur atas kesusahan ini. Semoga dengan membantu kalian,InsyaALLAH Allah akan membantu saya. Saya nak minta tolong semua doakan saya dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diperoleh apa yang dihajati. InsyaALLAH. =)


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
raihan0908@yahoo.com
8.14pm at PIL's house with darling husband

4 comments:

Tazkirah Malam : Tangisan keranaMU

Siang tadi, saya mendengar lagu "Permata untuk isteri" berulang kali. Hampir menitiskan air mata, entah, bagi saya lagu tersebut cukup menyentuh jiwa. Saya juga manusia biasa, tidak lari dari kesilapan. Walaupon tidaklah sebaik mana, tapi tetap bersyukur kerana Allah masih suntikkan rasa keinsafan dan dikurniakan pasangan yang baik. Moga saya menjadi peneman beliau di syurga kelak. InsyaALLAH. Bila suami nyanyikan sendiri kepada saya, lagi terkesan. Apa-apa pun sangat indah. =)

Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya

7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis.(Muttafaq 'Alaihi)

Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:


"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini."Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

- Artikel iluvislam.com


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
8.14pm at PIL's house with darling husband


0 comments: