Wednesday, July 27, 2011

Politeknik, Matrikulasi, STPM, Diploma


Ini saya repost balik dari entry blog lama.


Last 2 days, saya terjah blog Fatin Liyana, entry mengenai hala tuju lepasan SPM. Actually, ini bergantung kat masing-masing. Setiap pilihan tu ada kebaikan dan keburukan. Meh la cerita satu-satu.


1 - Politeknik
- My sis in law mengajar di Politeknik Shah Alam. As she said, politeknik fokus kepada teknikal part and skill. Banyak course yang di offer oleh Politeknik. Bidang akaun, setiausaha, kejuruteraan dan lain-lain. Now, most of the politeknik, offer diploma course. Bagusnya politeknik nih, dier ajar banyak teknikal part which are sangat useful masa keje. But, di politeknik, most of the lecturer tak der PhD, which kalo ko yang genius nak tanya lagi banyak tu, mungkin terhad. But still, lecturer mereka sekarang ada Master and kalo yang takder, disuruh sambung. After buat diploma, sambung la degree kat university pulak. Takda hal lah.


2. Diploma
- Kalo yang dah tahu nak amek bidang apa, dah pasti, amek la diploma. Kalo dah amek diploma, jangan gatal-gatal pulak, tak minat la course yang diamek. Pastu nak tukar, kononnya dari Diploma Kejuruteraan Kimia ke Ukur Bahan. Ini ko cari pasal. Buang masa tu. Sebab, diploma and Politeknik nih almost 2-3 years, so, kalo nak start balik tu, take time kan? Macam member eden yang kuar matrik and masuk diploma program cakap, diploma nih relak sikit, sikit jer, as compared to matrikulasi. Kalo nak amek diploma nih, kene betul-betul pasti nak amek bidang apa, what u want to be in future.


3. Matrikulasi SATU TAHUN
- Ini memang isu hot, nak kata buangan macam kejam sangat. hehe. Masa zaman saya, ada matrikulasi setahun dan dua tahun. Tatau now ada lagi ker tak. Kat matrikulasi tu, dari straight A's sampai la 3-4 A's ada kat matrikulasi. Matrikulasi SATU TAHUN nih pemilihan dier lagi strict dari diploma, sebab 1 A memang susah nak masuk matrik, but diploma still boleh. Saya berada di matrikulasi, memang stress sikit sebab banyak bende nak cover but enjoy. Disebabkan kesibukan itu, eden tak buat aktiviti lagho sangat. Tambah-tambah duduk kat Kuala Pilah sana. Orang kata, matrikulasi suka tendang orang, sebenarnyer sama jer kat mana-mana pon, kalo ko malas, results hancusss, sapa nak kan? So, isu tendang-menendang nih bukan untuk matrikulasi jer. Diploma pon sama, kalo tak bagus, tendang lah.



4. Foundation - Asasi
Most of the asasi program adalah dua tahun, kecuali Asasi Sains Universiti Malaya iaitu setahun. Asasi UM nih lebey kurang macam matrikulasi, yang membezakan adalah pensyarahnya (sesetengah berkelulusan PhD). Masa tu, yang glamor adalah Asasi UIAM, Asasi perubatan, asasi Law . My friend dier buat Asasi di UIAM selama setahun, sebab english dier power giler and results dier tip top. But, most of the Asasi UIA students, memang 2 tahun buat Asasi. Silibus core subject sains nyer lebey kurang macam Matrikulasi KPM, but belajar dalam tempoh 2 tahun with additional subject such as Arabic Language etc. Maybe sebab tu kot it took longer time.

5. STPM
Ini yang betul-betul kental boleh lah. STPM susah, saper yang score STPM boleh pergi jauh. I met one guy yang dapat straight A's STPM. Then, further study di National Singapore University under scholarship Asean. Now, keje di Microsoft. Memang hebat tabik spring kaw kaw kaw. Nak amek STPM, jiwa kene kental, kene study hard.. Masa kat university dulu, eden kagum dengan budak STPM. Sebab kebanyakan daripada mereka memang scorer and bab theory memang hebat. Ada yang segan sebab amek STPM, but u should be proud.

6. Maktab Perguruan
Kalo jiwa jadi pendidik, pergi la jadi cikgu. Saya dulu teringin nak jadi cikgu, tapi Institut Perguruan tak nak kat eden. Tapi sekarang, akan jadi pensyarah dalam beberapa tahun lagi.

7. Overseas JPA/ MARA
Ini kene pilih betul-betul. Jangan sebab nak gi negara orang and boleh gebang-gebang kat orang kampung. So, anda pilih nak gi overseas. Kalo dapat bidang yang disukai memang bersyukur lah. Tapi kalo dapat bidang yang ko pon tak suker and tak power but itu jer yang layak. Better hentikan lah niat itu. You'll suffer. Seriussss.. Kalo layak and berminat, pergilah overseas. You can broaden your horizon.

8. Ekspres MARA
Masa zaman degree dulu di UTM, ramai jugak budak ekspress MARA dari MRSM Kagum gila sebab umur 18 tengah buat degree. Yang bagusnya program nih, ko boleh abis degree cepat. Tapi kene keje kuat sikit la, buat foundation pon tak sampai 6 bulan, pastu terus buat degree. So, what do u expect? For sure, dari segi ilmu theory and praktikal tak sebanyak budak matrikulasi and STPM yang masuk course yang sama. But, if you can survive, surely u can attain good results Contohnya macam Syafiq Elias, Wawi, Saufi Rosmi, mereka nih budak Ekspress MARA yang score First Class Degree.

9. Private College/University
First thing yang akan terjah dalam ingatan adalah MAHAL. Tak dapat dinafikan memang mahal. Akak nak cakap nih, kalo sajer-sajer nak masuk Private College/University tanpa alasan kukuh, baik lupakan jer. Contohnya, dah dapat offer Medic Universiti Malaya, pastu tak nak masuk UM, then gi private College dalam Malaysia. Memang tak bijak yer tindakan ini. But, kalo bidang yang kita nak tak dapat, tetiba dapat plak bidang pelik-pelik. Boleh lah pergi Private College. Berkorban duet untuk masa depan adalah pelaburan yang tidak ternilai. =) . Kalo saje-sajer nak gi private college sebab nak JAGA STANDARD, baik sedekahkan duet tu kat umah anak yatim. Nak pilih private college pon ada caranya, jangan la pilih sebarangan college. Kene check dulu stability dier, jangan plak tengah syok-syok ko belajar, tetiba private college tu tutup sebab bankrup. Parah. parah..




Untuk SPM leavers, dont worry too much, kalo tatau nak jadi apa pada masa depan, pergi la tanya minta pendapat orang, pendapat eden pon boleh. haha. Contohnya kalo betul-betul nak jadi doctor, usahakan untuk jadi doctor, kalo tak layak, jangan terus jump to apa-apa bidang. Member lain dapat Asasi Perubatan, dapat buat medic overseas, jangan ingat kamu takder peluang. Kamu boleh pergi matrikulasi, pulun habis-habisan and mohon la buat medic. Jangan terus terjah ke bidang yang popular yang ko sendiri tak minat and tak power. iyer tak?

Kalo lepasan SPM yang tak dapat bidang yang dier betul-betul minat. Jangan risau sangat, Allah dah plan sesuatu untuk kita and perjalanan kita mungkin sedikit berbeza. Perjalanan saya macam nih, abis SPM saya gi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, then buat degree di UTM Skudai. Tak ada yang special pon. Time tu jeles giler member-member buat degree overseas. But, itu semua memotivasikan saya untuk ke luar negara. Bila habis degree, saya ditawarkan Fast Track PhD ke dua universiti luar negara di UK (Oxford Uni dan Cambridge Uni), alhamdulillah dapat with scholarship lagi. Bila dah settle segala urusan, InsyaALLAH akan fly. Dalam masa yang sama, dapat offer fellowship, that mean after abes PhD, kene jadi pensyarah universiti. Perancangan ALLAH tu cantik, yang penting kene usaha, redha dan tawakal..

Kegagalan saya lagi banyak dari Kejayaan, tapi saya puas dengan apa yang saya dapat sekarang.

Dah, cukup? Panjang sangat entry nihhh.. Chill..=))


4 comments:

  1. Salam,nak tny matrix or asasi lagi bagus??seriously saya nak sgt fly,tp xdpt straight a,ad slack cket,considering matris or asasi only,saya tengah tggu zakat selangor,kalo dpt saya amek bidang bahasa arab,saya mmg minat,tapi upu saya apply asasi sains,erm cmne ye??asasi berapa tahun,kalau nak proceed amek degree.means,lepas asasi habes semua,bole ke kite amek degree dekat overc??
    P/s:reply on my chatbox blog,tq

    ReplyDelete
  2. Betul! setuju bab diploma tu. saya ambil diploma dan saya relaks je. result spm sy banyak A tp sy pilih diploma. sebab saya tak suka rushing. itu pilihan saya dan saya tak nyesal.
    sekarang ni saya dah degree :D
    Jangan malu dengan apa yang kita ambil. Tak kiralah, STPM, Matriks, asasi, atau diploma, yg penting niat kena betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa CGPA yang perlu dapat untuk sambung ke Degree selepas tamat Diploma ?

      Delete
  3. salam kak,

    ada tak pinjaman utk student lepasan diploma untuk futher study oversea? :D

    ReplyDelete