Tuesday, July 5, 2011

Postgraduate Overseas Programme



Sekarang 6.36am, baru selesai hantar suami ke muka pintu untuk mencari rezeki. Saya berniat untuk tidak tidur kembali dan bercita-cita untuk memasak mee goreng selepas ini. Bab makan terus tak ngantuk. Haha. Alhamdulillah, banyak feedback positive dengan kewujudan blog baru ini, seronok bila dapat membantu dan seronok juga bila orang hargai. Ada beberapa entry yang perlukan Part 2, but, saya kene cari feel dulu untuk menulis dari hati dan akal. Sedang draft beberapa entry antaranya, english, tips interview etc etc. Anyway, sesiapa yang ada tips interview di company, lets share with me. Jangan kemut-kemut hah!

Ok, back to the topic, ramai yang bertanya pasal ini. Saya share la, benda macam nih la patut di share, bukan sibuk share pasal laki ko baru beli kereta baru, gaji besar, ko baru dapat bonus 10 bulan gaji ker.Kalau tak ley nak tumpang sekaki, sesenyap jer, nanti orang rasa anoying. iyer? Dah, lari topik lagi, ok serius serius..


Apply untuk postgraduate study di luar negara saya boleh kategorikan sebagai rumit. Tak macam mohon dalam negara. Saya salah isi borang pon, borang tetap di proses. Ok, ini procedurenyer:

1. Cari Universiti

- Ini memang penting, cari universiti yang well established, ini kene buat homework sikit. Survey la bidang yang ditawarkan, research development and etc etc. Pergi jer dekat website universiti, mereka selalu update, idoklah bertahun tak update. Kalau bidang tu tip top kat Malaysia, buat apa nak further study di luar negara. Something you should consider.

2. Approach pensyarah

- Sama jer macam di local university, kene approach pensyarah yang digemari. Selidik dulu background mereka, ala..cari calon isteri boleh. Pasti la carik calon supervisor tak jadi masalah. Macam, saya, saya email beberapa orang pensyarah, alhamdulillah semua reply. Ada yang email nak dekat 10 pensyarah, tapi sorang pon tak reply. Ini kene pandai la nak approach. Talk to them nicely. Teknik meng-email pon kene betul, jangan pulak macam cakap dengan kawan. Contohnya, just bagi email berbunyi begini:

"Hi, i want to do master/phd program under your supervision. Is there any available places?"

Email secoet jer macam tu. Kau ingat kau DIVA?. Macam nak ajak member join group assignment. Macam nak approach aweks la, tak kan nak cakap macam nih:

"Hi, ko nak jadi awek aku tak? available tak?"

Kalo orang cakap camnih, konpem-konpem aku reject. Cakap la camnih:

"Hi, saya dah perhatikan awak lama dah, saya tengok awak baik, lemah lembut dan saya kagum dengan awak. ..bla bla bla.."

Dah kelaut den hah. Cara nak email supervisor nih, saya nak kasi homework sikit. Anda buat, then saya check, ok?

Lain hal nyer dengan taught course, tak perlu nak approach pensyarah. Taught course nih, masuk kelas, dengar lecture, amek exam.


3. Interview

- Ada yang kene interview, ada yang tak. Ada yang di interview sebelum isi application form ada yang selepas isi. Ini depends kepada mereka. Ini my case, saya di interview sebelum isi application form with their research group melalui skype. Walaupon masa tu saya di rumah (waktu malam), still saya make-up and set my bedroom like office. Tak kan nak berskype atas katil pakai baju kelawar. Lain pulak jadinyer. Position lain pulak yang aku dapat karang. Part nih kene la study sikit research mereka and how to merge your idea with them. Show them yang anda memang bright and excellent.

Kalau taught course pulak, selalunya tiada interview, tapi application form kene betul-betul strong.


4. Application form

- Selalunya kita akan isi online application form, mereka akan minta CV, personal statement etc etc. Ini boleh refer rakan-rakan saya. Ada application yang kene bayar processing fee, selalunya orang bayar guna VISA card.


5. Conditional Offer

- Then, kalau berjaya, baru dapat tawaran bersyarat. Maksudnyer, mereka akan tetapkan syarat, contohnyer, kene ambil English Test (IELTS, TOEFL etc etc) and dapatkan financial guarantee. Time nih la anda gi mohon biasiswa and amek English Test. So, tak semestinya kene ada biasiswa baru boleh mohon universiti. Dah dapat tawaran bersyarat, baru mohon biasiswa pon ok. Kadang-kadang universiti tersebut ada funding, apply la.


6. Unconditional Offer Letter

- Bila syarat dah dipenuhi, dah amek English Test and dah ada penaja. Kalau tak penuhi syarat, maksudnya tawaran itu dibatalkan. Barulah mereka akan issuekan tawaran tak bersyarat which is, mereka akan confirmkan yang anda dengan pastinya akan jadi part of them and akan issuekan surat VISA. Then, bila sampai masa, boleh challoo..

Memang procedure nyer agak rumit sikit, tapi itu semua pelajaran. Belajar dari pengalaman. Bezanya anda dengan orang lain. Apa salahnyer invest something for your future. Memang sekarang tak nampak lagi impaknya, but akan datang, InsyaALLAH kita akan bersyukur atas kesusahan ini. Semoga dengan membantu kalian,InsyaALLAH Allah akan membantu saya. Saya nak minta tolong semua doakan saya dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diperoleh apa yang dihajati. InsyaALLAH. =)


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
raihan0908@yahoo.com
8.14pm at PIL's house with darling husband

4 comments:

  1. Powerla Raihan... Semoha berjaya and success selalu.

    ReplyDelete
  2. ameennn..=)) same goes to you..

    ReplyDelete
  3. Gut, senang je.... kan nak p Oxbridge dulu org ingat kena power giler2. Memang betul ramai Melayu dah power but tiade nak share how they manage to get through. Smpai kampung Oxford...Otai2 boleh share lagi tips.
    Tq jadi member
    http://malaysianoxford.blogspot.com/p/pengenalan.html

    ReplyDelete
  4. thanks you sis. I'm planning to pursue my postgraduate study in uk too. but know so little about the process n procedure.

    tapi saya nk tanya sikit kak, which one is better, to take IELTS first then apply, OR, apply n after dapat conditional letter baru buat IELTS? cuz i understand that most uk unis require IELTS result kan...

    ReplyDelete