Wednesday, July 6, 2011

Tips masak-masak : Nasi Briyani


Dulu, saya selalu kater dah kawen nanti, nak upah bibik jer. Sebab masa tu pikir, syoknyer ada bibik, semua diorang buatkan. Siap bercita-cita ada 3-4 bibik. Pemaleh daro nihh. Tapi bila dah kawen, saya rasa, bibik nih tak perlu pon buat masa sekarang. Semua den boleh buat sendiri ditambah dengan suami yang sangat helpful. Memang sangat helpful, bersyukur. Alhamdulillah.

Saya ada satu minat, saya minat masak. Believe this. Seronok kasi orang makan. Bila suami balik rumah tengok saya masak best-best, nanti beliau tanya:
"nak hadiah aper-aper tak, nak gi jenjalan ker?"

Lagi la rasa nak masak lagi, excited you. Lagipon saya agak cerewet bab makan-makan nih. Ayah saya kan rajin cari makanan sesedap. But now, dah slow down sebab darling husband dah put on weight. Hehe. Dulu tukar-tukar nota, but now tukar-tukar resepi. Tukar-tukar tips. Funny it is. But it is the reality. Dulu, asyik nak menyibuk hal orang, stalk sana sini, but now, baik google resepi.

credit to: Valentino.com

Ok move, nak share resepi Nasi Briyani. Ada la dalam beberapa kali dah buat. Saya ambil dari my resepi.net and modified sikit.

  • BAHAN ASAS :
  • Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
  • Rempah briyani (Saya suka BABAS)
  • Susu cair dan minyak sapi
  • Perwarna kuning
  • Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
  • BAHAN UTK KISAR :
  • Halia (besar ibu jari)
  • Bawang putih (9 biji)
  • Bawang merah (7biji)
  • BAHAN HIASAN :
  • Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
  2. Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
  3. Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
  4. Bila nasi da masak, titiskan pewarna

Resepi nyer lebih kurang jer dengan mana-mana resepi briyani. But nak share sikit tips:

@ Beras Basmathi tu seelok-eloknya direndam dalam 20-30 minit sebelum masak untuk dapatkan beras yang panjang secara gemilang bila masak nanti. But kalo pakai beras biasa, tak payah rendam.

@ Jangan letak terlalu banyak minyak sapi, konon nak jadi kan nasi berkilat. Sebab, kalo terlalu banyak minyak sapi, beras jadi tak lembut. Macam saya, saya ingatkan nak kasi nasi berkilat, so letak la minyak sapi banyak, nasi tak selembut biasa. Sedang-sedang jer, kolestrol tu kakk..

@ Pewarna tu dititiskan selepas nasi masak, kalo letak awal-awal, nanti colour nasi tak cantik

@ Akibat terlalu excited, jangan asyik nak kacau jer nasi tu. Hehe. Nanti nasi 'patah'. Istilah baru. =p



Regards,
Chef-Wanna-Be Raihan Musa
7.11PM at PIL's house with nobody





1 comment: