Thursday, August 25, 2011

Salam Raya Dari Arshad dan Raihan


Semenjak dua menjak nih dah jarang-jarang update blog sebab sibuk jaga laki. eheh. Tak tak. Sibuk tolong mak buat kuih raya, banyak sangat-sangat tempahan tahun ini. Nasib baik preparation raya dah settle sebelum raya. Memang sangat bersederhana persiapan tahun ini. Hanya sepasang baju raya dan sehelai tudung baru. Tiada kasut raya, pakai sahaja apa yang ada. Saya dah selalu sangat shopping and banyak baju and kasut pergi event yang baru pakai sekali, just nak cukup syarat shopping raya so beli la sehelai. Cari mood. ehem.

Sempena raya yang menjelang tiba ini, kami suami isteri ingin menyusun 20 jari (jari kaki sekali), memohon kemaafan atas salah silap. Maaf yer kalau ada terlajak kata, ter-sakitkan hati, ter-reply email lambat atau menulis sesuatu yang tidak sedap di baca. Mungkin ada yang tak selesa ker kalo saya bercerita hal rumah tangga yang membuat orang nak termuntah..=p, sedang dikurangkan semaksima mungkin. Tapi kengkadang terkongsi pulak. Saya cuba kurangkan, let it be secret. Bak kata suami we dont need to tell people everything. Minta maaf banyak-banyak.

Pesanan untuk semua, selamat pulang ke kampung, raikanlah dengan penuh kerahmatan dan kegembiraan. Oh jangan lupa, jangan lupa temujanji kita dengan malam lailatulqadar, tidak kisah genap mahupun ganjil, selamat beramal! =)

Puasa dah hampir selesai, misi saya selepas puasa ialah, for sure untuk mempertingkatkan ibadah dan lagi satu secara spesifik, menjadi seorang isteri serta ibu mithali, anak solehah dan pelajar cemerlang. Puasa ini sebagai latihan ke arah tersebut. I keep thinking sejak akhir-akhir ini, suatu hari bila saya ada anak kelak(InsyaALLAH), let them proud to have me as their mum. Seperti mana saya bangga mempunyai ibu kandung yang membesarkan saya sebaik mungkin sehingga menjadi 'manusia'.

Review saya, bulan puasa adalah bulan motivasi. Biarlah sikap dan ibadah kita bergerak seiring. Ibadah banyak-banyak tapi dengki dengan orang. Tak guna jugak kan? Solat tahajud setiap malam, tapi ponteng kelas. Tak bagus jugak. Baik pergi cari tazkirah daripada sibuk stalk life orang. 

Kalian doakan kami supaya dipermudahkan urusan serta berjaya. InsyaALLAH. =D


Regards,
Datuk Arshad dan Datin Dr Raihan (ehehm, kasi can la=p)



2 comments:

Tuesday, August 23, 2011

Tangguh yuran pengajian

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

PUTRAJAYA 22 Ogos - Seramai 41,267 pelajar baru yang bakal mendaftar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) sesi akademik 2011/ 2012 bermula 3 September ini boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin berkata, yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon pelajar sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.
Katanya, langkah itu sebagai meringankan beban mereka terutama golongan berpendapatan rendah sekiranya terpaksa mengumpul wang atau berhutang semata-mata untuk tujuan itu.
"Pelajar tidak perlu fikir untuk membawa wang semasa sesi pendaftaran nanti. Walaupun surat tawaran ada menyatakan kos yuran pendaftaran yang perlu dibayar, tetapi mereka tidak perlu ambil kira semua itu dan boleh pergi daftar tanpa perlu bayar apa-apa.
"Jadi tidak ada sebab mereka tidak mahu pergi universiti kerana tidak ada duit. Ini satu berita baik untuk mereka," katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu sesi temu bual khas di pejabatnya, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, PTPTN menyediakan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada kira-kira 206,938 pemohon pinjaman pada tahun ini.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM53.4 juta diperuntukkan sebagai Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada seramai 35,664 pelajar yang layak berjumlah RM1,500 setiap orang.
"Semua pelajar layak membuat pinjaman PTPTN. Bagaimanapun, WPP itu hanya ditawarkan kepada mereka daripada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 dan belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN.
"Namun, mereka yang lain turut mendapat manfaat apabila mereka boleh menangguhkan yuran semester pertama melalui pemotongan pinjaman PTPTN," katanya.
Tambah Mohamed Khaled, PTPTN telah meluluskan pembiayaan kepada 1.8 juta pelajar sehingga tamat pengajian mereka berjumlah RM39.87 bilion setakat 31 Julai lalu.
"Pada 2010 sahaja, PTPTN membelanjakan RM3.86 bilion kepada 188,000 pelajar.
"Keperluan menampung kos pengajian tingi meningkat setiap tahun. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelajar dapat ditampung melalui bentuk pinjaman," katanya.


************************************************************************************************************************

Pasti ada yang pening dengan persiapan raya la, nak masuk U la. Semuanya pakai duit. So, jangan risau-risau, boleh tanguh yuran pengajian. Nanti dah dapat pinjaman or biasiswa, bayarla. =)



Regards,
Raihan Musa

2 comments:

Monday, August 22, 2011

Zakat,anda dah?


Lately saya agak jarang meng-update blog, since suami dah resign, so pempaham la. Oh yer, last week, darling husband dah bayar zakat saya dan beliau. Lega. Tertunai satu tanggungjawab.

Nak berkongsi sikit, pagi nih feeling ustazah, eheh, zakat ni bukan ditunaikan pada bulan ramadhan sahaja, bulan-bula lain pun tak per. Contohnya zakat pendapatan melalui potongan gaji.  Boleh refer pusat zakat pasal perkara ini.

Selamat membayar zakat!

Footnote: Sangat lemau sejak akhir-akhir nih..cant update more..sorry..=)


Regards,
Raihan Musa

0 comments:

Thursday, August 18, 2011

Teka Teki Teka Tekuk

Sudah lama rasa tak update blog, lately agak sibuk. Baru pulang dari Shah Alam, clearkan barang-barang di sana. Suami dah berhenti kerja. Urusan saya sudah selesai, flight ticket dah booking. So tinggal packing dan berangkat. Jika boleh, mahu sahaja saya hentikan masa supaya saya boleh meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga saya. Tetapi bukan kuasa saya, itu semua kuasa Allah. 


Inilah kali pertama saya ke luar negara pada jangka masa yang agak lama. Agak jauh. Bukan Johor yang saya boleh balik sesuka hati. Bukan juga Indonesia, yang saya boleh balik ikut tambang murah. Kalau balik sudah pasti mencecah ribuan ringgit. Saya anggap jumlah itu sangat besar. Saya bukan dari keluarga menteri mahupun jutawan yang boleh balik per month.

Alhamdulillah, parents saya membesarkan kami dengan cukup sempurna, cukup makan pakai dan tak lupa sokongan yang melimpah. Eh penggunaan ayat apa ini? ehhh. They allow me to dream. Dream come true. I'm now in a dreamland. 

Ramai yang berteka-teki bila lah tarikh sebenar saya fly? Yang penting after wedding kakak sulung 17 September. Saya baru mengubah dan confirmkan tarikh sebentar tadi..


Mungkin ada yang nak teka? and sertakan satu entry/notes yang bertajuk "I wish..".. Just write anything....anything..!



Everybody allow you to dream, so it doesnt matter. Dream may come true..State your wish. InsyaALLAH we will help or pray for you. =)

Hadiah menanti.. Tapi jangan expect BMW X6 pulaks. =p

Bila-bila saya nak tutup penyertaan, saya tutup la.. =p


Regards,
Puan Raihan Musa

3 comments:

Monday, August 15, 2011

Ramadhan Pertama

Hari ini adalah hari akhir suami bekerja di Shah Alam, sudah pastilah saya gembira. Sebab boleh ngadap suami hari-hari tanpa ragu. aik aik. Saya pon ikut ke Shah Alam hari ini, untuk mengemas barang-barang di sini. Bye bye Shah Alam. Pagi dan malam tadi memang cukup tragis, muntah belahak sampai rasa lemau. Membazir jus kurma yang diminum sahur tadi. Eheh.

Mula berpuasa

Saya mula berpuasa penuh semasa tadika. Masa itu saya bersekolah di Taski Al Hidayah, bagi saya permulaan berpuasa tidaklah begitu mencabar kerana ada geng berpuasa and ramai yang berpuasa di tadika. Sebagai upah, ayah akan belikan bunga api dan beri duit raya extra bagi sesiapa yang berpuasa. 

Rutin Ramadhan


Rutin ramadhan saya sudah bertukar, daripada complex kepada simpleST. Berbuka puasa di rumah saya Port Dickson sangat meriah, adik beradik ramai, makanan pun mesti banyak. Manakala tahun ini saya berpuasa di rumah mertua, dua tiga kerat sahaja yang ada, adik beradik suami tak ramai. Membazir kalau masak banyak-banyak. So, memasak pon apa yang ada. Sepanjang berpuasa ini, saya belum lagi berbuka puasa di luar. Mungkin hari ini akan berbuka di luar. Sahur di rumah saya, nasi berlauk akan dihidangkan, tetapi sejak berkahwin saya hanya bersahur Jus Kurma. Since saya tak makan kurma(saya rasa kurma tu manis seperti saya. eheh..=p), so sebagai alternatif, saya consume jus kurma campuran madu dan habbatus sauda.

Selalunya, saya akan bertarawikh di rumah saya jika berada di rumah ibu bapa saya. Ayah ke surau, so kami adik beradik perempuan akan berjemaah bersama-sama. Kali ini, saya bertarawikh di surau, nak berjemaah di rumah pun tiada geng.

Persiapan Raya

Kita telah pon memasuki separuh Ramadhan, lagu raya sudah berkumandang, ada yang sibuk mencari baju raya, basuh langsir, pasang langsir dan macam-macam lagi. Tapi, jangan lupa untuk mempersiapkan diri untuk menyambut 10 malam terakhir. Tahun ini tidak perlu runsing kerana, baju raya sudah siap dibeli, tinggal untuk dipakai sahaja! Beberapa minggu sebelum puasa sudah siap di beli! Menapak mencari baju raya memang meletihkan bagi yang berpuasa, lagipun alternatif online shopping bagi baju memang sangat tak membantu saya yang terlalu cerewet ini.


Raya!

Seperti biasa, raya pertama sebagai suami isteri, pastilah beraya di belah suami then baru ke rumah saya. Raya pertama saya selalunya cukup meriah. Saya mengharapkan raya yang meriah, nanti karang bertahun tak beraya di Malaysia. Raya tahun ini sudah pastinya sibuk kerana kakak sulung bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 16-17 September ini, emak dah booked saya untuk prepare goodies for guest.

Jangan puasa yang yok! =p



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa

1 comments:

Sunday, August 14, 2011

Tips Mohon VISA ke UK (Part 2)

Baiklah, ada lagi sambungan mengenai mohon VISA ke UK. Antaranya:

1. Pembayaran VISA
- Dulu boleh bayar cash or credit card di VISA center. But now, mereka tak kasi  bayar dengan cara tersebut. So, kena prepare bank draft. Saya pilih Alliance Bank, dekat sahaja dengan Visa Application Centre di Wisma MCA. On the way nak ke Wisma MCA, akan lalu bangunan "tower" dulu, apa ntah nama dier. Alliance bank kat situ la. Terletak belakang LRT Station Ampang Park.

2. How to reach the place
- Ia sangat berdekatan dengan Stesen LRT Ampang Park. So, kalau malas nak bayar parking yang mahal, naik la train.
- Kalau travel by car, parking fee adalah RM 3.00 sejam,kami kena RM 12 for parking. Sebelah Wisma MCA, ada Citi Bank, parking disitu cuma RM 6 per entry. 

3. Cyber Cafe
- Kami terlupa nak print satu borang nih, so terpaksa cari Cyber Cafe. Cyber Cafe terdekat adalah di KLCC. Boleh dikategorikan dekat, tetapi sangat menguji orang yang berpuasa macam saya. eh eh. Cyber Cafe di KLCC charge RM 8 per hour. Minimum usage adalah  1 jam. 

4. Appointment
- Perlu diingatkan permohonan hanya boleh dilakukan sehingga jam 3 petang sahaja. So, buat lah appointment waktu pagi, andai kata kalau buat appointment pada pukul 11.15pagi, belum tentu pukul 11.15 pagi akan boleh jumpa officer. Maksudnya, pukul 11.15 pagi dah boleh masuk and mereka akan kasi number giliran. Then, kena tunggu la.

5. Kesilapan
- Kalau ada kesilapan pada borang permohonan, jangan risau. nanti di kaunter, inform officer tu, and officer akan betulkan.

**UPDATED**

submit dan biometric : 4 Aug (Thurs - 11.15am)

documents dispatched to british high comission: 4 Aug (Thurs - 8.15pm)

documents being processes: 8 Aug (Monday - 8.30 am)

VISA is ready for collection at VISA centre: 10 Aug (Wed- 8.32 am)

ini yang SMS service hantar pada saya.. so pada hari rabu tu, saya collect VISA..

Nanti request la SMS services, kene bayar RM 8..so tak yah nak ulang2 check online..

better apply awal, sebab masa sy apply haritu tak ramai sangat..tapi minggu depannya



 masa saya collect, sangat ramai orang..

aper2 hal..good luck!=D

Kalau ada lagi, saya tambah..=D



0 comments:

Saturday, August 13, 2011

Isu Halal Haram

Lately ramai pulak yang tag mengenai Halal Haram, makin banyak pulak produk yang tidak boleh dimakan. Makcik-makcik kat kampung semua dah gelabah, kita pon takut. Antara produk yang 'HOT' adalah produk simply Siti, KFC, Butter Golden Churn and today pulak, saya dengar cerita Milo dan Sardin Ayam Brand pun diragui.

Kalau Golden Churn tu memang lah Haram. Memang sahih sebab dah buat scientific investigation. Sah ada DNA babi. Cuma yang saya tak faham, bila KFC pon orang nak claim diragui halal, baiklah mari kita makan KENNY ROGERS dan MCD yang sudah PASTI halal kan? Then, produk simply Siti, baiklah marilah kita pakai berus produk laen yang sudah PASTI halal kan? Cakap berkias nih.

Tidak Menyeluruh

Oklah, kita boikot part tu, kita dah mula risau. Saya pun risau. Tapi kita lupa kalau di kedai makan, kicap apa mereka pakai? brand apa? Banyak lagi produk yang boleh menimbulkan keraguan bila memasak. Kita pulak memang syok makan kat kedai. Utensils kat dapur semua dah samak, risau katanya, tapi lupa kat kedai punya?

Then, nak make-up dah tak boleh pakai produk Simply Siti, so jom pakai International product. Oh yer, International produk yang tak kita tak tau halal-tak-halal.

Ada yang kata ASB haram, oklah fine, tinggalkan.Tapi ada sesetengah tak sedar yang sesetengah mereka dapat DUIT HARAM secara rela. Contohnya, orang balik pukul 5 petang, kita pukul 4.30 petang dah cabut. Anak kita nak lukis-lukis, kita beri kertas A4 office. Kita datang kerja lewat, minta orang punch kan kad. Lagi satu, bisnes "RM20 ringgit segera"macam mana pulak? Makanan dibeli dengan duit haram. Benda halal boleh jadi haram. Apa kata kamu?

Kawan saya beritahu ini:

"Dulu pon ada satu masa yang kecoh sangat pasal haram2 ni kan rye, ni jadik lagi. Orang ni suka nak alert sekejap2 je. Kalau betul lah concern, sepanjang masa lah kan..hmm"


Sabotaj

Apa yang saya perasan, kebanyakan syarikat yang di hentam adalah syarikat di Malaysia. Paling kesian adalah peniaga kek lapis, kenapa bila peniaga dah produce product banyak-banyak baru nak complain. wallahhualam.


Tiada usul periksa, terima sahaja

Sometimes, ada perkara yang kita belum pasti halal dan haramnya, dapat jer article macam di bawah, terus boikot, terus mengutuk kaw-kaw. Kita memang suka dengan perkara yang 'gempak-gempak' nih. Kot yer pon, gi check dengan JAKIM dulu. Dont accept anything without proof.

Ini lagi satu:



kesah ni aku dah bace lame dah..tp skrg baru nak share..he3x..saje2 je...kite kasi tahu pada yg belom tahu yew...aku pun tak tahu la..kes ni benar or tak...dah kate nak kasi share..so kite share jew la..JOM BACE!!!! APE DIA YEKK!!!! kire aku copy & paste je..

Dalam Milo dan Sardin ada Katak dengan Cacing?Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm .. Ceritanya macam nie:- Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua….. N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer… Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam… n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. . milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang…. Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak… Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman…. wallahhualam…

Daripada Yanz Berry
You Think, You Decide. What say you?


UPDATED, email dari JAKIM.


Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.


Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.


Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut diwww.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat ? A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.


Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.


Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.


Wassalam.


Yang Benar,



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa

0 comments:

Thursday, August 11, 2011

Mohon VISA ke UK (Student)

Saya cukup bersyukur kerana urusan VISA saya selesai, kecut perut juga menunggu keputusan dari UK embassy. Apa-apa pun urusan sudah selesai tinggal nak berangkat sahaja. Dah siap VISA terus roger-roger supervisor saya di sana. Beliau sangat cool and very friendly! Alhamdulillah.

Oh yer, bagi yang belum akan memohon VISA saya ada tips. Bagi saya, memohon VISA mudah sahaja cuma bab prepare document tu yang agak 'leceh'. Bagi yang pergi seorang mungkin simple jer, but kalau bawa family, itu yang mencabar. Apa-apa pun kami berjanji nak sehidup semati bersama and tempat isteri adalah disisi suami. So, perkara-perkara macam tu adalah small matter. Eceyh. Merapu pulak.

Jenis VISA yang perlu dimohon : Tier 4 (General)(Sponsored) Student
- Saya telah membuat kesilapan paling besar iaitu salah isi borang, saya pergi isi borang Tier 4(General) Student sebab dalam guideline university dok ulang-ulang Tier 4(general) sahaja. Kena apply Tier 4(General)(Sponsored). But semasa di Visa Application Centre, officer tu noticed kesilapan saya and tukarkan on the spot.

Next, ramai yang tertanya-tanya document apa yang perlu di bawa, semuanya dah tertera dalam CAS. So, refer pada CAS letter/email. Macam kes saya, saya tidak perlu submit apa-apa kecuali financial affidavit dari KPT. Tapi saya submit jer sebab sengaja. hehe. Cuma document untuk dependent(suami dan anak-anak) tidak tertera dalam CAS. So pepandai la google.

Saya ada sedikit panduan mengenai general document yang perlu di submit:

1. Unconditional Offer Letter
- Since mereka baru wujudkan sistem CAS, kebanyakan universiti hanya akan issuekan CAS number bila kita dah meet all the requirement such as english requirement and financial. Officer di Visa Application Centre cakap, tak effect pon kalau tak submit. So, tak wajib pon sumbit, nak submit pon boleh. Takder kene penalti pon. Submit jer la, perbanyakkan dokumen. =D

2. CAS email/letter
- Tak payah submit pon takper. Sebab dalam borang kita kene letak CAS number, dari situ orang embassy boleh access details kita. Tapi saya submit sebab nak memperbanyakkan dokumen. =D

3. IELTS results
- Ini bergantung pada CAS statement, kalau dalam CAS kene provide IELTS results, so submit la. DEPENDS on CAS. Macam kes saya, saya tak perlu submit tapi saya submit juga sebab nak perbanyakkan dokumen. =D

4. Transcript Academic
- Ini bergantung pada CAS statement, kalau dalam CAS kene provide Academic Transcript, so submit la. DEPENDS on CAS. Macam kes saya, saya tak perlu submit tapi saya submit juga sebab nak perbanyakkan dokumen. =D

5. Financial Statement
- Atas sebab saya pergi under government, so saya just submit surat dari bahagian biasiswa yang berbahasa Inggeris. Ada seorang officer di bahagian biasiswa suruh saya hantar surat yang ada tandatangan untuk keselamatan. KPT kan hantar offer letter by pdf file without signature. So, request la kat bahagian biasiswa surat yang bertanda-tangan.

- For dependant (husband kesayangan serta anak), boleh refer di website VISA, kalau satu kepala cecah berbelas-belas ribu for outer London. Duit ni boleh atas nama suami or sesiapa yang berkaita but kene ada evidence of relationship. Lagi satu, kene request bank statement and bank letter yang menunjukkan akaun kita maintain jumlah tersebut lebih 28 hari etc. Kami request dari saham Felda (suami punya syer), but pegawai Felda tu gi buat surat bahasa melayu yang sangat simple and tak mematuhi syarat. Then, kami sendiri draftkan surat, diorang print atas head letter Felda and sign. Sonang. Lagi satu, kalo nak guna ASB pon boleh. Saving account boleh.

6. Translated relationship certificate
- Kene translatekan sijil nikah di mahkamah, kalau nak translate sendiri pon takper, jimat. Tapi saya spesies malas, saya minta translator di mahkamah translate kan. Kene charge sikit la. Kalau translate sendiri (saya boleh kasi template), then kena minta certified translator cop and sah kan. Surat beranak anak pun kene translate tau. 

7. Appendix 8- Self Assessment
- Ini dalam bentuk Hard Copy. Print and isi elok-elok. Kalau ada masalah boleh contact saya: raihan0908@yahoo.com.

9. Hard Copy Online Application Form
- Lepas dah isi online, print borang online tu dan sign. Kena submit juga.

10. Previous pasport and current pasport
- Pasport dedulu yang dah expired pon hantar la. Current pasport pulak, make sure valid sampai habis belajar. Sebab mereka akan print 'entry clearance' dalam salah satu page dalam pasport kita sekarang. Macam saya, pasport expired lagi setahun, so saya tetap gi buat pasport baru yang valid sampai 5 tahun.

11. ATAS
- Ini hanya applicable untuk by research. Rasanya semua sedia maklum. ATAS dah approve baru boleh apply VISA.

(segala dokumen diatas perlu di photostat sahaja dan TAK PERLU pengesahan ketua kampung. hehe.)

(Lebih kurang beginilah 'entry clearance' yang akan diletakkan dalam pasport Malaysia anda)

11. Bank Draft
- Macam saya, saya request bank draft di Alliance Bank. Alliance Bank berdekatan dengan Visa Application Centre. Bawak siap-siap duit. RM 1301 per person.

12. Gambar Pasport
- Oh no, saya pakai tudung yang betul-betul melekap kat muka and take off cermin mata. (Untuk avoid shadow, depends la) . Lagi satu, background gambar kene warna krim or putih.

13. Book appointment online
- Now tengah peak season, so mereka tak kan simply kasi orang masuk sesuka hati ke sana. So, make sure buat appointment. The best time saya rasa adalah pukul 10 lebih. Sebab pagi tu gi Alliance Bank buat bank draf and terus apply VISA.

14. Senyuman
- Eheh. Bukan main pulak. Senyum, senyum, senyum. =)

Bawa dokumen ORIGINAL dan PHOTOCOPIED. Submit bersama. Dont worry, bila VISA dah clear, mereka akan pulangkan balik. Lagi satu, kalau tak pasti dokumen apa yang perlu di submit, submit jer semua. Biar lebih jangan kurang. Tapi jangan pulak submit sijil maen hoki. huhu.

Saya harap ini membantu kalian, kalau ada tambahan atau pembetulan boleh lah email saya. Ada apa-apa pertanyaan or nak minta advice ker, boleh la email raihan0908@yahoo.com.

Semoga dengan bantuan ini, Allah akan membantu saya. InsyaALLAH. =D

Sambungan di http://raihanmusa.blogspot.co.uk/2012/06/mohon-visa-ke-uk-part-3.html 



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa




11 comments:

Wednesday, August 10, 2011

Love



(My fav cake from suami sampai syurga)


"A life's worth, the end isn't measured in hours, or dollars. It's measured by the amount of love exchanged along the way."

I love you.


.Your Darling Wife.


2 comments:

Tuesday, August 9, 2011

Duit Blajo..

Petang tadi saya mendapat sebuah message daripada seorang rakan, beliau bertanyakan mengenai funding untuk sambung belajar. Nak sambung belajar nih tak perlu terlalu pandai, maksud saya tak perlu jadi top student, asalkan cukup syarat and ada duit, apa pun boleh. Lately, sejak "research university" diperkenalkan, kebanyakan pensyarah memang mengalu-alukan student untuk further study.Tak dinafikan, funding sangat memainkan peranan untuk bagi mereka yang mahu sambung belajar Master atau Doktor Falsafah.

Memang agak memeningkan bila fikir hal duit, saya ada beberapa panduan mengenai cara mendapatkan funding, antaranya:

1. Biasiswa Universiti
- Ada sesetengah universiti yang provide biasiswa untuk student nya, contohnya UTM, ada memperkenalkan biasiswa Zamalah untuk pelajar yang menyambung di UTM. So, sesiapa yang sambung study di UTM, layak memohok biasiswa tersebut. Bukan UTM sahaja yang provide biasiwa, kebanyakan universiti dalam and luar negara memang ada provide biasiswa bagi yang layak. Cuba la google universiti lain pula. Macam Oxford dan Cambridge, mereka ada provide biasiswa untuk International Student bagi yang layak.
- Ada sesetengah universiti pula memberikan biasiswa tetapi dibenarkan sambung belajar di universiti lain, luar atau dalam negara. Selalunya ini akan terikat dengan kontrak dengan universiti.

2. Biasiswa Kerajaan/ Kerajaan Negeri
- Ini ramai yang sedia maklum, JPA, Biasiswa yang dipertuan agung etc etc. Mengenai kerajaan negeri, ia bergantung kepada negeri masing-masing.

3. Biasiswa Syarikat Swasta
- Saya pernah bertemu dengan seorang Chinese lady, sekarang beliau berada di Scotland. Syarikat tempat beliau bekerja yang menghantar beliau further study. Antaranya, boleh usha biasiswa Shell, TM, Kuok Foundation and banyak lagi.

4. Fellowship program - KPT (SLAB/SLAI)
- Ini sistemnya begini, apabila kita dilantik sebagai jawatan tutor, selalunya nama kita akan dihantar ke KPT untuk permohonan biasiswa SLAB/SLAI. Dapat tak dapat bergantung kepada rezeki. Kalau research proposal and universiti bagus, insyaALLAH akan dapat. Sesiapa yang ambil biasiswa nih, akan terikat kontrak sebagai pensyarah selama 7 tahun ke atas.

6. Baitulmal
- Ini pon bergantung kepada pihak yang menguruskan. Kene refer la.

7. Pinjaman
- Kalo betul-betul tekad nak further study tapi tak cukup funding, boleh la pinjam PTPTN or JPA. Tak pon boleh pinjam pada bank, pepandai la bayar balik nanti. Mengenai pinjaman bank untuk belajar oversea, ramai jer yang pinjam kat bank. Nak seribu daya kan.. =D

8. Lain-lain
- Tak tahu nak kategorikan kat mana, antara lain ialah biasiswa Asean, Biasiswa Commonwealth dan banyak lagi.

9. Research Grant
- Kalau nak further dalam Malaysia, bagi yang tak dapat biasiswa selalu pensyarah yang ada research grant akan bayar monthly allowances. Kena pandai-pandai cakap dengan potential supervisor kalo beliau willing nak bayar.

10. Sugar Daddy
- Aik? ini memang sangat applicable untuk wanita gatalon. eheh. Cari yang kaya lagi kacak. =p..gurau jer

Banyak biasiswa sebenarnya untuk further study, so usaha. Lagi satu, sponsor nih agak cerewet, kebanyakan mereka nak taja student yang pergi ke well-established university bagi overseas program. Dengan bantuan ini, semoga Allah membantu saya. InsyaALLAH.
Selamat berbuka! =D


Regards,
Birthday Girl Raihan Musa (geli jer..=p)



3 comments:

Monday, August 8, 2011

Genap 23 tahun

Today adalah 9 Aug 2011, genap umur saya 23 tahun. Selalunya saya terasa tua bila menyambut hari lahir, tetapi kali ini saya terasa seperti muda belia. Eheh. Dari malam tadi suami asyik dok ulang-ulang wish "Happy Birthday Sayang!". Comel bukan main. Siap buat saya terharu, melting. Tapi response saya adalah sedikit plain, sebab malam tadi demam. Tutup cerita suami, kita move ke perkara lain. 

Sepanjang 23 tahun hidup di muka bumi ini banyak perkara yang telah di capai, kebanyakan impian saya telah tercapai. Alhamdulillah. Antaranya yang terbesar :

a) Berkahwin Awal
b) Mendapat Ijazah Kelas Pertama
c) Mendapat beberapa anugerah ( menteri besar award etc)
d) Ditawarkan tempat ke beberapa universiti terbaik dunia

Alhamdulillah. Maka dengan ini, saya mahu set kan beberapa matlamat lain pula. Things to do before 30 .. 30? Alamak terasa tua.. this was inspired by Farah ex roommate dan Wawa..



Things to do before 30

1. Menjadi muslimah solehah. Ini target semua orang kan? 
2. Tunaikan haji dan umrah. 
3. Melahirkan anak-anak genius soleh dan solehah. Lagi ramai lagi bagus, rezeki jangan di tolak. ehem.
4. Habiskan PhD, target 2 tahun setengah jer. Mampukah? Belum cuba belum tahu.. =D.. I'm Dr Raihan Musa to be..
5. Money Independent, sila google..=D
6. Beli beberapa rumah for property investment
7. Travel Europe bersama suami. Roamantikus de amor. 
8. Having our own company. 
9. Ada MBA, Master Business Administration.

Actually banyak lagi, let keep it secret. Doakan saya supaya dipermudahkan segala urusan, di murahkan rezeki, berjaya di dunia danakhirat. InsyaALLAH.

Terima kasih sangat kepada yang wish birthday saya..=)



Regards,
Prof Wanna Be Raihan Musa
at 11.10 am at PIL's house

0 comments:

Sunday, August 7, 2011

Pain

Today hari Isnin, saya agak kurang sihat, demam, selesema dan pening kepala. Mungkin berjangkit dengan anak-anak buah dan adik ipar agaknya. So, hari ini masa dihabiskan dengan membuat kerja-kerja ringan seperti menjahit manik di baju raya adik. Esok, 9th August 1988 akan genap umur saya 23 tahun. Saya terasa muda, baru 23 tahun? Terasa muda sebab..banyak perkara dalam hidup sudah dicapai. Contohnya berkahwin, graduate degree etc.

Sepanjang kehidupan saya, saya boleh kategorikan tahun 2010 dan 2011 adalah critical point bagi saya. Terlalu banyak perubahan, terlalu banyak cabaran. Hidup ini ibarat roda, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Roda itu sentiasa berpusing. Apabila saya berada di bawah, saya berkata kepada diri saya::

"Kenapa saya lalu jalan ini? Sangat susah dan mencabar.."

Cabaran yang saya lalui cukup banyak dan bila diingatkan kembali, boleh menitiskan air mata. Tidak semua perkara yang perlu diceritakan. Ada orang mencapai sesuatu dengan mudah dan tidak banyak halangan. Tetapi  saya mencapai sesuatu dengan cabaran, kadangkala buat saya hampir terduduk. Cukup banyak. Cuma hanya 0.001% yang saya ceritakan di blog.

Apabila banyak kesusahan yang dilalui, semakin kita hargai apa yang diperolehi. Suatu hari, saya berfikir, saya yang memilih jalan ini, kenapa saya mesti mengeluh. Saya yang membuat keputusan, segala apa yang mendatang perlu dihadapi.

Di saat saya terduduk, saya ada sebuah keluarga yang sangat supportive, saya ada ayah yang sentiasa memotivasikan saya, ayah yang selalu menyokong anaknya ke arah kejayaan. Saya ada suami yang sangat supportive, yang sentiasa berada di mana saya berada. 

Bahagian Masing-Masing

Ada orang mencapai sesuatu dengan mudah, ada orang mencapai sesuatu dengan penuh halangan. Itu bahagian masing-masing. Ada orang dipermudahkan dalam sesuatu urusan tetapi diuji dengan perkara lain. 

Semoga urusan saya dipermudahkan dan berjaya. InsyaALLAH..



Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa

0 comments:

Homemade by Zanox (FINAL)


Saya bukan jenis yang suka join contest, but untuk support Zanox, saya pon dengan berbesar hati untuk menyetai contest by Homemade Zanox. Oh yer kengkawan, contest hari tu saya menang, siap dapat special gift lagi. Alhamdulillah. Ikhlas nak support nih, menang tak menang belakang cerita. Paling penting, i'm going to support her. =D

Saya adalah science students, every information will come with some evidence or literature review and appendixes. So, saya attach sekali with PROOF for each answer given. Eceyh.



Questions

Final GA for today..open to ALL (including winners of past rounds). Tempoh menghantar jwpan until jam 12.00 tgh hari Isnin (8/8/2011) **boleh buat se-kreatif mungkin :)**

Soalan:1) Berikan jenis² lipbalm yg dibuat oleh zanox2) Berapa huruf 'A' dlm nama penuh cik zanox?3) Berapa berat 1 tub eye gel?4) Kolej matrikulasi cik zanox?5) Berapa jumlah bar sabun splashing choco mint utk dijual?Slogan : Pendapat saya ttg Homemade by zanox.... (no limit)OK..Good luck dlm menggali jawapan!!! :)



Answers


Soalan Satu


4 jenis iaitu:

a) Natural mint - Colourless, pure and natural beeswax lipbalm
b) Blushing mint - A hint of blush colour to give girly look to your lipbalm
c) Darling mint - Red tone tinted lipbalm to give a tinted red look to your dull looking lips
d) Bubble mint - Pinkish tone lipbalm to give a pinkish hue to perk up your lips


Soalan Dua

Kalau ikut nama TERpenuh iaitu Zan Zafirah Zainal, bilangan huruf A adalah 5
Kalau ikut nama separa penuh iaitu Zan Zafirah, bilangan huruf A adalah 3

Note: Memang stalk habis-habisan la. Just to re-confirm. boleh la call Zanox di opis ke link 6768. =p

Soalan Tiga

Berat eye gel adalah 5 gram.

Soalan Empat


F6P3, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, kat kuala pilah sana hah!

Soalan Lima


Untuk produk Splashing Choco Mint, jumlah keseluruhan untuk dijual adalah 9 bars. Now, 2 sudah dijual, so tinggal berapa lagi untuk di jual? 7 - 2 = Do your math..Grab your own NOW!! =D


Pendapat saya tentang Homemade By Zanox adalah sangat mengagumkan. Sangat kagum. Having her own products at VERY early age. She is Datin Muniroh Junior (Pengasas Produk Natasya). InsyaALLAH millionaire to be. amiiin..

Produk yang Zanox sediakan adalah sangat menarik dan unique. Ini adalah kali pertama saya try Homemade Cosmetic Products. Ingatkan homemade cookies jer ada, cosmetics pon ada. hehe. Produk Homemade Zanox berciri moden dan halal. Since banyak isu cosmetics products yang tak halal, so why not kita cuba Zanox Products. Iyer tak?

The prices adalah sangat reasonable. Terlalu reasonable. Tak mahal..Sesiapa sahaja mampu nak beli. Tiada alasan untuk cantik. Supaya abang sayang lagi sayang. Eh eh eh.

Cuma..ada beberapa pendapat saya sebagai seorang supporter. I love to see u succeed, so i'm here to give you a few suggestions. =)

Homemade Zanox perlu improve on packaging. Produk dah TIPTOP, so to make it PERFECT..Cadangan saya supaya zanox tempah and design sticker yang lebih 'proper'. Maybe Zanox pun sedang memikirkan hal ini, no worry, take ur time. =)

Saya sebagai pengguna yang sukakan keselesaan, kualiti dan kecomelan mencadangkan Zanox supaya improve on soap shaping. Cadangan saya supaya improve soap shaping, mungkin boleh pakai acuan buat coklat or acuan buat kek yang boleh bukak kat tepi. Supaya pengguna akan berasa lebih comel dengan memakai sabun yang comel. Eceyh.

Since Homemade by Zanox adalah produk yang boleh pergi jauh, so saya ada lagi satu pendapat. I'll send u a private message.

Buat bacaan Zanox, saya sertakan kisah mengenai titik mula perniagaan Datin Muniroh, pengasas produk Natasya. Klik Link =D



Ini lagi satu video yang saya nak share dengan zan and semua, this video ayah saya yang suggestkan. Satu ayat yang buat saya tersentuh dan termotivasi adalah "Are you going to finish strong?". Setelah apa yang saya lalui, dan sometimes buat saya menangis, saya perlu tabah supaya saya boleh habiskan sesuatu dengan SEMPURNA. Same goes to Zanox. Situasis kita berbeza tetapi formulanya sama. Semoga sukses Zanox.

Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa CANTEQ

1 comments:

Thursday, August 4, 2011

Untuk Bakal Pelajar UTM (Part 1)

Semalam saya ke kedutaan atas urusan-urusan penting. Letihnya Allah yang tahu. Ulang alik dari KLCC ke UK embassy dengan berjalan kaki. Pempaham jer la nak parking kan susah so, we just parked our car di UK embassy. Then, singgah ke UIAM uruskan hal claim. Seterusnya ke Time Square menge-paw suami. Zaman postgraduate nanti nak bergaya balik. Eheh. Masa zaman degree dulu adalah zaman selekeh. Pergi kelas muka seposen, bedak pon tak pakai, baju pun kengkadang tak iron.. sungguh lah selekeh.

Saya selaku pelajar UTM berasa sungguh beruntung kerana kemudahan yang disediakan dan lecturer yang best-best especially lecturer kimia. Great. Ada beberapa perkongsian..

Pengangkutan

Ini do not wori mori, kerana pengangkutan adalah disediakan secara kerap. Bas UTM memang berlambak-lambak. Tinggal nak naik or tak. Tak kisah stay kat kolej mana pon, bas memang selalu lalu lalang. Idok perlu kumpul duit syiling kerana perkhidmatan bas sudah di bayar dalam yuran. BUT, bas memang sangat penuh bila peak time, contohnya waktu pagi, macam sardin. So, pepandai la adjust waktu.

Kenderaan persendirian hanya boleh di bawa masa anda second year. But ada jer budak first year bawa tapi didaftarkan atas nama senior.

Asrama

Asrama memang berlambak-lambak, sudah pastinya anda dapat tinggal di asrama setiap semester. Cuma jarak akan menjadi faktor. Sepanjang saya belajar di UTM memang menginap di Kolej Rahman Putra (KRP), heaven. Kafe sedap dekat, library dekat, admin building dekat, masjid dekat. Semua dekat. KRP ni dekat dengan fakulti Sains, Fakulti Geomatik, Fakulti Seni Bina. Very near. Kolej Tun Fatimah terletak di hadapan KRP.

Oh yer, selalunya para pelajar mesti nak kolej yang digemari. Macam saya jugak, supaya boleh makan ikan keli makcik sayang selalu di kafe meranti. Aik.Melalut. Untuk dapat kolej digemari, selalunya kene aktif. Kalau aktif, akan diberikan 'kuota pengetua'. Maksudnya tak payah berebut-rebut dengan orang lain. Kalau tak aktif pon boleh masuk kolej digemari, tapi kene 'pandai cara' and kene berebut la masa permohonan kolej dibukak.

Jangan risau, bagi spesies yang kurang rajin macam saya, boleh lah basuh baju guna washing machine. Washing machine.

Satu bilik dua orang untuk first year and lepas first year boleh request bilik seorang. Bilik seorang ada yang attach dengan toilet and tak der toilet. Yang membezakan adalah harganya.

Pakaian

Ini mesti ada yang tertanya-tanya kan, pakaian di universiti adalah bebas tapi berpada-padalah. Masa kelas Tamadun Islam (TITAS) pakai lah sopan sikit, then waktu-waktu lain, pakailah yang sedap mata memandang. But, setiap hari ISNIN wajib pakai formal. 

Lagi satu, jangan lupa pakai kad matrik, nanti kene saman RM 10, pegawai keselamatan (pak guard) memang suka saman menyaman.

Beli barang

Usahlah anda risau sangat, banyak kedai yang anda boleh barang keperluan. Hampir setiap kolej ada 'mini mart'. Ataupun, kalo nak lagi best, boleh la ke Jusco Taman U, U-mall Taman U, Skudai parade.. Sangatlah dekat. Tapi kalau nak lagi best, pergila jauh sikit iaitu ke Angsana(best ker?), Jusco Tebrau, Jusco Bukit Indah ..hah..banyak lagiiii..Oh yer, kalo nak bergonjeng-gonjeng, tengok wayang ker..kan stress belajar..=p....U-Mall ada cinema and karok..

Masjid

Masjid UTM sangat besar dan meriah. Masa bulan ramadhan mereka akan adakan iftar. Mereka juga sangat aktif, ada kelas agama petang-petang. Tinggal nak gi or tak..Masjid terletak berdekatan dengan fakulti sains, fakulti geomatik, fakulti seni bina ..so boleh jalan kaki jer.

Perpustakaan

Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ), tempat yang penuh nostalgia bagi saya. Masa saya banyak dihabiskan disini. Masa tidur (aik? masa cuaca panas sementara tunggu next class boleh la tido kejap bawah aircond). Saya suka study di PSZ sebab best. Terletak betul-betul sebelah masjid, berdekatan dengan beberapa fakulti dan berdekatan dengan cafe. Lagipon, banyak sumber rujukan di sini. Suasana sangat kondusif, siap ada bilik karel. Bilik Karel adalah bilik study sorang-sorang. Or bilik perbincangan untuk study ramai-ramai. Tak kene bayar pon. Just bagi matrik card.


hasil sepanjang di UTM.. Anugerah Dekan Konvokesyen 2010..credit to maizatul Adilah for the picture..

Nanti sambung lagi ok? Part 2 pulak..just request anything that u want to know..=D

Anyway, semoga maklumat ini dapat membantu kalian, semoga ALLAH sentiasa membantu kita..


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa








5 comments:

Wednesday, August 3, 2011

Ikhlaskan Hati

Now, jam menunjukkan pukul 2 pagi. Saya baru selesai menyiapkan segala macam dokumen untuk di sumbit esok. Memang menguji saya, Minggu ini memang berturut-turut kesana kemari. Satu perkara yang saya selalu pegang:

"We have to sacrifice something in order to gain something"

Kesibukan membuatkan saya kurang nak menyibuk hal orang. Buat tambah dosa dibulan Ramadhan. ehehe..

Selamat Berpuasa!

Doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan ALLAH dan berjaya..InsyaALLAH..=D




2 comments:

Zanox, Zanox, Zanox



Motif menulis entry ini adalah disebabkan memasuki contest give away dari seorang kawan baru yang super-wanita-berkebolehan. Masak pandai, Body Care pandai semua pandai. Saya pernah tulis entry mengenai beliau di blog lama saya. Demi meng-support Zanox, tidur petang telah diabaikan walaupon badan keletihan baru pulang dari Kota Kuala Lumpur. 

Homemade by Zanox ada organise satu give away contest. Saya dengan berbesar hati rasa nak support beliau di samping mendapatkan hadiah. tetttt...=p..Sambil menyelam minum air. Kita hanya perlu menjawab soalan ini.



SOALAN

Orait! Questions 4 today :
1) Apakah degree yang dipegang oleh cik zanox?2) Negeri asal cik zanox?3) Bahan² yg ada dlm soothing eye gel?Slogan :Saya support Homemade by zanox kerana...(not more than 20 words)
Hadiah for today :
Soothing eye gel and 2 mini packs clay masks of your choice.


JAWAPAN

1) Kami sebulu, eceyh, beliau menghabiskan  BSc Applied Chemistry di Universiti Malaya pada tahun 2010. 
2) Sudah pastinya Seghomban, Nogori Sombilan.
3) Bahan-bahan yang ada dalam soothing gel adalah :
- green tea extract ( antioxidant)
- cucumber extract (cooling and soothing agent)
-chamomile extract (cooling and soothing agent)
- aloe vera (anti wrinkles)
- glycerin (humectant)

Saya support Homemade by zanox kerana :

1) Menggunakan natural plant extract so, for sure tiada hazard material. Ala, zanox pon budak chemistry, mesti beliau tau yang mana bagus or tak. Bukan produk mokcik-mokcik yang maen campur jer tanpa ikut piawaian.

2) Bersih. Zanox budak sains dan beliau ada cerita dalam blog beliau mengenai peralatan di-sterile before melancarkan projek. Kalau tak sterile mesti jerawat dah tumbuh dulu kat muka zanox. hehe.

3) Produk yang di offer zanox adalah sangat variety dan menarik serta berciri moden. Idoklah bedak sejuk pah bedah yang membuatkan laki aku takut memalam. Certain produknyer ada tambah fragrance pulak tu. Mesti wangiiiii...tak yah pakai perfume. Oh yer, ada satu cerita, ada satu hari ni darling husband tegur saya, beliau cakap:

"Ayang, kalo time nak tido, boleh tak jangan pakai pencuci muka****? b tak suka bau dier.."

Hah, sabo jer la. Mungkin lepas memakai Zanox's product, ia tidak akan menjadi masalah lagi. =D

4) Zanox berjiwa besar. eheh. Saya suka berkawan dengan orang yang berjiwa besar, challenging dan rajin. Indirectly motivate myself jugak. So, usahawan muda bekerjaya ini memang patut di support. It shows that u're multi-tasking person. Still young, u can do many things..i believe u will have a very bright future..yes VERY bright..insyaALLAH..

Bravo Zanox! =D

Jom visit Homemade by Zanox! =D







2 comments: