Wednesday, September 28, 2011

Seminggu di Oxford


Today genap seminggu saya di University of Oxford. So far, so good. Jet lag sudah berkurang and sudah menjalani kehidupan normal. Malaysian community sangat helpful, especially abang Bad's family, kak munirah, abang yie kak shikin etc etc. Sangat baik and kalau sesiapa yang nak keluar negara tapi takut tak boleh survive, dont worry, sure boleh!

I'm an observer, saya memerhatikan orang and berfikir. Di Oxford ini, bukanlah orang genius macam Einstein jer yang boleh masuk Oxford. Sama jer Oxford and other UK universities yang lain. Most of them, just orang biasa. Cuma, satu perkara yang saya perasaan adalah mereka kuat and have strong desire toward something. Everyone of them mesti ada 'sedikit' dugaan, but the matter is how are they manage to survive. Bilangan orang Islam specifically Malay keep growing, which is good.

They keep strong. They know and grab chances. Ada orang 'tahu' peluang tapi tak grab sebab takut and so forth. Ada orang tahu peluang, tapi tak nak berganjak sebab dah seronok di zon selesa. I move from comfort zone, and start a new life here. Ada something untuk diceritakan kepada anak cucu kelak and ada pengalaman baru.

Ada yang bagi alasan sebab tak nak further study oversea kerana living course tinggi, but kalau dapat scholarship, semua tu tak jadi masalah. Duit scholarship mencukupi. Satu perkara lagi adalah pengorbanan. Jauh dengan keluarga. Saya ada teman who is my husband, so far, tak lah rasa sunyi sangat. Cuma rindu la kat rumah, selalunya rumah riuh dengan adik beradik and hang out dengan family. Bila hidup berdua nih, kena pandai-pandai la bergaul dengan community kat sini.

Doakan saya dan suami berjaya..=)


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

1 comments:

Sunday, September 25, 2011

When we talk about money..

Sekarang sudah beberapa hari di Oxford, United Kingdom. So far, so good. Sejuk tak lah sangat. Rumah hampir lengkap, semalam baru pergi beli carpet, glass etc etc. Both of us are quite fussy, itu yang dok scan barang-barang, then baru decide nak beli. Kena cari warna yang sesuai with reasonable price.

Kat sini barang makanan mentah, tak lah mahal sangat. Harsh Brown, fish fillet, semua tu murah. So, memang tak spend banyak kat foods. Cuma yang mahal adalah accommodation, eventhough rumah kami tak mahal, still  money division berat kat rumah.

Back to the topic, accommodation fee kami adalah separated from then invoice yang dihantar ke KPT. Bila nak masuk sudah pastinya kena bayar deposit, deposit kalau takat RM 1k - RM2k, boleh tutup mata bayar. Ini yang menjangkau RM10k. Semua ini kami advance duit sendiri dulu, since pempaham la duit KPT masuk lambat sikit. Nasib baik ada family yang boleh support. I just imagine, kalau yang tiada financial family support, how they survive? Then, ada yang end up, taknak pergi, because they dont have money. But, ada jalan, boleh pinjam bank dulu, or pinjam kawan. Bila duit KPT dah dapat, bayar la balik.

Cakap pasal pinjam-meminjam, father in law saya bercerita, ramai orang especially golongan muda berbelanja melebihi kemampuan. Ramai yang pakai kad kredit melebihi kemampuan. Barang makin mahal, tapi pendapatan still sama. Takper, mungkin kad kredit boleh back up. So, what do you expect? Kalau tak boleh nak control, hidup dengan hutang, sampai bila? Itu yang keluar berita, ramai yang muflis pada usia muda.

Ayah saya adalah engineer di Shell Oil, and kakak-kakak saya semuanya engineer, so we dont have too much exposure in financial management .Father in law adalah orang kuat yang jaga tender FELDA for many years. Without his approval, projek tak jalan. Kakak suami run business. So, everyday they are dealing with money. Financial management memang tip top. Tempias nyer dapat dekat anaknyer who is suami saya. Kalau nak beli handbag baru, kene bentang dulu kertas keje, then kalau the "paper work is strong", then you can buy. hehe.

Before shopping survey harga and set budget, then after shopping kumpul receipt and recalculate. Bunyi macam complicated, but its good, you know where the money goes. Daripada maen beli itu ini sesuka hati, but in the end, tatau mana duit nyer pergi. Habis macam tu jer.

Bila di UK nih, lebih mudah, sebab all the products memang appear their prices online, so mudah nak kira budget. Lagi satu, since foods tak mahal, cuma rumah yang a bit pricey. So, if you can get a house at reasonable price, then, you can save more money.

Semoga menjadi kaya kelak. hehe.

1 comments:

Friday, September 23, 2011

First Post from Oxford, UK

Alhamdulillah dah selamat sampai di Oxford. Bandar Oxford sangat classic and menenangkan. So far, Alhamdulillah kami ok disini. Malaysian Community sangat baik kat sini especially family Abang Bad yang banyak membantu kami. Semoga Allah membalas. 

Actually, tengah tahan mata dari tidur, mengantuk melampau-lampau. Nak biasakan diri tidur ikut waktu Oxford. Now pukol 6.27pm waktu Oxford but kat Malaysia dah 1.37am. Body clock saya still belum adapt, rasa nak tidurrr sekarang nih.

Tadi saya shopping groceries and barang rumah sikit. Boleh dikatakan everything ada di Oxford, cuma kena pandai cari and survey. Kicap cap kipas udang ader, belacan ada but mahal la (kalo convert). Memang tak makan western food kat sini. Still maintain selera melayuu. Memang beli barang seminima mungkin sebab nak survey-survey dulu betul-betul baru beli. Tadi just beli really basic needs. 


Suhu kat sini around 18degree, not so cold. Cuma waktu pagi and malam sejuk sikit. 

Oh yer, a set pyrex berharga 4 pound jer..sabar sikit..kasi survey..

2 comments:

Tuesday, September 20, 2011

The Journey to the West

Now jam 6.13 am, selesai solat Subuh and menanti hari siang untuk menguruskan hal-hal lain yang belum selesai. Antaranya tukar duit pound sterling and beremosi dengan keluarga. Eheh. Esok, saya akan berlepas ke UK untuk menyambung pengajian di University of Oxford. Ibarat tidak percaya it's gonna happen setelah banyak cabaran dilalui. Alhamdulillah.

Saya anggap, perjalanan ini adalah salat satu route yang perlu ditempuhi untuk melalui satu lagi milestone dalam hidup. Setiap orang ada matlamat dalam hidup. Same goes to me. Doakan saya supaya pulang dengan PhD dari University of Oxford, diterangkan hati, dimurahkan rezeki, dilapangkan dada, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan dunia akhirat. InsyaALLAH.

Terima kasih kepada yang banyak membantu terutama family, rakan-rakan serta blog reader yang banyak mendoakan saya selama ini.

Entah saya pon tidak pasti, bila lagi mengupdate blog, life is going to be busy. InsyaALLAH ada masa, ada rezeki, saya kongsikan apa-apa tips untuk panduan semua. =)

3 comments:

Monday, September 19, 2011

Redha Perlukan Masa

Kesibukan menguruskan hal-hal ke UK membuatkan saya jarang mengupdate entry-entry berkualiti. Lagi 3 hari saya akan berangkat ke UK, perasaan saya macam rojak. Gembira, sedih, risau, excited. Tapi, inilah waktu yang saya tunggu. Menyambtung perjuangan ke barat, meninggalkan comfort zone and preparing a better future.

Back to the topic, beberapa hari lepas saya membaca satu status yang berbunyi begini:

"Susah bila cinta terlarang oleh keluarga"

Kiranya mamat nih baru frust putus cinta la gamaknyer. Bab putus cinta nih memang tak dinafikan memang menyakitkan, ewah. Kalau perempuan dah tak nak, redha jer la. Pergi cari lain. Eh cakap senang, that is not simple like that.

Teringat saya semasa 'kehilangan' anak sulung kami yang lalu, memang saya cukup-cukup redha. Walaupon pada awalnya saya cukup bersedih. Tak mudah untuk saya terima semua itu, tambah-tambah lagi semasa itu kehidupan saya agak kritikal. Banyak ujian datang melanda. Kalau hilang pensil, boleh diberi baru. Tapi ini, mana boleh beli-beli kan. Sedih memang la sedih, tapi saya fikir this is not the END.. So, on the next day, kehidupan saya kembali normal. Setiap kali saya dan suami solat berjemaah, suami akan doa:

"Ya ALLAH, berikanlah kami zuriat yang sempurna akal, akhlak, fizikal dan imannya"

(dengan anak saudara baru..)

Mungkin anak itu mahukan memberi banyak masa kepada mummy nyer untuk lebih bersedia. Kalau tidak, anak itu akan lahir pada bulan ini, September. Bulan yang sepatutnya saya ke UK. Mungkin, ada hikmah di sebalik sesuatu bila kita redha. Saya dan suami cukup redha. Saya baca kat internet dan minta ahli keluarga beri motivasi pada saya. Hasilnya positif. Memang masa itu, rasa dekat sangat dengan ALLAH, mengadu kat ALLAH. A week after the incident, saya dapat maklumat mengenai Anugerah daripada Menteri Besar dan dapat berita mengembirakan dari University of Oxford pula walaupun masa itu saya tengah hold offer dari University of Cambridge. Rezeki anak. 

Waktu itulah saya rasakan yang saya cukup tabah. Entah dari mana datang kekuatan.

Bahagian Masing-Masing

Life can be complete, but it cannot be perfect. Bila saya mengandungkan anak sulung, it seems like my life is going to be perfect, Alhamdulillah saya ada education, saya ada good career, saya ada keluarga bahagia. Tapi Allah tarik satu nikmat dan gantikan dengan benda lain. Benda yang berbeza tetapi menggembirakan. Ujian masing-masing berbeza-beza. Kalau dah ditakdirkan untuk kita. InsyaALLAH walau macam mana pun kita akan dapat. Allah hanya beri yang terbaik untuk kita. Tak semestinya yang terbaik itu menggembirakan kita. Kadang-kadang dugaan itu akan menguntungkan kita, mungkin tak nampak sekarang, tetapi akan datang, who knows?

Redha tetapi tiada usaha

Usaha perlu ada, ada yang redha SAHAJA tetapi tiada usaha. Usaha dulu kan?"

Sepanjang 23 tahun saya hidup, saya merasakan, ketabahan merupakan kunci utama untuk terus hidup. Setiap cabaran yang saya hadapi, pasti dibalas dengan sesuatu 'hadiah' yang bermakna apabila saya bersabar. Ayah saya cakap, "Are you going to finish strong?"..definitely "Yes". Nasihat saya, kalau mahu berjaya, tabah, sabar dan usaha.

Doakan saya supaya diberikan zuriat yang soleh solehah, dimurahkan rezeki, pelajar cemerlang, berjaya dalam hidup, dipermudahkan segala urusan dan menjadi anak isteri solehah. InsyaALLAH. =)


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa
at Cozy room with beloved husband

2 comments:

Sunday, September 18, 2011

Allergy

Selesai wedding kakak sulung, penat semalam tak habis lagi. Tapi masih pergi enjoy-enjoy dengan cousin, mandi laut. Mandi laut memang letih kan? dan lapar. Disebabkan lapar melampau-lampau, maka telah memakan Udang galah secara tamak. Sangat cool makan udang galah, tetiba allergy datang. Terus ke emergency klinik, dan disuntik. Buny macam simple, but ianya cukup tragis. 

Kronologi nyer begini, makan udang sebanyak setengah pinggan, kemudian pening kepala, then gatal-gatal satu badan, muka dah macam pakai botox. Terus ke klinik, jumpa doktor peramah, dia suntik hydrocort . Lepas tu, automatik muntah belahak, start sesak nafas, bunyi hiii huuu hii huuu.. Terus terlena dan bangun untuk salam-salam dengan adik beradik yang akan pulang.

Doktor tu offer macam-macam, 

"You nak ambil gas asthma tak and nak ambil pil?"

"You nak MC berapa hari?"

Gas asthma memang ditolak awak-awal, sebab it contains stereoid yang boleh menyebabkan badan shaking for a few days. Then, pil allergy pulak, reaction nyer a bit slow. So tolak awal-awal, MC pulak buat apa nak ambil, memang tengah bercuti pun.

Nak share satu info, saya allergy Udang, dulu a bit ok, sebab consume HERBALIFE, but since nak fly, dah tak consume. Allergy datang balik. Allergy nih ada macam jenis, saya pernah terbaca dalam satu artikel, allergy nih boleh menyebabkan badan membengkak and organ dalaman membengkak especially respiratory system. That why bila orang allergy yang jenis macam nih, nafas akan tersekat-sekat. Kalau saya jumpa artikel tu, saya pos kan disini.

Pernah menonton satu cerita, seorang lelaki makan di restaurant and tak realize yang dalam makanan itu ada allergy ingredients, then terus dier sesak nafas after eating and meninggal. Lagi satu cerita, seorang lelaki nak membunuh seorang perempuan, dengan cara dier having sex dengan perempuan itu selepas lelaki itu makan seafood and lips-tangan still ada baki seafood tersebut. Then perempuan itu terus sesak nafas sebab organ membengkak and die. Ini cerita CSI Miami. Hehe.

Celik jer mata dah maghrib, tengok bilik tidur dah kemas, meja makan dah bersih, baldi muntah dah di alihkan dan dibersihkan. Semua dilakukan oleh suami. Cool semacam.

Terasa diri sangat bertuah. 

Terima kasih Ya ALLAH kerana dikurniakan lelaki hebat di setiap ketika dan waktu. Alhamdulillah.



Regards,
Wanita Paling Bahagia

0 comments:

Monday, September 12, 2011

Go Green


Hari ini saya menguruskan keperluan diri iaitu menempah dua pasang cermin mata. Salah satu berciri Old Skool, nerd style. Katanya, back to school of chemistry. Badan tak berapa nak kuat dan suami pun demam. Tetapi masih diberi kesempatan untuk puasa enam. Alhamdulillah. 

Teringat saya weekend lepas, semasa keluar bersarapan dengan keluarga. Saya buka tingkap kereta seluas-luasnya sambil keluarkan kepala kerana saya sangka itu 'kabus' yang sejuk. Konon nak feeling hirup udara segar. Sehingga ke tengah hari 'kabus' tetap ada, rupa-rupanya JEREBU. Sabo jer lah.

Pada hari ini saya telah bertindak sebagai doktor dan saintis, merawat my other half dan mengeluarkan hipotesis ikut suka. Situasinya begini:


Suami: Pening la kepala..tak tahu kenapa..

Saintis: Sebab jerebu kot..
Suami: Kenapa pulak?
Saintis: Sebab kurang oxygen, jerebu kan contain pollute particles..so..bila kita sedut udara..pollute particles tu take place..and Oxygen yang kita sedut tak banyak macam biasa. Tu la sebabnya kita pening, oxygen sampai ke otak sedikit.

Heh, boleh pakai tak theory? Kira boleh la tu ek. 

Go Green

Last weekend saya ke Jusco, shopping segala macam barang cikenit cikenit. Contohnya stationery, banyak pulak tu. Tetiba bila sampai di cashier, dia kata "No Plastic Day". At last semua sumbat dalam handbag. Lagi satu alternatif, kalo kat bahagian sayur kan ada plastic gulung tu kan? bulan lepas kami beli barang cikenit cikenit, ambil plastic tu and masukkan barang-barang tersebut. Senang. Akhirnya, orang kaunter sebelah pon tiru. Pelajaran aper nih? jangan ikut.

Eh apa den cakap nih? back to the topic, everybody should aware pasal ini. Last week datang UTM, quite impressive sebab bekas makanan polystrene dah ditukar ke bekas makanan lebih selamat. Dulu mereka gantikan dengan bekas makanan plastik, which is still not good, sebab bila plastik kena benda panas, ia akan  hasilkan free radical. Tak bagus untuk kesihatan. 

Dah macam environmentalist pulak. Maaf entry kurang berkualiti. Kalau mahu berkualiti, boleh jumpa Karam Singh Walia. 

Sekian



Regards,
Mahasiswi Raihan Musa

1 comments:

Thursday, September 8, 2011

Marriage

Kehidupan saya agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Berbakti kepada keluarga sebelum memulakan perjuangan. Banyak jemputan yang diterima, ramai yang sudah dan akan mendirikan rumah tangga. Banyak yang saya tak dapat attend sebab clash dengan aktiviti keluarga. 

Usia perkahwinan saya belum pun menjangkau 1 tahun. Tetapi, saya ingin berkongsi sesuatu :

"Before you get married, open your eyes widely..
Once you get married, "half-close" your eyes"

Ini dikongsikan bapa mertua kepada kami semasa sesi motivasi pagi raya. Maksudnyer, sebelum berkahwin, pilih la pasangan elok-elok. Pasangan yang sesuai dengan kita dan keluarga kita. Pasangan yang boleh menerima keluarga kita sebaiknya.

Bapa mertua kata, bila dah berkahwin, "Half-close" your eyes. Maksudnya, bila dah kawen, belajar menerima. Kadang-kadang ada perkara yang kita tak berkenan, just ignore. Ikut la perkara yang mana satu. Contohnya kalau pasangan kita nih, cerewet bukan main bab kebersihan atau pasangan kita banyak sangat nak bercakap, suara pon macam speaker. Hehe. So perkara-perkara macam nih tak perlu diperbesarkan sangat. Tapi ada perkara yang kita perlu tegur,contohnya kalo laki tu lepas kawen pon kaki pompuan, so haruslah kita tegur, tegur, tegur..

Tahniah kepada yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga berbahagia. InsyaALLAH. =)

** Maaf tidak dapat update sekerap mungkin, agak sibuk dengan urusan diri sendiri. Sibuk makan sedap-sedap, siap ada checklist lagi makanan yang perlu di makan dan aktiviti yang perlu dilakukan. InsyaALLAH saya akan berangkat ke UK pada 22nd September 2011. Lebih kurang 2 minggu. Kalau ada masa lapang, saya ingin menjemput semua ke Wedding Kakak Sulung, pada 17 September 2011. Boleh minta alamat..=)



Regards,
(Prof-Wanna-Be) Raihan Musa

0 comments:

Saturday, September 3, 2011

My Raya Celebration


Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu iaitu rayaaaaaa. Tahun ini kali pertama saya beraya dirumah mertua bersama suami. Suasana agak berbeza dengan keluarga saya. Suasana pagi raya saya di rumah mertua adalah bertemankan air mata. Sesi muhasabah di pagi raya. Muhasabah secara serius. Betul nih, wa tarak tipu wo. Sesi meluahkan perasaan, memotivasikan diri, bermaaf-maafan dan nasihat-menasihati. Seronok dan tersentuh. Menginsafkan. Kalau belah keluarga saya pulak, sesi bermaaf-maafan, bersuka ria dan berpesta makanan. Haha.

Macam biasa,  juadah raya saya adalah rendang, ketupat, lodeh, kuah kacang. Typical eid fitri dishes. Sejujurnya, hanya raya pertama menu tersebut diterima perut saya, sampai raya kedua, itu semua dah tolak ketepi. Pakaian raya kami cukup simple, suami mengenakan baju melayu nikah dan saya memakai jubah plain putih penuh manik bersama selendang merah jambur cair chiffon yang sangat lembut. Oh yer, tak lupa, sekuntum bunga carnation. Ringkas.

Bersederhana

Mengenai perihal raya, ada yang tukar segala macam baru. Nak dekat-dekat raya inilah kita boleh lihat orang penuh kat kedai emas atau ke kedai pajak gadai. Berayalah secara berkemampuan dan bersederhana. Gelang bukan main penuh, cincin toksah cakap lah. Bersederhanalah.

Ibadah

Masa sibuk beraya, jangan lupa urusan kita dengan Allah. Solat perlu dijaga. Takut make up cair sebab wudhu', terus tak solat. Jangan gitu la yok!

Duit Raya

Part nih lah bebudak paling excited, saya dulu pun begitu. Tapi sekarang, walaupun dapat duit raya daripada suami, perasaan biasa-biasa sahaja. Duit bukan perkara besar, paling penting beliau disisi saya sepanjang masa susah senang gembira berduka bersama. Saya sangat suka iklan raya, adibah noor dan ASB...cool! Mak ayah jangan lupa masukkan duit raya anak dalam bank, jangan pulak pau anak sendiri. =p

Komitmen Berkeluarga

Batchmate ada yang ajak ke reunion, konvoi etc etc. Bagi saya yang sudah berkahwin, mungkin agak payah hendak menunaikan semua itu. Dulu ada sebelah pihak sahaja, now ada dua belah. Dulu boleh gamble jer nak gi mana-mana sesuka hati, now? izin suami penting..and kene planning betul-betul. Time is so precious. Mana-mana yang saya tak dapat attend, minta maaf banyak-banyak. InsyaALLAH kalau tak keberatan meh la ke majlis kakak sulung saya, 17 September 2011.

=)


Regards,
(Prof-Wanna-Be) Raihan Musa








0 comments: