Sunday, October 30, 2011

Another from UK


Sekarang cuaca di Oxford makin sejuk dan pelik-pelik. Tiba-tiba hujan, tiba-tiba berangin. Hujan itu rezeki. Alhamdulillah. Beberapa minggu lepas, cuaca kering dan sejuk menyebabkan pertumbuhan bendasing(jerawat) bagaikan juara. Mekanismanya begini, cuaca kering, kulit kering, kulit mula menggelupas, saya menggaru sebab gatal-gatal, and terjadilah jerawat. Di sini, cuaca sejuk dan kering, ia menyebabkan gatal-gatal. Kulit memang sungguh sensitif. Uhh..

Mulai hari ini, saya perlu melewatkan jam, maksudnya kena tukar jam tengan ke satu jam lewat, kalau sekarang pukul 7 malam, so kene lewatkan ke 6 petang. Bak kata kak Munirah, orang UK nih nak make use of sunlight. Begitulah..Pelik-pelik kan..

Sepanjang hidup di perantauan ini, walaupun tempoh yang sekejap, saya mula mempelajari kehidupan. Memahami kenapa saya perlu berada di sini. Bukan sekadar nak dapatkan PhD, kalau itu SAHAJA niat saya, mungkin saya tidak di sini. Banyak peluang di sini yang saya tidak dapat di Malaysia. Contohnya, berjumpa tokoh-tokoh sains dunia yang akan ke department setiap minggu. Sangat mewah ilmu, tidak kira apa-apa bidang. Tinggal mahu atau tidak. Banyak lagi yang ilmu lain yang mengalu-alukan pelajar Oxford..

Hah, ada satu cerita yang saya belum pernah ceritakan! Semasa saya First Year di UTM, saya dapat tahu seorang pelajar UTM akan ke Oxford, beliau adalah seorang tutor di UTM. Bila saya dapat tahu yang beliau akan ke Oxford University, saya pergi berjumpa beliau semasa di tahun satu, minta tips dengan beliau.   Since tahun satu lagi buat degree, saya memang dah aim nak gi luar negara untuk my PhD. That why bila orang sibuk-sibuk dengan Biasiswa Zamalah and fast track PhD etc etc..saya tak ambil tahu sangat sebab saya ada sesuatu yang lain yang saya kejarkan. Bila saya sampai di sini, saya berjumpa kembali dengan tutor berkenaan. Kami di bawah satu school and tinggal di dalam satu building. At last, i manage to come here.=)

Actually, tak kisah la nak further study di mana, dua-dua ada pros and cons. Contohnya, kalau dalam bidang saya, instrument memang mudah di sini. Tak payah queue ker apa, terus run sample. Tapi itulah, kalo nak dibandingkan, basic saya tak kuat sangat. Bukan apa, saya tak belajar pun. But, it is learning process. Tapi itulah, sama ada kita menganggap 'cons' itu sebagai cabaran dan advantage. Bergantung pada kita. 


Regards,
Raihan Musa

0 comments:

Monday, October 24, 2011

Bersyukur

Ahad lepas kami sekeluarga ada buat makan-makan di rumah kami, niat asal nak jemput a few families sahaja, then, bila bincang-bincang dengan husband, kita jemput ramai terus la. Tak yah saya nak masak banyak-banyak kali. Jemput by batch, sesi tengahari and sesi malam, rumah comel sangat, tak muat. Cuma geng-geng bujang trang tang tang yang kat headington and cowley belum jemput lagi. InsyaALLAH soon. Ambil nafas dulu. Masak untuk 25 orang, tidaklah payah sangat, sebab saya dari keluarga yang besar. Memang biasa masak banyak-banyak. Sedap tak sedap tu tak tau lah.

Memang orang Oxford sangat helpful. Saya bersyukur dicampakkan dalam komuniti ini. Dari pertama kali kami menjejakkan kaki di sini sehinggalah sekarang. Rumah kami sudah hampir lengkap. Dapur dah lengkap, TV dah ada, Internet ada etc etc etc. Masa mula-mula datang dulu, memang serba kekurangan. Memang tragis, masak air pun dalam periuk and makan guna pinggan plastik jer. Now, dah mula collect sikit-sikit and ada yang orang beri. Alhamdulillah. Bukan apa, nak kene survey dulu, baru beli. Actually, inilah kali pertama kami tinggal berdua sejak berkahwin, before nih tinggal bersama family. 

Semasa majlis makan-makan, kami berbual mengenai kadar elaun yang diberikan kerajaan. Betapa beruntungnya kita sekarang yang memperolehi elaun yang sangat mencukupi jika nak dibandingkan dengan dahulu. Elaun yang diberikan kerajaan memang mencukupi. Jika dahulu, ada yang terpaksa bekerja sambil belajar kerana elaun yang diterima adalah sangat sedikit. Saya bersyukur kerana memperoleh elaun yang mencukupi dan berada di kawasan yang mewah ilmu, kemudahan yang lengkap and ramai kepakaran. Tinggal saya untuk grab segala peluang dan pulang dengan kejayaan. InsyaALLAH. 

Minggu lepas bila saya terbaca mengenai pinjaman perumahan pertamaku dinaikkan ke RM 400 000, ada yang bersyukur and ada yang bersungut. Saya bukanlah pengikut tegar politik, tetapi ada perkara yang saya setuju and tak setuju. Ada yang bersungut di facebook "RM 400 00 sahaja boleh kasi?mana cukup..baik duduk pondok"..  Yang bercakap tu adik kerani bujang..Dah nama pun "RUMAH PERTAMAKU", so tak kan terus expect rumah sejuta ringgit. Kalau kerajaan kasi loan RM 1 juta pun, sanggupkah kita nak bayar balik dengan keadaan baru bekerja. Kalo hutang RM400 000 tak cukup, pergi la pinjam bank. Kalau dah bertahun kerja tak per, kalau yang fresh graduate, baru first time beli rumah..Hutang PTPTN pun ada yang lari dari kena bayar. Jeng Jeng Jeng.. 

Kesimpulannya, ada benda yang kita perlu bersyukur and tak perlu mengeluh. Ada perkara yang kita perlu berbuat demikian tetapi ikut keadaan.



0 comments:

Thursday, October 20, 2011

Oxford Bandar Ilmu


Sudah hampir sebulan saya di bandar Oxford, bandar yang penuh dengan unsur-unsur keilmuan. Bandar yang agak klasik dan lama, tetapi hasil kajian sentiasa up to date. Oxford bukan seperti London, Oxford sebuah bandar yang sangat bertamadun. Satu perkara yang saya kagumi adalah, aspek-aspek sejarah di sini sangat dipelihara dengan baik.

Jika dimasuk Bodlein Library, himpunan buku-buku lama amat banyak dan dipelihara dengan baik. Dari beberapa abad yang lepas, sehinggalah paling latest. Library tersebut memperoleh hampir 2000 ke 5000 buku baru setiap MINGGU. Angka yang besar. Setakat ini, saya tiada masalah langsung dengan kemudahan pembelajaran yang disediakan. Serba lengkap. Instrument yang canggih-canggih sangat banyak, sehinggakan saya rasa seperti ketinggalan. Bahan rujukan yang unlimited.

Apabila melalui di kawasan Radcliffe Square, kawasan di mana letaknya Radcliffe Camera (Bodleian Library), Tapak asal University of Oxford..cukup klasik. Ibarat sedang hidup di zaman 1700.


Gereja yang nampak gah. Gereja ini menjadi salah satu tumpuan pelancong, pelancong dibenarkan naik sehingga ke aras di mana jam tersebut. Terlalu banyak gereja di Oxford. Minggu lepas, chaplain college menjemput saya minum petang sambil berbual-bual. Chaplain college adalah seorang yang ditugaskan untuk menghidupkan gereja college. Di kolej saya, sudah menjadi kemestian, pelajar yang baru masuk akan dijemput berjumpa chaplain. Tiada hal-hal agama yang disentuh, walaupun perbezaan agama, tetapi perbincangan sangat terbuka, tidak bias kepada mana-mana agama.Saya berjumpa dengan seorang rakan dari United Kingdom kacukan Asia, beliau seorang muslim dan baru sahaja menghabiskan pengajian Islamic Studies dan sekarang ini sedang menyambung pengajian Jewish Studies. Bila berada di negara orang, minda perlu lebih terbuka dan perlu pandai memilih hala tuju. "Terbuka" dengan erti kata yang sebenar.

Bila di sini specifically University of Oxford, budaya kerja agak berbeza, setiap hari dipenuhi dengan soalan-soalan critical dari rakan sekumpulan. Minda perlu lebih kreatif dan kritikal. Setiap hari pulang dari pejabat, saya akan menjadi sangat penat kerana otak digunakan semaksimum mungkin. Sangat berkualiti.


1 comments:

Saturday, October 15, 2011

Matriculation Ceremony



Today saya ada big event iaitu matriculation ceremony, Matriculatian ini adalah event untuk mengiktiraf  yang kita adalah salah seorang pelajar pelajar OxBridge University (Oxford University or Cambridge University). Event dier sekejap jer, lebih kurang setengah jam, Vice Chancellor baca ada special text, yang mana saya menghayati satu persatu and tetiba rasa touching. Perasaan ini lebih hebat dari perasaan di dewan konvokesyen UTM dulu. Bukan sekadar menghabiskan degree with flying colours tetapi having something yang sangat beneficial.


Ini adalah special suit untuk special ocassion, suit and jubah ini perlu dipakai semasa Viva, Exam, convocation and formal dinner. Viva pun kena pakai ok! Ini for Oxford and Cambridge University Student. Kalau di baca sejarah penubuhan Cambridge University, ia ditubuhkan oleh bekas pejar Oxford University. So, sistem Oxford University and Cambridge University adalah tidak banyak perbezaannya.

Terlalu banyak rintangan yang Allah beri sebelum saya datang ke sini, tapi saya sabar dan akur. Ada orang rasa biasa jer matriculation, but for me, saya rasa gembira and this is one of the best moment yang saya akan ingat. 

Setiap hari saya perlu berjalan kaki sebelum sampai ke department, pada waktu itu, saya akan memikirkan kehidupan saya yang lepas and cuba kaitkan dengan sekarang. Ada hikmah tentang sesuatu yang berlaku. Apa yang saya harus buat sekarang adalah menghabiskan PhD saya on time. Setiap hari sebelum tidur, saya akan muhasabah diri saya, memotivasikan diri sehinggalah saya tertidur. Esok bila bangun pagi, saya mengharapkan supaya lebih bersemangat.

Target untuk this academic year adalah melepasi first year assessment dengan gemilang and mungkin bertiga? Eceyh. Mari doakan.

Regards,
Raihan Musa

2 comments:

Thursday, October 13, 2011

Adaptation


Dah hampir sebulan kami di Oxford UK, so far, ok Alhamdulillah. Cuma a bit terkejut sikit. Mereka kat sini pandai-pandai. Pandai sebab masa degree dulu, mereka punya degree memang tip top. Ini yang saya perasan la di Oxford. 

Lately, saya macam ala-ala sibuk, yes tak dapat dinafikan. Balik office lambat, balik rumah baca journal and bangun pagi-pagi baca journal lagi. It's my passion. Nobody told me to do that. Saya suka belajar. Saya suka duit. Eh, tetiba. Lagipun, saya rasa sangat ketinggalan, so banyak kena belajar.

UK bukanlah negara yang susah untuk adapt. Bahasa pengantaraan adalah bahasa Inggeris and makanan hala ada jer. Cuma banyak dan sikit jer la. Kalau roti, beras and etc etc. InsyaALLAH ada yang halal. Dont worry. I'm picky eater. Kalau di Malaysia, kalau lunch di UTM, saya nak lauk sedap-sedap jer or else saya tak makan. Pastu gastrik. Cuma bila disini untuk lunch, sandwich pun boleh, french fries pon ok. Takda masalah. Bila kita berada disituasi tersebut, mesti boleh adapt.

Semasa di Malaysia, weekend saya adalah enjoy betul-betul, tengok movie, shopping and mungkin jalan-jalan. Watching movie adalah aktiviti wajib pada weekend. Cuma bila disini, tiket wayang mahal semacam, i try to convert. haha. lebih kurang GBP 9 = RM45 per person. So, bye bye jer la. Baik kumpul, lama-lama jadi bukit. Pastu boleh beli Prada. Eh tetiba.

Pasal komunikasi, so far memang tiada masalah, cuma kadang-kadang tu, mat salleh nih ada yang cakap laju semacam. Itu memang out. Tak paham, lepas tu pura-pura paham. Eheh. Pentingnya bahasa Inggeris, kadang-kadang bahasa boleh jadi barrier untuk ke another stage. Nanti anak-anak saya kelak, nak guna Bahasa Inggeris. Eceh. Bukan main lagi den pikir. 

Doakan saya supaya dipermudahkan urusan, berjayadan disayangi supervisor. Tetiba. Hehe.


Regards,
Raihan Musa

footnote: menarik juga kalo sambut Anniversary pertama Paris..atau doa selamat di rumah..Ehem. Baiklah.

2 comments:

Wednesday, October 5, 2011

EXPLORING THINGS


Cuaca di Oxford sudah mula sejuk dan windy. Real autumn is coming! Semasa dalam perjalanan ke Office, terasa seperti dalam cerita Autumn in my heart. Eceyh. Cukup sejuk. Lately saya balik lewat, pukul 6.30pm baru pulang ke rumah. Menghabiskan bacaan di makmal and meeting dengan supervisor. Kalau boleh nak lagi lewat, tapi memandangkan ada orang kesayangan kat rumah, so, balik lah and sambung kat rumah. Semalam seharian saya menghabiskan masa di library, mengkaji satu bidang baru yang belum pernah saya terokai and lagi dahsyat, bidang yang belum pernah saya dengar. Cabaran awal bagi saya adalah, bahan rujukan yang sangat limited, hanya ada di Bodlien Library dan itu adalah for reference sahaja. Journal dalam bidang tersebut sangat sangat limited. Tak ramai researcher explore bidang ini. That is the reason why i came here, well, do something that is not in Malaysia.

Nevermind it is a good start! InsyaALLAH boleh pergi jauh dalam bidang ini. I proposed the topic and surely, i do really enjoy the project.

Dulu saya cuak juga bila berkahwin dan belajar. Takut tak boleh nak adapt and handle. But, setelah melaluinya, it shouldnt be a problem. Pembahagian masa saya lebih teratur kalau nak dibandingkan dengan sebelum kahwin. Balik lecture terus melepak-lepak sampai maghrib and do nothing. haha. Now,balik office terus masak, sometimes suami dah start masak dulu. Settlekan apa yang patut and sambung study balik. That's good. My partner is being very helpful and understanding, saya bersyukur.

I'd decided to pursue my study in UK since a few years ago, then, when i get married, that means, he must follow me.  We decide to get married because he really want to follow me and start a new life here. Now, it seems he really enjoy his life here. Alhamdulillah. I dont believe with long distance relationship, it still possible for a short period. But for a long time, no, i really dont. How about the responsibilities? 

I love to learn about cultures and i do enjoy explore new things, people and environment. Maybe, this is not our 'last destination'. Lets put in my wishlist! ^__^v

Regards,
Raihan Musa










2 comments:

Saturday, October 1, 2011

Start up!








Alhamdulillah sudah menjalani weekend yang menyeronokkan, pagi-pagi dah layan journal. It's a good start mem! =p. Kehidupan sebagai seorang isteri dan pelajar adalah sangat awesome. Before pergi office, siap-siap masak untuk seisi rumah. Eceyh, bunyi macam banyak sedangkan berdua jer. First day ke office dah macam kelam kabut semacam, mana stokin? mana file? mana jacket? gelabah. Ini semua gara-gara setahun tutup buku. Nevermind, i'm just okay.

Next week akan ada very long discussion dengan supervisor yang hebat, nak decide betul-betul what topic that i'm going to work. So far supervisor memang best. I'm the only woman in the group. I should do more reading, sebab masing-masing hebat belaka. Menurut pemerhatian saya, lelaki ni kalau rajin, selalunya dia akan jadi sangat pandai. Semua itu rajin-rajin belaka. So what do you expect? No more korean movie etc etc. Pheww..

Oh yer, everyday saya akan masak, then baru ke office. Bawa bekal and time lunch hour gi kat park depan museum and have my lunch there. I'm very choosy and picky about anything including food, so better prepare my own food. Jimat and sedap. erk? 

Bila ada di sini, something yang saya really enjoy adalah, sumber bacaan yang sangat banyak, instrument yang berlambak-lambak and ramai orang experts kat sini. Environment di sini a bit different, itu memang pasti. I do really enjoy my life here..tambah-tambah berteman. I couldnt imagine my life without him..pasti kesepian..Tambah-tambah Oxford nih tak ramai sangat Malaysian as compared to other UK areas.

Sila lah 'berteman' bila sambung belajar di perantauan..=p (only applicable to postgrad student)





1 comments: