Tuesday, November 29, 2011

Fantastic Day


Today memang fantastic, pagi-pagi dah prepare breakfast and having breakfast with him. Datang lab, terus set up reaction, then run analysis compound yang saya synthesis semalam, and the results is extremely good. 100% Pure, no impurities. A very very clean compound. Alhamdulillah. Compound yang buat saya berduka selama beberapa minggu, compound yang buat saya stay kat lab sampai malam, compound yang buat saya stay di lab waktu weekend. Today, i feel happy, i feel proud. 

Walaupun pencapaian kecil jer, but  i do really appreciate it. Siang tadi sempat cool kan Ian Riddlestone (my labmate), first time tengok dia marah for a few reasons. Saya hantar satu email, a bit pasal motivation and try to cheer him up. After that, terus dia senyum sampai ke petang and say thank to me. 

Next, tadi saya ke klinik for medical check up, everything goes well. On the way ke sana, terserempak dengan seorang insan, berbual-bual apa yang dia kata menimbulkan rasa menyesal atas masa silam. But, saya cuba motivate diri saya, past is past. Just leave it, no need to regret.

Berkat kesabaran suami sepanjang saya synthesis compound 'berhantu', today, saya decide untuk masak Nasi Biryani Kambing as a reward for him and for my self. Boleh jer beli di Kebab Kid, but, the feeling when both of us in the kitchen cooking together memang best.

Alhamdulillah, doakan saya supaya sentiasa dipermudahkan segala urusan, dilapangkan dada dan berjaya. amiiin


Regards, 
Raihan Musa

2 comments:

Sunday, November 27, 2011

Kenapa Saya Disini?

as

Saya melalui minggu-minggu yang menyeronokkan walaupun agak penat, agak sibuk. Perjalanan PhD saya berlalu dengan cukup pantas. Sepantas kilat. Saya bekerja di kumpulan yang sangat bagus, mereka semua bagus-bagus belaka. Kadangkala saya rasa diri saya ketinggalan. Memang stress bila merasakan diri ketinggalan. Memang stress bila tak dapat tunjuk results yang baik semasa meeting dengan supervisor. 2 bulan pertama saya di University of Oxford bukanlah bulan bersuka ria, bukan bulan travel.. Bulan yang penuh dengan ilmu setiap detik, setiap saat, setiap masa. 

Bila bicara mengenai pasal research saya, hal ini cukup complex. Banyak misteri yang belum diungkai. Saya cukup excited untuk mengetahui apa hasilnya. Bak kata supervisor:

"The more we do, the more we dont understand"

Saya meletakkan seorang insan hebat sebagai benchmark saya, iaitu Professor Wan Azlina Ahmad. Seorang yang penuh dedikasi, seorang yang penuh komited, seorang yang cukup hebat. Beliau berpesan kepada saya:

Assalamualaikum,
Raihan, thank you for the update!Senang saja Raihan, know what you r doing, be critical about your findings and banyak buat sembahyang sun at hajat, tahajud n witir!There's bound to be many obstacles but that is the process of seeking knowledge......
Interaction with fellow lab members is very important as a pleasant environment creates a conducive research culture!
Anyway, keep cool at all times.....being part of the biotek lab clan has taught you many things, just carry on
Take care and keep me posted!

Adakah seronok saya di sini? Tak dinafikan, saya seronok berada disini, walaupun ini bukan zon selesa, tetapi ia cukup mengajar saya. Mengajar saya untuk menjadi lebih tabah, mengajar saya untuk menjadi lebih rasional. Kehidupan saya di sini cukup-cukup berbeza seperti undergrad di UTM. Kehidupan yang cukup independent, cukup challenging dan pengalaman ini yang akan menjadi bekalan di kemudian hari. Pemikiran saya sudah mula berkembang, sudah mula belajar berfikir secara lebih matang.. 

Doakan saya berjaya, cemerlang, dipermudahkan segala urusan. InsyaALLAH.




Regards,
Raihan Musa

0 comments:

Saturday, November 26, 2011

Slot Pak Ortho: Matlamat (GOALS)



Pada bulan Oktober kami beritahu semua 43 Pengurus di Negeri Sembilan (Wilayah Seremban) dan 35 Pengurus Di Perlis, Kedah, Perak dan Selangor (Wilayah Ipoh), supaya menyediakan matlamat yang hendak dicapai dalam 3 bidang utama iaitu a) Pengeluaran hasil ladang (hasil getah dan sawit), b) matlamat sosio-ekonomi peneroka, yang berkaitan dengan pendapatan, pelaburan, pendidikan anak-anak, aktiviti keusahawanan,  bayaran kembali pinjaman dan c) Bajet. Setelah semua perancangan kerja dikumpul dari semua Pengurus, kami panggil mereka dan mengadakan beberapa sesi, biasanya dalam bulan November. Kebanyakan Pengurus meletakkan target yang mudah mereka capai.  Kelazimannya, dalam sesi tersebut kami minta mereka meletakan target yang lebih menasabah dan mencabar sesuai dengan target Pejabat Wilayah yang telah ditentukan oleh Ibu Pejabat.

Setalah Target dan Perancangan Kerja tahun berkenaan disiapkan, tiba pula giliran membuat penilaian prestasi kakitangan di bawah jagaan masing-masing dan endorse penilaian semua kakitangan rancangan yang telah disediakan oleh Pengurus-Pengurus. Tugas ini bukan kegemaran saya kerana ramai Pengurus yang sangat pemurah dan memberi markah yang terlalu tinggi tidak sepadan dengan pencapaian sebenar kakitangan.  Mereka sokong hampir semua naik pangkat. Di Pejabat Wilayah, kami bersama Pengurus Besar terpaksa kurangkan markah mereka yang tidak begitu perform atau tambah markah bagi mereka yang kami rasa dianiaya oleh bos masing-masing.

Menetapkan matlamat dan menyediakan perancangan kerja tahunan, serta membuat penilaian setengah tahun dan tahunan adalah antara kerja rutin yang saya lakukan setiap tahun selama 33 tahun berkhidmat dengan sebuah  badan berkanun (kerajaan). Selepas bersara, oleh kerana telah terbiasa, saya masih meneruskan rutin ini, tetapi untuk matlamat peribadi dan keluarga. Skopnya lebih kecil, dan penekanan diberi lebih kepada perancangan kewangan.

Alhamdulillah, selama 4 tahun yang lalu saya tidak pernah gagal menyediakan Bajet Tahunan dan Aliran Tunai Bulanan (monthly cash flow) untuk diri sendiri. Saya senaraikan semua  pendapatan dan perbelanjaan yang dijangka berlakun dalam tempoh satu tahun, kemudian saya pecahkan kepada setiap bulan.  Saya tentukan terdapat lebihan (surplus) dalam bajet tahunan dan berusaha sedaya upaya berdisiplin berbelanja hanya ke atas perkara-perkara yang telah dibajetkan atau dirancang sahaja.

Dalam memo ini saya telah mula fokus kepada kewangan, kerana hasrat saya adalah untuk lebih fokus lagi, iaitu  kepada F.I. (Financial Independence). Namun begitu anda jangan pula lupa ke atas matlamat-matlamat utama yang lain, sama ada matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.  Kalau seorang pelajar, tentu bermatlamat untuk menyiapkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan gred yang tinggi, yang berkerja pula tentu ada matlamatnya sendiri. 

Datuk Maznah Hamid dalam  bukunya Motivasi Menuju Kejayaan menyatakan " Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Matlamat anda mestilah jelas, tepat dan praktikal serta dibuat secara hitam putih.  Bacalah matlamat anda berulang kali setiap hari. APABILA ANDA TAHU ARAH TUJUAN ANDA, SESUNGGUHNYA ANDA TELAH SEPARUH JALAN KE SANA". (Nota: Datuk Maznah Hamid banyak memberi bimbingan secara percuma bagi mencapai kejayaan kewangan dan lain-lain. Sila rujuk web dan facebook beliau).

Dalam memo yang lalu dinyatakan " CARA TERBAIK MERAMALKAN MASA DEPAN IALAH DENGAN MENCIPTANYA". Menetapkan matlamat adalah proses pertama dalam penciptaan yang dimaksudkan.

"GOALS: IF YOU CAN DECIDE WHERE YOU WANT TO GO, YOU CAN GET THERE"......William D. Donoghue.


Written by Pak Ortho (my Father in law)

0 comments:

Sunday, November 20, 2011

Life Good..

-

Lama rasanya tak update blog, seminggu sekali pun dah kira gemilang. Kehidupan saya sangat sibuk, tak lupa nak catch up tempat-tempat menarik lagi. Memang tak menang tangan. Haha. Over giler statement. Sebenarnya, sibuk dan malas adalah penyebab utama kenapa tak update blog. 

Oh yer, sekarang sedang penghujung Autumn, maksudnya akan masuk winter dalam beberapa minggu lagi. Unpredictable. So, memang sangat sejuk dan perasaan itu memang best. Buat pertama kalinya merasa beberapa musim. Bila sejuk-sejuk nih, barulah nak menghargai cahaya matahari, balik Malaysia nanti nak jemur kat Pantai Port Dickson lah. hehe.


Ini memang awesome, main violin atas tali. This is how they show their talent. Bila di sini, saya diberi peluang berjumpa orang-orang hebat, terasa sangat kecil diri ini. Tapi saya tetap bangga dengan mereka, terutamanya melihat orang Islam semakin maju. Tidak kiralah dari mana mereka berasal, asalkan mereka islam. Semakin mendapat tempat di arena antarabangsa. Bukan lagi hanya di pondok mempelajari agama sahaja, tetapi mereka kembali membawa sinar Ibnu Haitham, Ibnu Sina dan ramai lagi cendekiawan islam.

Kadang-kadang saya lihat, kita terlalu fokus dengan perkara yang tidak perlu. Sesuatu yang tidak perlu dibincangkan, banyak lagi yang menjadi prioriti. Isu tudung itu ini pun jadi isu besar, baik fokuskan kat yang tak bertudung. Isu sains yang dibawa oleh barat kononnya, dan tak perlu diguna pakai. Isu gereja bagi sedekah kat umat Islam, itu pun nak kecoh. Biar lah, kalau orang bukan islam nak bagi derma pun. Kita sendiri tak ambil peduli. Actually banyak sangat yang kita perlu sibukkan, contohnya, ajar diri supaya tak 'menderma' kepada Israel. You get what i mean?

Umat islam perlu fokus, perlu lebih berdaya saing..perlu lebih ambitious. Kita satu umat yang kuat, kita ada Allah.. 

Ok, sekian dari ustazah. 


Regards,
Ustazah Raihan Musa =p


0 comments:

Friday, November 11, 2011

Hentikan masa..


Next week adik ke enam akan menduduki SPM, memang mendebarkan, eceyh, den pulak yang berdebar. Eloknya, SPM ni patut digantikan dengan A-Level ker, O-Level ker..which is much more better.

Ok, tutup cerita, she really have a good time during her scondary school. Being a head girl of the school, athlete etc etc..

Bila Atikah habis SPM, maksudnya dia akan beralih ke alam foundation, University etc etc. Tapi harap supaya dia dapat ker luar negara and sambung dalam bidang yang diminati. Semua dah besar, ada yang dah habis sekolah, ada yang dah habis universiti also ada yang dah kawin. Fatehah dan Ikmal sahaja yang still bersekolah, gap mereka dengan Atikah adalah jauh.

Tapi, bila adik beradik semua, saya rasa bersyukur, bagi yang sudah berkahwin, dijodohkan dengan lelaki yang baik. Perjalanan pelajaran atau career sangat lancar. Dulu masa kecik, i dont expect my life will be like this, also everyone in the house will be like now.. Tapi, itulah, perancangan Allah sangat cantik. Last month saya dah mula bank in duit belanja Marina sepanjang di universiti since dia tiada scholarship. Perasaan tu sangat luar biasa. I told myself:

"Tak perlah tak dapat beli Coach ker aper..yang penting duit untuk belajar..saya sibuk shopping bukan-bukan..mak ayah pulak yang bersusah payah cari duit untuk benda yang penting..memang tak patut"

I'm just 23 years old, but a lot of changes..still, i'm happy. Sometimes, bila tengok masing-masing dah besar, dah ada keluarga sendiri..komitmen bertambah. Tambah-tambah bila berada di oversea nih, perubahan makin dirasai, sebab kita tak mengikutinya sepanjang masa and tidak nampak di depan mata. 

Kalau la boleh dihentikan masa..


Regards,
Raihan Musa









1 comments:

Thursday, November 10, 2011

Ask Ques


Hari ini saya dah buat silap, silap dalam eksperimen, but supervisor kata:

"It is not wrong, it's good to explore that things also, dont worry! "

Supervisor cool giler. Actually, sepatutnya saya perlu tambah satu bromin di molekul saya, tapi pandai-pandai jer saya tambah 2 bromin. Tapi itulah, saya pulak rasa tak best sebab buat silap. Minggu ni juga Josh dah start buat experiment dier, before nih dier spend sebulan untuk guide saya. Dia tinggalkan research dier for awhile untuk ajar saya. Terima kasih Josh. Minggu ini, memang saya betul-betul independant, ikutkan nak jer minta tolong Josh buat itu ini. Tapi Josh pun ada research dier jugak, dier ada lagi 6 bulan jer untuk sabatical dier, so tak kan nak kacau dier lagi walaupun dier willing to help. Masa first month, nak ambil bikar kat atas rak pon terpaksa panggil Josh sebab saya tak sampai. Tragis betul

Semalam borak-borak dengan Josh, Josh cakap kat saya:

"There is no such thing as dumb question for the first time, dont feel embarrassed to ask question.."

Hari ni, saya berjaya synthesis satu jenis crystal berwarna merah, so saya pulang ke rumah dengan senyuman. Balik rumah, suami bertungkus-lumus masak nasi ayam. Memang awesome dan sweet. Masak nasi ayam berpandukan myresepi.com. Suami saya memang cool, memang understanding.. Alhamdulillah.

Hari ni memang indah.






2 comments:

Wednesday, November 9, 2011

Anugerah Cemerlang Kelas Pertama


ANUGERAH CEMERLANG KELAS PERTAMA
Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan menyediakan Anugerah Cemerlang kepada graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dengan cemerlang dan memperolehi Kelas Pertama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Luar Negara. Bagi IPTS dan Universiti Luar Negara perlulah di iktiraf oleh Kerajaan ( Jabatan Perkhidmatan Awam ). Penganugerahan ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
1. Institut Pengajian Tinggi Awam - berkuatkuasa bermula pada tahun 2006.
2. Institut Pengajian Tinggi Swasta / Universiti Luar Negara - berkuatkuasa bermula pada tahun 2008.
Bagi IPTS tempatan, hanya dianugerahkan kepada Universiti-universiti dimana syarikatnya dimiliki oleh kerajaan seperti :-
i.) UNITEN
ii.) MMU
iii.) Telekom
iv.) Petronas
v.) Majlis Amanah Rakyat Mara
Graduan -graduan yang lulus sebelum tarikh kuatkuasa tersebut adalah tidak layak dipertimbangkan.
sumber: Yayasan Negeri Sembilan

~~~~~~~~~~

Macam dalam situasi saya, saya tak lahir di Negeri Sembilan, saya lahir di Kuala Lumpur..but disebabkan ayah saya orang Negeri Sembilan..so saya layak dapat anugerah ni. Macam hal lain, dia and parents dier tak lahir di Negeri Sembilan, but menetap di Negeri Sembilan since kecil lagi. So, beliau dapat.

Cara nak mohon?

Better call terus ke pejabat Yayasan, anad tanya apa dokumen yang mereka minta. Macam saya, saya walk in terus ke pejabat Negeri Sembilan bawa segala dokumen. 

Penyampaian Anugerah..

Actually, hari penyampaian anugerah adalah beberapa kali setahun. So, dont worry kalo orang lain dah dapat ker apa. Lagi satu, yang mohon tak semua dapat. Dia akan buat selection.



0 comments:

Monday, November 7, 2011

Pengorbanan..


Semalam, saya tidur like a baby. Eceyh. Baby konon. Tidur separuh hari. Iaitu dari pukul 6 pm ke 6 am. Tidur secara non-stop. Sebelum tuduhan apa-apa, waktu isyak masuk lebih kurang dalam pukul 6 petang, so after that memang free.

Minggu lepas memang letih semacam, mungkin sebab perubahan waktu sejam lewat, so body clock ambil masa untuk adapt. Tambahan pula, tidur lewat, takder lah lewat mana, cuma pukul 10 pm adalah lewat bagi saya. Itu yang weng weng semacam. Last week memang a bit busy, banyak meeting, banyak ke sana ke mari. So, kedatangan weekend adalah digunakan sebaik-baiknya untuk berehat dengan selingan sambutan Hari Raya Aidiladha. 

Oh yer, sebut pasal Hari Raya Aidiladha, sambutan Hari Raya Aidiladha saya cukup ringkas tetapi penuh makna. Demi mewujudkan suasana 'beraya', saya prepare rendang, kuah kacang, sate dan nasi impit untuk makan seisi keluarga. Saya masak dengan bantuan suami. Pagi raya, iron baju melayu suami dan makan raya. Tak lupa ajak a few jiran datang ke sini. Cukup sinonim jika berada di Malaysia .Pagi raya saya memang best. Alhamdulillah.=)



Malam raya, sebelum tidur saya cuba refresh balik matlamat hidup dan muhasabah diri. Saya cuba menasihati diri saya dengan cara terbaik. Pernah tak bercakap atau menasihati diri sendiri? Malam sebelum hari raya aidiladha, saya mengingatkan diri saya supaya jangan banyak sangat mengeluh. Ini jalan yang saya pilih dan inilah harga yang perlu dibayar untuk sebuah masa depan dan kegembiraan. Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi juga untuk kepentingan semua.

Doakan saya supaya dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan diberikan kejayaan. =)


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

0 comments: