Friday, December 30, 2011

Azam 2012


Lately banyak status yang tulis mengenai azam tahun 2012. Saya juga terpanggil untuk menulis tentang ini. Target memang penting, supaya kita lebih jelas dengan matlamat kita. Setiap hari sebelum tidur mesti saya set kan target untuk esok hari. Target saya terlalu banyak, hehe, tak muat nak disenaraikan. Antaranya:

1) Internal
Ini yang saya perlu improve banyak, mempunyai suami yang cukup penyabar adalah sangat lucky. Saya nak jadi rajin buat kerja rumah macam suami, nak jadi penyabar macam suami, nak jadi rajin ibadah macam suami. Nak selalu solat jemaah dengan suami. Nak rajin mengaji. 

2) Pelajaran
Tahun depan saya akan ada first assessment, saya harap dapat lulus dengan sangat cemerlang. Sejujurnya saya kata, belajar di University of Oxford adalah suatu ujian dalam anugerah yang Allah beri pada saya. You get it or not? Lagi satu,tahun depan saya target nak siapkan 2/3 dari project PhD saya. InsyaALLAH.

3) Harta
Satu perkara yang sangat obvious after saya kahwin adalah, saya jarang shopping bukan-bukan. Shopping yang perlu. Entahlah. Pemikiran dah sedikit berubah. Memikirkan kehidupan di kemudian hari dan juga menyalurkan kepada yang lebih memerlukan. Tahun ini, saya target nak meningkat lebih banyak simpanan. To be precise.. not to mention.

Ini sahaja yang saya mahu kongsikan, sejak dua menjak nih, tetiba dah jadi pemalu. eceyh. Tak tak, sebenarnya, matlamat tu terlalu banyak, dan tak semua saya nak kongsikan for some reasons. 

Semoga kita sukses selalu. :) 

Regards,
Raihan Musa





0 comments:

Friday, December 23, 2011

1st Anniversary


Setelah berminggu tak mengupdate blog, maka hari ini saya terus bertekad nak update blog sampai habis. Actually semenjak cuti ini, hari-hari ada niat nak update blog, baru tulis separuh, karang tetiba melencong pergi website NEXT ker, GAP ker, House of Fraser ker, Harrods ker.. Belinya tidaklah sangat, melencong jer lebih. Kalau ada bidang Shopping Analysis, mungkin saya dah jadi pelajar cemerlang.

Baiklah, baiklah berbalik kepada cerita ulang tahun perkahwinan, celebration tidaklah begitu havoc, tiada candle light dinner. Tiada visible present, seperti handbag baru, cincin emas baru, perfume berjenama. Masing-masing adalah super cerewet, cerewet sampai tahap kalau tak suka, tak kan pakai. Simpanlah dalam muzium. Kami hanya pergi bercuti di London. Plan asal nak ke Paris, tapi merisaukan heavy snow, so cancel plan. Tapi heavy snow tak turun-turun pulak. Cuma sesi bermaaf-maafan, motivasi banyak, jiwang banyak. Hik hik hik (Statement nak kena BOO dengan adik beradik). Itupun dah cukup bermakna, feeling macam Romeo and Juliet. Eheh.

Kita flashback sikit-sikit, saya dan suami berjumpa di sekolah menengah. Jumpa masa sekolah menengah, tapi tak tegur each other. Saya kenal beliau sebab beliau sangat kreatif masa sekolah dulu, selalu design itu ini, design majalah sekolah la. Also, beliau Naqib Badan Dakwah, so kalau meeting Nuqaba' nampak gitu-gitu jer la. Idoklah ada heart feeling.


Tapi itulah, jodoh namanya. 19/11/2010 family beliau datang merisik dan bertunang. Then, 25/12/2010 kami  menikah. Majlis cukup ringkas. Alhamdulillah. Saya menikah semasa berusia 22 tahun. Terlalu muda untuk menjadi seorang isteri tapi Alhamdulillah saya bahagia. Keluarga mertua sangat baik dan keluarga saya melayan suami saya dengan baik. Bahagian masing-masing kan.


Sepanjang setahun perkahwinan kami, macam-macam perkara dilalui bersama. Susah senang bersama.   Setahun perkahwinan adalah terlalu muda, tetapi cukup bermakna dan bahagia. Semoga Allah berikan lebih kebahagian, dimurahkan rezeki, bersama sampai ke syurga. Amiin..



Regards,
Isteri Mohd Arshad

2 comments:

Monday, December 19, 2011

Kronologi 0304

Sekarang jam sudah menunjukkan jam 3.11 pagi, saya terjaga lalu menghadap iphone. Perkara pertama selepas saya mencelikkan mata adalah check email university serta facebook. Ternampak satu link yang dikongsikan seorang rakan. Cukup membuatkan hati saya tersentuh. Saya peroleh dari blog ini. 

kronologi tragedi 0304 

assalamualaikum.. allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala ali saidina Muhammad. kata org, usah dikenang pada yang tiada.. kata pujangga, yang patah tumbuh, yang hilang berganti.. kata aku, kenangan ini adalah kehidupanku di masa lalu..ianya tidak dapat dipisahkan dariku..selagi hayatku dikandung badan, ianya tetap menjadi sebahagian dari memoriku.. maknanya;aku tak nak lupa memori itu, sebab itulah blog ini diwujudkan, dan juga...apa yang baik, aku harap para pembaca mengambil iktibarnya, supaya ianya menjadi saham buat si penulis yang tak pandai menulis lagi dhaif ini..saham di alam abadi nanti.. catatan ini juga bukan bertujuan untuk memancing simpati siapa2..tragedi ini biasa di dengar oleh kebanyakan org di qariahku,tetapi tidak ramai yang mengenali empunya diri..biarlah, aku bukan mengejar populariti, aku hanya diuji oleh Tuhan sekelian alam..harapanku, semoga aku lulus ujian ini. doa dari kalian yang kuharapkan. 

12/02/2009.khamis aku nekad.apapun yang terjadi aku mesti pulang ke kampung.kesihatanku semakin merosot. kandunganku agak tidak stabil. mungkin kesihatanku terjejas akibat tekanan perasaanku. kedudukan bayi yang sekejap songsang, sekejap normal betul2 merisaukanku. demam dan batuk berterusan memburukkan lagi keadaan. surat cuti dari hospital pakar sarawak menjadi taruhan.akhirnya aku nekad terbang kembali kesisi suamiku setelah mengisi borang cuti tanpa gaji dan tawakkal kepada Allah. harap2 aku lepas terbang memandangkan kandunganku yang hampir mencecah 8 bulan. 2.30pm selamat mendarat di lcct sepang. abang menunggu dengan senyuman, memelukku erat. rindu! setelah hampir 2 minggu berpisah. mac 2009 melewati hari2 yang indah bersamanya.. 

 24 mac 2009 bertemu doktor di kkia kuala lipis. doktor mengarahkan aku masuk hospital lebih awal,becoz of the history (kematian puteri sulungku).38 minggu masuk hospital kuala lipis =>01/04/2009. 

 01/04/2009 rabu pagi2 bersiap untuk berangkat ke hospital. entah kenapa, perasaan berdebar2 sahaja. mungkin takut doktor induce aku..macamana la rasanya ek.. abang pergi sekolah juga hari ni sebab ada pensyarah nak observe..terpaksa pi lipis ngan mak dan ayah..sampai lipis pi kkia dulu, amik surat, mak teman masuk kkia, ayah tunggu dalam keta.dpt surat, pi makan dulu, sbb dah lapar..baby yg lapar kan..bukan umi..:)mak tak selera makan, tapi ayah begitu berselera.aku pun tak selera sbb takut nak masuk hospital. sampai hospital, dimasukkan ke wad bersalin. doktor kata 'ubat' mungkin akan dimasukkan pada esok pagi,(khamis-02/04/2009) sebab esok genap 38 minggu..mak balik dulu, sebab aku takde apa2..mak kata abang akan datang petang ni..salam mak, mak peluk aku.. petang, abang datang..cuma berbual2 sahaja dan order barang yg lupa nak bawa..emm..barang2 aku pun mak yg tolong kemaskan, aku mana tau nak bawa apa, sbb tak biasa masuk hospital, waktu lahirkan arwah zulfa dulu pun mak jenderak yg tolong kemaskan.sewaktu nak balik tu, abang bersungguh2 ajak aku balik rumah semula.. jawabku; tak boleh la bang..takkanlah doktor bagi sayang nak balik, baru masuk nak balik dah..esok nak masuk 'ubat' dah..takpe ek... abg hanya diam. 

 02/04/2009 

khamis seawal 7pg aku dimasukkan ke labour room,debaran makin terasa..sakit ke?doktor memeriksa jalan, masih belum terbuka. doktor memasukkan ubat disamping memantau denyutan jantung bayi..kesakitan masih belum terasa. 

11.30pg,baru buka 2cm.tak rasa sakit sgt. keluar dr labour room untuk makan, sbb lapar sgt dah..makan nasi, buah betik dan air.tak sempat jumpa mak, sbb lama sgt dok labour room, kat katil ada makanan yg mak dah belikan..tapi tak selera nak makan, makan kuih je.. 

 12.00tgh, abang sampai.jika semalam abg selesa berbual dgn abg kt dalam wad, kali ni abg tak nak masuk dlm wad dh, dia ajak aku borak kt tpt solat.dia tanya sakit tak? aku hanya menyatakan rasa sakit yg datang sekejap2 tapi ringan saja sakitnya..aku sibuk bercerita tentang kakak sewad denganku yang kematian 3 org anaknya ketika masih kecil..lantas dia menjawab, bestnya kalau kita dapat jaminan syurga kan.. aku menyuruh abang makan makanan yg mak belikan tadi, abg makan dgn berselera sekali. abg kata dia nak ke maktab dulu ptg ni, mgkn selepas asar baru dia dtg. 

 5.30 ptg sudah 4cm, air ketuban juga sudah dipecahkan, sakit makin terasa, tapi masih boleh berjalan2.aku kembali ke wad selepas berada di labour room selama beberapa jam. hanya abg yg setia menunggu di pintu masuk wad. abg kata mak, ayah, pakteh, makteh, aki aji, wan semua ada dtg nak melawat aku, tapi tak sempat nak jumpa sebab aku dok kt labour room.aku menyuruh abg balik ke rumah dulu sbb jln lmbt sgt buka. 

 9.00mlm.. masih 4 cm, denyutan jantung baby masih normal. tapi doktor mula risau keadaan jalanku yg terlalu lmbt buka. akhirnya keputusan dibuat. aku terpaksa dihantar ke hospital sultan ahamad shah temerloh untuk rawatan lanjut, besar kemungkinan akan dibedah disebabkan takut risiko baby lemas. kebetulannya, dewan bedah hospital lipis masih dlm renovation.abg masih belum sampai. doktor mengambil no hanset abg utk menyatakan keputusan terbaru. sakit makin terasa, tetapi sedikit berkurangan apabila aku mengiringkan badan.kalau terlentang, tak sanggup aku menahannya.. 

 9.30mlm, abg sampai, waktu doktor menelefonnya tadi, dia sudah on the way. ambulans dipanggil. abg mengemas brg2ku.aku naik ke atas kerusi roda kerana sudah tidak berdaya melangkah. apabila aku duduk saja atas kerusi roda, air ketuban mengalir lagi.banyak..aku hanya mampu berdoa semoga babyku selamat..aku takut menghadapi apa yg telah aku lalui tahun lepas..aku berdoa dan terus berdoa.pada mulanya abg nak bawa kereta saja, dan aku menaiki ambulans..tapi setelah dipujuk, abg bersetuju untuk menemaniku di dalam ambulans.. 

 10mlm.. bermulalah perjalanan menaiki ambulans bersama abg dan 2 org nurse, nurse siap berpesan, seandainya terasa nak meneran, tahan dulu..masyaAllah..pengalaman yg amat mendebarkan..jln sudah terbuka 4cm, air ketuban dah mengalir keluar, sedangkan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke temerloh..sungguh, aku cuma bergantung pada rahmat dan kuasa Allah taala shj.aku minta abg membaca al-quran, abg hanya diam merenungku.sepanjang jalan, aku memegang erat tangannya mencari kekuatan..aku hanya merenung wajahnya sepuas2nya..apa yang aku fikirkan ketika itu..andai ditakdirkan sayang pergi dulu, sayang puashati sebab dah tengok muka abg puas2..abg pun banyak merenung gelap malam sambil menahan badan dari ayunan gerak ambulans yg agak laju..ketika aku menanya abg sampai dimana sekarang, abg hanya menggeleng kepala dan menyatakan tak tau.. 

 11.45mlm. akhirnya sampai ke HOSHAS Temerloh.dimasukkan ke bilik menunggu..sejuk sgt,denyutan jantung baby mula tidak stabil, apabila aku terasa sakit,denyutannya jatuh, bila ok, denyutannya normal. doktor yang pada mulanya ingin memasukkan lagi 'ubat' akhirnya membuat kepautusan untuk melakukan c-sect memandang situasi baby dalam kandunganku.abg dipanggil masuk, kata2 nasihat abg kuingat, tenangkan fikiran, jgn fikir bukan2..beberapa kali abg mengulangi kata2 itu.. 

 1pg.. aku dimasukkan ke dewan bedah setelah tandatanganku diambil.terketar2 aku menandatangani surat persetujuan.sungguh! aku sudah tidak berdaya menahan sakit, lemah tidak bertenaga kerana kali terakhir aku makan jam 11 pg tadi.. 

 2.08pg. puteraku lahir..alhamdulillah, aku bersyukur sgt2 bila mendengar tangisan bayiku kedengaran. aku dibius separa badan, jadi mata dan telingaku masih berfungsi.. 

 3.15pg. keluar dari dewan bedah. aku hanya nampak mak, ayah, da, teh, abg, dan mak jenderak menunggu aku.abg memegang handbegku dan disandang di bahu. aku jadi hairan, bukankah abg paling tak suka bw handbegku di bahu..badanku menggigil akibat ubat bius..aku dimasukkan ke dalam wad..abg mengiringiku. apabila sampai ke katil. abg mengazankan bayiku..perlahan..aku pun tak dengar suara abg. 

4.00pg abg masih disisiku,da, adik dan teh masuk bergilir2..ayah pun masuk dan hanya tersenyum memandangku..mak masuk dan menegur bayiku yang membuka mata ketika itu..mereka bercadang untuk pulang, aku menyalami mak, mak mengucup pipiku.., abg mengambil hansetku dan sebelum keluar abg mengucup dahiku dan berkata, abg saaayang syg..dan berlalu pergi..abg yang terakhir keluar,sempat aku berpesan supaya datang awal sikit pagi esok..abg hanya diam. 

 12tgh 03/04/2009 (jumaat) aku tersedar apabila kuterdengar esakan kecil disisiku. aku membuka mata. sahabatku,rina sedang mnegesat matanya. aku happy tgk rina dtg..rina tanya aku, adakah dia org pertama sampai, aku hanya cakap a'ah..kami berborak sebentar sebelum mak sampai,dibelakangnya ada adikku jumli, isterinya aisyah dan amira. abg yi pun ada, inah..saroi pun ada..aik apsal ramai sgt org ni, takkan la jumli dan saroi yg dok kt sg buluh dan subang balik nk tgk anak aku, esok kan dah cuti..akalku bermonolog..tapi yg peliknya, kenapa mereka hanya duduk jauh.. 

 mak: ju kena banyak sabar, kena tabah..ujian awk ni berat.. 
aku: takpelah mak..nak wat camne.. mak hanya diam sambil mengusap2 kepalaku. saroi menghampiriku, 
aku:saroi..hensem tak anak koi?..saroi hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. 
aku: napelah abg fuad ni tak dtg2 lg, hanset kt dia ni... 
jumli dtg menghampiriku, dia duduk sebelahku sambil memegang tanganku.. "kakju, ada berita tak baik nak beritau kakju ni.." 
"apa dia?"
"abg fuad accident pg tadi...dia..dia..."
kata2 jumli terhenti...airmatanya mengalir laju.. kurasakan sesuatu telah berlaku.. 
"nape?abg fuad dah takde ke?"aku menyoal.. 
"a;ah,abg fuad dah takde.." ,
mak menyampuk,"mak ngan ayah pun dah takde.." 
aku keliru..tipu...tipu..hanya itu yg mampu kuucapkan...kosong! mata kupejam rapat..dalam hatiku bergema, la haula wala quwata illa billah..berulang2 kali... terbayang senyumannya.. senyumannya..renungannya..abg!!... 

 3.00ptg. polis dtg..aku masih keliru tapi tak mau nak ambil tahu..aku hanya terfikirkan adik2 yg ramai itu, apalah nasib mereka kalau ayah dan mak dah takde..mak mendapat panggilan dari kerambit untuk menanyakan apakah mereka perlu menunggu aku untuk kebumikan jenazah..aku hanya menyuruh mereka meneruskan upacara pengkebumian..doktor mengizinkan aku keluar hospital, tapi atas risiko sendiri..aku masih tidak berdaya hatta untuk menggerakkan kaki..aku redha dengan pemergian mereka2 yang tersayang..mak, ayah dan suami tercinta pergi setelah 2 jam aku melahirkan zuriat keturunan mereka.. Ya Allah ya tuhanku, tempatkan mereka di kalangan org2 yg soleh..ampunilah mereka, jadikanlah kubur2 mereka taman dari taman2 syurga..amin ya rabbal alamin.




mampukah saya melaluinya andai ia berlaku pada saya? kisah ini sungguh tragis dan menyayat hati. Awal pagi yang penuh keinsafan. Yer, cukup menginsafkan. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga insan tersebut sentiasa memperoleh rahmat dariNYA. InsyaALLAH.


Regards,
Raihan Musa

0 comments:

Sunday, December 18, 2011

Teaser.. for SPM Leaver..


I'm really busy last weekend. Busy melayan tetamu yang datang ke Oxford. Macam-macam aktiviti dibuat antaranya ke Bicester Village Designer outlet. Mula la cuci mata, kalau tutup mata, mungkin dah ter'swap' card kat Prada, Burberry and bla bla bla. But, masih waras. So idoklah berkelakuan sedemikian. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Scholarship dan gaji yang dapat (since saya cuti belajar, gaji di Malaysia still jalan), kalau nak diikutkan mampu untuk beli. Tapi, ramai lagi yang memerlukan duit tersebut. Sebijik Prada boleh support setahun pengajian adik saya di Malaysia. So, now is not the best time to buy that high end brand. 

Takperlah, Coach and GUESS pon jadilah (lower than RM1k is my limit itupun kalau SALES). Mungkin bila dapat kontrak PETRONAS in the future, dapat gaji RM50k sebulan, mungkin akan beli. Eheh..Duniawi..duniawi..haha

Ok next, lately, adik-adik SPM dah mula membaca 'tulisan' saya. Ada beberapa yang membaca dan email saya secara peribadi. Saya berbesar hati untuk berkongsikan tips-tips yang ada, walaupun tak lah segempak mana, but i'll. Especially, mengenai future plan.

Mengenai futher study luar negara, mesir, UK bla bla bla.. Mengenai dalam negara..Mengenai diploma.. Mengenai program perguruan.. Mengenai matrikulasi.. Mengenai program A-Level..dan bermacam-macam lagi.

Actually, i feel happy to share. Entry mengenai entry buat VISA, almost everyday ada yang email, bertanyakan tips dan pendapat. Benda-benda camtu buat saya gembira. Hidup untuk memberi. Cuma sometimes i didnt reply, terlepas pandang or else, dah baca but lupa nak reply, so just gimme a second shout or remind me. =D

Soo, i'll update. InsyaALLAH. Perhaps by this week. =D


Regards,
Raihan Musa




0 comments:

Thursday, December 15, 2011

Terlebih Sampai



Hari ni, kaki lenguh bukan main. Rasa seperti masuk pertandingan lari pecut 400 meter. Bukan main berdenyut, then masa balik rumah angkat beg laptop, serupa macam kura-kura. Adik-adik semua, minggu depan, hari Rabu, department akak akan di tutup sehinggalah tahun depan. Yippeee. Semua orang suka cuti. Tetapi hari nih, saya dah wrap up segala macam perkara, dah tutup kitab, dah siapkan semua kerja sekolah. Sebelum bercuti, supervisor minta saya present sesuatu pada hari Isnin ini.


Slide dah siap, and semua dah siap, termasuklah saya pun dah bersiap-siap untuk bercuti. Semua target saya sudah tercapai untuk semester ini, yer, sejak beberapa minggu lepas. Malah dah terlebih sampai. More than i expect. Tapi, tapi, tapi supervisor yang budiman serta saya yang berdedikasi (InsyaALLAH), mahu setiap minggu ada progress. So idoklah rugi KPT bayar beratus ribu satu tahun.

Tapi, begitulah, bila target dah tercapai, and tiba pula waktu cuti, serba serbi jadi slow. Bila buat experiment yang dijangkakan akan dibuat semester hadapan, mula la bersimpang siur. Kejap pergi Kebab Kid, kejap pergi Costa, kejap dating ngan husband. Mengarut betul. Apa-apa pun "Keep moving". Saya sedang control halaju, taknak terus berhenti. Nanti payah pulak nak start engine balik.


Simpan dalam kepala, "Keep moving".. Whatever it is.."Be Steady". Takper kalau slow sikit, tapi keep moving. Be consistent. Tapi jangan la setiap masa nak slow. Sometimes we need times. Give ourself to breath. Bernafas... Biar oksigen masuk dengan kadar optimum. Tapi jangan terlalu 'laju' bernafas, kalau oksigen masuk dengan kadar berlebihan. Masalah juga. Faham tak? Kakak korang nih dah ke laut.



Regards,
Raihan Musa


0 comments:

Tuesday, December 13, 2011

Giving

Now pukul 9 malam, baru selesai segala macam kerja di makmal. Semasa perjalanan pulang ke rumah, cuaca agak windy, bukan sepoi sepoi bahasa. Ini angin yang tak berapa sepoi. Today, oxford dilanda snow shower selama 5 minit. Saya agak teruja kerana inilah kali pertama saya merasai suasana ini. Sekarang sudah masuk winter, cuaca makin sejuk dan kesihatan mula terganggu. Lately, saya ada menerima beberapa email, ada yang belum berbalas, dan insyaAllah saya akan balas secepat mungkin.

Alhamdulillah kak ngah saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki yang bernama Qhaliff Amsyar. Saya sangat excited, anak buah sulung. Saya berkata kepada suami, kalo saya tidak keguguran, mesti anak saya sudah pandai meniarap dan pasti hari-hari saya tidak sabar pulang ke rumah. Apa-apa pun everthing happen for a reason dan Allah rancang yang terbaik buat saya. Allah bagi saya dan keluarga saya terlalu banyak nikmat. Boleh kata, tahun ini adalah tahun yang penuh rezeki. Angah dapat anak, kakak kahwin, ika dapat full color award, saya dapat melanjutkan pelajaran keluar negara dan banyak lagi. Allah tarik satu jer nikmat, tapi Allah ganti dengan macam macam perkara. Jangan mengeluh dan la tahzan.

Lagi, musim exam IPT dah nak mula, jadi usahalah sehabis boleh. Put the priority on the top. Ayah saya selalu kata, 'fokus, fokus'. Jangan la time t ime macam ni sibuk nak putus cinta, sibuk nak gaduh gaduh, sibuk nak main berpoya poya. Nak dekat dekat exam nih mula la tension then mood swing. Chill ok. Lagi satu, masa study week tak der kelas, so duduk kat hostel tu jangan sibuk tengok cerita korea pulak. Hehe. Kita perlu usaha, tapi jangan lupa, yang 'memberi' itu adalah Allah. Banyak-banyak berdoa.

Sorry entry bersepah, online pakai Iphone.

p/S=. i'm planning to send a few postcard from here.. wondering.. should i

2 comments:

Thursday, December 8, 2011

Looking Forward


Sesungguhnya kehidupan saya sedikit sibuk, sibuk menyiapkan segala macam benda sebelum bercuti 2 minggu. Makin nak cuti, makin sibuk. Ini kerana supervisor saya bukan main energetic, idea mencurah-curah di ladang gandum. Beliau sangat bijak, sometimes saya pelik, macam mana beliau boleh jadi hebat sebegitu.

Suhu makin rendah, kesejukan makin terasa. Setiap hari ke makmal, satu perkara yang saya paling tak enjoy adalah berjalan kaki dari Bus Stop ke Department. Kadang-kadang terlalu sejuk. Bagi menggembirakan hati, saya akan mengisi masa dengan menelefon orang-orang di Malaysia sambil berjalan. 

Cuti Krismas adalah cuti yang paling ditunggu-tunggu, darling husband plan sesuatu untuk kami sempena ulang tahun pertama perkahwinan . Tarikh yang mudah diingat, iaitu 25th December. Masa untuk saya berehat secukupnya setelah bertungkus lumus sepanjang satu term. Hujung term adalah waktu yang untuk saya 'menilai' usaha dan me'reward' diri saya. Usaha saya tidaklah gempak di mata ramai, tetapi sudah mencapai target peribadi. Alhamdulillah.

Semoga kita semua berjaya..InsyaALLAH..

Entry ini agak random, terlalu banyak perkara di kepala. Macam rojak yang sedap.

Looking forward 25th December..


With Love From Oxford,
Raihan Musa <3



0 comments:

Tuesday, December 6, 2011

You Can Get There


Mengingat kembali pengalaman bekerja di Pejabat Wilayah Seremban  selama 18 tahun dan Pejabat Wilayah Ipoh selama 4 tahun, bulan Oktober, November dan Disember adalah  merupakan  bulan-bulan yang agak sibuk bagi kami pegawai-pegawai di Pejabat Wilayah. Dalam tempoh ini kami tidak banyak keluar membuat lawatan ke Rancangan berbanding bulan-bulan yang lain. Tumpuan bagi tiga bulan ini ialah membuat perancangan untuk tahun berikutnya serta membuat penilaian pencapaian  tahun semasa, seterusnya menyediakan lapuran prestasi kakitangan untuk tujuan kenaikan gaji dan pangkat.

Pada bulan Oktober kami beritahu semua 43 Pengurus di Negeri Sembilan (Wilayah Seremban) dan 35 Pengurus Di Perlis, Kedah, Perak dan Selangor (Wilayah Ipoh), supaya menyediakan matlamat yang hendak dicapai dalam 3 bidang utama iaitu a) Pengeluaran hasil ladang (hasil getah dan sawit), b) matlamat sosio-ekonomi peneroka, yang berkaitan dengan pendapatan, pelaburan, pendidikan anak-anak, aktiviti keusahawanan,  bayaran kembali pinjaman dan c) Bajet. Setelah semua perancangan kerja dikumpul dari semua Pengurus, kami panggil mereka dan mengadakan beberapa sesi, biasanya dalam bulan November. Kebanyakan Pengurus meletakkan target yang mudah mereka capai.  Kelazimannya, dalam sesi tersebut kami minta mereka meletakan target yang lebih menasabah dan mencabar sesuai dengan target Pejabat Wilayah yang telah ditentukan oleh Ibu Pejabat.

Setalah Target dan Perancangan Kerja tahun berkenaan disiapkan, tiba pula giliran membuat penilaian prestasi kakitangan di bawah jagaan masing-masing dan endorse penilaian semua kakitangan rancangan yang telah disediakan oleh Pengurus-Pengurus. Tugas ini bukan kegemaran saya kerana ramai Pengurus yang sangat pemurah dan memberi markah yang terlalu tinggi tidak sepadan dengan pencapaian sebenar kakitangan.  Mereka sokong hampir semua naik pangkat. Di Pejabat Wilayah, kami bersama Pengurus Besar terpaksa kurangkan markah mereka yang tidak begitu perform atau tambah markah bagi mereka yang kami rasa dianiaya oleh bos masing-masing.

Menetapkan matlamat dan menyediakan perancangan kerja tahunan, serta membuat penilaian setengah tahun dan tahunan adalah antara kerja rutin yang saya lakukan setiap tahun selama 33 tahun berkhidmat dengan sebuah  badan berkanun (kerajaan). Selepas bersara, oleh kerana telah terbiasa, saya masih meneruskan rutin ini, tetapi untuk matlamat peribadi dan keluarga. Skopnya lebih kecil, dan penekanan diberi lebih kepada perancangan kewangan.

Alhamdulillah, selama 4 tahun yang lalu saya tidak pernah gagal menyediakan Bajet Tahunan dan Aliran Tunai Bulanan (monthly cash flow) untuk diri sendiri. Saya senaraikan semua  pendapatan dan perbelanjaan yang dijangka berlakun dalam tempoh satu tahun, kemudian saya pecahkan kepada setiap bulan.  Saya tentukan terdapat lebihan (surplus) dalam bajet tahunan dan berusaha sedaya upaya berdisiplin berbelanja hanya ke atas perkara-perkara yang telah dibajetkan atau dirancang sahaja.

Dalam memo ini saya telah mula fokus kepada kewangan, kerana hasrat saya adalah untuk lebih fokus lagi, iaitu  kepada F.I. (Financial Independence). Namun begitu anda jangan pula lupa ke atas matlamat-matlamat utama yang lain, sama ada matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.  Kalau seorang pelajar, tentu bermatlamat untuk menyiapkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan gred yang tinggi, yang berkerja pula tentu ada matlamatnya sendiri. 

Datuk Maznah Hamid dalam  bukunya Motivasi Menuju Kejayaan menyatakan " Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Matlamat anda mestilah jelas, tepat dan praktikal serta dibuat secara hitam putih.  Bacalah matlamat anda berulang kali setiap hari. APABILA ANDA TAHU ARAH TUJUAN ANDA, SESUNGGUHNYA ANDA TELAH SEPARUH JALAN KE SANA". (Nota: Datuk Maznah Hamid banyak memberi bimbingan secara percuma bagi mencapai kejayaan kewangan dan lain-lain. Sila rujuk web dan facebook beliau).

Dalam memo yang lalu dinyatakan " CARA TERBAIK MERAMALKAN MASA DEPAN IALAH DENGAN MENCIPTANYA". Menetapkan matlamat adalah proses pertama dalam penciptaan yang dimaksudkan.

"GOALS: IF YOU CAN DECIDE WHERE YOU WANT TO GO, YOU CAN GET THERE"......William D. Donoghue.



Info: Pak Ortho adalah Father in Law saya. Anyway, boleh follow his writing di Notes facebook beliau. Notes Pak Ortho.

0 comments:

Sunday, December 4, 2011

Tiada Lagi..



Minggu ini saya sedikit sibuk, sibuk dengan bermacam-macam perkara. Tapi, Alhamdulillah saya cuba enjoy dan tenang. Frekuensi saya mengupdate blog semakin kurang, masa lebih banyak dihabiskan mengadap journal dan menyiapkan segala macam kerja. Being a housewife, being a student.. Getting married make my life become easier and wonderful. Darling Husband is really helpful, so i feel good. 

Next, saya ditakdirkan duduk di sebelah orang yang hebat dan cool, serta mendapat labmate yang super rajin. Sedikit sebanyak mempengaruhi saya. Alhamdulillah. Satu perkara yang saya banyak belajar di sini, adalah 'tinggal' kan alasan.

Pada mula saya datang sini, tak dinafikan, lab mate semua bijak bestari. Majoriti habiskan degree di University of Oxford, kalau bukan dari Oxford University pon, pasti seseorang yang cukup hebat. Paling ketara adalah, mereka tidak perlu mengambil masa untuk 'adapt' dengan environment serta proses di sini. Mereka semuanya lelaki, saya seorang sahaja wanita di dalam group tersebut. Dari segi teknikal, tak dinafikan mereka hebat. Set up line dalam masa setengah jam dah siap. Saya ambil separuh sehari, dengan ketinggian tak mencukupi, dengan blur lagi, dengan gelabah lagi. Hehe.

Untuk menghidupkan 'enjin' yang sudah setahun mati adalah mencabar, haha, cuba korang bayangkan, subjek-subjek yang korang dah setahun tinggalkan. Mesti ambil masa nak biasakan balik, banyak dah lupa wuih. First month saya memang miserable, rasa helpless betul, rasa macam tak pernah buat degree in Chemistry. Research saya melibatkan banyak Organometallic, which is memang main dengan synthesize, mechanism. Dulu masa degree, akulah hero dalam menulis mechanism, tetiba bila datang sini, macam tak pernah belajar. Haha. Teruk betul.

Sampai satu masa, i said to myself, "Raihan, you have to adapt and..catch up everything...faster". Kehidupan yang penuh dengan alasan perlu ditinggalkan. Kehidupan dengan penuh dengan keluhan juga perlu dibuang. Alasan itu melemahkan.

Semoga Raihan menjadi seorang hebat, beriman dan cantik, Eh.


Regards,
Raihan Musa


2 comments:

Friday, December 2, 2011

Hidup Ibarat Roda

0 comments: