Saturday, December 29, 2012

Penghujung Tahun 2012


Hari ini hari Sabtu, saya hanya duduk di rumah menyiapkan beberapa perkara dan juga melakukan gotong-royong mengemas rumah. Memang menjadi rutin, beberapa bulan sekali, kami akan membuat 'rombakan' besar-besaran. So, hari ini saya menyusun kembali baju-baju, tudung-tudung etc etc. Tak habis-habis menyusun, banyak rupanya 'mengumpul' tahun ini. Sampai tak tahu nak letak kat mana. So, saya fikir, aktiviti shopping-shopping ini perlu dihentikan sebelum lebih mudarat dan rasa lebih berdosa kerana membazir.

Sejak akhir-akhir ini, telah menimbulkan kerisauan dalam diri, bila memikirkan nasib-nasib mereka yang tidak bernasib. Kita bersenang-lenang, tapi ada yang sedang susah. Terutamanya apabila membaca tentang Syria dan Gaza. Sangat menyentuh hati saya. One good thing is, mereka mudah syahid di jalan Allah, InsyaALLAH mati dalam iman. Memikirkan nasib saya, serba serbi cukup, Allah beri banyak kesenangan dalam pelbagai perkara, takut-takut saya alpa atau lupa. Perlu ingat, "kesenangan" dan "kekayaan" itulah adalah AMANAH. Saya harap, saya akan hidup dan mati dalam iman.

Hiduplah sepertimana kita akan mati dalam masa terdekat. Buat segalanya sehabis baik. Kalau yang berkeluarga, berilah yang terbaik untuk keluarga. Kalau yang bekerja, bekerjalah dengan ikhlas dan amanah. Kalau yang belajar, belajar bersungguh-sungguh, kerana Allah Taala. 

Tahun 2012, seterusnya 2013

Tahun 2012 menyaksikan beberapa target saya tercapai. Alhamdulillah. Tahun 2013, seperti biasa, saya menggariskan beberapa perkara. Apa yang pasti, beberapa target peribadi dan InsyaALLAH untuk memberi lebih banyak manfaat kepada komuniti. Hidup perlu ada matlamat. Beritahu orang yang terdekat tentang matlamat kita, supaya mereka boleh ingatkan kita jikalau kita terleka. Bagi saya, semua orang perlu ada matlamat, tak kisah tua atau muda. Tetapkan matlamat supaya hidup lebih bermakna. Life is too short. Ibaratnya, jika membawa kereta tetapi tidak tahu hala tuju. Maka, sesatlah dan membazir minyak. Kan?

Setiap malam, sebelum tidur, tutup mata dan fikirkan apa yang kita mahu lakukan dan yakin bahawa ianya akan berlaku. InsyaALLAH.

Saya doakan semua supaya sentiasa dimurahkan rezeki, di terangkan hati, dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat. InsyaALLAH. 

Satu perkara lagi, saya telah menukar email address saya ke raihanmusa0908@gmail.com , atas sebab email address agak kompleks. Banyak bebenor SPAM, maka saya decide tukar ke raihanmusa0908@gmail.com. 

Selamat tahun baru! :)


Regards,
Raihan Musa


0 comments:

Monday, December 24, 2012

Jelajah

Alhamdulillah. Hari ini genap dua tahun perkahwinan kami. 2 tahun lepas, saya baru berusia 22 tahun. Fasa kehidupan saya banyak membawa saya untuk menjadi lebih matang dari usia. He's my husband till jannah. InsyaAllah.

Sekarang saya berada di Bristol, baru pulang dari Ski trip di Scotland. Pengalaman yang cukup berharga. Melihat tempat orang dan mencuba sesuatu yang baru. Bagi saya, melancong bukan suatu pembaziran, malah suatu pelajaran. Lagi 3 bulan, sudah booked trip ke negara lain pula. Bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menjelajah bumi Allah ini. Naik cuti ni kene work hard! Work hard, play hard.

Sedikit gambar sepanjang trip ke sana:

1 comments:

Wednesday, December 19, 2012

Ada Haknya

Saya baru pulang dari program ceramah mengenai Palestin. Bila difikirkan tentang isu ini, sebak rasanya. Isu yang telah berpuluh-puluh tahun menjadi perhitungan. Isu Palestin adalah tanggungjawab semua. Selain isu Palestin, isu Syria pun sama. Tak lupa, isu di Malaysia pun sama. Bagi yang mampu, memberilah. Kerana setiap apa yang kita peroleh, ada hak bahagiannya untuk yang memerlukan.

Perjuangan kita dan mereka mungkin berbeza. Kita tidak dihujani dengan peluru atau bom. Kita banyak dihujani dengan hiburan yang melampau. Semasa ceramah tadi, Dr Zainur Rasyid bercerita kepada kami, mengenai anak-anak muda di sana(Palestine), yang mana, ramai antara mereka adalah hafiz dan hafizah, bukan sahaja pandai ilmu agama tetapi juga ilmu falak, ilmu perubatan dan lain-lain.

Kami dan Dr Zainur Rasyid

Di era yang serba macam-macam ni, saya berfikir, kita perlu bijak dalam beberapa bidang. Tidak boleh rigid dalam satu-satu bidang sahaja. Contohnya, pandai dalam bidang perubatan, perniagaan dan agama, atau banyak lagi contoh lain. Saya meletakkan ia sebagai sesuatu pasti dan mesti. Rugilah saya, jika sekadar pandai dalam bidang kimia saya ini sahaja. Rugilah saya jika sepanjang 3-4 tahun dalam pengajian PhD ini, sibuk menyiapkan thesis tanpa membuat perkara lain. Life is too short. Cuba setiap hari, make sure ada 'pelajaran' yang diperolehi.

Umur semakin meningkat, banyak perkara yang saya rasakan saya sudah lewat untuk melakukannya. It's no turning back. Apa-apa pun hiduplah dengan sebaik-baik mungkin. Yang lepas dijadikan pengajaran, yang akan datang jadikan yang terbaik. InsyaALLAH, Oklah, akak Raihan nak gi bercuti dekat atas salji. See you later. Promise, at least, will post another entry for this year..Doakan saya sentiasa berjaya, diperolehi apa yang dihajati dan cemerlang dunia dan akhirat..;)


Regards,
Raihan Musa


1 comments:

Tuesday, December 11, 2012

A Better Life

Bila sebut pasal sibuk, rasanya semua orang sibuk, cuma sibuk yang bagaimana tu? Setiap masa ada jer benda nak buat. Sibuk tidur pun dikira sibuk juga. Disebabkan saya balik Malaysia tempoh hari, selama 3 minggu. Maka, kerja bertimbun-timbun. Bertimbun-timbun! 

Semasa di Malaysia.. a few members missing! Incomplete..

Bila kita sibuk, buat itu ini. For sure we expect something in return kan? betul tak. Contohnya, buat something, untuk dapat itu ini. Or buat something untuk dapat pahala. betul tak? Mesti kita expect something in return. Bila balik Malaysia hari tu, jumpa family, jumpa kawan. Meeting with Mr. Lawyer malam kelmarin buat saya berfikir dan berfikir. Buat saya terfikir. Before saya mati, apa yang saya nak buat? or sepanjang hidup ini, apa perlu saya lakukan? Kenapa saya lakukan semua ini? Something that is not written in books, it depends on ourself.

Bila difikirkan, pengakhirannya pasti berbalik kembali kepada keluarga dan masyarakat. Secara kesimpulannya, to inspire and empower myself and others. Cara bagaimana? Lead ourself and them to a better life. Yes,a better life. Better life is so subjective. Think.


Regards,
Raihan Musa

3 comments:

Friday, November 2, 2012

Bristol

Since Khamis lepas, saya sudah berada di Bristol, sengaja saya pergi ke sini untuk 'keluar' dari Oxford buat sementara waktu. Selalunya suami yang akan balik ke Oxford, tapi saya rasakan mahu 'keluar' dari Oxford buat sementara. 'Melupakan' sekejap hal-hal research dan kerja.

Semester ini sangat 'intense', research semakin mencabar. Everything will be fine, InsyaALLAH.

Itu sahaja, Happy Weekend! :)

1 comments:

Sunday, October 21, 2012

My First Year

Blog nih dah sepatutnya di hantar ke rumah kebajikan, terabai. Actually banyak jer idea nak tulis, but bila dah start menulis, mula lah idea tak nak keluar, or masa tengah menulis, tetiba idea hilang. Eh, beralasan lah! Saya baru start term baru, kalau di sini, ada 3 terms dalam satu tahun. Ala-ala semester. Sekarang dah masuk Michaelmas Term which is permulaan 'tahun baru'. 

Since saya dah masuk fourth term secara total, maka requirement department saya, setiap first year DPhil perlu melepasi First Year Viva untuk dapat title penuh "DPhil Student". Sama jer macam di Malaysia, akan ada first year assessment. Lebih kurang la tu. Tapi kat sini,macam-macam istilah ada, first year DPhil dipanggil Probationer Research Student(PRS), then kalau passed First Year Viva, then baru boleh upgrade ke 'DPhil Student'. Kalau tak lepas First Year Viva, mereka akan bagi tempoh 3 bulan untuk re-sit balik, kalau tak lepas jugak, mereka bagi tempoh sampai 2 tahun untuk dapatkan status "DPhil Student". Alhamdulillah, with first attempt, saya passed with good recommendation, examiners and supervisor bagi komen yang baik. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


Actually, first year viva nih tak lah susah sangat kalau kita faham kerja kita and kita buat kerja. Dari segi 'buat kerja', saya tak risau sangat cuma dari segi 'faham kerja' tu saya sedikit risau. Sebab, i start from scratch, i know nothing about this research. Tak tahu apa-apa. Basic knowledge pun tak berapa membantu nak memahamkan research nih. Pastu tak buat master pulak tu. Tapi saya fikir satu jer, Kak Min and Dr Zul boleh buat, so? Masa saya apply ke Oxford, saya pilih bidang nih, sebab supervisor nih adalah antara yang terbaik dalam dunia untuk bidang nih and saya rasa interesting discover something new. Saya letakkan diri saya dalam 'risiko'. Bak kata seorang kawan, "Campak jer Raihan kat mana-mana, sure boleh survive". Saya ada kuasa 'fokus' dan 'hard work'. Ceyh, kuasa, kuasa pulak. Tapi itulah, masa mula-mula datang nak catch up everything, mencabar jugak. Sampai nangis-nangis jugak, baca journal sambil nangis. Bila pikir balik, it is learning process. Takper nangis, tapi jangan berhenti berusaha.

Bila kat sini, style study a bit relax, tak macam undergrad dulu. Orang ajak keluar coffee, ok jom.. Orang ajak jalan.. ok jom.. but self discipline penting. Tak kisah nak 'enjoy' sana sini, but kerja kena siap. Sebelum masuk hari esok, dah siap-siap tulis dalam planner, nak buat apa esok hari. Work Hard, Play Hard. PhD nih bukan segala-galanya, ini hanya setitik perjalanan. I have family, i have friends.. Tak kan sepanjang PhD nih nak mengadap projek research sahaja. Do something else juga.



Berbalik kepada perenggan sebelum sebelum nya, bila saya dalam keadaan serba tak tahu. So, saya perlu lakukan sesuatu, iaitu membaca dan bertanya. Everyday baca itu ini and bila tak paham, tanya. Nak 'bertanya' pun ada caranya, dah membaca tapi tak paham, then baru tanya. Dunia teknologi nih makin hebat, boleh kata, macam-macam boleh dapat kat internet. Saya ada 'virtual teacher', so setiap hari, layan youtube, tengok lecture dari Prof James. http://www.youtube.com/watch?v=vRHfYWg9GXM . Ilmu tu perlu di cari.



Sebut pasal 'ilmu', tak semua orang boleh memandang something as 'ilmu'. Contohnya, bila tengok semut berbaris kat dinding, lagi, di Oxford, 2 minggu lepas, banyak tompok-tompok tanah atas rumput. Ilmu ada disekeliling kita. Semua perkara adalah pelajaran. Jadilah manusia yang berfikir. Hargailah nikmat 'akal'.

Baiklah, ini sahaja setakat ini, saya nak pergi study and having a good sleep bagi mengelakkan gejala "Monday Blues". ;)

Ok, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaALLAH


Regards,
Raihan Musa


1 comments:

Monday, October 8, 2012

Brighton








2 comments:

Monday, October 1, 2012

Rindu

Today husband dah ke Bristol, Alhamdulillah dia akan sambung belajar ke sana. Bristol dan Oxford tak lah jauh sangat, dalam sejam setengah by train. Setelah berbincang, so kitorang decide duduk asing-asing and bila weekend, husband balik Oxford. Balik office tadi sedih jer, yerlah, selalunya akan dinner sama, semua sama-sama kan. Tengok baju dia pun sedih, so balik office tadi, terus simpan baju dier. Biar tak nampak, nanti sedih. Drama queen betul lah. 


Actually ini first time kitorang duduk jauh-jauh  since kawen. Walaupun Bristol tu tak lah jauh sangat, but nak ulang alik everyday tu agak mencabar sebab dia ada kelas and saya buat lab based research. Just imagine, adik beradik saya ramai, and lepas kawen pun duduk sama. Dah biasa dikelilingi ramai orang, now tinggal sorang. Balik rumah tadi, terus kemas kitchen, prepare dinner, tutup langsir tingkap besar and online. Kat rumah ini ada tingkap besar, sebelah tu hutan, neves lah. Malam-malam nak gi toilet sebelah bilik pun husband teman, apakah nasibku selepas ini. Tak seronok. Banyak benda kena buat sendiri after this, pagi-pagi kena buang sampah, then kena basuh baju. Nak guna mesin basuh pun tak pandai. Before husband gerak ke Bristol, dier pesan.. "Jangan lupa buang sampah, nanti maggot datang..".."Lepas makan basuh pinggan". Dua benda nih, husband akan buat hari-hari. Sedih, sedih..

Memang Drama Queen habis, tapi itulah, disebabkan memang tinggal sama since kawen, tetiba kena duduk asing-asing, itu yang drama sikit. Seminggu pun rasa lama sangat-sangat. Tadi call dua orang adik kat Malaysia, mak ayah pergi menunaikan haji since last week, so dia tinggal di rumah jiran buat sementara. Itu pun first time berjauhan dengan mak ayah. Lagi seorang, adik yang nombor 6, baru fly ke Mesir last weekend, pun sama. Macam manalah kehidupan dia di sana, first time ke negara orang, jauh dari family. Masing-masing tengah adapt dengan kehidupan baru. Ini semua rezeki Allah, tetapi memerlukan pengorbanan. Kalau kita nak, kena lah berkorban. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari perkara yang tidak baik. 


Regards,
Raihan Musa


1 comments:

Saturday, September 22, 2012

Everything will be fine. InsyaALLAH

Di kala menulis ini, saya baru selesai print segala OHP film as a back up untuk di bawa masuk ke bilik presentation. I'm ready enough for the presentation. Oh yer, saya ada presentation "Transfer of Status", ianya lebih kurang macam First year assessment of PhD macam kat Malaysia. Cuma istilah jer lain.

Back up OHP Film untuk presentation lusa

So, tengahari tadi meeting dengan Prof Simon, lama jugak meeting, beliau happy nak bincang macam-macam benda termasuklah mengenai Transfer of Status. Tipu lah kalau saya kata, saya tak neves, but bak kata post doc saya, Josh nama dier, neves tu perkara biasa, it's good to put some pressure to yourself.

Sometimes, saya suka 'pressure', pressure makes me do better. Projek PhD makin jelas lepas saya prepare untuk Transfer of Status nih, what to do.. plan jangka panjang. Saya sangat suka apa yang saya buat sekarang. Tipulah saya kata, kalau saya tidak diuji dalam perjalanan ini. Pernah satu hari, saya balik office, terus pergi kat husband and nangis. Masa tu stress sangat sebab rasa diri tak pandai, banyak nya tak tahu. Then, esoknya Josh cakap, bagus kalau kamu tahu apa yang kamu tak paham, so boleh perbaiki, rather than, tak tau apa yang kita tak paham, so macam mana nak perbaiki? 

Kawan-kawan semua, doakan saya supaya dapat present dengan sangat baik, penilai dan supervisor sangat berpuas hati dengan kerja saya, dapat jawab segala soalan dari penilai dengan sangat betul,tepat and also paling penting, lulus dengan sangat cemerlang untuk ini. Amiin.. :)

Regards, 
Raihan Musa

3 comments:

Tuesday, September 4, 2012

Write Anything

Saya ada beberapa postcards and keychains University of Oxford. Saya rasa nak beri kepada beberapa orang.. Share my link and Write anything.. and tell me..

Just a small token... :)

5 comments:

Friday, August 31, 2012

English Weather

Lama rasanya tak update blog, kesibukan yang melampau. Sekarang baru boleh menarik nafas lega setelah beberapa minggu yang sibuk. Walaupun mendiamkan diri di blog, tetapi masih ligat seperti biasa. Antara aktiviti yang di buat sepanjang ketiadaan di blog adalah:


Sambut Hari Raya Puasa. Simple memang simple. Baju pun baju lama. One day before raya, saya masak rendang, kuah kacang, daging dendeng, nasi impit etc etc. Minggu tersebut memang letih, sibuk dengan report, sempat juga buat kuih raya iaitu rempeyek kacang ikan bilis dan kuih mazola. Takderlah rasa nak makan sangat, cuma saja nak 'rasa' suasana raya. Satu pengalaman iaitu menyediakan juadah pagi raya, pagi-pagi dah bangun automatik pergi dapur, set up untuk makan pagi raya, iron baju suami dan ajak jiran terdekat untuk makan di pagi raya. Suasana yang perlu 'diwujudkan'. Suddenly ingat kat emak, selalunya emak yang sibuk-sibuk kat dapur pagi raya. Now, saya pulak yang buat.


Open House Raya dan Majis Berbuka Puasa. Emak should be proud, sebab anak mak yang berumur 23 tahun setengah nih dah pandai ajak orang makan-makan kat rumah, masak banyak-banyak. Haha. Walaupun sibuk dengan report, presentation dan macam-macam lagi. But, perkara-perkara macam ini adalah perlu. Sambil tumis sambal, sambil type report. Sambil basuh ayam, sambil dengar perbincangan semasa meeting. That why setiap kali meeting dengan supervisor, saya akan record apa yang supervisor cakap, then, boleh dengan anytime. Sambil masak, sambil buat revision. Ewah. 


Bila dah ada di overseas, lifestyle berubah. Saya berada di Oxford, Oxford bukan macam London, happening, banyak tempat shopping etc etc. Oxford nih sebuah bandar classic. Tempat shopping pun terhad, cinema pun 'comel'. So bila ada masa terluang, tercari-cari aktiviti nak buat. Semasa summer(musim panas), aktiviti kami banyak dihabiskan dengan dating picnic. Ini gambar berdekatan dengan tempat kami. Cycle tepi sungai, lalu tepi ladang meadow, tengok orang memancing, sambil fruit picking, relax depan river Thames menikmati summer yang indah. I really enjoy English weather.


Kedatangan saya di Oxford, sedikit sebanyak mengubah cara hidup, mengubah cara berfikir.. Setiap masa berlalu, banyak pelajaran yang datang. Memang banyak berkorban perasaan. Jauh dari family. Bagi saya, pengorbanan ini sangat menyeronokkan. Bapa saudara kata, pastikan pengorbanan ini berbaloi. Saya selalu tanya husband, bila balik Malaysia nanti, awak nak jadi apa?make sure, bawa balik 'something'. Tiga tahun lebih tu tak lama, tapi banyak benda boleh berlaku. Tup tup dah setahun saya di sini. 

Semoga kita semua berjaya InsyaALLAH.:)


Regards,
Raihan Musa





1 comments:

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan dan Birthday


Puasa

Homemade Murtabak by Chef Rai ..;p

Lama rasanya tak update blog, kesibukan yang melampau membuatkan saya perlu mengetepikan perkara-perkara sampingan. Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Pada mulanya, saya merasakan ramadhan kali ini agak tough kerana sangat panjang, sekarang dah pindah rumah dan everyday saya akan berjalan kaki hampir setengah jam ke office. Mula-mula 'lemau' juga but now, Alhamdulillah okay. 

Setiap hari, saya akan masak untuk iftar, iftar berdua dengan suami. Selesai masak, saya habiskan masa dengan membaca sehinggalah berbuka. Saya suka suasana ini. Sangat aman dan tenang. Rindunya saya dengan ramadhan kelak. 

Birthday

Dalam process set up candle light dinner

9 Ogos lalu adalah hari jadi saya, i dont expect anything special sebab masing-masing sedang sibuk. Saya pun sedang sibuk. Beratus yang wish hari jadi saya, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih kerana mengingati. Hari 9 Ogos tersebut, saya ke office macam biasa. Suami wish birthday macam biasa. Bila balik rumah dalam pukul 6 petang, tengok ada suprise from darling husband. Beliau set up meja untuk candle light dinner. Gigih dia beli perkakas untuk candle light dinner. Siap kad atas meja yang bertulis:

"Happy Birthday, thanks for being my wonderful princess"

Then, pukul 8 malam, ada special delivery. Masa tu saya sedang mandi, tiba-tiba husband bawa a few boxes dari downstairs. Dinner malam tu memang superb!. Tak habis dengan tu, today hadiah yang beliau order, sampai hari nih. Dah lama saya aim benda tu. Alhamdulillah. Terima kasih atas semua ini. Bagi saya, good thing bila kita ingat special day, like Anniversary, Birthday etc etc.. Tak kisahlah antara suami isteri ker, adik beradik ker, member ker.. Sekarang tungu another big day iaitu, our Wedding Anniversary on 25th December, masa tu Christmas holiday. So, husband tengah plan for our honeymoon trip. Teringat ayah saya, he never miss to remember our big day and kalau kami di rumah, beliau akan celebrate.

Mengenai persiapan raya, nothing much yang kami buat. Suami ajak buat kuih raya, katanya nak naikkan rasa 'Hari Raya'. So far, saya rasa tak boleh dengar lagi lagu raya. Ada yang meleleh air mata nanti.. =p


Regards,
Raihan Musa
Ex-Birthday Girl..:p

0 comments:

Monday, August 6, 2012

Olympic 2012

Lama rasanya tak update blog, alasan sama, saya sibuk. Saya ada submission hujung bulan nih, ada oral exam next month, ada big meeting kat London next month. Semua tu kene preparation yang tip top. Maaf yer, bagi yang saya tak reply email. Saya terlalu sibuk.

Now, ada beberapa minit before nak start tarawikh, baru lepas lap-lap badan suami dengan kain basah, sebab dier demam, actually first time dier demam teruk since kawen setahun lebih yang lepas. So, ada kerisauan di situ. semoga cepat sembuh hendaknya..


Baru-baru nih saya pergi tengok Olympic Badminton, tengok Lee Chong Wei lawan, memang exciting, berdebar pun ada. Walaupun tak menang, but saya rasa itu adat permainan. biasalah. Lagipun, yang kalah tak semestinya teruk, cuma tak berpeluang untuk menang. 


Macam kita juga, kalau kita dah usaha sungguh-sungguh, kalau itu rezeki kita, InsyaALLAH ALLAH akan beri. Kalau itu bukan rezeki kita, even sebutir beras pun kita tak akan dapat. Tapi, jangan pulak belum usaha, dah menyerah pada takdir.


see me in newspaper.. :p 

Baiklah, nak sambung jadi nurse and buat report. InsyaALLAH saya akan update lagi, doakan saya berjaya yer. :)

Regards,
Raihan Musa


0 comments:

Tuesday, July 17, 2012

Busy me

Lately memang sibuk, sibuk pindah rumah, then pergi bercuti and then now busy dengan transfer to 2nd year.

minta maaf bagi yang meng-email. I will reply soon. InsyaAllah. Gimme second shout kalau email tu urgent.

All the best.. Doakan saya..:)

1 comments:

Sunday, July 1, 2012

Ladang


Sejak saya datang ke Oxford, saya semakin menyepi dalam dunia blog ini, bukan apa, saya agak sibuk menikmati hidup di sini. Huhu. Sekarang musim panas, musim panas yang dipenuhi dengan hujan, tetapi saya enjoy this weather! Saya boleh keluar dengan memakai sandals dan tanpa perlu memakai jaket tebal. Satu kitaran musim hampir selesai, sekarang summer, then akan kembali pada winter. Maksudnya genap setahun kami di sini. Alhamdulillah.

adik-adik yang semakin membesar, from left: adik nombor 4, nombor 7, nombor 5, nombor 6, kakak sulung 

Tadi berbual dengan adik lepasan SPM, beliau di rumah sedang menunggu masa untuk terbang menyambung pengajian dalam bidang perubatan, tambah lagi satu 'Doktor' dalam keluarga ini. Alhamdulillah. Sejak tahun kebelakangan ini, saya merasakan semua orang semakin dewasa, seorang adik akan graduate next year. Seorang adik akan terbang terbang ke benua lain pada tahun nih. 

Kehidupan semakin interesting saya rasa. Melihat perkembangan orang di sekeliling, buat saya terfikir. Inilah hasil 'tuaian' mak ayah. Apabila kita menafsirkan 'kejayaan', bukan sekadar results exam bagus, dapat keje gaji besar, dapat sambung PhD.. Bila saya melihat emak saya, emak saya suri rumah, tetapi saya mengklasifikasikan beliau sebagai seorang yang berjaya. Berjaya dari segi mendidik anak. Saya tengok kawan-kawan saya, ada yang belajar biasa-biasa sahaja, tetapi ada business bagus. Paling penting kita enjoy dengan apa yang kita buat. 'Menikmati Kehidupan' pun satu kejayaan.

Enjoying life. Life is too short, so hiduplah sehabis baik. Emak selalu cakap, jangan terlalu pentingkan dunia. Sejak akhir-akhir ini saya mula faham. Memang dunia ini ladang akhirat, tetapi sejauh mana kita merasakan dunia ini ladang akhirat. Islam memang suruh kita menjadi kaya. Tetapi bila kumpul duit banyak-banyak sampai tinggal anak bini, sampai tak cukup masa nak solat dan membaca al quran. Sejauh mana kita merasakan pekerjaan yang kita lakukan ini ibadah? Bila balik office, saya dengar suami baca al quran, mula terdetik, dah berapa lama tak baca quran nih. 


view dari ruang solat saya

Bila di sini, since saya seorang perempuan islam di dalam bangunan saya sekarang, pada awal-awal datang di sini, saya sedikit kekok. Kalau kat Malaysia, waktu zuhur mesti akan lunch ramai-ramai, then solat sama-sama. Kat Malaysia ada surau, ada masjid. Kalau member tengok 'lama' kita tak solat, mesti ada yang 'tanya'. Bila di sini, sendiri kena ingat, di tambah waktu solat yang fluctuate, bukan setiap pukul 1 pm dah masuk Zuhur. Berubah-ubah ikut musim. Kalau winter, gap waktu solat zuhur, asar dan maghrib memang dekat-dekat. Macam di department saya, tiada ruang khas untuk solat. Kena pandai-pandai sendirilah. Setiap hari, saya akan solat di ruang tangga yang jarang orang pakai supaya boleh solat dengan tenang. Memang tenang pun, view pun cantik... :)

Baiklah, InsyaALLAH saya akan update lagi bila ada kelapangan.

Doakan saya supaya dipermudahkan urusan, dilapangkan dada, berjaya dan cemerlang. InsyaALLAH

Regards,
Raihan Musa
Summertown House
University of Oxford


2 comments:

Wednesday, June 27, 2012

Butterfly!

Lagu ni best, and drama pun best.. OST Dejavu di Kinabalu. 




"Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu"


Ok, nak prepare untuk meeting! Doakan saya! :)

Regards,
Raihan Musa

1 comments:

Sunday, June 24, 2012

Kita

(Tempat favorite: Mark and Spencer, Summertown, Oxford)


Hari ni saya rasa nak update blog sementara tunggu suami balik dari sports center. Petang Ahad begini memang sangat relax, dah siap masak ikan goreng berlada. Lately saya dah boleh 'bernafas' sikit setelah sibuk bukan main. Lepas suami habis exam, saya pulak sibuk dengan presentation dan submission. Agak sibuk bila suami ada exam, saya perlu balik office on time untuk siapkan dinner, selalunya suami yang tolong prepare. Perlu kemas rumah.. Let him focus on his exam. Bila dah tinggal rumah sendiri, kena pandai-pandai la, walaupun kitorang nih young couple, tapi tak boleh nak buat perangai macam budak-budak lagi.

Bagi saya, 'kerja rumah' adalah tanggungjawab bersama. Tak kisah la bab jaga anak (baru mimpi dapat baby malam tadi. huhu), bab kemas rumah, bab masak, bab laundry etc etc ec etc. Dulu masa duduk rumah mak, basuh baju orang nih, lipat kain orang nih, masak orang nih. Sama lah juga bila dah kawen, mana boleh sorang sibuk-sibuk buat keje, sorang lagi goyang kaki minum kopi. Haha. Ceyh! 

Bila saya berbual dengan seorang member lelaki Turki, dia tak berpuas hati bila saya cerita,"Today, my husband will cook for dinner". Dia kata, perempuan la patutnya buat kerja rumah. Macam dia, wife dia basuh baju, wife dier masak, wife dier kemas rumah, wife dia pun hari-hari pergi office. Fuh. Saya juga boleh buat semua tu, balik office, masak, basuh baju etc etc etc.

But biarlah dia rasa 'tanggungjawab' tu bersama. Biar dia rasa 'penting' nya dia dalam hubungan ini. Tak jatuh pun imej bila buat kerja rumah. Malah, makin cool adalah! Paling penting dapat pahala. Suami selalu pesan,

"Cakap aper, cakap aper? Terimaaa Kasihhhhh".. Always appreciate, dont forget to say thanks walaupun sekecil-kecil perkara.

Am i rite? :p



Regards,
Raihan Musa


0 comments:

Thursday, June 14, 2012

Mohon VISA ke UK Part 3

(Sekarang musim hujan di UK, bak kata labmate, summer paling wet sejak 50 tahun)


Kehidupan di Oxford agak sibuk, sibuk dengan bermacam-macam perkara, now sedang menunggu rendang ayam masak. Balik office lepas 3 jam meeting one to one dengan supervisor, terus decide nak masak rendang. Apa kes? Sementara tunggu rendang masak, maka update blog sikit

Mengenai VISA atau nama lain Entry Clearance UK, ada beberapa soalan berbangkit (ceyh, formalnya ayat!), antaranya:

1) CAS tu apa?

Ahaa.. CAS tu adalah Confirmation of Acceptance. Selalunya dalam borang VISA akan ada ruang isi CAS number. Universiti akan issuekan CAS letter or CAS email yang tertera details pasal kita and dokumen apa yang kita perlu submit ke Kedutaan UK. Masa zaman tok kaduk dulu, CAS nih tak wujud, but sejak tahun kebelakangan nih, baru wujud CAS nih. CAS nih lagi penting dari unconditional offer letter sebab takder CAS, tak boleh buat VISA. CAS ni menghubungkan database profile pelajar dengan kedutaan UK.

Tak kisah sama ada dapat CAS letter or CAS email, sebab yang penting hanyalah nombor yang CAS number yang tertera. Bila kedutaan UK key in kan CAS number dalam system mereka, mereka boleh tengok details kita from university yang kita apply. CAS email or CAS letter nih, akan hanya valid hanya lebih kurang 3 bulan dari tarikh pendaftaran. Dalam tempoh tu kena apply VISA. Itulah sebabnya ada universiti tak issue kan awal-awal.

Bila universiti dah issuekan CAS number, check balik details kita, betul ker tak, contohnya ejaan nama, tarikh lahir, tarik start belajar, kalau berlainan or salah, bagitau university supaya mereka boleh betulkan balik. Sebab, bila kedutaan key in CAS number kita untuk tengok details, bila maklumat yang kita beri dan universiti beri kepada mereka tak sama, akan timbul masalah. Contohnya nama kita Raihan, tapi universiti tulis Raihanah, maka, pergi minta universiti betulkan.

Mengenai bila universiti issuekan CAS number adalah bergantung pada universiti tersebut. Ada yang issuekan selaras untuk semua student, ada yang lain-lain. Saya suggestkan kalau dalam 2 bulan sebelum pergi tak dapat CAS number, pergi follow up dengan universiti. Lagi satu, setiap orang ada CAS number yang berlainan, tak boleh tiru orang lain punyer yer.. =P

2) Financial Statement Spouse

Ada yang konfius pasal duit yang perlu ada bank untuk buat VISA, actually, kalau kamu ada surat yang menyatakan spouse di tanggung sponsor, then, tak perlu ada. But, kalau takder proof, then, kasi la financial statement from bank. Macam kami dulu, saya malas nak tunggu bahagian biasiswa siapkan surat, so kami terus bagi bank statement suami.


3) Translate Sijil

Hanya perlu translate Sijil Nikah and Sijil Beranak anak sahaja (Surat Beranak mak ayah tak perlu). Kalau saya, saya minta mahkamah or Institut Terjemah translatekan, senang.. sebab kalau translate sendiri pun, still kena minta cop certified translator. Translate di mahkamah or Institut Terjemah, yang mana di terima? Both diterima, yang penting ada cop certified translator. Kalau jiran sebelah rumah certified translator pun boleh minta tolong dier. 


4) Medical Check Up

Tak perlu medical check up untuk mohon VISA. Masa saya dulu, saya buat medical check up untuk urusan biasiswa and untuk masuk UK. Masa masuk UK(sampai airport) dulu pun, saya just bawa borang medical check up biasiswa. Actually, medical report nih, kastam mereka akan pilih RANDOM, tak semua akan kene tunjuk masa kat airport. Kalau takder medical report masa kat airport, kena buat kat airport and bayar. So, just bawa jer borang medical report biasiswa tu and X-Ray.


5) Bila boleh mohon VISA

Once dah dapat CAS number, terus isi borang online VISA application, siapkan dokumen and etc etc. Lagi cepat lagi bagus. Member saya dulu, ambil sampai 3 minggu, baru dapat feedback dari kedutaan sebab masa tu musim raya and musim orang nak pergi overseas. Saya dahulu, kumpulkan segala dokumen contohnya dah siap-siap translate sijil nikah before dapat CAS letter, dah ambil transkrip akademik dari previous university. 

Masa saya dulu, mohon VISA la paling berdebar, sedangkan takder apa masalah pun. Berdebar sebab kena bayar mahal. Dah la mohon sekali dengan husband, kalau saya tak lepas, husband pun tak lepas. Gelabah mak cik. But, dont worry, check dokumen elok-elok. Kalau kene reject, kena bayar lagi sekali. Duit tu boleh beli Coach. Ahaks!

Nanti saya sambung, apa yang perlu bawa ke UK or any requests?

All the best, semoga urusan dipermudahkan. :)

Doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati, di lapangkan dada dan diberikan kejayaan.


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford.

1 comments:

Tuesday, June 12, 2012

Good bye

'Adik Oxford' dah habis foundation, by this week dia akan pulang ke Saudi Arabia. Awal tahun hari tu, Kak Afi balik Malaysia for good. Sorang-sorang meninggalkan Bandar unik ini..

Suatu hari nanti saya juga bakal meninggalkan bandar ini. Walaupun perjalanan masih jauh tetapi tidak dirasakan lama. Saya selalu terfikir kehidupan saya apabila pulang ke Malaysia kelak. Bagaimana agaknya, dan bila saya tengok ada seorang kakak oxford yang pulang, saya rasa kehidupan mereka lengkap, ada suami, ada anak dan ada kareer yang bagus. Semuanya happen in dalam masa yang singkat membuatkan hidup lebih menarik. Apa-apa pun itu rezeki masing-masing, kita kene usaha dan doa.

All the best untuk semua dan hiduplah dengan ikhlas. :)


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

0 comments:

Saturday, June 9, 2012

Tradisi Oxford

Hari ini hari Sabtu, malam tadi saya tidur lewat, lebih kurang pukul 2 pagi, study untuk becoming presentation. Pagi nih saya bangun awal seperti biasa, saya bukan jenis tidur sampai ke tengahari, nanti serabut otak. Darling husband ada exam today, awal pagi dia dah keluar dan tinggallah saya seorang di rumah. Terus kemas rumah, dan terus ke office untuk analyse serta collect data experiment sampai ke tengahari. Dave and Erkan teman sepanjang dalam lab, they both memang bijak, bijak yang datang dari rajin. Tadi, sempat juga skype dengan family di Port Dickson and salah seorang my blog reader. Mak tanya balik tak tahun nih, mungkin tidak balik Malaysia. Walaupun tak balik, tapi every week usha ticket balik Malaysia. Frust makcik. Weekend selalunya saya try menjawab soalan or contact balik blog reader yang minta pendapat, itu part of my responsibility, nak berdakwah kitab hadis saya tak pandai, so dengan cara nih saya harap dapat 'memberi'. 

Then terus ke Middle Common Room college for coffee, chatting dengan budak-budak postgrad yang lain sehingga suami habis exam. Middle Common Room(MCR) tu tempat budak-budak postgrad lepak-lepak likes minum-minum, borak-borak, tengok TV etc etc. Setiap college ada MCR sendiri. Hampir setiap college ada bilik untuk gather, contohnya Junior Common Room untuk undergraduate, Middle Common Room untuk Postgraduate Student and Senior Common Room untuk fellow or lecturers.

Middle Common Room kolej saya


Then, kami pergi buffet lunch di Multicuisine restaurant seterusnya berjalan ke city centre melalui High Street. On the way ke city centre terserempak dengan satu plague kat dinding University College. Mengenai Boyle's Law, as below:


Oxford nih adalah satu bandar yang unik, dari segi tradisi, budaya dan reka bentuk. Kalau nak pergi exam or kalau thesis presentation, wajib pakai 'sub fusc and gown/robe', seperti dibawah. Saya sendiri ada satu pasang 'sub fusc and gown/academic robe'.


Kalau perasan dalam gambar di atas, mereka pakai white carnation, sebabnya seperti di bawah:

"At the University of Oxford, carnations are traditionally worn to all examinations; white for the first exam, pink for exams in between and a red for the last exam. One suggested reason for this tradition is a story that tells that initially this was a white carnation that was kept in a red inkpot between exams, so by the last exam it was fully red. It is thought to originate in the late 1990s"

Banyak sangat tradisi nya, but bagi saya menarik. Lagi satu formal dinner kat hall, last week saya dijemput ke  "High Table Dinner" dengan Provost and Fellows. Dress code untuk dinner tersebut adalah jacket and tie equivalent with academic robe/gown. 



High Table Dinner


Matriculation Dinner


Banyak sangat dinner, saya just attend certain dinner jer, contohnya High Table Dinner, Matriculation Dinner, MCR Dinner, Supervisor dinner(sebab supervisor sendiri chairman..) etc etc.


 Sekarang cuaca di Oxford tak berapa cantik, bukan main windy and asyik hujan. But enjoice! :)


Setakat ini saya tulis, InsyaALLAH kalau ada kelapangan saya tulis lagi..:)


Doakan saya dimurahkan rezeki, diterangkan hati dan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaALLAH



Regards,
Raihan Musa

0 comments:

Tuesday, June 5, 2012

Written by somebody

Salam,

Life getting busy, too many things to be done. Harap semuanya ok sahaja. Ini ada satu link, saya nak kongsi. Mengenai further study:


Beliau tulis agak terperinci. Memang sangat membantu kepada semua. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. InsyaALLAH.

Check it out! :)

Regards,
Raihan Musa

0 comments:

Sunday, June 3, 2012

Cerita Parenting


Salam.

Lama rasanya saya tak mengupdate blog, berminggu-minggu lamanya. Saya terlalu sibuk, bila ada masa terluang, saya gunakan untuk berehat. Esok dan lusa adalah public holiday di UK. Maka malam ini walaupun dalam kesibukan, saya ambil sedikit masa untuk mengupdate blog. Hampir setiap hari saya menerima email dari pembaca blog bertanyakan tentang VISA, sambung belajar, ada yang bertanyakan tentang degree, PhD dan lain-lain. Seronok rasanya bila ramai yang 'maju' ke hadapan. Alhamdulillah.

Ada beberapa orang yang bertanya tentang cara ibu bapa saya mendidik kami. Saya sendiri mengkagumi cara mak dan ayah mendidik kami. Suami selalu berpesan kepada saya, "Cuba jadi macam mak awak, sabar macam mak awak, bijak macam mak awak, baik macam mak awak". Mak dan ayah merupakan role model bagi kami. 

Dari kecil sehingga ke besar, mak dan ayah didik kami dengan 'hikmah'. Dengan penuh kasih sayang, teringat mak selalu cakap , "Mak nasihat nih, sebab mak sayang kat awak". Mak dan ayah bukan jenis yang kalau anak buat salah rotan. Mereka bukan begitu. Bukan jenis 'pukul' anak. Mereka juga bukan jenis kuat 'membebel'. So, bila mereka menegur kami buat salah, maksudnya they really mean it. 


Ayah selalu memuji emak depan kami, dari muda sampai ke tua memang sangat  romantik. Setiap pagi weekend selalu morning walk bersama. Ayah seorang yang sangat tegas, ayah sentiasa ingatkan kami supaya fokus, supaya faham dengan matlamat hidup, supaya ikhlas. Ingat dulu, ayah ajar kami sains dan matematik di rumah. Kadang-kadang ayah buat kuiz matematik kat rumah, ayah buat kuiz dalam kereta, dari  kecik sehingga besar, ayah selalu buat sesuatu yang membuatkan kami 'berfikir'. Ayah seorang bapa yang cukup baik, beliau cukup supportive. Ayah ajar kami untuk berfikir dengan lebih 'jauh'. Ayah ajar kami supaya cintakan ilmu. Ayah suka membaca, kami adik beradik terikut ikut 'tabiat' ayah. Ayah kata dengan 'ilmu', kita akan dapat maju ke hadapan.


Bagi saya, mak seorang wanita yang hebat. Terlalu hebat di mata kami. Dari kami kecil sehingga sekarang, mak dah ajar bab ibadah, mak ajar kami 'beradab' dan mak TAK pernah ajar kami buat jahat dengan orang or cerita keburukan orang. Mak selalu kongsi surah-surah yang beliau selalu baca semasa mengandungkan kami. Mak selalu pesan dengan kami supaya makan makanan-makanan sunnah, like kismis, buat baik dengan orang, ikhlas dalam belajar. Banyakkan doa, banyakkan usaha. Sejak saya berada di UK, mak selalu pesan, jaga 'makan', make sure dari sumber yang halal. Makanan akan kekal di tubuh badan, kalau ada dari sumber yang 'haram', bahaya. Last week, saya ber'chatting' dengan Imal(adik bongsu saya), Imal cakap:

Imal: Ateh, matematik Imal dapat B. Imal sedih, Imal nangis.
Ateh: Ala takper lah, nanti Imal cuba lagi ok.
Imal: Imal sedih lah, kesian mak, Imal dah minta maaf kat emak.

Imal adalah adik saya yang berumur 10 tahun, Imal sedih sebab hampakan emak, budak sekecil itu pun sudah boleh menilai yang mak dah berikan terbaik untuk dia dan dia rasa serba salah bila tak dapat tunjukkan terbaik pada mak. Mak tak marah kalau dapat results teruk. Selalunya mak akan tanya kenapa, dan beri nasihat. Sebelum tu, mak cerita, the night before exam, Imal stay up buat latihan math walaupun malam tu dia demam. Masa exam pun dia demam. 

Mak ayah takder pulak hantar kami ke private school, kelas muzik, ke kelas lukisan ker apa. Adik beradik ramai, parah la kalau semua nak hantar ke tempat macam tu. Mak ayah 'groom' peribadi or sikap kami, membuatkan kami lebih bersemangat dan bermotivasi. Bila saya 'down', mak ayah akan nasihat dan beri support. Teringat saya, banyak ujian yang Allah beri pada suatu masa dahulu, ayah hantar emai beri kata-kata semangat, emak pula beri SMS beri kata-kata semangat juga. Kadang-kadang saya baca handphone adik-adik saya (kantoi suka ceroboh handphone orang. hehe), ada juga saya terbaca SMS kata-kata semangat dari emak.

Mak Ayah didik kami dengan 'attitude yang baik', mereka merupakan role model. Mereka mendidik kami dengan psikologi yang cukup mantap.Kesimpulannya, sikap ibu bapa main peranan penting. Kalau nak anak yang bersopan santun, kita perlu bersopan santun, kalau nak anak yang rajin, kita perlu jadi rajin etc etc etc. Kalau kami buat salah, bukan sebab mak ayah tak pandai didik, tapi kami sendiri yang degil. Ini ada sedikit nasihat dari ayah saya. (Jangan pulak lepas nih pakat ramai-ramai nak add pakcik Musa pulak. huhu)


Last few month, kakak sulung message "Ateh nak sponsor mak ayah pergi haji?". Saya memandang ini sebagai suatu peluang untuk saya berbakti kepada mak ayah. Kalau nak dibandingkan dengan jasa mak ayah, ini tak sampai 0.00000000001% pun. Tak layak untuk saya 'berkira', kalau Allah suruh bayar jasa mak ayah, tak ter'bayar' saya. Didikan psikologi yang mantap dari mak ayah, buatkan kami adik beradik tidak berkira, dan kalau boleh, buat sehabis baik untuk mak ayah. Kita beruntung kerana mereka ada dengan kita.

Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga anak-anak mereka cemerlang. InsyaALLAH

Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

1 comments:

Monday, May 28, 2012

Random Tuesday

Kehidupan agak sibuk, dalam 3 minggu lagi saya ada mock viva, so sangat sibuk memprepare segala macam hal. Banyak email tak direply, saya cuba reply cepat, sibuk sangat. Tadi balik office dah nak pukul 9 malam, settlekan kerja. Itulah.. Minggu-minggu kritikal..

Dalam sibuk-sibuk nih, sempat saya jengah khabar berita kawan-kawan, ramai yang baru mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Tahniah. Welcome to the club! :)

Bagi yang sedang menunggu keputusan penajaan ke luar negara, all the best. InsyaAllah kalau itu rezeki kita, InsyaAllah Allah akan permudahkan.

Doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati dan sentiasa diberikan kejayaan didunia serta akhirat.:)

Gambar tersebut adalah 'suit' yang wajib dipakai oleh student Oxford semasa menduduki exam. Now musim exam di University of Oxford.:)

1 comments:

Thursday, May 17, 2012

10.01 Malam


Now jam menunjukkan pukul 10.01malam, lagi 15 minit saya akan terus tidur, esok ada meeting. Lately macam dah jarang sangat update blog. Ada beberapa berkara nak dikongsikan:

1. Alhamdulillah adik saya lepasan SPM dapat offer melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke luar negara. Terima kasih atas doa semua. :)

2. Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jadi Ayah dan Selamat Hari Guru. Banyak sangat hari special bulan Mei nih. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati selalu.

3. Saya mengalami kulit kering, cuaca kering, kulit menggelupas dengan teruk. Humidity in UK adalah sangat rendah. Saya sedang mencari alternatif untuk mengatasi masalah ini melainkan pakai lotion.

3. Saya nak kongsikan sesuatu, mengenai Financial, actually ini dikongsikan oleh bapa mertua saya. (artiket seperti di atas) 

Selamat Malam! 

Doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati, diberikan kejayaan didunia dan akhirat. InsyaALLAH.


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford




0 comments:

Thursday, May 10, 2012

Entry untuk budak Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Alhamdulillah dah habis meeting mingguan, selalunya bila tiba malam Rabu, saya akan prepare segala macam data untuk dibawa ke meeting keesokan paginya. Setiap pagi Khamis, akan ada meeting project dengan supervisor. Minggu ini saya cukup letih, ada satu experiment baru yang buat saya perlu banyak berfikir dan banyak mengambil masa saya. Setelah berfikir secara kritikal dan rujuk sana sini, saya menemui jawapan bagi hal itu. Saya ulang experiment tersebut 8 kali dan kali ke 8 saya menemui jawapannya. Alhamdulillah.

Pagi nih meeting dengan supervisor, supervisor bukan main happy bila tengok results saya. Sepanjang meeting dia asyik cakap tahniah dan siap offer cuti kalau nak. Haha. 

Hari nih nak cerita pasal apa yer? Ahaa.. disebabkan sedang musim budak-budak nak pergi masuk matrikulasi, maka saya share la sikit pengalaman di matrikulasi dulu. Saya 'produk' Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya budak Sains Fizikal, kelas F2P3. Nak cerita dari mana yer, ahaa.. saya bagi point-point la.

Tempat

Seperti yang semua sedia maklum, Kolej Matrikulasi Kuala Pilah terletak di bandar cowboy. Masa zaman saya dulu, dah la kena lalu Bukit Putus, phewww.. kalau balik naik bas memang pening den, siap termuntah-muntah. Nak pulak kalau takder seat, bus penuh, berdirilah makcik sepanjang perjalanan. But sekarang, dah ada highway. Jalan straight jer, tak sempat nak pening, dah sampai. Saya suka sangat Matrikulasi Kuala Pilah sebab tempat yang aman dan tenang. Best.. :)

Belajar

(sekarang member-member kat atas nih ada yang jadi juruukur, jurutera dan lain-lain)

Pergi kuliah wajib pakai baju kurung dan kasut tutup. So, bawa la baju kurung banyak-banyak. Macam biasalah, setiap hari pergi kuliah, dalam dewan kuliah yang besar ada dalam seratus students. Time nih la cikgu ajar benda-benda baru. Selang seli dengan kuliah ada kelas tutorial yang dipanggil praktikum, nanti dari beratus tu akan dipecahkan kepada kumpulan kecil 20 orang, pergi masuk kelas, jawab tutorial di bawah penyeliaan cikgu. Ahaa.. kalau student sains, ada masuk makmal. Masa dulu, budak Sains Hayat boleh la feeling-feeling macam doktor bedah, boleh bedah tikus. Lepas tu, wajib attend kokurikulum seminggu sekali, tapi satu sem sahaja. 

Makanan

Bab ini paling best, teringat dulu, setiap hari Jumaat, kelas habis 'awal' sikit, so kitorang satu praktikum pergi makan dekat Cafe D. Cafe D ada ayam goreng salut tepung yang sedap. Waa.. best nyer! Cafe A dulu ada ikan keli cili padi yang sedap! nyum nyum! Makanan kat matrikulasi memang terbaik! Sedap.. cuma ada cafe yang tak best ada yang best.

Shopping dan Outing

Inilah bab yang makcik paling boring, online shopping lah jawabnya. Tak banyak yang boleh di 'jumpai' di sana. Seingat saya dulu, ada satu kedai tudung yang best, setiap kali outing, saya suka pergi kedai tu. Outing beli tudung. Dulu, weekend sahaja boleh outing dari pagi sampai petang, kalau balik lewat, pas kene gantung. Memang sesuai sangat nak study, tak banyak entertainment.

Orientasi


Macam biasalah, masuk tempat belajar baru mesti ada orientasi kan? Masa orientasi matrikulasi, takder adegan ragging, takder suruh tiup kipas, takder suruh sapu sampah, takder suruh mintak signature. Takder yer. Paling teruk pun kene jerit dengan fasilitator sebab lambat. Dont worry lah. 

Transportation

Dalam matrikulasi tak perlu ada transport, tak perlu naik bus, semua jalan kaki. Kalau duduk di blok A dan blok B ok lagi, dekat sangat dengan dewan kuliah, kalau kene duduk cluster C, kena la jalan kaki sikit. Takper anggaplah itu senaman. Kalau nak akses ke bandar Kuala Pilah, boleh naik bus, prebet sapu or teksi. Kitorang dulu selalu naik prebet sapu. Kalau nak ke Seremban, naiklah bus, macam saya cakap kat atas tadi. Ingat lagi dulu, sambil tunggu bus kat stesen bus, sometimes makan cendol and rojak kat situ. Sedap jugak.

Bilik Asrama

Satu bilik dalam 4 orang, masa zaman saya dulu, ada ruang ampaian kecil dalam bilik, setiap orang dapat katil single bukan double decker, dapat satu wardrobe, dapat satu meja study. Jeng jeng jeng, kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ada satu blok berhantu. Haha. Blok mana? Tak lupa, Hantu Karipap, bagus hantu berbisnes. Jual karipap pulak tu, kalau jual kat UK, mesti laku.:p

Aktiviti

Setiap tahun akan ada pilihanraya, masa nih la calon-calon akan berkempen, tampal poster untuk jawatan dalam JPP (Perwakilan Pelajar). Then, selalu ada ceramah-ceramah, and ada juga dinner untuk subjek Etika. Subjek Etika tu wajib di ambil as subjek tambahan tak dikira dalam pointer, so as assignment, setiap kuliah kena organize satu majlis makan malam, masa nih la nak melaram bagai.

Tak lupa, ada juga KAKOM, sukan antara matrikulasi, kalau sesiapa yang berminat boleh lah masuk. Sukan antara matrikulasi. Banyak lagi program sebenarnyer, tapi dah tak ingat. Brain cell digunakan untuk ingat benda lain. Hehe.

Elaun

Dulu, semua dapat elaun, saya tak tahu sekarang macam mana. Bagi saya elaun itu mencukupi. Tapi kalau asyik nak top up bergayut dengan buah hati, tak cukup lah. Time matrikulasi tak yah nak bercinta, masa singkat sangat. Tunggu la si dia dah jadi engineer, doctor bla bla bla.. Ini pun tak confirm lagi masa depan. Eh eh eh, ape nih ape nih. Mengarut merapu. Baiklah, berhenti di sini. 

Itulah, kalau ada apa-apa, boleh la tanya. :)

Semoga Raihan Musa menjadi lebih cemerlang, diterangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. InsyaALLAH..


Sekian,
Raihan Musa
Ex-KMNS

4 comments:

Tuesday, May 8, 2012

Kitaran

Hari ni, saya agak 'pening' dengan hal research, alah biasa la tu. Apabila compound yang saya jangkakan 'mudah' tidak menjadi. Takper, cuba lagi. Niat di hati nak masak rendang ayam, bila kena pulang lewat untuk 'solve'kan masalah nih, saya terpaksa minta suami yang masak. Hasilnya, Nasi Goreng Cili Padi dan ayam goreng kunyit. Begitulah, saling bantu membantu. Bagi saya, tanggungjawab mengemas rumah, memasak, jaga anak etc etc etc, bukan tanggungjawab isteri semata-mata. Itu tanggungjawab bersama. Nasib baik suami saya pun faham. Semoga diri ini sentiasa bersemangat dan berjaya. InsyaALLAH. Kawan-kawan doakanyer .


(Inai di jari semasa perkahwinan saya di pakaikan oleh adik saya Aimi dan kawan baik saya Atiqah Hassan serta gambar di ambil oleh BFF saya Fara Na Q)

Lately, banyak jemputan kahwin. Ramai yang akan mendirikan rumah tangga, Alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Saya rasa macam baru semalam saya konvo ijazah sarjana muda. Tup tup sekarang mereka yang sambung master di Malaysia dah konvo Master pulak. 

(Bergambar dengan ayah semasa konvokesyen Ijazah Sarjana Muda di UTM)

Ramai juga yang berkahwin, seingat saya, saya antara orang 'awal' yang berkahwin dalam batch. Lepas kahwin terus terbang ke United Kingdom. Sambung belajar. Saya melihat kehidupan rakan yang lain, ada yang bekerja, ada yang duduk di rumah dan ada yang sambung belajar. Kehidupan ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Ada yang 'biasa-biasa' sahaja semasa zaman belajar dahulu, tetapi sekarang ini sudah mempunyai karier yang bagus. Kehidupan sentiasa berputar. Akan datang kita tak tahu macam mana.

Hidup ini ada kitarannya, semalam orang sibuk bercerita tentang dapat matrikulasi, dapat ijazah.. sekarang orang bercerita pasal perkahwinan..pasal karier.. Esok orang akan bercerita tentang anak.. Tapi, jangan lupa, kematian pun 'termasuk' dalam kitaran hidup juga. Bila-bila masa akan menjengah, tidak kira esok atau lusa atau tulat.

(Matriculation Ceremony University of Oxford)

Bila melihat kehidupan 'semalam', saya berfikir, 'cantiknya' perancangan Allah. Teringat dulu frust sebab tak dapat masuk Maktab Perguruan masa after SPM dulu, tup tup sekarang dapat buat PhD. Teringat dulu putus cinta (haha..:p..alaa..zaman budak-budak), sekarang nih berkahwin dengan lelaki yang saya rasakan lebih baik. Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan ini, saya merasakan..setiap sesuatu yang kita lakukan perlu dengan usaha yang ikhlas, redha dan tawakal.. 

Doakan saya supaya cemerlang, diterangkan hati dan dimurahkan rezeki. :)tak lupa, eksperimen sentiasa menjadi..:p


Regards,
Raihan Musa


0 comments: