Sunday, January 29, 2012

Kritikal bukan main

Lately saya sibuk sikit, itulah tak update blog. Asyik alasan sama. Boring. Haha. Banyak perkara yang perlu diberi priority, tapi itulah kerja tak kan habis selagi kita hidup. Cuma kita yang perlu beri diri kita sedikit masa untuk berehat dan berfikir. Berehat sambil berfikir. Sambil berehat-rehat, minda sibuk berfikir. Sambil memasak ayam masak lemak cili padi, boleh saya terfikir kenapa 'santan pecah' kalau tak jaga api. Otak mencari alasan saintifik.

Saya di Oxford, dibawah supervision oleh dua orang manusia yang hebat. Bukan sekadar hebat dalam bidang kimia tetapi hebat segala macam perkara. Semasa di pub, saya berbual dengan supervisor saya. Beliau bercerita tentang pertandingan rugby baru-baru ini, bercerita tentang movement player dan pengiraan geseran, force di atas padang. Sambil itu, beliau mencongak. Memang awesome.

Sebenarnya banyak perkara yang tersimpan difikiran, sesuatu yang agak sukar untuk dibangkitkan. Nah hadiah untuk difikirkan. Not a new issue, but lama dah nih. Cuma baru hari ni nak update blog. What do you think about this documentary? 




Walaupun saya bukanlah manusia yang alim ulama,bukanlah makcik yang hari-hari dok bertadabbur kat masjid, would you mind if i want to say something? Menjerit-jerit sana sini,  berkumpul buat sesak jalan, you cannot change anything. Bukan boleh bagi makan orang pun, bukan boleh lawan musuh pun, bukan boleh jadi kaya pun. Student perlu berfikir dengan lebih matang and berfikir dengan lebih jauh serta kritikal. Nak 'berjuang' kena bijak. Kita boleh tukar dunia (bukan setakat negara) dengan ilmu. 

Dah melalut makcik nih. Makcik pun dah mula pikir kritikal bukan main...



Regards,
Raihan Musa


0 comments:

Tuesday, January 17, 2012

Makcik Busy

Salam.

Sangat lama betul tak mengupdate blog, saya busy sangat. Now dah masuk term baru, faham-faham la, awal term/semester memang sibuk. Pukul 7.15pagi dah gerak pergi office dan sampailah gelap. 

Lagi beberapa bulan results SPM akan keluar, saya juga ada adik yang sedang menunggu keputusan SPM, what i would suggest is, start usha-usha apa perancangan lepas SPM. Memang results tatau lagi. But you can plan something. Misalnya kalau results bagus, nak ambil medic. Kalau results tak cukup pulak, nak ambil yang ini itu. So, bila dapat results nanti, tidaklah baru teraba-raba. I'm happy to help. Drop me an email. raihan0908@yahoo.com

Baiklah, esok nak pergi office seawal mungkin, then masa lunch hour nak keluar beli sayur kat farmer's market.  (Feeling makcik-makcik sangat!) Semoga hari esok lebih baik dari semalam.

Library Queens College, University of Oxford

Doakanlah supaya berjaya, gemilang dan terbilang. InsyaALLAH. amiiinn..=)


Regards,
Raihan Musa

1 comments:

Tuesday, January 3, 2012

Exam-Exam



Sekarang musim exam, pasti adik-adik busy semacam, gelabah semacam. Mesti tengah rajin bukan main, nak gi toilet pun lari-lari, nak tido pun boleh bangun balik sebab terlupa satu fakta, tengah makan pon sambil bincang formula kimia, iyer ker? 

Relaks relaks jer, masa nak dekat-dekat exam nih kene banyak-banyak berdoa, patutnya waktu-waktu genting macam nih dah tak payah bukak buku. Buka mind map, short note ker. Kalau takder, pinjam orang punyer dan photostat.   

Sapa dapat 4 flat boleh claim hadiah dari Oxford. Eceyh. Ini serius. Habis satu Malaysia nak claim nanti.

Sengaja tak nak tulis panjang-panjang, Anda semua bukannya ada masa nak baca panjang-panjang. Sila prepare untuk exam.


p/s+> Postcard on the way..


Regards,
Kak Raihan Musa

0 comments:

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru Saya



Selesai bercuti, masa untuk bekerja!

Sekarang jam 6.17 petang, saya telah selesai makan malam dan menyiapkan lunch box untuk ke office esok. Permulaan tahun baru saya sungguh tenang dan menyeronokkan. Bangun pagi melihat rumah dengan keadaan yang sangat bersih dan kemas. Solat Subuh awal, then, menyiapkan sarapan, sempat juga menggoreng bihun. Breakfast bersama suami dan berbual-bual serta bergurau. Pagi yang indah. Permulaan tahun yang baik. Alhamdulillah. Selepas itu keluar bersama suami ke Oxford City Centre. Menambah kelengkapan untuk tahun 2012 iaitu Mini Planner. Mudah untuk di bawa ke mana-mana. Kapasiti sel otak saya tak mencukupi untuk ingat semua benda. Hehe.

Malam tahun baru kami disambut dengan penuh makna, kami duduk di atas katil sambil berdoa bersama, berkongsi matlamat dan menasihati antara satu sama lain sehinggalah mata tertutup. Bunyinya agak skema, tetapi memang fun. Perlunya saya memberitahu beliau supaya beliau dapat mengingatkan saya apabila saya tersasar dari matlamat. Matlamat bukan sekadar pelajaran, pekerjaan, harta..tetapi juga perubahan sikap, ibadah dan lain-lain. (Alamak, ayat sungguh skema..hehe..takper..you get what i mean?) . Hiduplah dengan sebaik mungkin. 



Sebelum cuti term yang lepas, saya sempat keluar lunch dengan antara orang-orang yang sangat penting sejak saya berada di Oxford, iaitu Kak Munirah dan Kak Bibi. Kedua-dua mereka sedang buat PhD di University of Oxford. Saya masih ingat, kami berkongsi satu pinggan pilau rice, berkongsi secawan air dan juga berkongsi cerita. Kak Bibi bercerita kepada saya tentang  orang mengayuh basikal di suatu bukit, ada orang kayuhannya perlahan, tetapi tetap sampai ke puncak. Ada orang kayuhannya laju, tetapi belum sampai ke puncak, dah berhenti keletihan. Ada orang kayuhannya laju dan sampai ke puncak dengan cepat. Ada orang kayuhannya sederhana laju dan sampai ke puncak dengan tidak terlalu lewat dan cepat. You get what i mean? Credit to Kak Bibi and Kak Munirah kerana buat saya berfikir sehingga hari ini. :)

Life is like bicycle, to keep you balance, you have to keep moving

Esok saya akan ke lab, meneruskan perjuangan untuk segulung Ijazah Kedoktoran. Saya di sini bukan sekadar untuk mendapat 'segulung Ijazah Kedoktoran', tetapi harapannya untuk lebih memahami erti hidup. Doakan supaya saya dan kamu berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaALLAH.

:)


Regards,
Prof-to-be Raihan Musa
University of Oxford




0 comments: