Wednesday, February 29, 2012

Leaving Memory

I saw you in news, you inspired me alot. Future successful businessman, you achieve what you told me a few years ago. You are one of the reasons why i do this. Study abroad, leaving all the memories behind.

I move.

But I believe we will meet again.


2 comments:

Tuesday, February 28, 2012

Halal Haram

 

Minggu ini dengan minggu lepas, banyak formal and informal dinner dengan labmate. Celebrate Dr Dave habis viva, Supervisor's Dinner etc etc etc. Saya tak ikut the whole night, selalunya mereka akan dinner, then heading to bar. Saya just attend dinner, bab minum-minum sampai tengah malam selepas tu memang tak join. Nak kene sembelih? ahaa..

Memang perlu pandai jaga diri, Oxford University memang terkenal dengan formal dinner, menarik sebenarnya pengalaman tu. Belajar bersosial secara sihat, tukar-tukar maklumat, protokol etc etc. Selalunya before dinner mereka akan tanya, our dietry requirement, vegetarian ker, non-vegetarian, allergic to nuts. I'll choose vegetarian and no wine. Secara dasarnya memang beef/chicken halal, but bila tak sembelih ikut cara islam, jadi haram. Kena beringat kat situ.

Mak saya selalu cakap, jaga segala benda yang jadi darah daging. Mak pesan, hati kene terang, diri kene bersih especially sedang belajar sekarang. Kalau benda haram masuk, susah ilmu nak masuk. Bukan makanan sahaja, duit yang kita guna, barang yang kita pakai dan pasangan kita, haruslah yang halal. Eh, masuk bab pasangan pulak. =p

Sekian. Short Entry dari Kak Raihan. Doakan saya sentiasa cemerlang dan berjaya. InsyaALLAH.

Hidup Raihan! :)





2 comments:

Monday, February 27, 2012

Wordless Tuesday - Random

0 comments:

Sunday, February 26, 2012

26 February


26th February Birthday Darling Husband. Seperti tahun lepas, saya bertungkus lumus di dapur, menyediakan juadah kegemaran suami dan bake Cheesecake. Masa itu, masa saya agak banyak. So, boleh la buat macam-macam. Tetapi tahun ini birthday suami jatuh pada minggu sibuk saya. Sibuk dengan bermacam-macam perkara. Tidur saya tak cukup, badan lesu, mata sembap, mental pun letih. Bermacam-macam perkara datang serentak. 

So, saya belikan sebuah hadiah, sebiji kek dan belanja makan. Aha, semua beli, tapi quality time tu yang penting. Eceyh. Masa saya dihabiskan dengan suami dengan harmoni. ok tutup cerita itu.

Move, move.. Saya baru sahaja deactiate kan facebook saya, mungkin saya akan activatekan bila saya rasa perlu. Buat masa ini agak sibuk, kadang-kadang agak leka dengan facebook. Ahaa, mungkin bila rasa diri dah berdisiplin (sikit), activate la balik. Eceyh.


0 comments:

Friday, February 17, 2012

Kehidupan Musim Sejuk

Lama rasanya tak mengupdate blog, semester ini saya agak sibuk dengan  kerja-kerja akademik. Cuba meng-adapt dan 'menyediakan' zon selesa. Semester lepas, perjalanan research agak tidak memberansangkan walaupun mencapai target. Tetapi semester ini, walaupun belum habis term, Alhamdulillah sudah melepasi target. Allah tolong saya. Supervisor saya tak habis-habis menyatakan progress saya term ini sangat bagus.  Alhamdulillah. Lumrah kehidupan, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.

Setiap pagi, pukul 7.15am, saya akan bertolak ke office dan memastikan tiba di office sebelum pukul 8am. Bagi saya, tidak kisah bila kita datang, bila kita balik, yang penting berapa jam kita bekerja and kualitinya. Saya mula dari zero, research yang saya buat sekarang tiada kaitan langsung dengan bidang kajian yang saya buat sebelum ini. Dari segi instrument dan bermacam-macam lagi. Tetapi teorinya saya belajar semasa buat ijazah sarjana muda dahulu. Itupun hanya satu subject. Saya tidak menetapkan sesuatu bidang spesifik untuk menyambung PhD since saya tak buat master, so agak 'free' untuk memilih bidang. Sangat interesting discover something new. ;)



Musim sejuk hampir tiba di penghujung, sempat juga saya bermain salji. Pengalaman pertama dalam hidup, amazing. Hari pertama snow turun memang best, bandar cantik. Hari kedua, bila salji dah habis turun, snow mula mencair, memang terrible. Jalan berlecak dan licin. Kehidupan musim sejuk saya lebih kepada di office dan rumah. Tidak berjalan sangat. Jarang hang out weekend macam selalu. Sejuk. So, boleh kata, term nih lebih productive. hehe.

Positif dan tawakal. Satu perkara yang saya betul-betul cuba mengaplikasikan dalam kehidupan saya term ini adalah sentiasa berfikiran positif, usaha dan tawakal. Ada orang usaha sungguh-sungguh, tapi tak yakin dan tak bertawakal. Saya la tu kadang-kadang. hehe. Apa-apa pun, semoga kita sama-sama sentiasa memperbaiki diri dan berjaya. InsyaALLAH. :)



Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

0 comments: