11:23 PM

Kehidupan Musim Sejuk

Posted by cik rye |

Lama rasanya tak mengupdate blog, semester ini saya agak sibuk dengan  kerja-kerja akademik. Cuba meng-adapt dan 'menyediakan' zon selesa. Semester lepas, perjalanan research agak tidak memberansangkan walaupun mencapai target. Tetapi semester ini, walaupun belum habis term, Alhamdulillah sudah melepasi target. Allah tolong saya. Supervisor saya tak habis-habis menyatakan progress saya term ini sangat bagus.  Alhamdulillah. Lumrah kehidupan, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.

Setiap pagi, pukul 7.15am, saya akan bertolak ke office dan memastikan tiba di office sebelum pukul 8am. Bagi saya, tidak kisah bila kita datang, bila kita balik, yang penting berapa jam kita bekerja and kualitinya. Saya mula dari zero, research yang saya buat sekarang tiada kaitan langsung dengan bidang kajian yang saya buat sebelum ini. Dari segi instrument dan bermacam-macam lagi. Tetapi teorinya saya belajar semasa buat ijazah sarjana muda dahulu. Itupun hanya satu subject. Saya tidak menetapkan sesuatu bidang spesifik untuk menyambung PhD since saya tak buat master, so agak 'free' untuk memilih bidang. Sangat interesting discover something new. ;)



Musim sejuk hampir tiba di penghujung, sempat juga saya bermain salji. Pengalaman pertama dalam hidup, amazing. Hari pertama snow turun memang best, bandar cantik. Hari kedua, bila salji dah habis turun, snow mula mencair, memang terrible. Jalan berlecak dan licin. Kehidupan musim sejuk saya lebih kepada di office dan rumah. Tidak berjalan sangat. Jarang hang out weekend macam selalu. Sejuk. So, boleh kata, term nih lebih productive. hehe.

Positif dan tawakal. Satu perkara yang saya betul-betul cuba mengaplikasikan dalam kehidupan saya term ini adalah sentiasa berfikiran positif, usaha dan tawakal. Ada orang usaha sungguh-sungguh, tapi tak yakin dan tak bertawakal. Saya la tu kadang-kadang. hehe. Apa-apa pun, semoga kita sama-sama sentiasa memperbaiki diri dan berjaya. InsyaALLAH. :)



Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

0 comments:

Post a Comment

Subscribe