Saturday, March 31, 2012

Emotional Unbalanced

Saya sudah pun berada di hujung term, masa berlalu cukup pantas. Sejak akhir-akhir ini saya begitu sensitif, sikit-sikit nak terasa hati. Suami terminum air Cappucino saya pon boleh touching. Apakah ini semua, perasaan abnormal. Haha. Mainan syaitan semua nih. Astagfirullahalazim. Bila banyak kerja, experiment tak jadi, memang perasaan paling tak awesome. Syahdu jer rasa. Tengok tu, emosional lagi.. Huhu.



Dari siang tadi, saya memikirkan, saya perlu mencari 'solusi' untuk perasaan saya. Perasaan tak tenang, perasaan tak sedap hati. Apa pasal la saya nih. Mencari solusi, macam-macam berada di minda saya, cadangnya nak ice-skating, pergi shopping.. mencari solusi. Cuba menggembirakan diri, kalau pergi ice skating pon, balik dah penat, belum tentu perasaan gembira. Kalau pergi shopping pon, lagi gundah melihat duit dibazirkan. Akhirnya end up dengan, petang tadi saya masak rendang dengan husband dan berikan makanan rohani kepada jiwa. Alhamdulillah lebih tenang. Saya jenguk facebook, scroll bahagian news feed, tengok orang post motivational quote,hadith.. buat saya tersentuh dan berfikir. Ada satu quote yang sangat memberi impak kepada saya, buat saya terfikir selama beberapa hari, perkara yang saya rasakan berat untuk saya laksanakan. Quote yang di sharekan oleh rakan di facebook itu benar-benar memberi tamparan kepada saya. Buat saya termenung dan berfikir. Apa quote tue? tunggu next entry.. :)

Seronoknya berkahwin adalah, dalam saat genting nih, ada orang yang setia pujuk dan teman. He always here all the time, kalau takder depan mata pon, ADA DALAM HATI. Hehe. Even if you have bestfriend, the feeling tak sama. 

Bukan nak menggalakkan korang pergi kawen, tapi itulah, bagi saya, if you are not ready to get married. Just leave it. Bila tengok kat facebook, budak-budak sekolah dah pandai bercinta bagai, siap panggil hubby, mummy, oh ini tak wajar. Siap bawa jumpa family. Konon-konon biar family kenal. Entahlah, kalau saya sebagai parents, i wont allow my kids to do that. SPM tak habis lagi, dah advanced semacam. 

Doakan saya supaya diterangkan hati, dimurahkan rezeki dan diberikan kejayaan. amiin... :)


Regards,
Raihan Musa



1 comments:

Sunday, March 18, 2012

Matrikulasi, STPM, Diploma etc etc etc

Inilah entry yang dijanjikan, ahaaa... debaran semakin dekat.. takper-takper..kita baca nih dulu.. :)


1 - Politeknik

- My sis in law mengajar di Politeknik Shah Alam. As she said, politeknik fokus kepada teknikal part and skill. Banyak course yang di offer oleh Politeknik. Bidang akaun, setiausaha, kejuruteraan dan lain-lain. Now, most of the politeknik, offer diploma course. Bagusnya politeknik nih, dier ajar banyak teknikal part which are sangat useful masa keje. But, di politeknik, most of the lecturer tak der PhD, which kalo ko yang genius nak tanya lagi banyak tu, mungkin terhad. But still, lecturer mereka sekarang ada Master and kalo yang takder, disuruh sambung. After buat diploma, sambung la degree kat university pulak. Takda hal lah. Takder masalah. 



2. Diploma

- Kalo yang dah tahu nak amek bidang apa, dah pasti, amek la diploma. Kalo dah amek diploma, jangan gatal-gatal pulak, tak minat la course yang diamek. Pastu nak tukar, kononnya dari Diploma Kejuruteraan Kimia ke Ukur Bahan. Ini ko cari pasal. Buang masa tu. Sebab, diploma and Politeknik nih almost 2-3 years, so, kalo nak start balik tu, take time kan? Macam member eden yang kuar matrik and masuk diploma program cakap, diploma nih relak sikit, sikit jer, as compared to matrikulasi. Kalo nak amek diploma nih, kene betul-betul pasti nak amek bidang apa, what u want to be in future. 


3. Matrikulasi SATU TAHUN

- Ini memang isu hot, nak kata buangan macam kejam sangat. hehe. Masa zaman saya, ada matrikulasi setahun dan dua tahun. Tatau now ada lagi ker tak. Kat matrikulasi tu, dari straight A's sampai la 3-4 A's ada kat matrikulasi. Matrikulasi SATU TAHUN nih pemilihan dier lagi strict dari diploma, sebab 1 A memang susah nak masuk matrik, but diploma still boleh. Saya berada di matrikulasi, memang stress sikit sebab banyak bende nak cover but enjoy. Disebabkan kesibukan itu, eden tak buat aktiviti lagho sangat. Tambah-tambah duduk kat Kuala Pilah sana. Satu perkara, after habis matrikulasi kena 'compete' untuk sambung degree. Orang kata, matrikulasi suka tendang orang, sebenarnyer sama jer kat mana-mana pon, kalo ko malas, results hancusss, sapa nak kan? Lagipun, setahun jer, tak lama pon. So, isu tendang-menendang nih bukan untuk matrikulasi jer.  Kesimpulannya, kalau rasa mampu naik jet, buat apa pilih   naik siput. eh.






4. Foundation - Asasi

Most of the asasi program adalah dua tahun, kecuali Asasi Sains Universiti Malaya iaitu setahun. Asasi UM nih lebey kurang macam matrikulasi, yang membezakan adalah pensyarahnya (sesetengah berkelulusan PhD) and silibus nyer a bit different. Bila di Asasi UM, kehidupan lebih 'terbuka', berbanding di Matrikulasi, ala-ala sekolah jer. Masa tu, yang glamor adalah Asasi UIAM, Asasi perubatan, asasi Law . My friend dier buat Asasi di UIAM selama setahun, sebab english dier power giler and results dier tip top. But, most of the Asasi UIA students, memang 2 tahun buat Asasi. Silibus core subject sains nyer lebey kurang macam Matrikulasi KPM, but belajar dalam tempoh 2 tahun with additional subject such as Arabic Language etc. 



5. STPM

Ini yang betul-betul kental boleh lah. STPM susah, saper yang score STPM boleh pergi jauh. I met one guy yang dapat straight A's STPM. Then, further study di National Singapore University under scholarship Asean. Now, keje di Microsoft. Memang hebat tabik spring kaw kaw kaw. Nak amek STPM, jiwa kene kental, kene study hard.. Masa kat university dulu, eden kagum dengan budak STPM. Sebab kebanyakan daripada mereka memang scorer and bab theory memang hebat. Ada yang segan sebab amek STPM, but u should be proud.



6. Maktab Perguruan

Kalo jiwa jadi pendidik, pergi la jadi cikgu. Saya dulu teringin nak jadi cikgu, tapi Institut Perguruan tak nak kat eden. Tapi sekarang, akan jadi pensyarah dalam beberapa tahun lagi.



7. Overseas JPA/ MARA

Ini kene pilih betul-betul. Jangan sebab nak gi negara orang and boleh gebang-gebang kat orang kampung. So, anda pilih nak gi overseas. Kalo dapat bidang yang disukai memang bersyukur lah. Tapi kalo dapat bidang yang ko pon tak suker and tak power but itu jer yang layak. Better hentikan lah niat itu. You'll suffer. Seriussss.. Kalo layak and berminat, pergilah overseas. You can broaden your horizon. Lagi satu, biasiswa ada banyak, bukan JPA MARA PETRONAS jer, banyak lagi. PNB, Maybank, Khazanah dan banyak lagi. Mungkin boleh refer website nih. http://malaysia-scholarship.net/



8. Ekspres MARA

Masa zaman degree dulu di UTM, ramai jugak budak ekspress MARA dari MRSM Kagum gila sebab umur 18 tengah buat degree. Yang bagusnya program nih, ko boleh abis degree cepat. Tapi kene keje kuat sikit la, buat foundation pon tak sampai 6 bulan, pastu terus buat degree. So, what do u expect? For sure, dari segi ilmu theory and praktikal tak sebanyak budak matrikulasi and STPM yang masuk course yang sama. But, if you can survive, surely u can attain good results Contohnya macam Syafiq Elias, Wawi, Saufi Rosmi, mereka nih budak Ekspress MARA yang score First Class Degree.



10. Private College/University

First thing yang akan terjah dalam ingatan adalah MAHAL. Tak dapat dinafikan memang mahal. Akak nak cakap nih, kalo sajer-sajer nak masuk Private College/University tanpa alasan kukuh, baik lupakan jer. Contohnya, dah dapat offer Medic Universiti Malaya, pastu tak nak masuk UM, then gi private College dalam Malaysia. Memang tak bijak yer tindakan ini. But, kalo bidang yang kita nak tak dapat, tetiba dapat plak bidang pelik-pelik. Boleh lah pergi Private College. Berkorban duet untuk masa depan adalah pelaburan yang tidak ternilai. =) . Kalo saje-sajer nak gi private college sebab nak JAGA STANDARD, baik sedekahkan duet tu kat umah anak yatim. Nak pilih private college pon ada caranya, jangan la pilih sebarangan college. Kene check dulu stability dier, jangan plak tengah syok-syok ko belajar, tetiba private college tu tutup sebab bankrup. Parah. parah..


11. Lain-lain (Pilot, Navy)
Ada sesetengah program seperti Flying school yang train budak-budak jadi pilot, selalunya mereka ambil budak-budak lepasan SPM untuk join program mereka. Memang menarik. Selalunya yang offer program ini adalah MAS, ada satu flying school kat Melaka(google yer, homework). So, mulai esok sampai akan datang rajin-rajin beli newspaper and rajin-rajin cari kat internet. Hentikanlah main facebook selama 3 jam sehari. Ahaks. Selalunya mereka akan iklan di suratkhabar dan internet. Bukan pilot jer, Navy pon sama. Ada sesetengah pusat yang train Navy dari budak lepasan SPM.



Secara overall, ini semua bergantung kat diri masing-masing,ok? :)


Adik-adik semua doakan saya supaya sentiasa cemerlang, dipermudahkan urusan dan diterangkan hati. InsyaALLAH. :)








Regards,
Raihan Musa
SPM 2005
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2007
UTM 2010
University of Oxford 2014 

2 comments:

Saturday, March 17, 2012

Siri Pertama Adik-Adik SPM

Lama rasanya tak update blog, sangat sibuk dan kesihatan tak berapa baik. Saya diserang Hay Fever, Hay fever adalah demam yang datang pada musim bunga. Saya memang allergic 'bunga', bila dekat dengan bunga mesti terbersin. So, bila musim bunga, debunga akan berterbangan di udara, maka menyebabkan saya bersin-bersin, batuk dan demam. Tak lupa selsema. Oxford merupakan bandar indah bagi saya, tetapi sejak akhir-akhir ini, perasaan rindu kat Malaysia cukup menebal. Maybe lagi a year untuk survive, itupun kalau balik bercuti di Malaysia nanti. Tahun ini memang takder plan untuk balik. Kempunan cendol la jawabnya.

Ok move to the topic, results SPM dah nak keluar, mesti berdebar kan? haha. Makan tak lalu, sebelum tido nangis-nangis sebab risau, tido tak lena. Gelabah. Biasa la tu, saya pon gelabah juga walaupun tunggu results kuiz 5 markah. Lek lek, lagi 3-4 hari keluar la results tu. Saya ada adik yang sedang pun tunggu results SPM, saya pun risau jugak. hehe.

Paling penting sekarang adalah doa, doa, doa and prepare for next plan. Kalau pergi study Biologi balik pun, bukan boleh tukar results tu pun. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Bunyi pasrah. Hehe. Dont worry, boleh punyer! Dulu saya rajin carikan iklan biasiswa untuk adik-adik saya, now, kehidupan agak sibuk. Dengan nak buat experiment lagi, nak kemas rumah lagi, nak baca harian metro(tak ilmiah langsung..hehe) lagi. 

Nak jadi Doktor!

Dari kecik sampai ke besar, cita-cita saya nak jadi pensyarah atau cikgu. Memang dah aim lama dah. Adik-adik SPM tak boleh ambil mudah dengan pemilihan course, kene betul-betul teliti. Cita-cita nak jadi arkitek, tapi ambil medic. Setiap bidang yang dipilih mesti difikirkan 'final product' nyer. Kena study betul-betul setiap career. Ala kak Raihan nih, suruh study pulak. Contohnya, ada orang nak jadi polis, tapi dier minat forensic. Jangan risau, ada pekerjaan yang gabungkan both, iaitu bekerja sebagai polis bahagian forensik. Macam bidang saya, saya boleh jadi chemical engineer, chemist, lecturer dan suri rumah. eheh. Satu bidang, tapi boleh pergi ke beberapa career. So, sekarang nih, pergi study pasal career.


Matrikulasi, Diploma, A-Level, Form 6

Mengenai ini saya dah cerita dulu, InsyaALLAH saya akan pos lagi sekali. Actually, setiap orang ada jawapan yang subjektif. Bergantung kepada situasi masing-masing. Ada orang kata diploma bagus, ada orang kata matrikulasi bagus. So depends kat situasi masing-masing. Paling bagus adalah tanya pendapat orang yang dah berpengalaman dan tanya diri sendiri. Setiap orang lain-lain.

Contohnya, kalau rasa nak buat medic, boleh tanya orang-orang yang sedang buat medic bagaimana laluannya. Kalau nak buat diploma dalam bidang ekonomi, tanya orang yang sedang buat economic studies. Kalau rasa nak pergi matrikulasi, boleh bertanya kepada saya. Hehe. (Saya cakap awal-awal, saya sibuk banyak, so kalau saya terlewat reply tu, minta maaf sangat-sangat)

(Saya ambil masa bertahun-tahun untuk merancang ke tempat ini, University of Oxford)

Lepas dah tanya, boleh decide, tapi sebelum tu buat solat istikharah dulu ok. Jangan pulak masa results SPM dah keluar baru nak pikir, sekarang nih patut pikir. Memang la tak tau results lagi, but buat Plan A, Plan B, Plan C, Plan D.

Bertanya dan Beristikharah, Homework untuk setakat ini. Jangan time nak kawen jer baru buat solat Istikharah. Ehem.

InsyaALLAH akan sambung lagi siri untuk adik-adik lepasan SPM. :)



Regards,
Raihan Musa
SPM 2005
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2007
UTM 2010
University of Oxford 2014







0 comments:

Tuesday, March 6, 2012

Scholarship ke Jepun and local

Nah, mungkin boleh refer link dibawah untuk scholarship ke Jepun..:)

http://www.hmetro.com.my/articles/PermohonanbiasiswaJepunkinidibuka/Article

Ini lagi satu Biasasiwa Tun Abdul Rahman

http://www.yayasantar.org.my/BTAR.html

0 comments:

Sunday, March 4, 2012

Problem with Stubborn Lithium

THF

- Compound soluble terus dekat THF since it has high solubility, so tak perlu extract from target compound yg embedded dengan Li**.

Diethyether

- Less solubility menyebabkan targetted compound and Li** tak dissolve dalam Ether. So, jadi masalah untuk separate these two. Ada yang suggestkan guna methanol tapi masalahnyer methanol dissolvekan dua-dua.

Kesimpulannya esok guna THF. Ingat Raihan. THF. THF. THF.

Sekian. Revision untuk malam ini. Back to basic, ilmu first year. Menjadilah wahai experiment, Ya Allah bantulah Raihan Musa supaya memperoleh apa yang dihajati. Ammin...

Doakan assumption ini berjaya esok. Amiin..=))

 Selamat malam.

Regards,
Raihan Musa

1 comments:

My First Nephew

He is cute aite? My first nephew. Bila shopping mesti ke baby section dulu. Memang excited! :)

0 comments:

Saturday, March 3, 2012

Relaxing Mind


Today is Friday, entah kenapa physical saya sangat letih, walaupun mental masih kuat. Minda saya tak henti berfikir, berfikir dan berfikir. Dalam bas ke office, saya akan berfikir. Berfikir tentang ilmu Allah, berfikir tak pernah bosan.

Physical saya tidak secepat minda saya, saya mahu mencuba banyak perkara yang terlintas di minda. Berfikir itu bagus, but bila berfikir dengan tidak teratur, terus jadi serabut. Memang saya betul-betul serabut last Friday. Buat ini tak jadi, buat itu tak jadi. Duduk sini tak kene, duduk sana tak kena. So, semasa lunch hour, saya membawa diri saya di satu tempat yang aman. Iaitu Radclife Camera (Library University of Oxford) Saya pilih duduk di tempat 'quiet area', yang mana, laptop pon tak dibenarkan digunakan di kawasan itu since bunyi hentakan keyboard juga boleh mengganggu konsentrasi. Mungkin. 


Ini tempatnya. Saya duduk dan menaip di Iphone tentang apa diminda. Rearrange schedule, clearkan minda, mengingatkan diri bahawa, tiada apa yang perlu diserabutkan. After 2 hours, saya keluar dari library, dan rasa lega. Then, bekerja seperti biasa. Everything are fine. I do really enjoy everything what i do now. 

Satu perkara yang saya rasa agak ketara adalah, bila serabut kat lab, jarang-jarang nak bawa balik serabut tu balik rumah. Bila balik ada suami, ada makanan (eh?) which is penyejuk hati la kiranya. Ahaks. I feel like in different world. I have someone yang sangat loyal  untuk mendengar dan mengadu (apa-apa pun Allah yang utama). 

Today suami ke Manchester for Malaysian Game, i changed my mind. Sebab i dont think it worth going. I feel like doing nothing last week, progress a bit slow. So, saya tukar plan. Saya pergi lab, buat experiment sikit, then gather dengan geng-geng bujang (eh?) sambil makan-makan. Results experiment hari ni sangat memberansangkan. Alhamdulillah. Now, i'm at home. Rumah dah kemas, dah masak, dah wangi and waiting for my husband pulang dari Manchester. Kami dah plan untuk another honeymoon trip to another europe country. I still dont have kids, bila dah jadi mummy nanti, boleh cerita pengalaman dengan anak-anak, your mummy studied in Oxford University, your daddy is my backbone along this journey, kalau ada rezeki lebih, i want to bring them travel around the world, prepare a very good education for them. I want kid(s), Allah belum nak kasi lagi. InsyaALLAH one day. Mereka belum ditakdirkan lagi untuk berjumpa saya. Bila tiba masanya, InsyaALLAH kita akan bertemu.. =)


Doakan supaya Raihan Musa cemerlang, dimurahkan rezeki dan sentiasa berjaya.

Regards,
Mummy Raihan







3 comments: