Sunday, March 18, 2012

Matrikulasi, STPM, Diploma etc etc etc

Inilah entry yang dijanjikan, ahaaa... debaran semakin dekat.. takper-takper..kita baca nih dulu.. :)


1 - Politeknik

- My sis in law mengajar di Politeknik Shah Alam. As she said, politeknik fokus kepada teknikal part and skill. Banyak course yang di offer oleh Politeknik. Bidang akaun, setiausaha, kejuruteraan dan lain-lain. Now, most of the politeknik, offer diploma course. Bagusnya politeknik nih, dier ajar banyak teknikal part which are sangat useful masa keje. But, di politeknik, most of the lecturer tak der PhD, which kalo ko yang genius nak tanya lagi banyak tu, mungkin terhad. But still, lecturer mereka sekarang ada Master and kalo yang takder, disuruh sambung. After buat diploma, sambung la degree kat university pulak. Takda hal lah. Takder masalah. 



2. Diploma

- Kalo yang dah tahu nak amek bidang apa, dah pasti, amek la diploma. Kalo dah amek diploma, jangan gatal-gatal pulak, tak minat la course yang diamek. Pastu nak tukar, kononnya dari Diploma Kejuruteraan Kimia ke Ukur Bahan. Ini ko cari pasal. Buang masa tu. Sebab, diploma and Politeknik nih almost 2-3 years, so, kalo nak start balik tu, take time kan? Macam member eden yang kuar matrik and masuk diploma program cakap, diploma nih relak sikit, sikit jer, as compared to matrikulasi. Kalo nak amek diploma nih, kene betul-betul pasti nak amek bidang apa, what u want to be in future. 


3. Matrikulasi SATU TAHUN

- Ini memang isu hot, nak kata buangan macam kejam sangat. hehe. Masa zaman saya, ada matrikulasi setahun dan dua tahun. Tatau now ada lagi ker tak. Kat matrikulasi tu, dari straight A's sampai la 3-4 A's ada kat matrikulasi. Matrikulasi SATU TAHUN nih pemilihan dier lagi strict dari diploma, sebab 1 A memang susah nak masuk matrik, but diploma still boleh. Saya berada di matrikulasi, memang stress sikit sebab banyak bende nak cover but enjoy. Disebabkan kesibukan itu, eden tak buat aktiviti lagho sangat. Tambah-tambah duduk kat Kuala Pilah sana. Satu perkara, after habis matrikulasi kena 'compete' untuk sambung degree. Orang kata, matrikulasi suka tendang orang, sebenarnyer sama jer kat mana-mana pon, kalo ko malas, results hancusss, sapa nak kan? Lagipun, setahun jer, tak lama pon. So, isu tendang-menendang nih bukan untuk matrikulasi jer.  Kesimpulannya, kalau rasa mampu naik jet, buat apa pilih   naik siput. eh.






4. Foundation - Asasi

Most of the asasi program adalah dua tahun, kecuali Asasi Sains Universiti Malaya iaitu setahun. Asasi UM nih lebey kurang macam matrikulasi, yang membezakan adalah pensyarahnya (sesetengah berkelulusan PhD) and silibus nyer a bit different. Bila di Asasi UM, kehidupan lebih 'terbuka', berbanding di Matrikulasi, ala-ala sekolah jer. Masa tu, yang glamor adalah Asasi UIAM, Asasi perubatan, asasi Law . My friend dier buat Asasi di UIAM selama setahun, sebab english dier power giler and results dier tip top. But, most of the Asasi UIA students, memang 2 tahun buat Asasi. Silibus core subject sains nyer lebey kurang macam Matrikulasi KPM, but belajar dalam tempoh 2 tahun with additional subject such as Arabic Language etc. 



5. STPM

Ini yang betul-betul kental boleh lah. STPM susah, saper yang score STPM boleh pergi jauh. I met one guy yang dapat straight A's STPM. Then, further study di National Singapore University under scholarship Asean. Now, keje di Microsoft. Memang hebat tabik spring kaw kaw kaw. Nak amek STPM, jiwa kene kental, kene study hard.. Masa kat university dulu, eden kagum dengan budak STPM. Sebab kebanyakan daripada mereka memang scorer and bab theory memang hebat. Ada yang segan sebab amek STPM, but u should be proud.



6. Maktab Perguruan

Kalo jiwa jadi pendidik, pergi la jadi cikgu. Saya dulu teringin nak jadi cikgu, tapi Institut Perguruan tak nak kat eden. Tapi sekarang, akan jadi pensyarah dalam beberapa tahun lagi.



7. Overseas JPA/ MARA

Ini kene pilih betul-betul. Jangan sebab nak gi negara orang and boleh gebang-gebang kat orang kampung. So, anda pilih nak gi overseas. Kalo dapat bidang yang disukai memang bersyukur lah. Tapi kalo dapat bidang yang ko pon tak suker and tak power but itu jer yang layak. Better hentikan lah niat itu. You'll suffer. Seriussss.. Kalo layak and berminat, pergilah overseas. You can broaden your horizon. Lagi satu, biasiswa ada banyak, bukan JPA MARA PETRONAS jer, banyak lagi. PNB, Maybank, Khazanah dan banyak lagi. Mungkin boleh refer website nih. http://malaysia-scholarship.net/



8. Ekspres MARA

Masa zaman degree dulu di UTM, ramai jugak budak ekspress MARA dari MRSM Kagum gila sebab umur 18 tengah buat degree. Yang bagusnya program nih, ko boleh abis degree cepat. Tapi kene keje kuat sikit la, buat foundation pon tak sampai 6 bulan, pastu terus buat degree. So, what do u expect? For sure, dari segi ilmu theory and praktikal tak sebanyak budak matrikulasi and STPM yang masuk course yang sama. But, if you can survive, surely u can attain good results Contohnya macam Syafiq Elias, Wawi, Saufi Rosmi, mereka nih budak Ekspress MARA yang score First Class Degree.



10. Private College/University

First thing yang akan terjah dalam ingatan adalah MAHAL. Tak dapat dinafikan memang mahal. Akak nak cakap nih, kalo sajer-sajer nak masuk Private College/University tanpa alasan kukuh, baik lupakan jer. Contohnya, dah dapat offer Medic Universiti Malaya, pastu tak nak masuk UM, then gi private College dalam Malaysia. Memang tak bijak yer tindakan ini. But, kalo bidang yang kita nak tak dapat, tetiba dapat plak bidang pelik-pelik. Boleh lah pergi Private College. Berkorban duet untuk masa depan adalah pelaburan yang tidak ternilai. =) . Kalo saje-sajer nak gi private college sebab nak JAGA STANDARD, baik sedekahkan duet tu kat umah anak yatim. Nak pilih private college pon ada caranya, jangan la pilih sebarangan college. Kene check dulu stability dier, jangan plak tengah syok-syok ko belajar, tetiba private college tu tutup sebab bankrup. Parah. parah..


11. Lain-lain (Pilot, Navy)
Ada sesetengah program seperti Flying school yang train budak-budak jadi pilot, selalunya mereka ambil budak-budak lepasan SPM untuk join program mereka. Memang menarik. Selalunya yang offer program ini adalah MAS, ada satu flying school kat Melaka(google yer, homework). So, mulai esok sampai akan datang rajin-rajin beli newspaper and rajin-rajin cari kat internet. Hentikanlah main facebook selama 3 jam sehari. Ahaks. Selalunya mereka akan iklan di suratkhabar dan internet. Bukan pilot jer, Navy pon sama. Ada sesetengah pusat yang train Navy dari budak lepasan SPM.



Secara overall, ini semua bergantung kat diri masing-masing,ok? :)


Adik-adik semua doakan saya supaya sentiasa cemerlang, dipermudahkan urusan dan diterangkan hati. InsyaALLAH. :)








Regards,
Raihan Musa
SPM 2005
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2007
UTM 2010
University of Oxford 2014 

2 comments:

  1. Giler cool entry kali nie.. Informatif.. Bukan cam blog aku.. citer pasal mende merepek je kan.. hahaha..

    Cuma Pn Raihan.. Ekspress MARA tu terhad untuk budak MRSM jer dan sume gune result trial.. erm.. Rasanya skang nie diorg dah nak abes foundation dah.. So kepada pelajar-pelajar form 4 MRSM.. nie pesanan untuk anda...

    ReplyDelete
  2. cooll~ terharu nama aku ada dlm ni.. tapi, nama en amir xde plak,. tu taiko besar tu :)

    ReplyDelete