Monday, April 30, 2012

Cerita April

Alhamdulillah dah nak masuk bulan Mei, cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam saya tiba di Heathrow Airport, cepatnya masa berlalu. Sudah setengah tahun kami di Oxford, semua musim telah dilalui, masa mula kami datang, musim panas(summer), then musim luruh(autumn), seterusnya musim sejuk(winter) dan sekarang musim bunga(Spring). Kitaran musim terus berlalu, sama juga dengan kitaran hidup. 'Perjalanan' saya di Oxford hanyalah secebis kenangan dan pelajaran, saya pasti akan rindu tempat ini suatu hari ini.

Semalam saya berbual dengan Professor Wan Azlina, seorang pensyarah yang saya rasakan hebat dari segi research dan peribadi. Hati saya agak tersentuh apabila beliau mengirimkan sehelai pakaian kepada saya, jauh diterbangkan, dari Johor ke Bristol dan seterusnya ke Oxford. Alhamdulillah masih ada yang ingat. Semalam saya juga saya berbual dengan emak saya, InsyaALLAH kalau diizinkan Allah, emak dan ayah akan menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah. Jauhnya beribu batu tetapi sentiasa dekat dihati. Rindu memang rindu. Tetapi kadang kala, saya rasa bagus juga saya di luar negara, Allah beri rasa rindu, rindu bukan main, makin rindu, makin sayang. Perasaan makin dekat. Ewah. Ikutkan hati saya mahu terbang pulang ke Malaysia sebelum emak dan ayah berangkat, tapi kekangan masa menghalang niat saya.


Bulan April saya agak menyeronokkan, saya melancong ke Holland. Selalunya, setiap kali habis term, saya akan melancong. Tidak kiralah dekat atau jauh. Kami mesti akan keluar dari Oxford, menghirup udara di tempat lain. Walaupun semester di Oxford agak pendek, lebih kurang 8-12 minggu satu term, tetapi minggu-minggu itu cukup intense. Memang betul-betul kerja. Itulah sebabnya, habis satu term, saya cakap dengan suami, kita pergi bercuti. Lagi sebulan lebih, InsyaALLAH saya akan bercuti lagi. Kami berdua, belum ada anak, so memang sangat flexible nak jalan sana sini. Mummy and Daddy dah berjalan dulu.

Weekend saya agak relax walaupun beberapa orang tetamu bertandang di rumah saya, suami cakap dengan saya, 'Seronok kan minggu nih, orang datang rumah, pastu ada jemputan makan-makan'. Memang seronok. Itulah, bila di negara orang, rakanlah yang menjadi peneman, yerlah keluarga jauh. Weekend saya di habiskan dengan cukup seronok, saya tidak ke lab, tinggalkan kerja office. Saya just selak-selak buku DCC sambil menonton cerita Korea. Oh yer, best student kita,  Zamir Othman bertandang di rumah kami, banyak 'ilmu' yang saya dapat, menjentik fikiran saya supaya tidak berfikir secara 'rigid'. PhD is about journey. Ada orang buat PhD sekadar nak kejar 'paper', then dapat PhD, hanya tahu bidang tu jer. Bila tanya benda lain, dah tak boleh jawab. Mungkin boleh tanya lebih lanjut kepada Zamir.

(diperkarangan graduate housing yang baru)

Pagi tadi (Isnin), saya pergi view rumah yang universiti offer, kami akan berpindah ke tempat lain kerana rumah yang kami tinggal sekarang akan diubahsuai. Saya memilih untuk tinggal di kediaman universiti kerana lebih mudah, tak perlu nak pening-pening uruskan bil, set up internet etc etc. Semua mereka uruskan, kita just transfer duit. Suasana di rumah baru nanti sangat tenang, menghadap River Thames yang juga laluan boat, terdapat juga kebun sayur. Saiz rumah tersebut lebih besar dari standard rumah yang lain kerana end lot house, but still bayar sama. Alhamdulillah. Balik office terus saya contact Susannah Brady(Officer yang uruskan graduate housing), say thanks. Walaupun ini hanyalah perkara yang kecil, saya tetap bersyukur. Allah dah mudahkan satu perkara. Alhamdulillah. Aha, satu perkara yang saya belajar kat sini adalah budaya cakap 'terima kasih'. Perkataan 'Thanks' tu selalu sangat disebut-sebut oleh mereka.


(Gambar semasa malam terakhir April 2012)

Itulah serba sedikit cerita April saya. Assalamualaikum May! :)

Doakan kami cemerlang, di lapangkan hati, dan dimurahkan rezeki. :)


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford

2 comments:

Tuesday, April 24, 2012

Kuliyyah Tiga Rasa




Hari ni hari Selasa, waktu petang agak kurang produktif akibat mengantuk melampau, tak pernah rasa mengantuk tahap ini. Mengantuk bukan main. Sampai rasa nak baring kat atas lantai dan tido. Ini semua gara-gara Nasi Lemak masa lunch tadi. Nasi lemak bersalah dalam hal ni. 'Patent' makan saya agak complicated, saya suka makan 'meriah-meriah', pada awal perkahwinan, suami memang suka makan simple-simple. Beliau tak kisah sangat, tapi sejak akhir-akhir ini beliau dah mula 'terikut-ikut' patent makan saya. ahaks. Pandai kritik dier tu sekarang. Kurang garam, kurang gula.. ahaa..

Suami pergi main bola, maka saya mengofferkan diri untuk masak for dinner, iaitu Ikan Tiga Rasa. Cerita pasal makan, satu perkara yang saya titik beratkan, otak yang cergas datang dari badan yang sihat. Typical quote, duh. Apa-apa pun makanan yang masuk dalam badan kita adalah dari sumber yang 'bersih'. You got what i mean? 

Weekend lepas Dr Asri bagi ceramah di Oxford, since beliau berada di Oxford for a few months, so peluang yang ada, so kita grab ilmu yang ada. Bersyukurnya saya berada di Oxford, banyak kuliyyah-kuliyyah dari orang-orang hebat seluruh dunia. Tapi itulah, kesibukan membuatkan tidak dapat mengikuti 'kebanyakan' kuliyyah tersebut. Alasan nih Raihan.

Ini video yang suami saya rakam untuk dikongsikan kepada semua. 





Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki, diterangkan hati, diberikan kejayaan dunia dan akhirat.

Regards,
Raihan Musa
University of Oxford



1 comments:

Monday, April 23, 2012

Dating

Hari ini hari Isnin, selalunya hari Isnin adalah hari sibuk, hari kelam kabut, biasalah, baru nak panaskan enjin. Begitulah saya juga. Bagi mengelakkan Monday Blues, saya mencari solusi iaitu memanaskan 'enjin' lebih awal. Malam Ahad, saya akan memastikan segala 'planning' untuk hari Isnin dirancang sebaiknya, tidur awal dan bangun awal. Ah, typical advices. Ahaks.



Kisahnya, hari ini. segala eksperimen saya berjalan dengan baik, Alhamdulillah dapat results yang cukup memuaskan. Segala target untuk hari ini tercapai, segala yang di rancang berjalan lancar. Alhamdulillah. Habis satu kerja, satu kerja lain menyusul. Ikutkan tadi, pukul 5pm saya mahu pulang ke rumah, tiba-tiba saya rasakan seperti mahu menyambung bekerja. Menyambung kerja 'esok' sehinggalah saya terleka sudah dua jam berlalu.

Akhirnya saya pulang, berkata pada diri "Kerja tak kan habis, berehatlah". Habis kerja 'belajar', banyak lagi kerja lain menyusul. Saya tidak merasakan cukupnya waktu, waktu berlalu cukup pantas. Masa terus berlalu, kita terkejar-kejar menggapai itu ini. Seperti sekarang, saya pelajar, tak dinafikan saya sibuk dengan research. Sebelum pulang, semasa mengemas fail untuk di bawa pulang (kononnya nak study di rumah), sesuatu menjentik hati saya, " Berapa lama di gunakan untuk berzikir dan solat, bersama keluarga etc etc etc". Bila sudah berkeluarga, komitmen sedikit bertambah, kena luangkan masa dengan suami. Ada hati yang perlu dijaga. 'Syurga' saya di sana. Kalau saya betul-betul terpaksa kena study malam tu, contohnya esok ada urgent meeting, bila teringat minta izin dengan suami "Saya nak study sikit malam nih boleh?". Sometimes beliau 'siapkan' meja untuk saya belajar, offer untuk buat air. Memang lelakiku. Cerita dah melencong nih. Ahaha. Orang kata masa buat eksperimen tu, sambil-sambil berzikir. Yer, itu pun ibadah. Tapi, fokus saya berzikir hanya mungkin beberapa percents sahaja, banyaknya berat pada eksperimen.

Saya bertanya kepada diri saya, berapa lama masa saya dengan Allah SAHAJA tanpa memikirkan hal research, hal pelajaran. Senang cerita "Dating dengan Allah". Malu saya bila saya hitung percentage "Ibadah" dalam sehari. Kalau Allah suruh Hand in "Buku Amal" saya esok, malu saya nak kasi. Malu. Benarkah niat saya pergi lab, buat research hari-hari adalah benar-benar lillah hi taala? Apabila membaca berita tentang kematian, mengingatkan saya, masa itu singkat. Hiduplah dengan sehabis baik, hiduplah dengan ikhlas, hiduplah dengan 'adil'. Kalau kita kerja sekuat mana pun, tapi tak dapat keberkatan Allah, tak 'berjaya' juga.

Just my 2 cents. Siapalah saya. Izinkan saya menulis entry berciri ustazah di sini. Huhu. (Dah habis baru nak minta izin..:p) Itulah cerita hari ini 23 April 2012. Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindunganNYA dan diberikan rahmat. InsyaALLAH. 

Doakan saya berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang. :)




Regards,
Raihan Musa

3 comments:

Monday, April 16, 2012

Busy Monday

Hari ni hari Isnin. Macam biasa, busy bukan main and today, saya buat banyak kerja. Pukul 7.30 mlm baru sampai rumah. Balik rumah pun buat kerja office. Satu perkara yang saya tak suka adalah bawak balik kerja office ke rumah. Tapi hari ini terpaksa. Target hari ni tak tercapai, so kene sempurnakan juga. So darling husband kena tolong sekali. Huhu

Hari ni sesuatu telah menjentik hati saya. Teringat ayah saya berpesan, ikhlas dalam bekerja. Bila kita bekerja keras tetapi tidak naik pangkat, tidak naik gaji, tidak mendapat pujian..ada yang hampa. Hari ini saya berpesan kepada diri, buat sesuatu mesti ikhlas, kerana Allah. Kita menunaikan salah satu tanggungjawab sebagai muslim.

Yakin pada diri, jika di dunia kita tidak dapat 'imbuhannya'. InsyaAllah di akhirat kelak. Allah itu maha adil.

Baiklah, esok saya ada banyak kerja yang hendak di buat. Rehat dulu. Assalamualaikum. :)


Regards,
Raihan Musa

1 comments:

Saturday, April 14, 2012

Interview Adik SPM


Alhamdulillah, baru pulang dari kenduri kesyukuran baby Kak Min dan Azad, baby sangat comel dan bila tengok mereka bertiga includes baby Ainul, nampak lengkap keluarga mereka. Daddy Ainul resigned and now settled down dengan Kak Min and Ainul. Bila sudah berumah tangga, macam-macam kena consider, pengorbanan dan tolak ansur tu penting. Dalam hal saya, since saya belajar, everyday pergi office, balik office memang sangat penat. So husband really helps me alot, balik office selalunya dia dah siap-siap masak, laundry dah settle, rumah dah bersih. Apa-apa pun, paling penting, i'm not alone, bila balik ada orang kat rumah. Dalam beberapa bulan lagi, suami akan masuk belajar balik setelah bercuti panjang. Gelabah makcik nanti. haha. 

ok, back to the story, sekarang sedang berehat-rehat sambil tengok cerita cina, update blog dan makan. Multitask! ahaks. Nafsu makan bukan main dahsyat, sungguh risau. Dulu tak suka tengok cerita cina, now bukan main suka, balik office terus layan cerita cina sambil dinner. Dulu suka sangat tudung Indon atau bahasa lebih mulianya adalah tudung 'awning', now taste lebih suka tudung lipat kelip (eh?). Itulah, bulan nih memang pelik-pelik sikit. So, hari tu pergi memborong scarves tie rack. Semoga gejala ini dapat diatasi. Huh..


Intro punya panjang, tapi takder isi penting, haiyaya. Ok lah, today nak cerita mengenai interview lepasan SPM. Satu benda penting adalah resume.

Resume
Resume memberi penilai first impression tentang kita. Banyak version of resume, kena buat homework sikit, pergi cari sample resume, cari cari cari. Macam saya, resume cari kerja, resume mohon biasiswa, resume mohon tempat belajar adalah sedikit berbeza. Kalau resume cari kerja, saya highlight kan skill, kalau resume cari tempat belajar, saya highlight kan academic performance etc etc. Bila mohon biasiswa, selalunya dia tak minta cover letter, but saya sertakan sekali masa hantar copy of certificates. Cara susun certificates, cara 'list' kan pencapaian kokurikulum pun kena bagus. Macam saya, saya akan list kan pencapai paling gempak dahulu. Give them a good first impression. Lagi satu, gambar kat resume pun saya titik beratkan, jangan muka garang sangat(kalau minta position safety guard mungkin penting muka garang..hehe).

Interview
Rasanya tips-tips interview berlambak kat internet, google jer. Penampilan penting. Tapi saya nak tambah sikit, give them more. Contohnya kalo interview untuk jurusan seni bina. Time interview tu, bawa la kita punya art design. Bawa contoh lukisan yang kita dah buat. Praktis depan cermin bercakap dengan yakin. Kalau part diri sendiri (soalan common), prepare teks siap-siap, cakap point yang penting-penting. Bukan sibuk bercerita pasal Kampung Kesum sampai 10 minit. Time is limited, so highlight kan sesuatu yang beri mereka good impression.

Amal
Doa banyak-banyak. Minta mak ayah doakan supaya dipermudahkan segala urusan dan berjaya. Kadang-kadang bila saya nak kan sesuatu sangat-sangat, terlalu nak kan, saya minta Allah 'balasan', contohnya, last week, saya bila experiment saya not working, saya cakap kat suami dengan nada sedih "Saya tak susahkan awak pun hari nih, saya harap ALLAH permudahkan urusan saya esok. Suami pun amiin bersama. Esoknya experiment saya menjadi.  Anda pernah cakap camtu tak? Aci tak camtu? Hehe. Lagi, bernazar, contohnya puasa dan sedekah. Mak mertua saya selalu cakap, rajin-rajin bersedekah. Cerita pasal mak mertua, Alhamdulillah Mak mertua saya sangat bagus, layan saya dengan baik, selalu pesan kat kitorang supaya banyakkan 'memberi'. Bersyukur bila dapat keluarga mertua yang baik. Itu rezeki juga. Alhamdulillah. Eh eh dah melalut. Semoga mereka doakan kita juga. Kita nih banyak sangat kemahuan, so banyak-banyaklah memberi supaya InsyaALLAH kita banyak perolehi. Apa-apa pun ikhlas kerana Allah adalah sebaik-baiknya..:)


Tips lain-lain boleh google di internet. Berlambak kat internet tu. Pilih yang terbaik. Just drop me an email kalau ada apa-apa. Tapi macam biasa, kak Raihan busy, kalo urgent, gimme second email. If not, kalau busy, saya akan lengah-lengah and sometimes tak perasan.


Regards,
Raihan Musa




3 comments:

Thursday, April 12, 2012

Kira-kira




Percutian saya sudah berakhir, saya sudah pun pulang di Oxford. Hari ini, saya buat brainstorming untuk research plan, clarify segala macam, letak exact date untuk run sesuatu experiment. Tengahari tadi saya dikhabarkan dengan suatu berita gembira, sempat saya kongsikan bersama keluarga. Memang cukup buat saya gembira. Alhamdulillah.

Rezeki di mana-mana, kakak sulung saya berpesan kepada saya, "Biar rugi di dunia, Tapi untung di akhirat".  Kakak saya berpesan lagi, "Besar pahala support orang belajar dan pergi haji". Buat saya tersentuh, apabila nafsu mula timbul, cepat-cepat berpesan kepada diri supaya jangan tamak dan hiduplah secara bersederhana. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita 'perolehi'. 


Setenang-tenang air di tasik jangan disangka tiada buaya. Sentences tak sesuai betul dengan gambar. Huhu..

Baiklah, doakan saya lebih cemerlang dan berjaya term ini. InsyaALLAH.


Regards,
Raihan Musa

2 comments:

Tuesday, April 10, 2012

Quick update from Holland

Since semalam saya berada di Holland, bercuti dengan husband. Lebih kurang ber-honeymoon kali keempat. Hehe. Holland memang cantik, saya suka bahagian countryside mereka. Sangat tenang.

Sepanjang di sini, kami agak 'relax', berjalan, tak kaw macam percutian sebelum ni. Dah nama pon honeymoon kan, bukan expedition.huhu. Hotel memang best(macam Traders Hotel KLCC..more than we expect) dan strategik, betul-betul sebelah Rijk Museum dan depan Hard Rock Cafe. Baru tadi kami menikmati hot chocolate sambil meredah kemeriahan Amsterdam di waktu malam.

Satu yang saya tak gemar di sini adalah sesak. Ramainyer orang. Ahaa.. Lagi satu, pelacuran dan dadah adalah legal di sini. Ada satu jalan yang dipanggil Red Light District, yang mana pelacur akan dipamerkan dalam cermin sepanjang jalan dan pelanggan boleh pilih. Dadah pulak dijual secara terbuka, banyak coffee shop offer dadah. Pelik..

Bandar di sini ada banyak sangat canal. Saya boleh katakan mereka agak berseni dan maju dari segi 'pembinaan'. Banyak lagi nak update..

Balik Oxford nanti saya update lagi..:)

3 comments:

Tuesday, April 3, 2012

Takdir




Salam, after a week plus, akhirnya saya mengupdate blog. Saya super busy. Inilah quote yang saya rasa agak bermakna, quote ini mempunyai sangat mendalam bagi saya. Memang kena dengan perasaan saya. Mungkin orang lain rasa biasa, but for me, maksudnyer agak mendalam. 

Bila terbaca di timeline adik saya, saya terus mengimbas masa lalu. Mengimbas sesuatu yang sukar untuk saya lepaskan. Macam-macam perkara. Bab cinta, bab belajar, bab career, bab keluarga dan macam-macam lagi. 'Kawan' lama saya pernah kata, "You need to sacrifice something in order to gain something". Memang saya perlu melupakan beliau, tetapi sesuatu yang saya tidak lupa adalah 'pelajaran' yang diberi. For some reasons, saya perlu lupakan 'kawan' tersebut. Saya ambil masa bertahun-tahun lamanya, sedikit demi sedikit dia hilang. Tetapi pelajaran yang diberi tidak pernah hilang. 

Mengenai belajar, saya betul-betul rasa di uji apabila isu saya dengan University of Cambridge, rakan terdekat dan family yang tahu kisah ini. Sesuatu yang betul-betul memerlukan pengorbanan, memerlukan saya untuk melupakan hasrat ke sana. Saya melepaskan segala harapan ke sana. Ayah saya pernah berkata, itu mungkin kifarah saya. Allah nak beri saya pelajaran dengan cari itu. Berat hati untuk saya melepaskan harapan itu, saya cuba memadamkan harapan lalu, dan mencari sinar baru. Sinar baru itu di University of Oxford. 

(Suasana semasa saya menaip post ini, di library University of Oxford)

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa Allah memberi saya harapan, tetapi harapan itu tidak kesampaian. Harapan yang mana musnah di tengah jalan. Harapan semasa saya mengandungkan seorang bayi, tetapi itu hanya harapan, harapan yang tidak sampai ke penghujung. Akhirnya gugur di tengah jalan. Setelah perkara itu berlalu, baru 'datang' hikmahnya. Hikmahnya sudah lama ada, tetapi baru terdetik di fikiran saya.

Mak saya selalu kata, "Jangan benci orang, tak kisah la dia buat kita macam mana, itu urusan dia dengan ALLAH". Saya manusia, awak manusia. Semua kita manusia. Kalau ada orang pernah mengkhianati kita dahulu, cuba jangan berdendam. Lepaskan masa lalu, lupakan keburukan itu. Ini suami saya Arshad Muslim  (tukar nama) yang cakap. 

Tinggalkan apa yang perlu ditinggalkan untuk terus ke depan. Hidup perlu diteruskan. 

Semoga Allah beri kita semua kekuatan, keimanan dan  kejayaan. InsyaALLAH.. 

Regards,
Raihan Musa






3 comments: