Monday, May 28, 2012

Random Tuesday

Kehidupan agak sibuk, dalam 3 minggu lagi saya ada mock viva, so sangat sibuk memprepare segala macam hal. Banyak email tak direply, saya cuba reply cepat, sibuk sangat. Tadi balik office dah nak pukul 9 malam, settlekan kerja. Itulah.. Minggu-minggu kritikal..

Dalam sibuk-sibuk nih, sempat saya jengah khabar berita kawan-kawan, ramai yang baru mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Tahniah. Welcome to the club! :)

Bagi yang sedang menunggu keputusan penajaan ke luar negara, all the best. InsyaAllah kalau itu rezeki kita, InsyaAllah Allah akan permudahkan.

Doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati dan sentiasa diberikan kejayaan didunia serta akhirat.:)

Gambar tersebut adalah 'suit' yang wajib dipakai oleh student Oxford semasa menduduki exam. Now musim exam di University of Oxford.:)

1 comments:

Thursday, May 17, 2012

10.01 Malam


Now jam menunjukkan pukul 10.01malam, lagi 15 minit saya akan terus tidur, esok ada meeting. Lately macam dah jarang sangat update blog. Ada beberapa berkara nak dikongsikan:

1. Alhamdulillah adik saya lepasan SPM dapat offer melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke luar negara. Terima kasih atas doa semua. :)

2. Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jadi Ayah dan Selamat Hari Guru. Banyak sangat hari special bulan Mei nih. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati selalu.

3. Saya mengalami kulit kering, cuaca kering, kulit menggelupas dengan teruk. Humidity in UK adalah sangat rendah. Saya sedang mencari alternatif untuk mengatasi masalah ini melainkan pakai lotion.

3. Saya nak kongsikan sesuatu, mengenai Financial, actually ini dikongsikan oleh bapa mertua saya. (artiket seperti di atas) 

Selamat Malam! 

Doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati, diberikan kejayaan didunia dan akhirat. InsyaALLAH.


Regards,
Raihan Musa
University of Oxford




0 comments:

Thursday, May 10, 2012

Entry untuk budak Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Alhamdulillah dah habis meeting mingguan, selalunya bila tiba malam Rabu, saya akan prepare segala macam data untuk dibawa ke meeting keesokan paginya. Setiap pagi Khamis, akan ada meeting project dengan supervisor. Minggu ini saya cukup letih, ada satu experiment baru yang buat saya perlu banyak berfikir dan banyak mengambil masa saya. Setelah berfikir secara kritikal dan rujuk sana sini, saya menemui jawapan bagi hal itu. Saya ulang experiment tersebut 8 kali dan kali ke 8 saya menemui jawapannya. Alhamdulillah.

Pagi nih meeting dengan supervisor, supervisor bukan main happy bila tengok results saya. Sepanjang meeting dia asyik cakap tahniah dan siap offer cuti kalau nak. Haha. 

Hari nih nak cerita pasal apa yer? Ahaa.. disebabkan sedang musim budak-budak nak pergi masuk matrikulasi, maka saya share la sikit pengalaman di matrikulasi dulu. Saya 'produk' Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Saya budak Sains Fizikal, kelas F2P3. Nak cerita dari mana yer, ahaa.. saya bagi point-point la.

Tempat

Seperti yang semua sedia maklum, Kolej Matrikulasi Kuala Pilah terletak di bandar cowboy. Masa zaman saya dulu, dah la kena lalu Bukit Putus, phewww.. kalau balik naik bas memang pening den, siap termuntah-muntah. Nak pulak kalau takder seat, bus penuh, berdirilah makcik sepanjang perjalanan. But sekarang, dah ada highway. Jalan straight jer, tak sempat nak pening, dah sampai. Saya suka sangat Matrikulasi Kuala Pilah sebab tempat yang aman dan tenang. Best.. :)

Belajar

(sekarang member-member kat atas nih ada yang jadi juruukur, jurutera dan lain-lain)

Pergi kuliah wajib pakai baju kurung dan kasut tutup. So, bawa la baju kurung banyak-banyak. Macam biasalah, setiap hari pergi kuliah, dalam dewan kuliah yang besar ada dalam seratus students. Time nih la cikgu ajar benda-benda baru. Selang seli dengan kuliah ada kelas tutorial yang dipanggil praktikum, nanti dari beratus tu akan dipecahkan kepada kumpulan kecil 20 orang, pergi masuk kelas, jawab tutorial di bawah penyeliaan cikgu. Ahaa.. kalau student sains, ada masuk makmal. Masa dulu, budak Sains Hayat boleh la feeling-feeling macam doktor bedah, boleh bedah tikus. Lepas tu, wajib attend kokurikulum seminggu sekali, tapi satu sem sahaja. 

Makanan

Bab ini paling best, teringat dulu, setiap hari Jumaat, kelas habis 'awal' sikit, so kitorang satu praktikum pergi makan dekat Cafe D. Cafe D ada ayam goreng salut tepung yang sedap. Waa.. best nyer! Cafe A dulu ada ikan keli cili padi yang sedap! nyum nyum! Makanan kat matrikulasi memang terbaik! Sedap.. cuma ada cafe yang tak best ada yang best.

Shopping dan Outing

Inilah bab yang makcik paling boring, online shopping lah jawabnya. Tak banyak yang boleh di 'jumpai' di sana. Seingat saya dulu, ada satu kedai tudung yang best, setiap kali outing, saya suka pergi kedai tu. Outing beli tudung. Dulu, weekend sahaja boleh outing dari pagi sampai petang, kalau balik lewat, pas kene gantung. Memang sesuai sangat nak study, tak banyak entertainment.

Orientasi


Macam biasalah, masuk tempat belajar baru mesti ada orientasi kan? Masa orientasi matrikulasi, takder adegan ragging, takder suruh tiup kipas, takder suruh sapu sampah, takder suruh mintak signature. Takder yer. Paling teruk pun kene jerit dengan fasilitator sebab lambat. Dont worry lah. 

Transportation

Dalam matrikulasi tak perlu ada transport, tak perlu naik bus, semua jalan kaki. Kalau duduk di blok A dan blok B ok lagi, dekat sangat dengan dewan kuliah, kalau kene duduk cluster C, kena la jalan kaki sikit. Takper anggaplah itu senaman. Kalau nak akses ke bandar Kuala Pilah, boleh naik bus, prebet sapu or teksi. Kitorang dulu selalu naik prebet sapu. Kalau nak ke Seremban, naiklah bus, macam saya cakap kat atas tadi. Ingat lagi dulu, sambil tunggu bus kat stesen bus, sometimes makan cendol and rojak kat situ. Sedap jugak.

Bilik Asrama

Satu bilik dalam 4 orang, masa zaman saya dulu, ada ruang ampaian kecil dalam bilik, setiap orang dapat katil single bukan double decker, dapat satu wardrobe, dapat satu meja study. Jeng jeng jeng, kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ada satu blok berhantu. Haha. Blok mana? Tak lupa, Hantu Karipap, bagus hantu berbisnes. Jual karipap pulak tu, kalau jual kat UK, mesti laku.:p

Aktiviti

Setiap tahun akan ada pilihanraya, masa nih la calon-calon akan berkempen, tampal poster untuk jawatan dalam JPP (Perwakilan Pelajar). Then, selalu ada ceramah-ceramah, and ada juga dinner untuk subjek Etika. Subjek Etika tu wajib di ambil as subjek tambahan tak dikira dalam pointer, so as assignment, setiap kuliah kena organize satu majlis makan malam, masa nih la nak melaram bagai.

Tak lupa, ada juga KAKOM, sukan antara matrikulasi, kalau sesiapa yang berminat boleh lah masuk. Sukan antara matrikulasi. Banyak lagi program sebenarnyer, tapi dah tak ingat. Brain cell digunakan untuk ingat benda lain. Hehe.

Elaun

Dulu, semua dapat elaun, saya tak tahu sekarang macam mana. Bagi saya elaun itu mencukupi. Tapi kalau asyik nak top up bergayut dengan buah hati, tak cukup lah. Time matrikulasi tak yah nak bercinta, masa singkat sangat. Tunggu la si dia dah jadi engineer, doctor bla bla bla.. Ini pun tak confirm lagi masa depan. Eh eh eh, ape nih ape nih. Mengarut merapu. Baiklah, berhenti di sini. 

Itulah, kalau ada apa-apa, boleh la tanya. :)

Semoga Raihan Musa menjadi lebih cemerlang, diterangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. InsyaALLAH..


Sekian,
Raihan Musa
Ex-KMNS

4 comments:

Tuesday, May 8, 2012

Kitaran

Hari ni, saya agak 'pening' dengan hal research, alah biasa la tu. Apabila compound yang saya jangkakan 'mudah' tidak menjadi. Takper, cuba lagi. Niat di hati nak masak rendang ayam, bila kena pulang lewat untuk 'solve'kan masalah nih, saya terpaksa minta suami yang masak. Hasilnya, Nasi Goreng Cili Padi dan ayam goreng kunyit. Begitulah, saling bantu membantu. Bagi saya, tanggungjawab mengemas rumah, memasak, jaga anak etc etc etc, bukan tanggungjawab isteri semata-mata. Itu tanggungjawab bersama. Nasib baik suami saya pun faham. Semoga diri ini sentiasa bersemangat dan berjaya. InsyaALLAH. Kawan-kawan doakanyer .


(Inai di jari semasa perkahwinan saya di pakaikan oleh adik saya Aimi dan kawan baik saya Atiqah Hassan serta gambar di ambil oleh BFF saya Fara Na Q)

Lately, banyak jemputan kahwin. Ramai yang akan mendirikan rumah tangga, Alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Saya rasa macam baru semalam saya konvo ijazah sarjana muda. Tup tup sekarang mereka yang sambung master di Malaysia dah konvo Master pulak. 

(Bergambar dengan ayah semasa konvokesyen Ijazah Sarjana Muda di UTM)

Ramai juga yang berkahwin, seingat saya, saya antara orang 'awal' yang berkahwin dalam batch. Lepas kahwin terus terbang ke United Kingdom. Sambung belajar. Saya melihat kehidupan rakan yang lain, ada yang bekerja, ada yang duduk di rumah dan ada yang sambung belajar. Kehidupan ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Ada yang 'biasa-biasa' sahaja semasa zaman belajar dahulu, tetapi sekarang ini sudah mempunyai karier yang bagus. Kehidupan sentiasa berputar. Akan datang kita tak tahu macam mana.

Hidup ini ada kitarannya, semalam orang sibuk bercerita tentang dapat matrikulasi, dapat ijazah.. sekarang orang bercerita pasal perkahwinan..pasal karier.. Esok orang akan bercerita tentang anak.. Tapi, jangan lupa, kematian pun 'termasuk' dalam kitaran hidup juga. Bila-bila masa akan menjengah, tidak kira esok atau lusa atau tulat.

(Matriculation Ceremony University of Oxford)

Bila melihat kehidupan 'semalam', saya berfikir, 'cantiknya' perancangan Allah. Teringat dulu frust sebab tak dapat masuk Maktab Perguruan masa after SPM dulu, tup tup sekarang dapat buat PhD. Teringat dulu putus cinta (haha..:p..alaa..zaman budak-budak), sekarang nih berkahwin dengan lelaki yang saya rasakan lebih baik. Alhamdulillah.

Sepanjang perjalanan ini, saya merasakan..setiap sesuatu yang kita lakukan perlu dengan usaha yang ikhlas, redha dan tawakal.. 

Doakan saya supaya cemerlang, diterangkan hati dan dimurahkan rezeki. :)tak lupa, eksperimen sentiasa menjadi..:p


Regards,
Raihan Musa


0 comments:

Monday, May 7, 2012

Banyaknya Pilihan

Results UPU baru keluar, makin bertambahlah tawaran, maka makin pening lah nak pilih yang mana. Huhu. Adik saya dapat beberapa tawaran, asyik dok tanya, "Ateh, nak buat A-Level ker, nak gi Asasi UM ker..Mesir ker.. MARA ker..". Saya pun naik pening tolong pikirkan. Lately saya dapat beberapa email bertanyakan mengenai pendapat untuk ke mana.

Kalau saya, perkara pertama paling penting adalah Solat Istikharah, minta Allah petunjuk. Solat pun yer jugak, kalau solat sahaja, tapi tak usaha, tak boleh jugak. Usaha kita dalam bentuk meng-survey. Survey pros and cons. Contohnya, kalau pilih matrikulasi, apa pros and cons. Kalau pergi Asasi, apa pros and cons jugak. Kena consider both and then compare.

Bila memilih nih, kena pikir the 'final product', kalau nak jadi cikgu, boleh pergi maktab. contohnya nak jadi pensyarah, tapi takder pulak bidang khas untuk career sebagai seorang pensyarah. So, kena 'prepare' route untuk ke destinasi. Contohnya nak jadi pensyarah universiti, pergi matrikulasi or Asasi, pastu habis asasi kena buat degree, lepas tu buat master, lepas tu buat PhD. Macam-macam lah. Contoh lagi satu, dah aim nak buat degree kejuruteraan di UiTM sebab dekat dengan rumah, kebetulan pulak dapat Asasi Kejuruteraan UiTM dan Matrikulasi KPM. Ambil jer la Asasi Kejuruteraan UiTM, kata nak sambung degree kat UiTM, so kene consider tu semua. Jangan pulak syok tengok orang pergi matrikulasi, kita pun pergi.

This is not the time kita nak ikut orang, member ramai pergi UPU, kita pun ikut. Member ramai pergi matrikulasi, kita pon pergi. Sekarang nih fikir 'final product', contohnya nak jadi akauntan, ambil lah jurusan akaun. Kena clearkan 'final product', jangan pulak dah masuk baru nak pikir. Menyesal makcik nanti. 

Hah, pasal program Bursary, MARA, apa lagi yer.. pusing-pusing benda yang sama jer sebenarnya. Panjang cerita nya, boleh cerita dalam email.

Actually, takder istilah matrikulasi tak bagus, UPU tak bagus, maktab tak bagus, Form 6 tak bagus.. itu semua bergantung kepada 'keperluan' dan 'kesesuaian' kita.

Paling penting Solat Istikharah. Minta Allah beri petunjuk.. :).. Buat pros and cons and bertanya kepada mereka yang lebih senior dalam bidang tersebut. Ok.. :)

Doakan kak Raihan Musa sentiasa cemerlang, diterangkan hati dan dimurahkan rezeki.. :)

Regards,
Raihan Musa
Universiti of Oxford
raihan0908@yahoo.com

3 comments:

Thursday, May 3, 2012

Learning Process


Early Education..




0 comments: