Thursday, January 24, 2013

Salji dan IELTS

Sekarang sedang musim 'snow', dah beberapa hari snow turun. Department just tutup half day hari on the first day snow turun. Tahun lepas snow tak tebal seperti tahun ini, so sedikit mencabar bagi saya especially bila nak cycle pagi-pagi meredah jalan 'bersalji' yang agak licin dan ditambah dengan kesejukan sampai ke tulang. Beku!

Sedikit gambar semasa snow:


'Rumah kedua'

little snowman!

Gambar winter 2013

Oklah, cerita lain, disebabkan hampir setiap hari orang bertanya mengenai sumber rujukan IELTS, saya kongsikan satu link di mana untuk download buku-buku IELTS. Saya suggestkan, bagi yang mampu, pergi lah beli buku-buku ini. Ada di MPH, Kinokuniya etc etc. Tapi bagi yang tak, ini adalah alternatifnya:

http://artefact.lib.ru/languages/eng_textbooks_ielts.shtml

Memang pelik sikit bahasa dekat website tu, dari Russia rasanya. Bila dah download, saya suggestkan, start buat dari buku IELTS 7, di mana itu adalah latest collection buku IELTS. A bit tricky masa nak download, kene setting pop up etc etc. Pandai-pandai lah, semua kan celik IT. :)

Ok, itu sahaja. Doakan saya dimurahkan rezeki, diterangkan hati, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat.


Regards,
Raihan Musa

1 comments:

Wednesday, January 2, 2013

Free Kawan



Hari ini saya telah kembali bekerja, rasa bersemangat. Bangun pagi, walaupun masih lagi dalam mood bercuti, tetapi tetap bangun dan bersiap ke makmal. Suami masih di Oxford, beliau akan pulang ke Bristol dalam masa terdekat. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Sudah setahun lebih saya di Oxford, dan sudah masuk 3-4 bulan suami ulang alik dari Bristol ke Oxford pada setiap minggu. Buat masa ini, inilah yang terbaik untuk kami, supaya kedatangan kami ke UK membawa sesuatu. Saya tak nak selfish,  saya pun mahu beri dier peluang untuk enhance his potential and knowledge. So, masing-masing perlu berkorban. Semoga saya dan dia mendapat sesuatu di sini. Hari ini di pejabat, saya meneliti satu per satu data yang diperolehi sepanjang tahun lepas. Juga merancang term plan dengan lebih spesifik. Saya berharap term ini lebih lebih lebih cemerlang. 

Travelmate ke Scotland

Baru-baru ini saya pergi bermain Ski di Scotland. Seronok! Alhamdulillah. pergi dengan beberapa orang yang tak banyak kerenah malah sangat helpful dan happening. Orang kata, kalau nak kenal sikap seseorang itu, cuba travel dengan dier. So far, travelmate yang hari tu, best. Teringat satu quote dari Abang Sabri yang join sekali Skii trip hari tu,

"Be friend with others. Bukan kena bayar pun kan?"

Betul jugak tu. Berkawan lah dengan orang. Be friendly. Jangan sombong. Learn something from them. Setiap orang ada kelebihan masing-masing, so, learn from others. Buat baik dengan orang. Sebab one day, mungkin kita perlukan pertolongan dia. Saya cakap untuk diri sendiri juga. Tapi berpada-padalah, ada juga hadnya, over friendly pun tak best juga. ;)



Regards,
Raihan Musa

3 comments: