Saturday, February 23, 2013

Talk to yourself


Hari ni hari Ahad, macam biasalah, disebabkan cuaca sejuk hari ni, so saya end up dengan melepak dalam rumah. Konon-konon nak keluar beli ayam halal, tetapi gara-gara masing-masing tak sanggup nak keluar naik basikal dalam kesejukan, so duduk rumah la jawabnya. So, sebelum tidur sebelum Zuhur tadi, saya doa punya doa, minta-mintalah ada orang nak tolong belikan ayam. Ting! Member husband offers nak belikan ayam. Alhamdulillah. Doa, doa, doa.. hihi


So hari nih, hari saya bermula seawal pagi, bangun awal today! rasa puas hati betul hari nih. Macam-macam yang dilakukan. Contohnya, goreng bihun, masak sambal udang, masak karipap.. tengahari pulak, start study untuk presentation lagi dua minggu depan, settlekan hal bisnes dan now update blog. Dari pagi, memang dah set dalam minda, hari ni mesti berkualiti. Now, saya rasa, saya deserve untuk berehat sekejap.


Talk to yourself


Minggu lepas saya banyak beremosi, rasa emo bukan main. Lepas tu cakap kat diri sendiri:

"Eh kenapa nak emo? benda biasa jer tu."

Mungkin minggu lepas, tak banyak motivate diri. Yerlah, balik office lewat, lepas tu bila balik dah letih, mandi, makan and terus tertido. Pempaham lah, bila buat PhD nih, at one time, kita rasa depress, stress etc etc. Especially nak dekat dekat submission. Normal. It's okay to put some stress in our mind. You yourself yang control your body tapi still dengan izin Allah. You make the changes. 

Bila stress, dalam hati ni fikir, 

"Ah, tinggalkan la semua nih, tak payah buat..tension.."

Tak bagus macam tu, lari dari masalah bukan solution. So malam kelmarin, lepas mandi solat dan makan, saya duduk(make myself ready) dan slow talk dengan diri sendiri. Macam nasihat orang lain, but cakap kat diri sendiri. So, hari nih rasa lega dan happy. Kehidupan lebih effektif dan produktif. Alhamdulillah.

Sometimes, 'negotiate' dengan diri sendiri. Bad sides kata letih dan i want to sleep the whole day. But, positive side kata, pergi office, banyak kerja kat lab tu. So, i talk to myself, pergi kerja, siapkan target hari nih, then go get your favorite dinner! At the end of the day, akan rasa menang. ;)

Oklah, entry nih agak light. Takyah pening-pening nak baca dan fikir entry complicated. ;)

Ok, doakan saya supaya cemerlang, berjaya dunia akhirat, dimurahkan rezeki, diterangkan hati.


Regards,
Raihan Musa

3 comments:

Friday, February 22, 2013

Winter Februari


Winter sepatunya sudah tiba dipenghujungnya, tetapi masih sejuk. Sejuk yang kering. Kulit saya terjejas teruk, kering, gatal dan pedih. Itulah dugaan musim sejuk saya. Tetapi yang baiknya, bila musim sejuk, saya menjadi malas nak keluar berjalan-jalan kerana: 

a. sejuk. tak selesa nak berjalan. terutamanya kena cycle. 
b. Malas nak pakai baju tebal-tebal, sometimes kalau sejuk sangat, kena pakai thermal wear.

Bagus juga. So, masa banyak di habiskan di rumah dan office. Buat kerja. kerja. kerja. Itulah hikmahnya. Alhamdulillah. Oh yer, baru-baru ini saya dan suami terlibat dengan lebih serius dalam bisnes. Ala, sajer jer, challenge diri sendiri. Seronok juga fikir something yang berbeza dengan bidang kimia. Suami terlibat dengan bisnes JOM shipping bersama-sama dengan geng-geng Bristol dan saya baru menubuhkan Littleplump. 


Actually, saya memang minat bisnes, di Oxford nih, saya ada attend lecture in Business dekat Said Business School. Dari pagi sampai malam, mengadap formula-formula kimia, calculations.. letih otak..sometimes nak something new and different. Bila belajar bisnes, sebenarnya, pelajaran yang cuba disampaikan boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan harian especially dari segi motivasi. 

Bagi yang berminat, boleh lawati :



Oh yer, mengenai sambung belajar, sesiapa yang berminat nak sambung abroad, sepatutnya sekarang dah kena isi borang. Bolehlah refer balik entry saya yang sebelum-sebelum ini. Be confident to yourself. Give a try. Never try never know kan? At least, dah cuba. So, you wont regret.


Actually, bila belajar luar negara nih, dari segi syllibus lebih kurang jer dengan Malaysia. Tak banyak beza. Cuma yang jadi berbeza adalah pengalaman hidup, bila kita merantau, macam-macam kita akan belajar dari segi pengalaman hidup. Tapi one thing, kita akan miss banyak moments dengan family terutamanya. Macam saya, saya banyak belajar dengan system di England, dari segi budaya dan cara hidup. Sejujurnya, saya suka stay di sini, sebab life simple and easy. Tak perlu nak fikir macam-macam. Walaupun banyak yang saya suka di sini, tapi England is not my 'home', saya ada family kat Malaysia. Jika ada peluang merantau, pergilah 'keluar' walaupun sekejap. Ia membuatkan kita lebih bersyukur, belajar dan menimba pengalaman. InsyaALLAH.

Doakan saya supaya cemerlang, diterangkan hati, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat. :)


Regards,
Raihan Musa

0 comments: