Wednesday, April 24, 2013

Tips IELTS


Oklah, dah lama tak update tip-tips, asyik cerita pasal PhD, PhD, PhD! Kali ni nak cerita pasal tips IELTS. Actually saya ambil IELTS masa nak mohon study di UK. Masa tu saya mohon University of Cambridge and University of Oxford.

University of Cambridge nak Overall band 7.5 (but Band 7 for each component).

University of Oxford nak Overall band 7 (but Band 6.5 for each component)

Saya ambil beberapa kali juga, disebabkan  nak meet requirement University of Cambridge.(Tapi tak pergi pun Cambridge, at the end, pergi Oxford) First attempt saya, saya dapat Band 7.5, component lain dah cantik score but ada satu component sangkut iaitu Writing. Cambridge memang strict, walaupun satu component tak lepas pun dier kisah. So bila orang tanya, IELTS susah ker senang? Jawapan saya, depends kepada berapa kita perlu score. 

Tempat
Saya pernah ambil IELTS di IDP Subang dan juga di BC Wisma Dredging. Personally speaking, saya prefer ambil IELTS di BC Wisma Dredging sebab tempat lebih selesa and lebih 'proper'. Senang parking, senang nak makan sementara tunggu Listening test(If same day) and also dekat dengan KLCC so boleh lepak sana lepas test. :p. So masa saya test, husband lepak di KLCC sementara tunggu saya habis exam. Dari segi sound system, lebih kurang sahaja. Dari segi keluasan 'exam hall', saya prefer BC, sebab exam hall dier besar compare to IDP. So, bila orang bangun nak pergi toilet ker, tak rasa terganggu sangat. Compare to smaller room, orang gerak sikit, rasa terganggu. You get what i mean? Boleh pakai tak theory nih?

Reading

Bagi saya part nih la yang saya paling score setiap kali ambil. Baca text macam pening, panjang betul. Saya memang pernah belajar 'speed reading'. Cara nak baca and faham text dengan sangat cepat. Skill nih sangat membantu. Takper, dont worry, the best thing is, buat mock reading test and set masa. Set masa tu penting sangat! Setiap kali buat latihan, set masa. Macam cara saya, saya baca 'secara laju' text tu, then baca soalan. Kemudian, terus scan jawapan dekat text. Actually reading senang, kena tahu 'trick' dier. Bila dah buat banyak set latihan, you will realize. :)

Listening

Ini tips dier jangan gelabah sangat. Calm and relax. Kalau rasa ter-miss words ker, dont worry, focus dekat next questions. Ada satu experience, masa saya ambil IELTS, saya duduk belakang orang yang asyik bersin. Memang sepanjang listening audio tu dipasang, dier asyik bersin jer. Memang saya hilang focus, banyak miss keywords. Haha. Tapi kesian juga dier tak sihat, bukan sengaja. Tapi kesian juga kat saya. hehe. Banyak-banyak dengar radio omputih. Lagi satu, ada satu part tu, saya dapat soalan peta. Kene namakan tempat, audio beritahu, Muzium terletak di Barat Daya, tapi tetiba masa exam TERlupa Barat Daya kat mana. Lupa!
credit to google


Writing
Part nih saya rasa a bit challenging, sebab masa tu University of Cambridge minta Band 7 for writing. Jangan risau, university lain mungkin minta lagi rendah, must be easier. Dont worry. Tajuk dier memang random, apa-apa tajuk pun boleh. Part nih saya hire dua orang ex-examiner IELTS paper untuk check essay saya setiap kali saya tulis. Saya bayar mereka untuk check essay saya and gred kan. So saya tahu mana 'level' saya and mana yang perlu improve. Seingat saya, saya kena tajuk pasal 'law', i'm science people, and i'm not familiar with 'law' terms. Memang sangkut la sebab vocab tak banyak. Second time saya ambil, dier suruh cerita pasal 'social community', ini saya score sebab itu common issue and vocab pasal issue saya agak familiar. Yerla, kata baca newspaper omputih. Sudah-sudah lah baca Harian Metro. ;p

Speaking
Speaking nih quite subjective. InsyaALLAH soalan tak susah. Tips untuk speaking, talk talk talk! Biar lebih isi, jangan kurang isi. Ini apa yang IELTS teacher beritahu saya. Bila orang tanya, jangan jawab sepatah, jawablah berpatah-patah. Semua orang boleh cakap bahasa inggeris, cuma yang membezakan tahap vocabulary and grammar. Masa speaking tu, senyum la sikit, tunjuk expression yang menarik, bagi 'mood' baik sikit, pancar banyak sikit aura positif. Tenang sikit examiner tengok muka kita, mana tau dapat markah tinggi. Kan! haha. Be confident, mesti ada eye contact. Saya pun ada tengok youtube, mock IELTS speaking test, boleh la rujuk youtube. Asyik tengok video konspirasi theory jer, kita tengok mock IELTS speaking test pulak. ops!

Bahan Rujukan
So, masa ambil IELTS dulu, saya habiskan latihan dari buku IELTS 1 sampai buku IELTS 7.  Saya start dengan buku IELTS 7. Also, saya baca juga contoh karangan dari buku IELTS lain. Ada buku yang saya download, ada buku yang saya beli. Kalau mampu, beli la. Tak pun, boleh attend 'online' practice course contohnya http://www.scottsenglish.com/ielts/ . 


Begitulah kisahnya. Kalau ada apa-apa lagi, saya update! Dont worry, everything will be fine. Usaha, doa, tawakal banyak-banyak. Secara keseluruhan, IELTS tak lah susah sangat, but depends on score yang kita kena achieve. 

Oklah, next one saya update pasal TOEFL and IELTS. Entah bila nak update, saya baru start term baru, so busy sangat. InsyaALLAH saya akan kongsikan. Doakan saya dipermudahkan urusan, diterangkan hati, dilapangkan dada dan berjaya dunia akhirat. InsyaALLAH. Amiin...


Regards,
Raihan Musa


10 comments:

Tuesday, April 23, 2013

Dance, Rain


Hari ni seharian di lab, so pagi-pagi dah keluar rumah untuk ke office, before that masak pisang goreng for husband. He is leaving to Bristol this morning. I'm so busy with my work, experiment hari nih sangat letih, mental and physical letih since experiment hari ni need 200% focus. If satu drop tumpah, it will burn things, bahaya! I only had my lunch at 1.30pm(itupun pisang goreng breakfast tadi, recently i loss my appetite) and husband called me. He said, he already miss me! hehehehe. Terasa happy sebab dia cakap rindu dulu, well, well, well.. so woman! :p .. sometimes simple action can make you happy kan? 

Semalam, saya come across one quote, interesting! 





"Life isn't about waiting for the storm to pass." means that you shouldn't spend your life just waiting for bad things to pass. 

"It's about learning to dance in the rain." means that you should take challenges head on and enjoy do your best.

Together it means: dont just simply wait for the bad things in your life to go away, instead, have a positive attitude and make best out of it; and be proud of yourself for doing so.

If you are strong enough, you wont get flu! Be strong and survive! ;)


That's all, short update from me! Oklah, nak buat experiment balik.. 


Regards,
Raihan Musa

2 comments:

Thursday, April 18, 2013

'student-wife'?


Hari ni dah masuk minggu keempat husband cuti dan duduk di Oxford. Next week beliau akan pulang ke Bristol, maka tinggal lah saya keseorangan di Oxford. Tadi berbual dengan Kak Hanis on the phone, borak dalam setengah jam, at the end, i was like 'Eh, aper aku cakap tadi?'. Sebab terlalu penat, so otak 'jam' sikit and mungkin cakap merapu. Haha! Then, siapkan dinner while husband doing his assignments. Memang dari pagi sampai malam mengadap assignments. Tengah musim submit assignments, itu yang busy semacam.


Nak share experience as isteri yang belajar, esok lusa kalau dah jadi emak, baru boleh share experience ibu yang belajar. So far, being a 'student-wife', ok jer. Saya buat PhD so masa saya agak flexible, walaupun kerja banyak, but saya boleh susun ikut waktu saya. Saya tak perlu attend kelas, cuma once a week ada meeting dengan supervisor and sometimes attend seminars. Cuma research saya lab based so kena juga pergi lab everyday. Husband pula buat taught course, memang kena masuk kelas, ada assignments. Masters UK just 1 tahun sahaja, everything di 'compress' kan dalam masa satu tahun. So, can you imagine that? Busy betul. Like my husband said, "Saya tak pernah belajar rajin macam nih masa degree dulu'. Nak tak nak kena rajin, if not macam mana nak lulus kan? Mana boleh suka-suka tak buat assignments yang bertimbun tu, sebab setiap assignment ada markah. Kalau malas-malas, bayar la beberapa ratus ribu balik. 

Masa saya first year, husband duduk sekali di Oxford. Bab masak, kemas rumah and laundry kebanyakan dier yang buat. Sebab masa tu dier tak sibuk macam sekarang. Now, kena consider timetable masing-masing, kalau husband ada submission, saya buat la semua tu. Kalau saya pula ada submission, dia lah yang buat. Orang kata, 'Give and Take'. Tak susah pun being a 'student-wife', lagi memudahkan hidup ada la, but but but, the husband must understand yang kita student. So, tak boleh expect kita buat semua benda macam fulltime housewife.

So far, i'm alright, hidup lebih seronok. The best thing is share experience stay in UK dengan orang tersayang. Berbalik pada tadi, husband and wife kena faham tugas masing-masing. So saya suggest, sesiapa yang nak buat masters or PhD overseas, kahwin la dulu sebelum pergi belajar. ;)

Baiklah. Saya rasa saya perlu tidur, kena recharge energy esok nak kerja kuat.

Work Hard, Pray Hard, Play Hard!



Regards,
Raihan Musa


2 comments:

Wednesday, April 3, 2013

Semangat Balik Italy

Hari ni dah masuk office balik setelah bercuti Easter yang mana public holiday di UK. So, saya dan husband telah terbang ke Italy. So, we went to Venice, Rome and Milan. Destinasi yang paling saya enjoy adalah Venice dan Rome. Here are some pictures: 

Colosseum at night

Italy nih banyak tinggalan sejarah, banyak sangat. So, before berangkat ke Italy, saya siap-siap study sejarah Italy and print mana yang penting. So that, bila visit tempat tu, baru 'feel' sikit! :p.. Travel ke Italy nih, memang puas hati, apa yang dirancang berjalan dengan sangat lancar. Accommodation best, sangat strategik. Sebelum pergi ke Italy, dah bahagi tugas, u google pasal nih, i google pasal nih. So, sebelum pergi, everything is ready. Masa di sana, we met a few local people, they shared about tips in Italy, so it made our life easier! Apa-apa pun, trip ke Italy memang best.

Venice city of love..

Balik dari Italy, rehat satu hari and esoknya terus masuk office. Kerja bersusun nak buat and tadi before balik rumah rasa stress memikirkan kerja-kerja. Tipulah kalau kata tak stress. Sometimes stress sangat, fikir kenapalah pilih jalan nih? Kenapa tak duduk dekat 'comfort zone', buat research biasa-biasa kat university biasa-biasa or duduk rumah jaga anak suami. Actually, duduk rumah pun banyak benda nak fikir kan? Then, bila baca quote di bawah, terus insaf, refleks balik diri. Inilah harga yang perlu di bayar.

Photo



Itulah, bila fikir-fikir balik, hidup nih Allah dah jadikan penuh dengan warna-warni, you get what i mean? 

Oklah, tolong doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati, dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Thanks..:)

Gambar jalan-jalan ke Italy, boleh visit:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200090478878050.1073741826.1032244587&type=1

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200090837847024.1073741827.1032244587&type=3

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200092036276984.1073741828.1032244587&type=3


Raihan Musa
Oxford, United Kingdom
10.11pm


1 comments: