Tuesday, May 21, 2013

Happy Relationship

Minggu lepas ada beberapa tarikh-tarikh penting, antaranya Birthday Ayah, Hari Ibu dan Hari Guru. Juga, ramai rakan yang melansungkan perkahwinan, Alhamdulillah. Mana yang sempat, saya pos kan kad ucapan dari sini. Tahniah semua! Mana yang tak sempat, saya kirimkan doa, InsyaALLAH. Tahun ini adalah tahun di mana ramai rakan-rakan saya berkahwin. Macam tak sangka kan, cepatnya masa berlalu. Rasanya masa dekat sekolah dulu, masing-masing still budak-budak, pakai tudung pun senget. Now dah kahwin kan. Alhamdulillah. 

Bila tengok perubahan hidup masing-masing, saya melihat kehidupan kami, melihat kehidupan kami sekarang, cukup berbeza dengan kehidupan kami yang dahulu. Tup tup dah 2 tahun berkahwin, tup tup dah sambung belajar overseas, tup tup husband dah nak habis master. Suatu yang menyentuh hati saya apabila, melihat perubahan orang-orang terdekat contohnya mak ayah, adik-adik etc. Adik-adik dah makin dewasa, especially adik bongsu, eh dah nak form 1 tahun depan. Kakak dah anak. Mak ayah dah semakin tua. Pada usia ini, mak ayah banyak mengimbau kenangan lalu. Last week saya call ayah :

"Ayah, apa plan birthday ayah tahun nih?"

"Weekend nih ayah nak pergi Shah Alam, lawat UITM tempat mak ayah jumpa dulu, pergi makan kat tempat yang ayah selalu lepak dulu"

Sehari selepas tu, kakak sulung upload gambar mak and ayah visit UITM iaitu tempat  kali pertama mereka bertemu. Nostalgic betul. Satu perkara yang saya kagum pasal ayah adalah, beliau tak segan nak appreciate mak depan orang, ada sesetengah lelaki agak ego, but ayah tak. Bila makin tua nih, mak ayah makin romantik. Sejak ayah and mak, balik haji, nampak mereka sangat tenang dan rezeki mereka bertambah. 


Apabila melihat mereka, membuatkan saya lebih bersemangat to be a good partner. A few things yang saya rasa sangat membantu untuk kebahagiaan rumah tangga, ini daripada pandangan peribadi saya. Bila kami buat beberapa perkara nih, we feel happy. Bunyi dah macam ustazah nih. Hihi. Contohnya:

1. Solat berjemaah. Kalau berkesempatan, memang akan solat berjemaah. Setiap kali solat jemaah sama-sama, rasa best and rasa tenang sangat. Tak sama macam solat jemaah kat masjid. The best moment adalah bila salam husband selepas solat tu. Bahagia betul macam salam lepas akad nikah. So, bila nak berkahwin tu, carilah someone yang boleh jadi 'imam'. Carilah orang yang dirasakan lebih baik dari kita supaya boleh membimbing kita.
2. Appreciate. Say good words. Contohnya ucapan terima kasih, i realized one thing, sepanjang 2 tahun kahwin, setiap kali lepas makan, mesti dia cakap, "Thanks sayang masakkan sedap-sedap". Benda-benda kecil tu pun, akan appreciate. Ada dua phrases yang selalu dok ulang hari-hari, "Thanks" and "I love you". Sometimes verbal rewards pun can make you happy kan? or else.. walaupun takder apa-apa occassion.. "Jom tukar-tukar hadiah?".
3. Quality Time. Sibuk macam mana pun, everyday kena spend quality time together, pillow talk ker.. sekarang kan teknologi di hujung jari. Whatsapp ada, Viber ader, facebook ader..Sometimes pillow talk, masing-masing confess, apa yang awak suka pasal saya and apa yang awak tak suka? walaupun dok ulang soalan sama but tak pernah bosan. Fun tau..:))
4. Give and Take. Last weekend suami sibuk prepare untuk exam, so saya take over kerja rumah and prepare apa-apa yang dia nak sepanjang dia sedang belajar. "Nak hot drinks?","nak urut kepala?", "Takper i buat semua, pergi study" ..Walaupun dalam hati, penat jugak. Haha. Tapi, i want him to focus on his exam. Kalau dapat results best, boleh celebrate best-best. :))
5. Respect. Banyak perkara sebenarnya especially respect in making decision. 

Oklah, dah macam pakar cinta pulak. haha. baiklah saya stop sekarang. Saya mahu studyyyyy. Doakan saya berjaya, cemerlang dunia akhirat, diterangkan hati dan sentiasa menjadi isteri solehah yang cantik..hehe. Amiin..:)

Regards,
Raihan Musa

3 comments:

Tuesday, May 14, 2013

Celaru Pulih


Dua hari ini saya berasa agak bercelaru, entah kenapa, perkara kecil pun boleh membuatkan diri cukup runsing. Mungkin PMS.. Bila perasaan macam nih timbul, mula la nak rasa sedih tiba-tiba, rasa marah, rasa sensitif.. segala macam rasa ada. So, yang terkena tempiasnya mesti orang yang terdekat iaitu my husband. It is not good, not healthy for my heart. But dia ni cool betul! haha.. Wife serabut-serabut, dier boleh kata.. "It's ok.."


Kadang-kadang ada perkara yang 'terlalu' kecil untuk dirunsingkan. Bukan masalah besar pun. Itulah bila asyik fikir jer without solution, then jadilah pening. So, tonight, masuk bilik awal, 'consult' dengan diri sendiri.

"Kenapa ni nak pening-pening?"

"Tak bagus, nanti cepat tua, cuba sabar, everything will be fine.." bla bla bla..

Itulah, kadang-kadang kita terlalu risau dengan perkara yang belum pasti, kita risau dengan apa yang ada pada orang lain, kita risau rezeki Allah. Itulah, Allah dah jadikan manusia semua sama. Allah kurangkan part ini, Allah lebihkan part itu. Kadang-kadang kita sedar and kadang-kadang kita tak sedar.

Allah tak janji kita akan dapat apa yang kita nak, tapi Allah janji, dia akan beri yang terbaik. Saya dapat message dari readers, mengatakan, "Saya harap saya berada di tempat awak". Saya pun kadang-kadang fikir, "Kan best kalau jadi qhalif(my niece), tak yah pikir macam-macam, pikir nak minta susu ummi jer". Manusia nih tak pernah puas. Kita perlu belajar bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Keep in mind. Apa yang Allah bagi sekarang, inilah yang terbaik buat masa ini.


Raihan Musa





0 comments:

Sunday, May 5, 2013

Short updates about General Election 13


Semalam keputusan pilihanraya keluar, i'm quite excited and eager to know who will rule this country for next 5 years. Yerla, from facebook, twitter etc etc.. this election nampak quite interesting. Saya call mak kat Malaysia, mak cakap, election kali nih sangat ramai pergi mengundi and mak mertua pun cakap inilah paling ramai sekali dier nampak kat pusat mengundi. 

Bangun pagi, terus online live streaming awani and tv3. Walaupun jauh, but semangat tu tetap ada. Hehe. Then, late afternoon, pergi gather with other Malaysians tengok results pilihan raya. It is quite exciting..I like politics



Good thing is, everybody sangat professional. Takder lah isu bertekak pasal parti masing-masing. Masing-masing respect masing-masing punya pendirian. This is what we should be. Since undi adalah rahsia, so i'm not going to reveal i undi siapa. Habislah i kene sound kalau ada yang tak puas hati. Actually, when i'm writing any posts for this blog, i'll keep it 'neutral'. I dont want to make it controversial and i dont want to hurt others. Sebab, when i write something, people can quote and people can judge.. I can NOT stop people from judging me.. and people can say anything. If you dont want to be criticized or judged, then, keep silent. 

Ok guys, sesiapa pun menang today, Allah had planned the best for us. Serious.. Semoga yang menang ini adalah orang yang berhak, if not, they will suffer. Kalau tak di dunia, nanti di akhirat Allah akan balas.  Bagi yang menang, ini tanggungjawab besar untuk memerintah negara nih dengan adil, aman etc etc. Another thing, bear in mind, politic is not the only way to lead and to help people. There are any other way. Think! So, be matured, be professional, be smart! :)

Here is my photo album during gathering.. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200251467502665.1073741831.1032244587&type=1


Regards,
Raihan Musa



0 comments: