Thursday, June 6, 2013

Cooking and Me

Hari ni hari Khamis, and esok hari Jumaat. Yipi! Weekend ni husband kerja so saya rasa saya akan menghabiskan masa depan laptop siapkan slides presentation. Lately saya busy, banyak sangat kerja nak buat, sekarang asyik balik office lewat. But good thing, kalau balik lewat dah tak takut sangat sebab husband ada. Disebabkan husband dah stay sekali kat Oxford, so bermula kembali normal routine seperti biasa. Actually, kalau husband takder pun still masak cuma kena proper sikit la. :p ..

Bila balik rumah, mesti lapar dan letih. Kalau letih sangat, then husband akan take over lah masak-memasak nih. Tapi tak boleh selalu sebab dia pun banyak kerja. Kalau kira-kira, kebanyakan kerja rumah pun dia yang buat. So, to make life easy, saya akan masak something yang cepat, mudah dan sedap. Tak kan asyik makan telur goreng and sayur jer.


Kalau tengok facebook dan istagram, saya selalu pos gambar makanan, Chicken Cashew Nut la, Asam Pedas la, Sambal la, Lamb chop etc etc. So, hari tu ex-supervisor kata, rajinnya masak and sempat awak masak.. Sempat memang sempat, sebab menu simple jer and bahan masakan dah prepare awal. 


Here are some tips especially untuk yang bekerja:

1. Bila beli ayam and ikan, siap-siap basuh and packingkan siap-siap ikut jumlah spesifik yang nak di makan per hari. So, bila hari nak masak, keluarkan satu pack untuk satu hari dan boleh terus masak habis. So, takyah nak simpan balik ayam yang tak pakai dalam fridge. Messy. Jimat masa, tak payah nak susah-susah nak basuh and asingkan bila nak masak nanti.

2. Siapkan bahan tumis masa weekend, contohnya cili boh. Bawang ker, ikut suka la. Kalau nak prepare on the spot pun orait. Ikut la ketangkasan masing-masing.

3. Lagi satu, selalunya saya akan prepare sambal tumis 'basic' masa weekend, simpan dalam fridge, so bila nak makan, alter la ikut menu yang nak di masak. Contohnya, nak masak ayam masak merah, letak paste sambal tu, then tambah sos and halia and ayam. Kalau nak buat sambal udang, tambah la udang. Senang keje. 

4. Ada beberapa menu 'express', yang mana satu menu sahaja tapi dah merangkumi protein dan sayur.  Campak sekali ayam and sayur dalam satu menu. Tak payah tumis sayur lain pun ok. Contohnya Ayam Paprik, Ayam Blackpepper and banyak lagi. Express, senang dan sedap , serius, pergi la carik resepi dekat myresepi.com ker, tiffinbiru.com ker and lain-lain.

5. Masak menu senang. Ada beberapa menu yang saya rasa senang and sangat sesuai untuk yang baru nak try-try masak. Contohnya, sup ayam, Ayam masak kicap.

6. Nak lagi cepat, haha, saya pun kadang-kadang buat trick nih. Iaitu guna paste ready made. Haha. Berlambak la kat supermarket tu, contohnya Perencah rendang Brahim, Perencah Ikan Bakar. Not bad jugak rasa dier. Pandai-pandai la alter. Ini kalau dah desperate sangat, saya guna option nih. Balik rumah, on stove, letak ayam dalam periuk, letak perencah rendang, tambah air then biar la dia masak. Sementara tu pergi mandi, lepas mandi, tadaa rendang dah siap. :p

7. Kebanyakan periuk yang saya pakai untuk memasak adalah yang sesuai untuk hidangan, tak perlu nak transfer ke mangkuk lain. So, jimat masa kat situ nak basuh kuali etc etc. 

Saya sangat suka masak, and kami berdua pun jenis tak suka makan luar, suka makan kat rumah jer. Husband cakap i'm good at cooking. Haha. Perasan sikit! :p. I'm very fussy, i want to eat good food that why kena masak best-best. Lagipun, saya kahwin masa umur 22 tahun, nak tak nak, skill tu kena ada, perut suami kena jaga oi! haha. Sesiapa yang takut nak kawen sebab tak pandai masak la, dont worry. That skill will develop over time. hehe.

Oklah, cukuplah cerita pasal masak. Sorrylah kalau tak berilmiah. :p Tolong doakan saya berjaya, diterangkan hati, dilapangkan dada dan cemerlang dunia akhirat.



Regards,
Raihan Musa

1 comments: