Sunday, August 25, 2013

How to have a good day?


Bulan ini saya sedikit sibuk, tapi masih terkawal. Setiap pagi, bila tengok cermin, garis bawah mata nampak sangat ketara, petanda mata letih la ni, but Alhamdulillah seronok bekerja. Actually tak lah teruk sangat sampai takder masa nak buat benda lain, bagus sebenarnya busy macam nih, masa saya lebih well occupied. Busy macam mana pun, setiap hari still ada masa nak check business, borak dekat whatsapp dengan family, ada masa nak masak, ada masa nak lepak-lepak dengan husband. Alhamdulillah.

Tapi itulah, setiap pagi kena mental kena bersedia. Whatever happened yesterday, today must be a better day. This month saya buat experiment pada diri sendiri, experiment untuk mental yang sangat sihat supaya bila kerja banyak mana pun, rasa enjoy and tak stress. Iaitu:

1. Set your emotion and Talk a good words to yourself every morning
- Setiap hari bila siap-siap nak pergi office, akan mengadap cermin ajaib, tengok muka sendiri and senyum lebar-lebar. Lepas tu, bisik dalam hati, get ready Raihan to enjoy the day!! Tak tahu pun apa yang nak di enjoy kan, but setiap pagi mesti  set dalam minda yang hari ni best. Alhamdulillah, bila penghujung hari, rasa seronok. In contrast, kalau pagi-pagi dah mengeluh, pagi-pagi dah membebel, pagi-pagi dah complain itu ini, there you go.. a bad day..

2. Get closer to positive vibrant and stay away from negative aura
- Setiap hari dekatkan diri dengan perkara-perkara positif, bercakap yang baik-baik and dekati orang yang positif. Perkara paling dekat, timeline facebook, remove orang-orang yang selalu update negative status from timeline. Also, kalau kita tak boleh handle emotion dengan negative people, then elakkan. Tapi, kadang-kadang tak boleh nak elakkan, contohnya, saya ada seorang officemate, dia memang hot tempered sikit tapi bijak giler, bila experiment dia tak jadi, habis satu lab dia nak marah. Panas jugak hati nih hah.. haha..so what i did..saya tanya dia,  

"Are u ok xxxx today? you look stressed ..". 
"No, no ..I'm okay Raihan..hmmm..my experiment isnt working..bla bla bla." then, he smiled..

Actually, dia perlukan medium untuk transfer or neutralize kemarahan tu. So, si mamat ni, terus okay the whole day. Tak larat la nak mengadap kemarahan dier satu hari, so, here we go.. the solution..Alhamdulillah. Sometimes, kita hanya perlukan orang mendengar keresahan itu untuk melegakan perasaan. Kan?

3. Reward yourself everyday
- Setiap hari, reward diri sendiri, contohnya, kalau berjaya siapkan tasks programming, so malam nanti boleh tengok movie dengan husband, if not malam nanti kena study. Reward tu biar setimpal dengan kerja yang dibuat. Kalau reward tu tak setimpal dengan kerja yang dilakukan, then nanti dah tak rasa 'keseronokan' reward. Or else, buat deal dengan sesiapa, untuk bagi rewards dekat kita. Haha. Paling selalu buat dengan husband. Cakap elok-elok la. "Boleh tak kalau saya pass xxxxx, saya nak pergi xxxxxx?" ini dah selalu sangat buat. Hehe. As long both setuju, then it's fine. So, satu sem kerja kuat-kuat, then claim la reward..

4. Make others happy
- Satu perkara yang mak mertua saya selalu cakap, kalau rasa 'susah', sedekah banyak-banyak. Sedekah or memberi tu ada banyak bentuk, contohnya duit, doa or berikan pertolongan. InsyaALLAH kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. Sometimes, bila balik office, rasa stress yang serba tak kena, rasa hopeless and give up.. on the way balik rumah tu, kalau terserempak homeless people, hulur la apa yang mampu. Tak kan jatuh muflis pun kalau kita sedekah. Ada satu hari tu, rasa stress betul, kebetulan member kasi a few slices of cakes dari kedai yang sangat sedap, satu saya makan dan selebihnya plan nak bawak balik rumah simpan dalam fridge. So, on the way balik, terserempak dengan pakcik tua yang selalu duduk minta sedekah dekat tepi bookshop. Saya drop sekejap, dan hulurkan kek tu.

"Hi, this is for you.."
"Owh thank you, thank you young lady.. may god bless you.." sambil senyum..nampak seronok betul dia

Bila saya berlalu pergi, saya berhenti dan lihat dari jauh. Bersungguh-sungguh dia makan kek tu sambil share dengan orang lain. Saya terfikir, dia pun boleh berkongsi, kenapa tidak kita? At the end, perasaan stress saya sebelum tu dah dihilangkan dengan seronoknya tengok pakcik tu enjoy makan kek tersebut.

Oklah, doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diterangkan hati, dilapangkan dada dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat.. All the best semua! :)


Raihan Musa
Oxford, England

4 comments:

Thursday, August 15, 2013

Syawal 1434H


Bulan ini dan bulan depan adalah waktu paling kritikal. Husband ada thesis submission dan saya ada dateline paper submission, it’s going to be a very busy months. Sometimes bila banyak sangat kerja, and bila semua kerja tak menjadi, so rasa demotivated and akhirnya terus rasa tak nak buat apa-apa. Tak tahulah awak semua pernah rasa camni ker tak? Bila saya rasa serba tak kena, petanda suruh 'rehat' sekejap dan pujuk hati. Pujuk hati supaya kuat, pujuk hati supaya sabar dan pujuk hati supaya bersemangat. Bila tengok as a whole, terpikir, eh boleh siap ker tak? Boleh siap ker tak? Everything will be fine. 

in front of our cottage in Snowdonia, Wales

Actually, weekend lepas saya ke Snowdonia, Wales, makan angin sempena raya dengan geng-geng Oxford. Ramai yang dah nak balik for good, so kita jalan-jalan sikit. Ini tahun kedua saya beraya di UK, masa tahun pertama beraya di UK, berendam air mata jugak and tambah-tambah ada submission. Haaa.. lagi ar syahdu. Memang tak beraya sangat. Tahun nih pun sama, ada submission jugak. So, malam raya lepas iftar barulah masak itu ini and hanya bercuti pada hari raya pertama. Raya kedua dah masuk office balik.

Me and Hubby during Eid :)

Pengalaman berpuasa dan berpuasa di perantauan, bagi saya banyak mengajar saya bersederhana dan sabar. Kebetulan, dalam group saya tiada sorang pun muslim, so kat office takder geng berpuasa. Tambah pulak, group saya nih jenis yang suka coffee break, lunch break and tea break sama-sama. Semua sama-sama. Asabiyah betul nih. hehe. Bila orang sekeliling kita makan, and kalau kita nak makan pun takder siapa halang. Tapi Allah and malaikat tahu. Kalau dekat Malaysia, memang nak jerit dengan member kalau tak puasa. hehe. Jaga iman yer. Berpuasa dan beraya di UK memang mengajar saya supaya bersederhana. simple and tak banyak distraction and tak membazir. Cuma rasa terganggu bila orang Malaysia upload gambar makanan sedap-sedap! haha. Kalau berpuasa, seronok lagi ramadhan di UK, tapi kalau raya, Malaysia lagi best. Ramadhan di UK, ibadah dan hidup saya lebih fokus..takderlah sibuk nak ber-bazaar ramadhan, shopping raya bagai and paling obvious, takder lah 2 minggu before raya, mood raya jer and dengar radio dok mainkan lagu raya. hehe.

Rewang malam raya

Malam raya, saya masak untuk makan pagi raya. Pagi raya, siapkan makanan for our tiny family before keluar solat raya. Haa..dari tak tahu masak rendang, now dah tahu, macam-macam resepi dah tau sejak duduk sini. Lepas solat raya, minta maaf apa semua dengan hubby.. lepas tu berkumpul dengan member Malaysian lain. 

Itulah ini semua pengalaman hidup. Mungkin lagi 5-10 tahun, bila baca entry ini kembali, rindunya ramadhan di UK. cewahh.. hihi..

Actually, kali ini saya menulis secara random sementara tunggu solat isyak then nak masuk tidur. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua. Maaf kalau ada salah dan silap. Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat. Doakan saya juga! :)



Raihan Musa
Oxford, England

1 comments: