Thursday, December 5, 2013

My First Talk at UTM Skudai

Blog ini dah lama tak di update, hidup segan mati tak mahu. Biasalah. Kehidupan buat PhD ni memang sibuk, selagi tak submit thesis, selagi tu kerja tak akan habis. Bila nak update blog jer, teringat hal research, teringat ada benda tak faham, teringat ada data yang tak analyse lagi.

Last month saya ada pulang ke Malaysia sekejap, saya ada buat perkongsian/ceramah di UTM Skudai. Alhamdulillah kehadiran sangat memberansangkan. Saya pun tak expect ramai yang datang, ada yang datang all the way from Selangor, Kota Tinggi etc. Siap yang datang dari jauh, beri hadiah, contact saya banyak kali sebab tak sabar nak jumpa. MasyaALLAH hebatnya Allah, walaupun kenal melalui blog, tapi perasaan bersungguh-sungguh tu sangat tinggi. Seronok bila tengok audience bersemangat. Seronok sangat bila dapat sharing.


Actually masa hari tersebut banyak lagi nak sharing, but saya fikir, otak manusia hanya boleh betul-betul fokus for certain duration of time sahaja, biar sekejap tetapi impaknya besar. Semalam still ada yang tanya, bila Puan Raihan nak buat live sharing lagi? InsyaALLAH nanti kita boleh arrange for Skype or Google Hangout soon bila saya dah start cuti winter nanti. Kalau berminat email me at raihan0908@yahoo.com. Saya cuba susun masa and arrange topic. Maaf kalau ada yang saya tak reply email, so kalau ada nak tanya apa-apa, this is the time. Sometimes saya sibuk and terlepas pandang.

Bila berjaya, biar kita sama-sama berjaya. Bila hebat, biar kita sama-sama hebat. Kadang-kadang tak semua perkara kita kena 'suap', tapi yang mana kita perlu beritahu, jangan kedekut. Saya sendiri belum pasti bagaimana perjalanan saya akan datang, selagi saya mampu memberi, insyaALLAh saya beri. Mungkin hari ini saya mampu 'memberi', mungkin esok lusa, kalian pula yang 'memberi'. Kan? :)

Doakan kita semua berjaya and paling penting sekarang, semoga mangsa banjir berada dalam keadaan yang sangat baik serta beransur pulih.


Raihan Musa

Oxford, United Kingdom

2 comments: