Sunday, November 30, 2014

Double certificate: Birth and DPhil certificate in 2015




Semalam saya dan suami menghabiskan masa di London, melepaskan hasrat mengidam nak makan makanan melayu. Anything for baby and mummy katanya. Malam tadi saya berfikir, hebatnya nikmat Allah, beri kami macam-macam rezeki. Saya mengimbas kembali perjalanan kami sejak beberapa tahun perkahwinan kami, yang berusia genap 4 tahun 25th December 2014 ini. 

Apabila mendapat berita yang kami bakal menimang cahaya mata, pada mulanya saya agak nervous. "Am i ready?". Melahirkan dan mendidik seorang manusia bukan boleh cincai-cincai. Bukan macam menduduki peperiksaan, baca buku, insyaALLAH berjaya. tetapi ianya satu yang subjektif. 

Saya mula membaca buku-buku berkenaan dengan parenting, mula mendapatkan konsultansi dari mereka yang pakar. Jawapan agak subjektif tetapi terasa tetap sama. Anak ini ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Bagaimana saya mahu mencorak kan. Setiap hari sebelum saya ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran, saya usap perut dan berpesan kepada dia "Baby, kita kena study today, behave ok". Allah beri rezeki ini, tapi kita kena berkorban sikit.

Doakan kami supaya berjaya dunia akhirat, dilapangkan dada, dimurahkan rezeki. InsyaALLAH.

InsyaALLAH my baby will see you soon next year! :)


Future Dr Mummy Rye
University of Oxford, United Kingdom

0 comments:

Wednesday, November 5, 2014

Minda Bawah Sedar



Sejak bulan lepas sudah mula meninggalkan kerja-kerja makmal, maksudnya lebih banyak masa duduk depan computer. Sambil buat computational dan writing, sambil main facebook. Scroll down facebook, tengok perkembangan rakan-rakan. Hah! bunyi macam busy body, tapi dah tertengok. Eh. Mana yang saya suka baca, saya like, yang tak suka baca, hide kan. No complaint. 

Bila orang share mengenai rezeki mereka, "Eh anak dia dah 3", "Eh dia dah habis PhD", mulalah tengok pada diri sendiri, "Apa yang saya ada?". Kalau cakap dengan Arshad, mesti dia reply, "buat apa nak risau, setiap orang ada rezeki masing-masing, yang penting kita ni usaha yang terbaik". 
Sejak bulan lepas, kami menerima perkhabaran yang menggembirakan tapi agak mendebarkan. Dalam banyak-banyak waktu, bulan dan waktu ini yang dipilih. Perfect timing sebenarnya. Perancangan Allah itu cantik, yang memang tidak mampu langsung di lakukan oleh tangan manusia. Tak sabar nak kongsikan sebenarnya, tetapi tunggu sikit masa lagi, InsyaALLAH.

Antara perkara yang banyak disebut-sebut selama ini, satu-satu berlaku. Serious. Hampir semua yang banyak di fikirkan dan diperkatakan selama ini, satu-satu menjadi kenyataan. Kesimpulannya, sentiasa bersangka baik, kata-kata itu doa. Saya rasa ini berkait dengan satu theory, iaitu minda bawah sedar. Google sikit. 


Raihan Musa

1 comments:

Friday, August 22, 2014

6 Lessons Learned by Age 26 by Raihanmusa


Percutian ke Switzerland sempena hari jadi ke 26

Bulan ini adalah bulan kelahiran saya, tahun ini agak mendebarkan kerana tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum 'dateline' untuk pelbagai perkara berakhir tahun hadapan. Tahun depan yang mana saya rasakan banyak perubahan akan berlaku dengan izin Allah. Setiap malam sebelum tidur, menjadi kebiasaan saya dan suami akan brainstorm mengenai matlamat kami secara bersahaja. Rasa tua betul bila dah tak tergolong dalam kategori 25 tahun ke bawah. Dah tak boleh claim discounts, tidak mengapa, student card ada lagi! 

Sejak saya memulakan hidup di Oxford, banyak perkara yang saya belajar. Kebanyakan mereka adalah orang-orang hebat. Banyak mengubah kehidupan dan cara berfikir. Selama beberapa tahun disini banyak mematangkan diri.

Saya sangat enjoy sepanjang kehidupan 20an saya. Bak kata pepatah, "Work Hard, Pray Hard, Play Hard". Sepanjang umur 26 tahun ini, 6 perkara penting yang saya belajar adalah:

1. Make friends

2. Build up networking

3. Have your own 'brand'

4. Achieve something significant

5. Dream Big and have a good plan for the future

6. Explore the world, travel!

Ok, All the best to all! Doakan saya dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat. Amiin. :)


Raihan Musa
Oxford, UK

2 comments:

Monday, May 5, 2014

Lesson from Prague

Baru-baru ini saya pergi bercuti di Prague sempena Easter Holiday. Prague sebuah daerah yang kecil dan sarat dengan sejarah. Orangnya peramah dan suasana di sana sangat tenang. Setiap term (semester) memang saya dan suami perlu sekejap dari Oxford, menghirup 'udara' luar, refresh minda. Setiap term sangat sarat dengan kerja-kerja, kerja-kerja PhD saya, husband pulak sibuk dengan syarikat beliau, dalam masa yang sama bekerja dengan Oxford Uni dan juga sibuk dengan design majalahnya. 

Boleh kata, ini adalah pelaburan untuk akan datang lagipun apa lagi yang perlu dilakukan selain 'bekerja' untuk menjadi manusia yang berguna. Kalau pensyarah beri assignment, mungkin 'last minute' boleh pun boleh siapkan. Tapi soal kehidupan, rugilah kalau tunggu waktu-waktu akhir baru hendak bersungguh-sungguh. Tak kan dah tua pun masih begini, rutin yang sama, kehidupan yang sama. 
Apabila memikirkan, perjalanan PhD ini hampir sampai ke penghujung (InsyaALLAH, doakan yer), rasa risau, rasa nervous, rasa seperti tidak bersedia untuk pulang berkhidmat. Realitinya, apabila saya pulang ke Malaysia nanti, keadaannya mungkin sedikit berbeza, saya bukan lagi pelajar yang bulan-bulan tunjuk supervisor report experiment etc. Bila pulang nanti, saya perlu jadi lebih independent.




Teringat satu kisah semasa kami di Prague, seorang lelaki yang agak berumur, jalan terbongkok-bongkok datang ke arah saya sambil menunjukkan hasil 'kraftangan' beliau kepada saya. Masa itu saya dihadapan Prague Astronomical Clock sedang menunggu suami yang sedang membeli minuman. Lelaki itu datang kepada saya, cuba bercakap, tetapi tutur katanya sangat tidak jelas, saya rasa dia memang mempunya masalah komunikasi (bisu) tapi masih lagi cuba mengeluarkan suara sambil tersengih untuk menjual barangan beliau. Dalam fikiran saya, "orang macam ini pun mampu bekerja..". Kebetulan suami tidak bersama saya, saya tiada simpan wang tunai di tangan. Ikut hati nak beli semua. Satu dalam 70 korun. Saya senyum dan tunjuk bahasa isyarat, yang saya tiada duit. Hampa. Dia sempat senyum kepada saya dan berlalu pergi. Bila husband datang kepada saya kembali, saya suruh husband kejar lelaki tersebut, pergi beli barang dia. Dia tersengih-sengih sambil menerima wang bayaran kami. Bila melalui keadaan macam ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat nak majukan diri supaya boleh beri manfaat dan peluang dekat orang lain. Kadang-kadang tak semua orang dapat peluang macam kita dapat, bukan sebab dia tak usaha.

Sebelum saya habiskan entry ini, macam biasa, saya nak minta semua doakan kami supaya urusan kami dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat.


Raihanmusa
Oxford, UK
10.59pm , 5 Mei 2014

0 comments:

Sunday, March 16, 2014

Pengalaman PhD by Raihanmusa



Hari ini hari Jumaat, saya mengambil keputusan untuk ke perpustakaan Oxford Union seawal 4 petang. Tekak rasa kering, badan rasa tak sihat, mungkin cuaca yang agak berkabus tebal(bukan jerebu), dan selalunya bila masuk Spring season , saya mesti sakit. Oleh itu petang Jumaat sementara tunggu husband balik kerja, saya lepak di library buat some reading. Saya terbaca satu blog mengenai perjalanan PhD beliau, yang mana saya rasakan cukup menarik.


Bila baca blog beliau, mengingatkan saya tentang perjalanan PhD yang saya telah lalui selama 2 tahun 4 bulan ini. Walaupun hanya 2 tahun 4 bulan, tetapi banyak perkara yang saya lalui. Alhamdulillah saya tidak bersendiri, Allah dan suami ada. Saya selalu cakap dengan suami:

"Memang patut Allah aturkan saya nikah dengan awak sebelum sambung PhD and kita sama-sama ke UK"

Tahun pertama saya di UK, banyak drama air mata. Teringat suatu petang, saya balik rumah terus hug husband and menangis. Masa itu hampir dengan submission "Transfer of Status", yang mana, saya perlu hantar report dan present hasil kerja saya selama setahun kepada dua orang penilai. Saya rasa tak cukup hebat, saya tak buat master, saya terus buat fast track PhD. Banyak sangat yang saya tak tahu. Mak saya cakap, kalau tak faham, bertanyalah dan banyakkan membaca. Walaupun results undergrad saya agak bagus (First Class Degree), tetapi tak bermakna, saya boleh terus hebat buat PhD. Research system dan exam-oriented based system adalah berbeza. Tidur malam saya tidak lena waktu itu, saya kerap terjaga memikirkan hal research, ya Allah, risau sangat. Sepanjang saya buat PhD, saya dah hilang 7 kilogram. Beberapa bulan pertama saya di Oxford, saya speed up proses pembelajaran saya, saya pergi email ramai orang, minta ajar. Saya akan jumpa sesiapa sahaja yang saya rasakan boleh ajar saya, perasaan malu tolak tepi. Paling penting saya nak fahamkan dan nak make sure saya passed "Transfer of Status". Kalau tak passed, kene balik Malaysia terus. Nauzubillah. Alhamdulillah, saya passed, sebenarnya, tak lah susah seperti yang disangkakan, yang penting usaha dengan konsisten dan faham research yang kita buat.



Bila saya dah passed "Transfer of Status", saya cukup lega. Tahun kedua research saya berjalan dengan lancar, tetapi kali ini, husband pindah ke Bristol. Maksudnya saya akan tinggal seorang diri di Oxford. Husband cakap, "Allah kan ada". Bulan pertama saya memang banyak drama air mata, sampai saya rasa, saya nak ulang alik Bristol-Oxford setiap hari. Tapi lama-kelamaan saya boleh biasakan. Sepanjang ketiadaan husband di Oxford, saya kerja sampai lewat malam. Memang masa itu progress sangat produktif. Cuma sunyi sikit dan kena berkorban perasaan. Betul lah orang kata, PhD ini adalah medan orang-orang sabar. Masuk tahun ketiga saya di Oxford, bapa mertua saya meninggal dunia. Masa tu saya rasakan beratnya dugaan. Semasa kami mendapat berita bapa mertua meninggal dunia, husband sangat sedih. Saya terus pack luggage, bawa laptop dan file kerja balik Malaysia sebab saya ada another big submission dalam masa terdekat. Semasa di Malaysia, siangnya urusan dengan family, almost setiap hari tidur 2-3 jam writing untuk report submission saya. Itulah antara moment paling sukar sepanjang PhD saya, kehilangan bapa mertua saya serentak dengan submission untuk assessment. Perkara macam ini lah yang saya paling takut berlaku, sebab kami jauh. 

Perjalanan PhD saya memang indah, banyak yang Allah permudahkan cuma kena banyak-banyak sabar. Kebanyakan yang saya nak, saya akan dapat, cuma cara untuk dapatkannya pelbagai, ada yang susah, ada yang senang. Kena banyak usaha, banyak tolong orang, banyak doa, banyak tawakal. Bila tinggal jauh dari keluarga, di bumi asing, tempat bukan islam, sebenarnya buat kami lebih ingat Allah. Selalu ingatkan diri sendiri, kadang-kadang Allah jentik sikit dan hembuskan rasa rindu. Allah nak suruh lebih ingat DIA. Suami baru start kerja lepas habis master, cerita kerja ini, boleh tulis another entry kalau nak diceritakan hikmahnya yang tersembunyi. Disaat saya risau hal kewangan sebab balik Malaysia hari itu dah habis berpuluh ribu duit simpanan tabung haji sebab beli ticket last minute atas urusan kematian bapa mertua, tak lama lepas itu, Allah ganti something yang lebih banyak iaitu husband dapat kerja. Perkara itu berlaku dengan tak disangka-sangka, kalau memang rezeki kita, Allah akan beri dalam apa cara sekali pun. Doakan kami supaya dapat menunaikan haji pada tahun ini. Sampai termimpi-mimpi pergi tawaf baitullah pada minggu pertama suami start kerja. 



Kadang-kadang saya fikir, kenapa saya sambung PhD, pening-pening, duduk rumah jer la, jaga anak, masak etc. Yes, itulah harapannya, tapi bukan sekarang. Ada lagi tanggungjawab yang belum selesai. "Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat?". Itulah yang husband selalu cakap bila urusan masyarakat. Ayah saya cakap "Anggap kerja itu sebagai ibadah". 

Walaupun saya jarang-jarang update blog sekarang, baik tutup blog ini. Tapi, blog ini antara 'kebun' amal saya. Blog ini antara kekuatan saya, sebab saya tahu ramai pembaca yang sentiasa doakan saya. Esok saya ada mock presentation untuk presentation akan datang lagi dua minggu. Lagi dua minggu saya ada public presentation di Graduate Symposium, doakan saya supaya berjaya, dapat present dengan lancar, dapat menjawab soalan dengan bagus. Doakan saya boleh habis PhD dengan sangat cemerlang on time. Amiin. Jangan berhenti berdoa. :)



Raihanmusa
Oxford, UK
6.35pm, 14 Mac 2014

3 comments:

Friday, March 14, 2014

Senarai Biasiswa untuk Lepasan SPM


******************************************
Antara biasiswa untuk lepasan SPM!
******************************************

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/master-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/shell-scholarship-oversea-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/engineering-malaysia-scholarships.html#axzz2wTejXdXf

Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/02/biasiswa-maybank-scholarship-luar-negara.html#axzz2wTejXdXf

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-sc-sekuriti-commission-malaysia.html#axzz2wTejXdXf

Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-astro-scholarship-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-karangkraf-scholarship-swasta.html#axzz2wTejXdXf

KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/kpt-mybrainsc-scholarship-scheme-2014.html#axzz2wTejXdXf

Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm

PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr

Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.aspx

Bank Negara Malaysia

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_misc&pg=en_career_scholar&ac=1097


0 comments:

Wednesday, February 19, 2014

Siri Sambung Belajar Part 2: Memilih dan memohon universiti luar negara


Queen's College, University of Oxford


Baiklah saya sambung lagi mengenai Siri Sambung Belajar, ada yang tanya saya, "Nak cari funding dulu ker cari university?". Tak kisah mana-mana. Kali ini mengenai memilih dan memohon universiti ke luar negara. Baiklah sebelum itu saya senaraikan beberapa cara untuk mohon ke universiti ke luar negara: 


a) Terus pada department atau supervisor

b) Agent : banyak agensi yang boleh uruskan, contohnya GEN Education, IDP dan banyak lagi.

c) Mohon melalui website UCAS


Di sini saya senaraikan beberapa blog yang boleh dijadikan rujukan:

a) http://hasahebat.blogspot.co.uk/2012/07/sambung-belajar-luar-negara-bagaimana.html

b) http://sophiealyahya.blogspot.co.uk/2013/01/cara-cara-sambung-belajar-di-luar-negara.html

c) http://sophiealyahya.blogspot.co.uk/2013/01/cara-cara-sambung-belajar-di-luar-negara.html

d) http://milahnaher.blogspot.co.uk/2010/12/cara-cara-nak-sambung-belajar-di-luar.html


Ini main jalan shortcut ni, hehe, copy paste link. Semasa beberapa tahun lepas, masa itu belum ramai yang berkongsi tentang perkara ini di alam maya. Sekarang ramai dah berkongsi, so beruntunglah. Saya masih ingat, semasa saya menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke Oxford University atau Cambridge University. Suatu petang lepas amali makmal, saya ke bilik tutor yang akan fly ke Oxford pada waktu itu. Saya minta tips-tips, selepas 2 tahun, saya pula fly ke Oxford. Masa itu, saya ada lagi setahun setengah nak habis belajar. Rezeki saya di Oxford, Alhamdulillah. 

Baiklah, nanti saya akan sambung lagi siri ini. Doakan saya supaya dimurahkan rezeki, diberi kejayaan, dilapangkan dada. Amiin.


Raihan Musa

Oxford, UK

1 comments:

Tuesday, February 18, 2014

Siri Sambung Belajar Part 1: Kenapa Sambung Belajar?


Gambar semasa Matriculation Ceremony 2011

Hari ini saya kembali menulis dengan Macbook Air. Husband baru belikan saya macbook air atas beberapa alasan. Pertama, nak laptop ringan, 'letih' dengan windows dan yang ketiga, bateri laptop sebelum ini tidak tahan lama. Alahai, kalau dah nak tu, macam-macam alasan terlintas. Hehe

Ada yang bertanya kepada saya, "Kenapa raihanmusa.com dah lama tidak diupdate?". Sejak saya datang ke UK, blog saya makin jarang di update. Ini kerana, dari pagi sampai ke malam saya sibuk di makmal, bila balik ke rumah, saya banyak spend masa dengan suami, reply email dan berehat. Selalunya saya ambil masa berjam-jam untuk mengupdate blog. Kehidupan student PhD memang agak flexible, tetapi selagi tak submit thesis, selagi itu ada kerja. 

Sekarang ini banyak biasiswa yang di buka untuk sambung belajar di peringkat sarjana, so bila waktu-waktu macam ini, setiap hari banyak sangat email yang masuk di raihanmusa0908@gmail.com, ada macam-macam soalan. Ada yang sempat saya balas, ada yang belum sempat saya balas. Seronok bila tengok orang bersemangat, satu perkara yang paling saya suka ialah melihat perkembangan prestasi masing-masing. Such a nice story. :) Kadang-kadang saya tersentuh bila baca email-email mereka, ramainya manusia-manusia hebat dan bersemangat. Bukan sekadar dalam hal sambung belajar, tetapi dalam hal family, business etc. Saya bercadang untuk memulakan Siri Sambung Belajar minggu ini, saya akan tulis entry mengenai sambung belajar dan publish kembali entry-entry dahulu.

Sebelum itu, soalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri untuk mereka yang sambung belajar adalah:

Kenapa nak sambung belajar?

Jawapan bagi soalan ini sangat subjektif. Tanya diri sendiri and nilaikan apa yang diperolehi kalau sambung belajar. Make sure tindakan 'sambung belajar' selarasa dengan matlamat hidup. Sebelum kita ke proses seterusnya, soalan di atas adalah sangat sangat sangat penting.

InsyaALLAH Siri Sambung Belajar ini akan berlangsung selama beberapa minggu. Oklah, doakan saya supaya berjaya,dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Amiin. :)



Raihan Musa
Oxford, UK


0 comments:

Tuesday, February 11, 2014

Cerita di sebalik Harry Potter Studio



Beberapa minggu lepas saya telah ke Harry Potter Studio. Adik saya yang sedang menuntut dalam bidang perubatan di Mesir sedang bercuti. Saya bukanlah peminat Harry Porter, tetapi adik saya merupakan peminat Harry Porter, so layankan jer!

Harry Potter studio ini banyak memaparkan mengenai disebalik tabir penghasilan filem Harry Porter itu sendiri. Disini saya mula meminati untuk mempelajari tentang penghasilan filem Harry Potter. Saya rasakan agak interesting, bermula dengan penghasilan idea untuk penulisan novel Harry Potter sehinggalah kepada penghasilan movie tersebut. Idea mengenai cerita ini diperoleh semasa JK Rowling(author novel Harry Porter) dalam perjalanan dari Manchester ke London. Idea datang secara tak sengaja, dan selepas itu JK Rowling terus menulis. Manakala penghasilan movie Harry Porter ini saya anggap begitu teliti, ada part yang 'kecil-kecil' dalam movie, pun sangat-sangat di ambil kira, walaupun orang bukan tengok sangat pun. Kata salah seorang  crew produksi, "We want to give the best".

Melihat kepada kisah JK Rowling dan penghasilan filem Harry Porter tersebut buat saya berfikir, kadang-kadang only a few seconds ilham tersebut datang, kita boleh pilih untuk melakukan sesuatu atau tidak. Kadang kala, hanya beberapa saat diperlukan untuk mengubah nasib, cuma jalan yang di pilih yang menentukan. Ada yang memilih jalan yang tepat dan betul, maka perjalanan itu lebih mudah. Ada yang memilih jalan yang betul tetapi kurang tepat, maka perjalanan itu akan kompleks. Perkara ini membuatkan saya berfikir, ada baiknya kita kaji sebelum bertindak contohnya belajar dari pengalaman orang sendiri atau orang lain. Tetapi jangan terlalu 'melampau' mengkaji sehingga kita takut hendak bertindak.

Penghasilan filem Harry Potter melibatkan beribu-ribu crew produksi dari pelbagai kepakaran. Selalunya nak hasilkan perkara-perkara hebat ini perlukan kerjasama. Kepakaran manusia ada batasnya, kita tak boleh pandai dan hebat semua perkara. Saya pernah di tanya seorang pembaca blog, "Raihan, saya tak tahu apa yang saya boleh buat dan hebat, boleh bantu saya". Kita saling bergantung antara satu sama lain. Itulah sebabnya Allah jadikan setiap orang berbeza-beza. Setiap orang mesti ada kepakaran dan kehebatan masing-masing. Cuba duduk dengan tenang dan fikir. Semasa berfikir, mesti yakin dan jangan pandang rendah pada diri sendiri.

Baiklah, saya nak tidur, esok ada experiment penting. Doakan saya berjaya dengan sangat cemerlang di dunia dan akhirat. Lagi satu nak minta semua doakan supaya saya lulus dengan sangat cemerlang PhD saya di Oxford Univeristy. Amiin. :)




Raihan Musa
Oxford, UK














1 comments:

Thursday, January 23, 2014

SPEED READING PART 1 by Raihan Musa





Mengenai speed reading technique, saya mula realize kepentingan speed reading sebelum start PhD. Selalunya saya ambil masa lama nak habiskan baca satu journal. Then saya mula belajar dengan Speed Reading trainer. Ada beberapa teknik Speed Reading yang saya belajar, dalam post kali ini saya kongsikan 2 teknik dahulu:


1. Scan and Skimming

Cara ini sangat common dan selalunya memang saya akan guna teknik Scan and Skimming yang mana bila dapat artikel, go through artikel tersebut and hanya baca isi-isi penting. Cara nak tahu isi penting adalah scan and skim keywords yang penting dalam artikel tersebut. Maksudnya tak perlu baca setiap perkataan. Contohnya bila baca ayat di bawah:

"Skimming involves skipping over text that is less interesting or less relevant. 

Daripada ayat di atas, kita boleh scan and skim, kita terus 'tangkap' main point iaitu, "Skimming-skipping-less interesting"


2. Meta Guiding 

Kadang-kadang bila baca sesuatu artikel yang sangat complex contohnya something technical, saya akan guna teknik ini. Membaca kena laju, so gerakan mata dalam membaca tulisan pun kena laju and otak pun kena cepat proses maklumat. Nak train mata supaya membaca dengan laju, guna jari semasa membaca supaya mata lebih fokus. Jangan membaca dengan kuat, baca dalam hati jer sebab bila kita sebut perkataan dah ambil masa. Kalau nak train guna method ini:

i) ambil jam, setkan selama 1 minit
ii) Pilih satu buku dan baca. Semasa membaca, letakkan jari telunjuk bawah tulisan and membaca sambil gerakkan jari. Try baca selaju mana jari bergerak, make sure faham.
note: kalau tak faham sesuatu perkataan, try buat assumption dulu
iii) Lepas seminit, kira berapa banyak perkataan yang mampu dibaca dan difahami. Dalam tempoh seminit, boleh tentukan level speed reading masing-masing seperti di bawah:
150-500 words per minute : Average
500-1000 words per minute : Speed Reader
1000 and above words per minute : Advance Speed Reader

Teknik speed reading memerlukan praktis, praktis banyak kali. Masa mula-mula belajar teknik speed reading ini, excited nak test berapa banyak words boleh baca. Sekarang pun still practising baca secara cepat dan faham. Sangat bermanfaat ilmu ini especially dalam kehidupan sekarang ini. Tak perlu spend masa yang lama untuk baca nota, buku, newspaper and also, timeline facebook. 

Nanti saya sambung lagi teknik speed reading part 2..


Raihan Musa
Oxford, UK

0 comments: