Sunday, March 16, 2014

Pengalaman PhD by Raihanmusa



Hari ini hari Jumaat, saya mengambil keputusan untuk ke perpustakaan Oxford Union seawal 4 petang. Tekak rasa kering, badan rasa tak sihat, mungkin cuaca yang agak berkabus tebal(bukan jerebu), dan selalunya bila masuk Spring season , saya mesti sakit. Oleh itu petang Jumaat sementara tunggu husband balik kerja, saya lepak di library buat some reading. Saya terbaca satu blog mengenai perjalanan PhD beliau, yang mana saya rasakan cukup menarik.


Bila baca blog beliau, mengingatkan saya tentang perjalanan PhD yang saya telah lalui selama 2 tahun 4 bulan ini. Walaupun hanya 2 tahun 4 bulan, tetapi banyak perkara yang saya lalui. Alhamdulillah saya tidak bersendiri, Allah dan suami ada. Saya selalu cakap dengan suami:

"Memang patut Allah aturkan saya nikah dengan awak sebelum sambung PhD and kita sama-sama ke UK"

Tahun pertama saya di UK, banyak drama air mata. Teringat suatu petang, saya balik rumah terus hug husband and menangis. Masa itu hampir dengan submission "Transfer of Status", yang mana, saya perlu hantar report dan present hasil kerja saya selama setahun kepada dua orang penilai. Saya rasa tak cukup hebat, saya tak buat master, saya terus buat fast track PhD. Banyak sangat yang saya tak tahu. Mak saya cakap, kalau tak faham, bertanyalah dan banyakkan membaca. Walaupun results undergrad saya agak bagus (First Class Degree), tetapi tak bermakna, saya boleh terus hebat buat PhD. Research system dan exam-oriented based system adalah berbeza. Tidur malam saya tidak lena waktu itu, saya kerap terjaga memikirkan hal research, ya Allah, risau sangat. Sepanjang saya buat PhD, saya dah hilang 7 kilogram. Beberapa bulan pertama saya di Oxford, saya speed up proses pembelajaran saya, saya pergi email ramai orang, minta ajar. Saya akan jumpa sesiapa sahaja yang saya rasakan boleh ajar saya, perasaan malu tolak tepi. Paling penting saya nak fahamkan dan nak make sure saya passed "Transfer of Status". Kalau tak passed, kene balik Malaysia terus. Nauzubillah. Alhamdulillah, saya passed, sebenarnya, tak lah susah seperti yang disangkakan, yang penting usaha dengan konsisten dan faham research yang kita buat.



Bila saya dah passed "Transfer of Status", saya cukup lega. Tahun kedua research saya berjalan dengan lancar, tetapi kali ini, husband pindah ke Bristol. Maksudnya saya akan tinggal seorang diri di Oxford. Husband cakap, "Allah kan ada". Bulan pertama saya memang banyak drama air mata, sampai saya rasa, saya nak ulang alik Bristol-Oxford setiap hari. Tapi lama-kelamaan saya boleh biasakan. Sepanjang ketiadaan husband di Oxford, saya kerja sampai lewat malam. Memang masa itu progress sangat produktif. Cuma sunyi sikit dan kena berkorban perasaan. Betul lah orang kata, PhD ini adalah medan orang-orang sabar. Masuk tahun ketiga saya di Oxford, bapa mertua saya meninggal dunia. Masa tu saya rasakan beratnya dugaan. Semasa kami mendapat berita bapa mertua meninggal dunia, husband sangat sedih. Saya terus pack luggage, bawa laptop dan file kerja balik Malaysia sebab saya ada another big submission dalam masa terdekat. Semasa di Malaysia, siangnya urusan dengan family, almost setiap hari tidur 2-3 jam writing untuk report submission saya. Itulah antara moment paling sukar sepanjang PhD saya, kehilangan bapa mertua saya serentak dengan submission untuk assessment. Perkara macam ini lah yang saya paling takut berlaku, sebab kami jauh. 

Perjalanan PhD saya memang indah, banyak yang Allah permudahkan cuma kena banyak-banyak sabar. Kebanyakan yang saya nak, saya akan dapat, cuma cara untuk dapatkannya pelbagai, ada yang susah, ada yang senang. Kena banyak usaha, banyak tolong orang, banyak doa, banyak tawakal. Bila tinggal jauh dari keluarga, di bumi asing, tempat bukan islam, sebenarnya buat kami lebih ingat Allah. Selalu ingatkan diri sendiri, kadang-kadang Allah jentik sikit dan hembuskan rasa rindu. Allah nak suruh lebih ingat DIA. Suami baru start kerja lepas habis master, cerita kerja ini, boleh tulis another entry kalau nak diceritakan hikmahnya yang tersembunyi. Disaat saya risau hal kewangan sebab balik Malaysia hari itu dah habis berpuluh ribu duit simpanan tabung haji sebab beli ticket last minute atas urusan kematian bapa mertua, tak lama lepas itu, Allah ganti something yang lebih banyak iaitu husband dapat kerja. Perkara itu berlaku dengan tak disangka-sangka, kalau memang rezeki kita, Allah akan beri dalam apa cara sekali pun. Doakan kami supaya dapat menunaikan haji pada tahun ini. Sampai termimpi-mimpi pergi tawaf baitullah pada minggu pertama suami start kerja. 



Kadang-kadang saya fikir, kenapa saya sambung PhD, pening-pening, duduk rumah jer la, jaga anak, masak etc. Yes, itulah harapannya, tapi bukan sekarang. Ada lagi tanggungjawab yang belum selesai. "Kalau kita tak buat, siapa lagi nak buat?". Itulah yang husband selalu cakap bila urusan masyarakat. Ayah saya cakap "Anggap kerja itu sebagai ibadah". 

Walaupun saya jarang-jarang update blog sekarang, baik tutup blog ini. Tapi, blog ini antara 'kebun' amal saya. Blog ini antara kekuatan saya, sebab saya tahu ramai pembaca yang sentiasa doakan saya. Esok saya ada mock presentation untuk presentation akan datang lagi dua minggu. Lagi dua minggu saya ada public presentation di Graduate Symposium, doakan saya supaya berjaya, dapat present dengan lancar, dapat menjawab soalan dengan bagus. Doakan saya boleh habis PhD dengan sangat cemerlang on time. Amiin. Jangan berhenti berdoa. :)



Raihanmusa
Oxford, UK
6.35pm, 14 Mac 2014

3 comments:

  1. InshaAllah raihan..good luck.. may Allah always bless u.. =)

    ReplyDelete
  2. assalam raihan.. akak ni silent reader je actually. walaupun Raihan jarang update blog tp.. setiap kali update pasti ada sst yg terkesan dalam hati akak nih.. alhamdulillah.. melihat betapa kuatnya perantau mencari ilmu dgn pelbagai dugaan.. rasa malu plak dgn pncapaian diri nih.. hehe. . akak doakan kamu berdua sentiasa berada dlm lindunganNYA. amin. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, blog dinoor.blogspot.com masih memberi manfaat walau jarang berupdate. Mawaddah pun Alhamdulillah semakin sihat, and she's growing at her own pace. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

    All the best for your PhD.

    ReplyDelete