Monday, May 5, 2014

Lesson from Prague

Baru-baru ini saya pergi bercuti di Prague sempena Easter Holiday. Prague sebuah daerah yang kecil dan sarat dengan sejarah. Orangnya peramah dan suasana di sana sangat tenang. Setiap term (semester) memang saya dan suami perlu sekejap dari Oxford, menghirup 'udara' luar, refresh minda. Setiap term sangat sarat dengan kerja-kerja, kerja-kerja PhD saya, husband pulak sibuk dengan syarikat beliau, dalam masa yang sama bekerja dengan Oxford Uni dan juga sibuk dengan design majalahnya. 

Boleh kata, ini adalah pelaburan untuk akan datang lagipun apa lagi yang perlu dilakukan selain 'bekerja' untuk menjadi manusia yang berguna. Kalau pensyarah beri assignment, mungkin 'last minute' boleh pun boleh siapkan. Tapi soal kehidupan, rugilah kalau tunggu waktu-waktu akhir baru hendak bersungguh-sungguh. Tak kan dah tua pun masih begini, rutin yang sama, kehidupan yang sama. 
Apabila memikirkan, perjalanan PhD ini hampir sampai ke penghujung (InsyaALLAH, doakan yer), rasa risau, rasa nervous, rasa seperti tidak bersedia untuk pulang berkhidmat. Realitinya, apabila saya pulang ke Malaysia nanti, keadaannya mungkin sedikit berbeza, saya bukan lagi pelajar yang bulan-bulan tunjuk supervisor report experiment etc. Bila pulang nanti, saya perlu jadi lebih independent.




Teringat satu kisah semasa kami di Prague, seorang lelaki yang agak berumur, jalan terbongkok-bongkok datang ke arah saya sambil menunjukkan hasil 'kraftangan' beliau kepada saya. Masa itu saya dihadapan Prague Astronomical Clock sedang menunggu suami yang sedang membeli minuman. Lelaki itu datang kepada saya, cuba bercakap, tetapi tutur katanya sangat tidak jelas, saya rasa dia memang mempunya masalah komunikasi (bisu) tapi masih lagi cuba mengeluarkan suara sambil tersengih untuk menjual barangan beliau. Dalam fikiran saya, "orang macam ini pun mampu bekerja..". Kebetulan suami tidak bersama saya, saya tiada simpan wang tunai di tangan. Ikut hati nak beli semua. Satu dalam 70 korun. Saya senyum dan tunjuk bahasa isyarat, yang saya tiada duit. Hampa. Dia sempat senyum kepada saya dan berlalu pergi. Bila husband datang kepada saya kembali, saya suruh husband kejar lelaki tersebut, pergi beli barang dia. Dia tersengih-sengih sambil menerima wang bayaran kami. Bila melalui keadaan macam ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat nak majukan diri supaya boleh beri manfaat dan peluang dekat orang lain. Kadang-kadang tak semua orang dapat peluang macam kita dapat, bukan sebab dia tak usaha.

Sebelum saya habiskan entry ini, macam biasa, saya nak minta semua doakan kami supaya urusan kami dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat.


Raihanmusa
Oxford, UK
10.59pm , 5 Mei 2014

0 comments: